Monday, June 17, 2013

Pelalau Buat Jadi Melilau Mistique No 7



Dalam entry yg lepas2 Atuk ada citer yang Atuk cuba mengubatkan sahabat Atuk dalam kisah n cerita sandiwara semasa nukilan mengusik jiwa untuk tatapan korang sambil mengisi masa lapang. Sahabat Atuk ni mulanya2 terkena bila dia dok sorang2 kat hotel. Dia outstation sebab ada mesyuarat dengan org2 penting. Pagi tu dia tak bangun n x  dtg meeting untuk berjumpa Atuk. Atuk tak sedap hati tipon dia kat bilik n dia ckp dia x boleh bangun. Atuk ingat sebab dah berumur kut tu yg sakit2 badan tu sampai x larat bangun. Last2 petang dia call dia tak dpt nak bangun terus sebab ada gangguan dari semalam. So dia mintak Atuk temankan dia kat hotel mlm nanti sebab dia tak berani dok sensorang.

So petangnya Atuk pun dtg lah bawak 3 botol air mineral yg dah di bacakan ayat2 syifa dan rukyah. Maka Atuk pun bagilah dia minum pastu leh lak dia berjalan n kita org gi la makan lamb chop kat kedai yg kitaorg selalu lepak. Lepas mkn balik bilik n kitaorg sembang n dia pun bcerita lah apa pengalaman dia semalam. Dia ckp ada benda besar yg dtg kat dia besar.. sampaikan binatang tu suh dia gi kat tingkap n suh terjun ke bawah dari tingkat 8 hotel. Owwww tau la Atuk.

Malam tu sebelum tido Atuk solat n Atuk pasang MP3 rukyah, syifa dan ayat2 azab. Bangun pagi Atuk tanya dia mcm mana ko rasa? Dia kata dia panas n x boleh nak tido sampai ke siang. Atuk tau la ada gangguan tapi sebab egonya, dia tak mintak tlg Atuk wat apa2 so Atuk dengan terrornya wat bodoh jer la. Hat ni Atuk paling x reti nak wat sebab Atuk x dilahirkan bodoh. Tapi Atuk tau sahabat Atuk ni dah kena sihir pelalau.

Sihir ni lak ada 3 jenis. Kalau pelalau jodoh memang org yg kena tak kawin la sampai bila2, klu pelalau kerja/belajar maka org tu rasa malas or byk sgt halangan bila org tu nak keje/belajar, kalau pelalau bisnes maka habis untung habis modal la org tu tak berjaya dalam bisnesnya.

Bila dia balik jer mlm esoknya badan Atuk rasa tak berapa best. Atuk pun tido kan hero kecik Atuk then Atuk ambik wuduk. So bermulalah Siri Ber"jentat" dengan jin edisi Atuk. Atuk start ritual memasukkan segala kekuatan ghaib Atuk and panggil bodyguard2 Atuk untuk membantu sekiranya perlu termasukla guru Atuk. Then Atuk tarik keluar benda2 yang membuatkan Atuk sakit tu then Atuk simpan kat tok guru Atuk untuk future reference. Kalau cara Atuk, Atuk suka simpan dekat guru Atuk bcoz dengan benda yang dihantar tu kita lagi cepat detect dari mana dtgnya benda2 sihir tu berbanding nak scan mcm tu jer. 



Tp cara ni Atuk cuma dapat cari jin mana yang punya angkara n tok bomoh mana yang dok bela binatang hamjadah ni. Kalau sampai sakit teruk Atuk tibai terus dgn solat hajat n yassin 7 mubin dulu. Then barulah keluarkan pedang Hamzah (al-fatihah utk Saidina Hamzah), pedang kalimah, pedang fatihah, serampang Tun Habab (Al-fatihah utk bendahara Tun Habab) n mcm2 lagi senjata yg hado pastu Atuk bacakan surah al-kautsar jer. Senang kerja Atuk bila senjata2 tu terbang mcm bola2 api cari siapa yg buat, jin mana yg buat, sapa yg upah, sapa yg tukang tunjuk rumah, sapa yg tolong bawak kete, sapa yg bagi alamat rumah, pendek kata semua yg dok tolong sikit2 pun ambik la habuan masing2. Mcm mana nak buat Yassin 7 Mubin ni nanti Atuk bgtau in the future entry. Amalan ni adalah amalan dari Tok Kenali (al-fatihah utk beliau) yang diperturunkan dari guru2 nya kepada anak2 muridnya.

So bila Atuk start scan Atuk dapat satu lembaga hitam berbulu lebat tapi tak rebonding. Sekali libas jer jalan lah dia. Atuk tak sempat nak tanya pun siapa nama dia n siapa antar dia sebab tangan Atuk lagi laju dari ulut Atuk. Kepala Atuk tanam kat China n badan Atuk belah dua n tanam sebelah kat India and sebelah kat Afrika. Bukan Atuk wat pun Atuk mintak jer, rijalul ghaib yg buat. Then baru Atuk scan siapa yg buat. Tak jauh pun, ada bomoh india dekat area Batu Caves yang buat. Atuk cakap kat dia, Atuk bercakap sekali jer, Atuk tak pandai nak ulang2 sebab Atuk bukan tape recorder or CD player  yang boleh forward or reverse ikut suka hati mak bapak dia so dia kena dgr betul2. Atuk cakap Atuk tak mo dia ganggu sahabat Atuk lagi walau apa pun yg dibayar kat dia or apa pun yg org suh dia wat. Kalau wat juga Atuk terpaksa cabut sihir tu bersama dengan nyawa dia sekali la. Bukan Atuk cabut nyawa tapi malaikatul maut tapi dengan izin Allah swt juga. So Atuk tgk bomoh india ni faham n nampak air muka tAtukt dia sebab dia tAtukt mati or tAtukt Atuk tarik kain dia yang terikat kat pinggang tu.

So settle satu perkara. Then Atuk scan lagi sebab Atuk rasa tak abis lagi. Second time ni Atuk scan Atuk nampak lembaga mawas yang besar. Atuk berdiri pun takat muka dia jer tubuh badan Atuk. Tapi ader Atuk kisah ker. Apa2 hal Atuk rembat dulu dengan pedang hamzah yang tak pernah kenal tAtukt maka bersepailah bangkai mawas tu beserta dengan kalimah al-kautsar yg berapi2 membelah badan dia. Bila Atuk scan lagi siapa tuan mawas ni rupanya org batak yg Atuk tak tau dok kat indon ke atau kat mesia sebab semua tu tak penting bagi Atuk. Yg penting muka selamber dog nya yang wat2 mcm org tak bersalah. Atuk mcm biasa warning la dia supaya tak ganggu sahabat Atuk sebab bayaran yg dia terima lagi lumayan dari yang pertama tadi. Berapa jumlahnya Atuk xleh bgtau la sebab nanti Atuk takut korang belajar ilmu jadi bomoh hitam sebab gajinya lagi lumayan dr jadi hakim mahkamah seksyen. Atuk pun ckp benda yg sama Atuk akan ckp sekali jer n kalau berulang Atuk terpaksa membuang sihir kat sahabat Atuk tu skali dgn nyawa dia sekali lah.

Dah settle Atuk call sahabat Atuk yg dok meeting kat luar dgn sapa entah n Atuk bgtau dia hati2 la sebab Atuk tak dapat detect the 3rd one. Maybe lagi tinggi kut ilmunya. Takpelah ilmu Allah Taala n Ilmu Al Quran tu takder yg lebih hebat daripadanya. Kalau tewas Atuk maka tewaslah alquran sebab ilmu Atuk semua dari al quran jer. Takde niat ingsun matak aji punya ilmu.

Tak sampai 10 minit Atuk rehat sebab tadi berpeluh sakan satu badan sebab ber riadah dengan menjentat jin2 tu sahabat Atuk tu tipon balik. Dia kata tiba2 dada dia sakit sebab macam kena tekan. So Atuk yang dah berpeluh tu suh sahabat Atuk berenti kat tepi jalan yang selamat dulu sebab takkan Atuk nak scan dia sambil berlari sebelah kereta n kalau dia x berenti ditempat yg selamat, dia pulak yang selamat pulang ke rahmatullah. Bila Atuk scan uikkk Atuk tgk idup lagi mawas tu. Takkan umur panjang lak kut. Rupanya ada mawas lain. Byk duit tol bomoh ni bela mawas byk2 sebab nak beli makanan dia pun byk gak. Kalau korang nak tau tulang mawas ni byk org gunakan dalam tujuan menhantar ilmu hitam pada org lain. Maybe batak ni puja semangat mawas yang mati ni n jadikan dia setan yg besar.

So bila dah berenti Atuk scan member Atuk ni. Ya allah penuh kete dia dengan penumpang yang tak bayar sewa. Diaorg ingt sahabat Atuk ni prebet sapu ker... Mentang2 la dia pakai kete mahal semua dok pakat nak tumpang. Atuk tarik sekor keluar dapat la si mawas ni, maka Atuk pun belasah terus zasss tanpa belas tanpa simpati, cehhh mcm lagu Azian Mazwan Safuan lak. Then sekor lagi beruk mat yeh tu pun mcm biasala Atuk kasi potong n tanam ikut suka mak bapak Atuk dengan rijalul ghaib jer tanam. Biasanya kalau diaorg ni jenis yg nak masuk islam Atuk doa mintak tukar rupa diaorg n Atuk antar kat bandaraya jin islam kat highland tower yang runtuh tu. Kalau korg jln mlm2 kat area tu dok jeling2 la kat area highland tower tu, nampak la bandaraya diaorg kat situ. Ada rumah2 n kedai2 utk diaorg shopping. Tapi Atuk tak perasan ada kedai jual coach atau LV ke tidak sebab Atuk tak ambik port.

Atuk selamatkan jiwa raga sahabat Atuk tu lebih kurang then Atuk bawak dia kuar kete. Tiba2 ada dua bayangan hitam kuar dari kete n nak belah mcm tu jer mcm tak ada apa2 berlaku n mcm diaorg tak bersalah jer. Atuk pun tangkap leher diaorg n malas Atuk nak sembelih dah so Atuk suh rijalul ghaib antar ke panjara bawah laut yg bernama kaf-ha-ya-nun supaya diaorg leh wat aktiviti kejinnan kat tempat tu. At least boleh jadi tukang masak ker, buat dobi ker or tukang sapu sampah.

Dah selesai Atuk call member Atuk n tanya dia rasa mcm mana? dia kata ok sikit so Atuk suh dia balik n on the way balik beli air mineral 3 botol, minum dua n mandi satu botol lepas dia pasangkan ayat2 syifa MP3 sambil buka botol tu. Kena pakai air mineral beb sebab air yg dah kena api biasanya orng tak buat utk berubat. Tapi ada gak Atuk tgk kawan2 yang aliran lain yg wat air penawar pakai air masak.. x paham Atuk. Setan kan dari api so naper nak guna air yg dah kena api.. takper lah masing2 punya jalan kut.. wallah huaklam..

2-3 hari Atuk mengkaji naper Atuk rasa tak abis lagi sebab Atuk tau sahabat Atuk tu masih sakit n instinct Atuk pun kata mesti ada yg tersembunyi lagi ni. Akhirnya Atuk diberi petunjuk utk kuar waktu solat dan jeng jeng jeng.. hasilnya sepasang saka beruk melompat2 kat depan Atuk. Atuk abiskan solat n pasang pepijat supaya lepas solat senang Atuk nak trace balik.

Lepas solat Atuk trace balik n dapat beruk dua ekor tu semula. Atuk ikat dengan rantai mcm beruk panjat kelapa tu n Atuk jentik telur diaorg suh bawak kat org yg suh diaorg wat keje tu. Masyaallah, org islam rupanya guna saka beruk untuk buat org,. Apa guna la ko semayang mamat kalau hati ko masih busuk mcm ni. Nampak bonar somayang ko tak diterimo tuhan sobab ko masih buek bondo2 tak senonoh ni. 

 Dipendekkan cerita Atuk pun pancung sebelah kaki setiap ekor monyet tu sebagai hukuman yg diaorg dah menyakitkan seorang hamba allah yg takdo buek doso kek dioorg pon. Pas kena potong wat muka kesian lak kat Atuk. Atuk kato takdo, den blaja motong yo, tak blaja nyambung kan balik doooh. Dan yg terakhir skali terpaksalah mengwarning mamat tu supaya tak melAtukkan perbuatan terkutuk beliau itu lagi dan sebagai hukumnnnya terimalah pukulan cantuman hadapan dari den. Den tumbuk porut eh dopan bolakang terus terduduk mamat tu kek dapor dio. Kalau kuek ilmu n badannnya cukup sebulan sihat la dio. Klu tak, terbaring la dio seumur idup. Allah bg sihat tubuh badan di bawaknya menyakitkan org. So biar tak sihat supaya takde org yg sakit lagi.. sekian......

No comments:

Post a Comment