Wednesday, June 19, 2013

Terbang-Terbang Cari Pasal Mistique No 15



Alhamdulillah.. Ada lagi peluang Atuk nak menaip and menambah koleksi pengembaraan khayalan alam kayangan peribadi Atuk ni. Eh lupa korang dah sampai n start baca.. Assalamualaikum wbt.. Lupa lak Atuk nak bagi salam. Atuk nak tanya kabar pun, korang jawab bukan Atuk dengar pong.. So semoga korang dilindungi Allah selalu hendaknya. Almaklumlah kita manusia ni selalu terlupa Dia tu ada tapi Dia walau sesaat tak pernah terlupa akan kita.. Atuk arini rasa penat sikit la tapi Alhamdulillah sihat dan masih bernyawa lagi..

So di entry menyentap Atuk kali ni Atuk nak bercerita pasal cerita dongengan penglipulara Atuk bagi mengisi masa lapang ala2 sains fiksyen tahap 1,2,3,4,5,6,7,8 lapan lagi…. Pengembaraan khayalan Atuk kali ni membawa khalayak pembaca ke sebuah negeri yg tgh sibuk dgn aktiviti berkempen untuk pilihanraya. Kekekeke korang cari la negeri mana yg sibuk org berkempen disana sini sinun.. Tu la dia tempatnya..

Tetiba balik keje petang semalam Atuk dpt call dari adik beradik seperguruan call Atuk n mintak tolong tengokkan pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu dia yang kena sihir akibat hasad dengaki manusia yang ditanam depan kedai katanya. Dah ramai katanya org sana nak cuba ubatkan, tapi katanya sebab yang sakit ni darah keturunan Raden-raden atau kalau dalam bahasa kita sini darah kerabat diraja lah, maka org2 yang nak tolong ngubat tu tak boleh nak buat lak…

Agaknya sebab tu la klu tgk citer2 lama ada pawang diraja or bomoh diraja masa zaman kesultanan dulu2, org2 biasa xleh nak ngubat. Tu la untungnya doktor, dtg la sapa2 pun hatta maharaja besar sekalipun boleh jer dia ubat.. Xde makna nya gelaran2 didunia tu kalau semua tu hanya menyusahkan diri sendiri. Tiada manusia yang berdaulat melainkan jin yang mendampinginya berilmu tinggi dan kuat. Bukannya manusia itu hebat kalau ada keupayaan luar biasa tapi makhluk2 yg x pernah berhenti menghasut manusia dgn mcm2 sihirnya. Klu dah nak mati lagi seksa n hilang gak nyawa walau apa pun gelaran n daulatnya kan.. Bukan lah Atuk nak mencabar institusi beraja tapi raja yg disanjung ialah raja yg tinggi dengan ilmunya baik ilmu dunia (pengetahuan) mau pun ilmu akhirat (ugamanya) bukannya ilmu hitamnya.. tu maksud Atuk..

Tok Tok Tok.. Korang tengok.. Atuk nak mengarang pun ada org ketuk pintu.. mcm mana Atuk nak konsentret.. Owhhh rupanya ada teman lama Atuk dtg bertandang ke bilik bujang Atuk sebab dia ada urusan mesyuarat kat sini. Alang2 sudah sampai kami bertanya kabar masing2 yang dah lama terasing tempat kerja.Stelah menyampaikan pesan org untuk sampaikan fail kepada beliau Atuk sambung lah minum kopi dengan cucur taugeh kucai yg Atuk beli sbelum balik kerja.. Eh tadi Atuk x citer psl goreng pisang ngan kopi ek.. x pe lah.. ada Atuk kisah Atuk citer ke tak.. kan..


Lepas mandi, solat maghrib, berwangi2 n seksi2, Atuk pun kluar lah gi kedai kawan2 untuk mengisi perut sambil bersembang2 taik dengan sahabat2 Atuk. Maklumlah berseorangan kat sini mkn kedai je la hari2.. Lama dah tak merasa masakan datin paduka sejak Atuk dok sini nih.. Atuk balik esok2 datin mesti masak special2 untuk Atuk tu.. kann.n memang nasib baik xde kete eksiden kat area kitaorg mkn tu mcm aritu.. Kalau x dtg balik la penyakit phobia Atuk nak drive kat bumi org ni.. Lepas mkn Atuk balik ke bilik semula n ada mesej masuk yang mana saudara sehidup semati Atuk ni beri nama pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu dia yang kena sihir itu.. So Atuk tanya dia dok mana? Sedara Atuk tu ckp dia dok kat area ttuuuuuuttt.. Oooo Atuk kata kawasan dia sawah x berapa ada kan…

And Yes… You Are Wonderful Tonite…. Woit tu lagu… Atuk nak kata……yes betul lokasi rumah si pesakit tu. Tapi Atuk bukan perawat or pengamal perubtan so jangan lak korang berduyun2 datang mintak berubat ngan Atuk.. Atuk x pandai mengubat sangat.. Atuk ni hanya sekadar seorang panglima perang yang hina lagi dina jer.. .. so Atuk kata biarlah dulu sebab tunggu org2 kampung tido dulu lepas makan pulut durian petang tadi kan.. Uikkkk tak aci nih.. tetiba perut Atuk rasa lapar nak mkn pulut lak… Dan jeng jeng jeng.. tetiba bayangan orang asli menerpa dalam display kasyaf Atuk ni.. Uikk biar betul..ada ke orang asli kat area tu?? Atuk pun demi untuk memuaskan hati dan mengconfirmkan pandangan yg Atuk dapat tu Atuk seru mambang google dan yesss again its there.. There is a lot of the tribe settlement all over the area.. Hmmm ckp orang putih ni kang ada lak org kata Atuk ni pengamal voodoo la sebab ckp omputih.. Mcm la pengamal perubatan islam x leh nak ckp omputih.. abis tu klu ckp siam Atuk kena jadi sami la… adooyaiiii. So mlm ni berlawan dgn ilmu org asli la pulak ni..

 
Balik bilik je Atuk tanya anak murid Atuk yg sulung nak merasa tak tengok arena perang ala2 komik pedang setiawan ni?Dia punya la xcited nak tgk n tanya mcm mana.. Sebab dia belum abis fasa kedua pembelajaran maka Atuk suh dia berwuduk n ajar dia kuncikan diri guna lam jalalah. Puas nak xplain kat dia satu persatu apa nak buat.. tapi xper janji ada minat mau belajar insyaallah Atuk ajarkan. Tapi kalau benak sangat rasa Atuk nak jurus jer salur limfa dia bagi senak perut sikit kut2 senang nak faham lepas tu. Bila dia dah rasa n dpt kunci tu maka Atuk jazamkan lah kunci tu utk dia guna di kemudian hari lepas Atuk terbang gi kat tempat dia untuk check betul ke tidak dia kunci.. sama ada tahap solex atau tahap kunci yell jer.. Tetiba dia mesej ckp okay boleh gerak skarang tuan guru.. ewahhh ikut suka engkau jer Atuk kata.. kau bukak dulu kunci tu. Lepas kul 12 nanti baru kita operasi Atuk kata. Maka dengan rasa akur dia pun jwb okkkk.. hahaha mcm x puas hati jerk at Atuk.. rumpanya memang betul sbb dia ternampak kelibat seseorang berjubah putih berselempang ijau.. Sibuk dia dok tanya sapa… Atuk cakap aiii aku pun ko tak kenal?? Aku dtg check ko punya kunci.. Kalau stakat ko kunci tahap beli kat pasar malam satu linggit satu baling tu ko ingat aku nak jazamkan kat ko? Maka dia pun buka lah kunci dia balik n mintak izin nak call bini.. Atuk bukan bapak dia, nak call bini dia call la.. bukan Atuk nak kata jangan lak.. Kesian mak buyung tu kalau laki dia ni x call.. dak la dok berjauhan sokmo..

Bila nak berperang kali ni Atuk Cuma bawak sejadah cindai jer bersama Atuk beserta dengan tasbih. Pedang kalimah awal2 Atuk dah pesan kat anak murid Atuk suh ambik bila nak bergerak nanti. Atuk mcm biasa guna pedang hamzah the excalibur Atuk dengan mandian ayat al-kautsar yang berapi-api tu jer. Bila bersila atas sejadah tu jer terus Atuk kumpulkan bala tentera yang ada bersama dengan kuda putih terbang (unicorn) yang Atuk x pernah test drive lagi masa berperang.. Sejak dia datang aritu Atuk lum bawak dia berperang lagi. Atuk susun la serigala dan Datuk Raden di kanan, panglima hitam dikiri, panglima andi dan org2 nya di sekeliling bersama puteri2 datuk, unicorn n pengiring ghaib Atuk dibelakang. Maka dimulakan mengunci diri sebab Atuk rasa bukan calang2 gak tok batin ni.. Atuk pun mesej lak kat si Jet ni (anak murid – bukan nama sebenar) suh dia ready atas sejadah n wat kunci lam.. Bila dia reply ok ready jer Atuk dan rumpun2 serigala putih ni pun meluncurlah menuju ke satu alam yang tak pernah nampak oleh pandangan mata..

 
Mula2 sekali Atuk dibawak menuju kerumah pak sedara sebelah bini jiran anak sedara mak dua pupu sahabat Atuk yang kena sihir tu. Kesian tgk dia. Badan berisi la jugak sebab baru kena sakit tapi tubuhnya ya allah, bercalar2 dan berdarah sana sini. Kesian Atuk tgk hamba Allah ini. Selepas bg salam Atuk kenalkan diri dan Atuk mintak dia bersabar sebab Atuk nak uruskan akar umbi punca segala sihir itu.

Dari rumah tu Atuk dan geng bas sekolah Atuk pergi lak ke kedai tempat mangsa tu berniaga. Dalam masa yang sama Atuk tinggalkan beberapa org askar panglima andi untuk baca yassin 7 mubin kat rumah mangsa tu. Sedap bacaan diaorg n tajwid pun betul.. Bila sampai kat kedai jer Atuk arahkan pengiring Atuk gi ambik tanah haram untuk pagar balik kedai tu nanti selepas di clearkan. Atuk pun lakukan scanning dan tummmmm Atuk jumpa lokasinya dengan tanpa menggunakan GPS mcm korang guna masa drive kete tu.. Bukanlah di letak di depan kedai tapi di tepi sikit.  Atuk pun menyalahgunakan pedang hamzah tu untuk korek lubang bagi mengeluarkan barang yg tertanam itu. Mana lah Atuk ada simpan cangkul kat alam sana nun. Pedang ngan serampang adalah..  Terbongkah jer tanah terus Atuk nampak kain warna merah n hitam berbungkus. Datuk Raden terus tahan Atuk ckp jangan pegang sebab ada unsur2 najis mughallazah pada benda yang tertanam tu. Atuk pun angkat guna hujung pedang lah n uraikan tali mengikat kain tu.. 

 
Dan masyaallah busuknya bau. Atuk pun amati satu persatu barang yg ada. Atuk nampak tulang tengkorak kongkak yang melengkung bersama minyak najis hitam tu dan patung tanah yang menjadi tempat jin malas duduk dlm tu dan ada lagilah benda lain dlm kain tu. Atuk nak tunjuk kat korang pun x boleh sebab Atuk nak bwk DSLR gi kea lam sana x lepas.. kastam alam ghaib x kasi bwk.. barangan terlarang..dengan satu semburan berapi pedang hamzah Atuk neutralkan sampai jadi abu brg2 tu. N Atuk pun nampak lah jin malas yang dok membesarkan badan wat2 bodo dok depan Atuk. Kerjanya nak mkn jer.. isk isk isk.. sebab Atuk nampak BMI jin ni lebih sgt so Atuk suh pengiring Atuk tangkap n escort si jin malas ni ke penjara bawah laut. Biar nanti bila kurang makan n keje keras hilang sifat  malasnya n boleh turun berat bdnnya kepada berat badan ideal. Untuk2 dah hensem nanti leh masuk islam lak..

Dengan buat muka seposen n simpati Atuk pandang ke muka Tok Raden sebab nak mintak tolong dia semburkan air yassin kat tempat tanaman kain tadi supaya hilang bekas2 sihir dan segala tandanya dari bumi Allah yang Maha Suci ini. Jijik sungguh Atuk lihat barang2 sihir ni.. mak dia pun terus mengarahkan semburan air yassin untuk mensucikan tempat yg di sihir itu. Dengan tak buang masa lagi Atuk pun terus ambik bekas penyimpan tanah haram itu dan mintak pengiring Atuk ratakan hingga jauh sikit dr kedai biar jin2 dan syaitan2 nak dtg dekat pun x boleh. Mesti korang nak suh Atuk tabor satu Malaysia supaya xde jin kat Malaysia kan.. xyah la.. lupakan la niat korang tu sebab ingar senang ke nak ambik sebab yg sekangkang kera itu pun dua tiga kali pengiring Atuk gi ambik n bukannya mudah sebab ada tatacara yg betul digunakan utk mengambilnya dan Alhamdulillah rumpun Atuk dah dpt izin utk ambik dan digunakan. Mcm mana Atuk dapat usah tanyalah panjang ceritanya tapi Atuk pernah ambik dulu waktu bertarung dengan ratu laut dulu. Korang kalau saja2 nak ambik kim salam la. Nak melangkah keluar pun x boleh. X caya gi la buat umrah n try bawak balik batu or pasir dari tanah haram Mekah kalau korang berani.. Nak merasa dapat sakit dan malu buatlah..

Ayoyo dalam x sedar Atuk tanya mana kuda terbang n si Jet.. masa kat rumah mangsa tadi Atuk x perasan dia xde. Atuk antar mesej tanya ko kat mana? Si jet pun balas ada batu besar hadang saya.. tak lepas nak jalan.. Haduhh si Jetnya ni kena la Atuk membuat tindakan mencari dan menyelamat lak. Baru jer hamba Allah tu nak merasa masuk dah kena road block lak.. Sesampai Atuk kat tempat Jet Atuk nampak sebijik batu besar terapung-apung mengepun jalan Jet. Dah mcm Encik Boss n robotnya yang ngacau Boboiboy lak lakunya. Atuk pun terfikir masa ni la Atuk nak test pancaran mata oren si kuda terbang ni. Dulu dia kata matanya boleh menampakkan semuanya hinggalah kepada yang ghaib dalam ghaib sekalipun. Atuk tau yg batu ni bknlah hakikatnya batu.. tp jin betina yg merupa-rupa seperti batu yg terapung. Batu didunia ni yg terapung ada seketulnya iaitu batu yang ingin mengikut Nabi Muhammad tercinta semasa israk mikraj. Demi terkena pancaran jernih cinta kristal dari mata kuda terbang Atuk maka terlihat Atuk jin rambut panjang yg perasan cantik. Maka Atuk semarakkan api kat pedang hamzah, Atuk ambik lajak baik punya, satu kali lompat tikam tinggi punya dan zasssss Atuk belah batu jin tu dan berserakanlah segala anggota tubuh dia laksana diletupkan dgn C4. Lega rasa dah lama x wat perangai budak2 melompat atas katil. Nasib baik xde sapa yg dok skodeng kut2 terangkat jubah Atuk masa menjunam tu. 



Selepas berdoa agar tempat itu dan pemiliknya dijauhkan dari gangguan sihir maka Atuk pun cuba mengesan asal usul barang2 jijik yang Atuk musnahkan tadi.. Terdengar lah pulak bunyi gelak tawa jahat dan sinis terhadap Atuk yang x tau dari mana datangnya. Atuk dgr mcm dari kesemua arah. Atuk pun gelak sama jer lah nak wat apa lagi kan. Takkan lah Atuk nak nangis lak. So bila bab nak kesan ni Atuk senang jer. Try guna mata dan rasa dulu. Bila tak berjaya kita minum duluuuu eh silap!!!  kita guna la teknik kasar sikit. Maka Atuk mintak tolong panglima hitam paku la kat kain merah hitam tu.. Dari mana asal org yg buatnya jadi ‘hitam’ tu kat situ lah akan Atuk terjah. Tak sampai tiga kali ketuk paku Atuk dah dgr bunyi org tua merintih lak.. Aikk tadi gelak sakan kau ini merintih lak.. Apasal? Kuku kena cabut ngan ragum ker hahahaha time Atuk lak nak gelak.. Tu lah idup ni mcm roda kan.. bila kita kat atas jgn sesekali lupa satu masa nanti kita akan berada dibawah pulak.. takkan selamanya kita kat atas sebab roda itu bulat. Terus zappp Atuk kesan dari satu sudut kampong sebelah dengan kampung yang Atuk ada tu.. luar sikit dari ladang kelapa sawit jer.. Atuk pun usha la.. perghhh besar gak umah tok batin ni.. Tapi apa Atuk kisah.. besar ke kecik ke.. yg salah akan tetap salah.. sapa suruh aniaya orang kan..

Maka perkara pertama yang Atuk buat bila berdiri di hadapan rumah tok batin tu ialah.. Atuk tgk la.. kalau tak mcm mana Atuk nak nampak rumah dia kan.. Atuk terus digerakkan untuk tambah power pedang hamzah tu sampai juta2 kilovolt untuk bertindak sebagai senjata pemusnah. Maka dengan itu Atuk bacakan dua surah iaitu alam nasyrah dan surah al-fil.. maka makin berapi dan berelektrik lah pedang hamzah Atuk tu.. Dengan gerak hati Atuk hantarkan pesan buat sahabat sealiran untuk pinjam ababil dia sebagai persediaan menghadapi belaan2 yang banyak jugalah sit ok batin ni. Setelah itu Atuk luncurkan lah pedang hamzah meluru kearah dalam rumah tok batin tu bagi mencari mangsanya. Kami semua cuma menunggu diluar dahulu sebab tok batin ni takkan simpan belaan2 dia dalam rumah sebab tak nak menganggu anak bini dia lak. Dengar kecoh akan perihal tok batik dok menepis serangan pedang hamzah tu maka keluarlah jin besar askar barisan pertama tok batin tu dari belakang rumah. Si serigala putih Atuk arahkan menghapuskan jin tak pakai seluar tu yg badannya lagi besar pada rumah tok batin tu. 


Kali ni bila serigala ni membesar Atuk tgk dia tak telan terus si jin ni. Mungkin sebab dah lama berehat dia nak beriadah gak kut. Maka dia menghempas pulaskan si jin ni dgn kepalanya dalam mulut serigala. Atuk tgk mcm kucing tgh main2 kan tikus yg dah lembik pulak. Lantaklah Mud asalkan kau bahagia hahaha. Bila dah lembik baru ditelannya dan dalam masa yang sama Atuk tgk banyak lagi yg kluar nak membantu sahabat yg kena ganyang dgn Mud tadi.. Sampai ada yang Atuk tgk mcm raksasa dlm ultraman pun ada, mcm pokemon ada.. macam pokemak pun ada rupa hodoh2nya. Masa ni lah Atuk mintak ababil bwk batu2 membara neraka jahanam utk dihujankan atas makhluk2 hodoh tu.  Berlubang-lubang badan diaorg sambil mengerang kesakitan yg amat sgt..  Mana yg sedikit kebelakang cuba lari namun usaha diaorg sia-sia jer sebab lagi byk burung ababil yg dtg membantu Atuk.. Burung2 itu mengejar dan menyerang dengan tanpa belas kasihan umpama pasukan bolasepak liga premier lawan bola dengan budak sekolah tahun 6. Alhamdulillah datang banyak mana pun boleh kitaorg redah malam tu.

 
Lepas tu baru Atuk tau rupanya bini tok batin ni pun bersekongkol sekali rupanya. Apa lagi, darah Atuk yang belum kena tekanan darah tinggi ni pun mendidih la.. Bukan diaorg yg dtg sendiri rupanya bininya yg Atuk tak kacau yg tolong panggil hamjadah2 tu dtg.. Atuk pun sebab pempuan, tua pulak tu malas nak wat lebih2.. kang org kata Atuk buli lak.. maka Atuk just kumpul aura oren dan lempar sekali je lah kat mak batin tu.. Tu pun dah cukup rasanya sebab lepas tu usahkan mentera, nama cikgu kelas masa dia form 5 pun dia dah tak ingat dah apatah lagi nama budak lelaki yang letak chewing gum atas kerusi dia sampai melekat kat baju sekolah dia masa dia ponteng sekolah panjat pokok petai dengan tok batin dulu..
Cari punya cari lepas tu anak murid Atuk x sampai gak lagi.. Aper ker hei nya ni x sampai pulak.. Atuk mesej dia tanya kat mana dia ckp kat kedai lak.. haduh.. lemah Atuk org dok terhegeh-hegeh ni. Bukan kita nak jalan2 cari pasal kat alam ni.. ada tugas yg belum selesai kena dilaksanakan. Maka Atuk panggil dia dtg dgn kuda terbang Atuk. Dah bagi kuda terbang pun lewat lagi. Nasib baik la Atuk xde jet pejuang kat alam sana.. kalau x dah lepas ke mana la ko Jet..

Settle keje kat umah tok batin maka Atuk menscan lagi saki baki komunis alam ghaib tu. Maka Atuk dibawak ke sebuah busut or bukit yang didalamnya tersimpan sebuah pasu besar yg ada mcm2 benda termasuk minyak2 yg korang x dpt bayangkan. Bila Atuk tarik keluar jer start la nak melayang keluar asap2 hitam yg nak membentuk menyerupai lembaga2 yg korang selalu mimpi2 tu. Maka dgn mudahnya si serigala menyedut semua asap tu umpama vacuum cleaner. X yah susah2 keje, dgn jari pun boleh.. Selepas beberapa sedutan maka masa dah time untuk Atuk membakar barang2 tak bertuan itu. Byk kali juga la makrifat aura2 cahaya pelangi tu terpaksa Atuk hamburkan utk bakar totally benda2 perosak tu.. Bila dah settle Atuk terpaksa pecahkan tempayan tu lak sebab dah terlalu lama dia menampung benda2 yg tak sepatutnya. Kan elok kalau mak batin tu wat tanam pokok limau mandarin ker… leh gak mkn2 masa raya cina.. Lepas dibakar benda2 hangus tu Atuk tanan nun jauh didasar perut bumi bagi mengelakkan kitar semula dek bangsat2 yg busuk hati iri hati pada org lain. Sorry lah Atuk guna bahasa mcm tu, bukan Atuk marah pun.. Cuma ter emo je sikit..

 
Setelah settle kerja2 pengeboman bukit umpama serangan ke Sulu di Lahad Datu tu Atuk pun move on ke rumah org yg Atuk panggil jantan x de telur sebab sanggup cari tok batin sebab nak kenakan org sebab x leh nak lawan bisnes org tu. Mcm hanjin punya perangai. Setelah rombongan Atuk menyelinap masuk rumah dia, kitaorg terus attack bilik tido dia.. maklumlah dah tgh mlm.. kalau nak cari org nya carilah kat bilik tido. Kalau cari kat dapur jumpalah dgn nasi sejuk dan ikan masin yg tak abis makan jer. Dengan tanpa bersalam Atuk langkah masuk sambil terus twist kaki n kunci mamat tu atas katil sampai x bergerak. Walau pun bini dia ada dok sebelah Atuk tak ambil peduli bak kata pepatah cina “Alak wa kisah ka” kan. Mamat yang ni Atuk tengok macam lagu Najwa Latiff lak ‘kosong.. kosong.. kosong..’ so Atuk saja nak melatih anak murid Atuk untuk menikmati feel sembelih org.. Selalu dia tgk kat TV al-jazeera je mat salleh kena sembelih lepas kena culik.. So skrg biar dia rasa sendiri. I am not khan but I m not a terrorist also.. Atuk sembelih dia bukanlah sebab saja suka2 tapi sebagai pengajaran hidup buatnya agar tak menganiaya org lain lagi. Mcm mana dia disembelih tu takyah la Atuk nak cerita kut. Kang ada org 21 hari tak lalau nak mkn nasi apatah lagi sentuh gulai asam pedas lak nanti..

 
Tengok jam dah dekat 40 minit dah. Lama sungguh la pulak selaman Atuk kali ni. Mana taknya.. head hunting lagi, cari org hilang lagi..Dari situ rombongan rumpun Atuk menuju ke rumah s sakit tadi yg terbaring lemah lesu atas pembaringannnya. Setelah menarik semua gangguan dan efeek nya melalui tapak kaki, jari dan kulit maka pengubatan pun dilakukan ke atas pesakit ni. Walau masih ada luka2 kesan cakar kat tubuhnya tapi insyaallah akan mengambil masa sedikit utk dia sembuh sebab penyerangnya pun bukan calang2 org. Setelah selesai mengubat barulah rumpun kitaorg berangkat balik..

 
Eyy Ehhh relax.. x abis lagi ceritanya.. On the way nak balik tu Atuk ternampak beruang kutub dalam bayangan Atuk. Baru Atuk teringat yg si Jet dah abis peringkat pertama dan beruang kutub ni Atuk x serahkan lagi pada dia. Maka beruang perang ini Atuk panggil dan duduk di sebelah singgahsana Atuk di alam sana. Atuk bacakan alfatihah dan hadiahkan untuknya serta Atuk usap kepalanya. Beruang setinggi atap itu pun dengan muka kesian duk sebelah Atuk dgn merendahkan kepalanya tanda hormat. Setelah menyampaikan beberapa amanat yg dia mcm faham jer tu maka tuan barunya yg Atuk dah panggil dtg td pun sampai merapat sembah. Beruang yg ni selama dengan Atuk x pnah lak Atuk dgr suaranya. So sama ada dia jenis pemalu ker, jenis bisu ker, Atuk x tau la.  Tapi dgr dia menggeruh mcm bunyi guruh.. macho abis suara.. ikut la.. rezeki ko jet.. Maka Atuk pun buatla upacara serah menyerah beruang kat anak murid Atuk tu..

 
Tetiba satu soalan kurang cerdik kuar lak dari mulut dia.. nak buat apa ngan beruang ni guru? Aduh Atuk antara nak marah dgn nak gelak sama byk masa tu. Tak sampai ati Atuk nak ckp beruang ni ko buat teman tido..Atuk pun ckp lah bahawa yg ni bukan beruang zoo.. Ni namanya beruang perang.. So kejenya mcm apa yg kita buat tadi.. Apa kelebihan dia ko carik la sendiri.. Ko dgn bini ko pandai lak korang buat aktiviti sendiri.. so xkan la dgn beruang ni aku nak ngajar lak.. So selepas abis upacara tu ada lagi soalan rupanya.. Apa saya nak buat dgn cemeti api n panah ni tuan guru.. Nak Atuk suh buat kayu api kang dia bakar betul2 alamatnay berperang dgn jari lak nanti. So Atuk ckp ko simpan dan ko gunakanlah bila berperang nanti. Takkan tiap kali ko nak pinjam pedang kalimah aku.. baik guru aku bg kat kau jer.. so dari hari itu berdamping lah dia dgn beruang teddy bear itu bersama cemeti api dan panahnya. Tak ke indah belajar ilmu ni.. dapat berperang, dpt berjalan free, dapat hadiah lagi.. dapat pets lagi percuma.. Syukurlah rezeki yg x ternilai hasil uasaha dan kesabaran utk belajar selama ni..
Setelah kami sama2 kembali ke atas tikar sejadah maka Atuk ingatkan lagi pada anak murid tu utk buka semula kunci lam jalalah itu dan tinggalkan atas sejadah supaya senang bila nak digunakan semula nanti. Dan tanpa segan silu dan usul periksa, setalah terbuka kunci maka si hero malaya tu pun terus meluru ke tandas sebab tak tahan nak terkucil air kecil..


No comments:

Post a Comment