Monday, June 17, 2013

Pertarungan tanpa sempadan.. Mistique No 4



Kali ini Atuk nak bercerita temberang tahap gaban sikit la dengan korang tentang pengalaman Atuk bermusuhan dengan iblis yang mengaku sebagai Nyi Roro Kidul. Kisah ni tak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati. Ni sekadar nak mengisi masa lapang korang membaca siri bercakap dengan jin versi Atuk sendiri. Entah betul dia Nyi Roro Kidul atau tak Atuk tak tau pun sebab Atuk bukan kenal pun si Nyi Roro Kidul tu. Bukan Atuk pernah jumpa dia pun. Dia pun bukan sedara mara Atuk pun. Org2 Indonesia yg ngaku pernah jumpa dia ckp dia cantik tapi ada Atuk kesah ker kan. Bini den lagi gobu n mantop dari dio.

Menurut guru Atuk iblis ni kehidupannya di air, permainannya di lumpur n kematiannya di tanah. Jenuh 7 hari 7 malam Atuk nak kupas apa maksud guru Atuk tu. Biasalah namanya lagi guru maka ayat2 nya kalah syair bangsawan zaman dulu2 sebab berbunga dan makna yang penuh tanda tanya yang perlu ditafsir oleh Roh Islam yang ada pada Atuk dengan setepat-tepatnya.Kalau salah tafsir hancus..

Maka sedikit demi sedikit pertempuran yang berlaku antara Atuk dengan iblis ni dan konco-konconya berlarutan berbulan-bulan lamanya. Sebabnya iblis ni berasal dari manusia yang belajar ilmu hitam hingga separuh dari dirinya dan berubah jadi Iblis. Kalau lama lagi sikit confirm dah x jadi orang dah. So tergamak ke korang nak membunuh sesama manusia? Tu yg Atuk dok delay tak hapuskan terus dia. Tp pikir2 balik dia dah jadi iblis tu makanya jadi musuh anak2 adam lah tu. dah berapa orang yang dia tunggang terbalikkan Atuk pun x tau.

Jadi si iblis ni menumpang lah sekali sekala kat badan anak kawan Atuk (bukan sahabat yo kawan jer) sebab tak payah bayar sewa. Kalau dok terus kena bayar sewa lak kat bapak dia. Org masuk jamban pun nak kena byr duit air. So malam terakhir bila dia asyik ganggu kerja Atuk n bapak dia maka Atuk dapat petunjuk supaya pagarkan keluarga yang dia ganggu ni dengan Tanah Haram yakni tanah mekah yang berupa butiran pasir. So Atuk mintak Rijalul Ghaib ambilkan Atuk sebekas tanah haram dan Atuk pagarkanlah semua ahli keluarga yang diganggunya dengan tanah haram ni.




Malam esoknya bila Atuk dan rakan2 sejenayah Atuk buat kerja, si minah ni sengaja Atuk biarkan ada sekali sebab Atuk tau iblis ni takkan pernah serik. Kerja tu Atuk saja buat untuk tarik dia jer. Sebab masa pagarkan tu Atuk dah sumpah kat Iblis tu kalau dia langgar pagar tu Atuk akan bunuh dia tak kira la siapa dia sekali pun. Kalau dia mak sedara belah bini tok ketua kampung Atuk pun Atuk tak peduli la. Apatah lagi kalau dia sepupu sebelah ayah ketua wanita or puteri parti mana2 pun. Atuk bukannya org politik yg nak ambik pot semua benda2 tu. Sebab pada Atuk semua org sama jer cuma kat padang mahsyar je nanti jadi lain2. Kentut busuk gak walau setinggi mana jawatan ko kalau makan telor sampai 5-6 biji sekali.

So lepas wat keje kitaorg minah ni dah tersengih2 sebab tau projek kitaorg tak jadi. Atuk bangun n kemas tempat kitaorg bersemayam n Atuk isap rokok gudang garam Atuk dgn penuh nikmat. Sambil tu Atuk mintak kat guru Atuk untuk keluarkan jantung iblis tu yang Atuk simpan kat dia masa first time Atuk rodok ngan pedang hamzah Atuk. Kalau Atuk nak citer dari first berperang tu 752 hari belum tentu abis sebab mcm2 yang jadi. So disingkatkan cerita Atuk citer pasal part last je la kat korang. Lepas dimintak, guru Atuk pun bwk kluar belanga tembikar yang dia tutup dengan kain kuning. Selama ni tu yg dia cari sebab Atuk dah bawak lari. Tapi nak berjumpa dgn guru Atuk dia segan sebab takut kena tarbiah kut or kena fire kut.




Atuk ambil belen2 tanah haram tu dan Atuk taburkan kat jantung iblis tu. Sebab Atuk tgk mula dia dok relax jer kat atas kerusi kat rumah member Atuk. Tak sampai 2 minit dia dah menjerit sebab kepanasa. Jantung dia rasa terbakar n panas sebab bergelumang dengan tanah suci itu. Maka kawan Atuk ni tangkap anaknya dan kunci tangan anaknya dengan tangan dia n kalimah fatihah. Kawan Atuk bila dah ready dia bagi isyarat kat Atuk untuk Atuk menyempurnakan korban.. hehehe syok syok...

Atuk sempurnakan dulu doa mohon keizinan dan bantuan Allah swt untuk mempermudahkan urusan Atuk dan memulangkan segala hakNya kembali kepadaNya dan kembalikan yang haq kepada yang hak. Atuk kuncikan iblis tu dengan syahadah n tumit kiri Atuk dan bila duduk Atuk kuncikan pula pergerakannya dengan shahadah dan tumit kanan Atuk. Sebabnya kalau nak buka kunci kena pakai kunci yang sama kan. So mati hidup balik pun iblis takkan nak mengaku Nabi Muhammad tu lagi mulia dari dia. Mudah kan, dengan jari pun boleh.. Lagipun kalau Atuk tak kunci kakinya maka akan luruh lah buah-buahan Atuk yang dah masak ranum semenjak Atuk kecil tu sebab Atuk duduk betul2 depan kaki dia.

Atuk tarik benda2 jahanam yg dia tanam dalam badan minah ni. Bukan Atuk tak pernah keluarkan tapi iblis ni dapat subsidi untuk tanam semula kut. Maka Atuk mohonlah kepada Yang Maha Pembuka untuk membukakan ruang untuk Atuk keluarkan hasil tuaian iblis tu dan kemudian Atuk mohon Yang Maha Penutup untuk menutupkan semula setelah tuaian selesai. Lepas tarik tu Atuk bakar semua jin2 bulat yang keluar sebab takde keje Atuk nak timang2 lak diaorg. Nak Atuk bagi makan kat serigala Atuk dia dah kenyang.

Then dah selesai upacara tarik Atuk bagi renjatan 5000 volt sekali kat iblis ni menerusi tapak kaki dia n Atuk cucukkan pedang hamzah untuk menyedut mana2 serpihan yang tinggal. Menjerit bagai nak rak dia bila pedang hamzah masuk dalam kaki. Kalau korang nak tengok mcm mana besar n panjangnya pedang hamzah tu korang gi la kat pameran sejarah islam yang ada mempamerkan pedang Saidina Hamzah dan para sahabat serta pedang2 Rasulallah saw yang punyai nama2 yg tersendiri. Tengok pun korang dah terasa tak lalu nak angkatnya. Selingan jer tu.

Then Atuk azankan kat iblis tu. Dia ingat Atuk azan sebab dah nak masuk waktu kut. Tgh2 malam nak masuk waktu apa lagi kan. Tapi Atuk azan nak bgtau dia yang waktu dia nak pergi tu dah nak dekat sgt dah. tapi sebab bangang tahap cipan punya pasal dia x mengerti kut. Mungkin sebab mcm kata Malique;  maafkan mereka, mereka tidak tau, mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu. Nasib ko la labu...

Lepas tu Atuk pun cari sejadah kat mana kawan Atuk letak pun tak tau. Atuk nak cepat tak jumpa lak. Atuk nampak selendang yang terdampar kat atas rak buku. Tu lagi buat Atuk heran. Beli selendang harga puluh2 tapi dok terjelepok kat tepi buku bukan nak tutup kepala yang togel. Kalau kepala tu lawa takpe gak, ni kaler mcm2 ada nak tunjuk2 kat org. Eiii geli Atuk. Apa Atuk peduli Atuk rembat jer tudung tu n Atuk tutup muka sampai ke leher minah tu. Persediaan upacara korban. First time Atuk nak menyembelih manusia bertubuhkan iblis ni. Lalu Atuk qamat menandakan waktu dah sampai. Si iblis ni punya la ketegaq tak mengerti juga waktu dia mengadap ilahi dah sampai still nak membebel mcm2, bwk ngucap lagi bagus, ini tidak dok menyumpah org sana sini. Atuk pun asahlah pedang hamzah Atuk sampai berkilat n tarik tiga kali, terus putus kepala n jasadnya. Atuk nak cerita pjg2 pun Atuk rasa ngeri.

Yang Atuk heran dok bercakap lagi iblis ni, walau dengan suara yang tak berapa Atuk nak faham sebab dah putus urat halkumnya. Baru Atuk teringat yang Atuk dok kunci segala tak bukak lagi mcm mana rohnya nak lepas pergi. Atuk pun bukak kunci iblis tu terus senyap minah tu. Atuk ambik air paip Atuk sapu kat muka minah tu dan Atuk hembus ubun2 dia biar tertutup pintu masuk jin, iblis dan syaitan ke badan hak Allah tu. Atuk masukkanlah kalimah suci allah kedalam badan dia agar takde lagi gangguan dari makhluk lain sebab bila dah start sekor bersarang, yang lain pun akan tertarik untuk menumpang sama.

Then Atuk lepaskan kunci kaki minah ni barulah dia bersuara n nangis peluk bapak dia dengan sedu sedan yang tiba2 mendatangkan sayu kat hati kalbu Atuk. Kemudian pengiring Atuk bagitau dia nak selesaikan kerja dan janji dia pada Atuk sebab sehari sebelum tu dia dah ready 7 paku khas untuk iblis tu custom made khas utk dia jer. Bila Atuk skodeng jer ya allah Atuk tgk ganasnya pengiring Atuk bila tubuh dan roh lemah yg dipaku ke atas satu papan kemudian direntap tubuh tu keluar. Then Atuk mengadap guru Atuk dan mintak mahap sebab terpaksa membunuh. Guru Atuk kata tak mengapa sebab Atuk membunuh bukan suka2 mcm Israel tu. So dia suh Atuk mintak ampun ngan allah jer. Then guru Atuk mintak diri sebab dia nak sempurnakan jasad yang dah tak ada jiwa n raga tu. Dia semadikan dengan aman manusia yg separuh iblis tu.

Bila Atuk mintak diri nak balik guru asal Atuk tiba2 dok sebelah Atuk dalam kete n ckp tu la ujian final untuk degree Atuk dan perbicaraan sampai pagi dgn Penggiran Azman tu merupakan kuliah Atuk yang terakhir utk degree Atuk tu. Perghh sampai yg itu pun Haji Ismail boleh tau... Perghhh dashat nyer ujian. Then satu demi satu debrief guru Atuk wat sampai Atuk rasa nak jadi gila dengar. Dari Ampang sampai Sungai Besi dikupas setiap kejadian yang Atuk alami mcm tgk flashback jer..

Kemudian Atuk disuruh rehat oleh Guru Atuk Hj Ismail selama 6 bulan untuk merehatkan diri serta mengisi semula diri Atuk dengan zikir2 dan kekuatan2 agar Atuk dapat semula berbakti untuk mereka yang memerlukan. Dan bila dah sampai kat penginapan Atuk di Sungai Besi dgn tak di duga, sepasang mata memandang Atuk. Siapa pulak gerangannya ni yer? Atuk tengok ada lembaga hitam pakai hood..Atuk tengok jelas2 maka nampaklah seekor kucing hitam berdiri setinggi manusia dan pakai hood sambil tersenyum.. Nanti lah Atuk cerita lagi…

No comments:

Post a Comment