Monday, September 22, 2014

Merentang Benang Menjadi Bendang



Salamun qaulam mirrobbir rohim. Assalamualaikum wbt. Dah lama Atuk tak merapu kat blog ni. Nasib baik sarang labah2 tak penuh. Maklumlah Atuk sibuk ngukir laa ni dengan mesin Dremel baru Atuk yg ngabihkan 1/10 dari gaji Atuk. Dah minat punya pasal Atuk redha jer. Byk juga dah jasanya pada Atuk walau baru je beli.

 

Tapi kisah kali nix de kena mengena dgn mesin Dremel Atuk.. Apatah lagi kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Atuk saja merapu waktu ptg2 cenggini sbb perut dah kenyang mkn nasik lauk sup ngan ikan grg sambal. Sambil kena gudang garam best jugak merapu tahap mengakarung berak kerang ni.

 

Alkisahnya ada anak buah Atuk yang ngadu rumah mak mertuanya sering terjadi gangguan sampai sakit mak mertua beliau dibuatnya. Mula2 kenal Atuk dulu mamat ni suka sengih jer. Dah kenal ATuk rapat baru dia berani nak bercerita kisah suka dukanya bila dia balik kgnya yg penuh dgn misteri dan mistik. Yang x bestnya boleh dia nak test ilmu Atuk padahal pada ATuk ni ilmu Allah semata2 sdgkan ATuk hanya dipinjamkan sekejap jer utk manfaatkan dlm masa sesingkat hidup ni sbg bekalan di mahsyar nanti.Bila dia cerita masalah rumah mak mertuanya bermasaalah je terus Atuk tercegat depan rumah tu dengan di bentengi pokok pisang belah kiri dan padang lalang belah kanan. Bila dia Tanya Atuk Nampak x rumah tu Atuk ceritakanlah apa yg ATuk Nampak. Terus mata dia mengembang besar bola golf sebab dia x pnah bwk ATuk balik kg makan ikan bakar cicah budu pong tp ATuk dpt terangkan keadaan umah tu. Dia x puas hati dia Tanya surau kg dia kat mana lak. Sdgkan tok bilal surau tu pun Atuk x kenal xkan Atuk tau pulak kan tempatnya. Maka dengan izin Allah dan selmba rocknya ATuk bgtau jarak surau tu dgn rumahnya dgn alunan lagu lena diulit intan. 

 

Dalam pada dok tgk surau kat mana tu. Atuk terpandang sebuah rumah kat area tu yg terang bercahaya walau disiang hari. Siapakah gerangan empunya rumah ini? Ini lah rumah salah seorang murid dari perguruan Tok Kenali Rohimahullah.. Byk ilmu dari sanad Tok Kenali yang disimpannya.. 

 
Maka lepas mendengar pemandangan hasil penerawangan Atuk tadi maka anak buah Atuk cukup berpuas hati lalu dia mintak tlg Atuk tgk apa gangguan yg ada di rumah tersebut. Maka Atuk terangkan bahawa suatu ketika dulu tempat tu adalah tempat fevret R&R bomoh melayu sbb byk busut jantan terdapat ditanah tu so diaorg selalu buang benda2 yg menganggu org kat tanah tu. Bila diratakan utk dibuat rumah busut2 tu x kelihatan lagi namun penghuninya tetap bermastautin tanpa arah tujuan. Sbb tu selalu ada bayangan nenk kebayan dlm bilik mak mertuanya, hantu tanpa muka dlm bilik adik iparnya, dan makhluk2 yang bergantungan di dinding2 bilik rumahnya. Atuk berjanji bila ada kelapangan dan dan kesempatan Atuk akan laksankan tugas Atuk seperti yg dia mintak termasuk memagar dan membuang apa yg jiran dia dok tanam kat belakang rumah bawah asbestos tu..

Maka tiba malam yang menenangkan itu Atuk panggil semua rumpun Atuk sebab byk sgt yg terpaksa Atuk tangani lamaklumlah lubuk tempat buangan. Bila dah berkumpul semua rumpun Atuk maka Atuk tugaskan dua panglima rijalul ghaib utk ambik tanah haram utk dibuat pagar ke atas tanah ini supaya x masuk semula anasir2 lain serta sebarang hasad dengki sihir tak dapat masuk utk buat onar dan buat kek lak dimasa akan datang.

 

Maka bila rombongan cik kiah Atuk sampai kat umah tu maka perkara pertama yg Atuk buat ialah ATuk bg salam kat tuan rumah dan Atuk pun tebarkan benang dari Pedang Damascus ATuk dan ATuk pusingkan pedang tu dan Tarik hasil pancingan Atuk yg pertama tu yang merupakan 5 ekor jin hardcore yg menghuni tempat tu yg merupakan penunggu keris terbang, belaan bomoh siam tersohor, dan bermacam asal usul lagi yg x mampu Atuk terangkan kat sini.

Tu baru permulaan jer, jgn korang ingat dah abis. Tu baru Atuk tangkap yg hardcore2 je. Maka dari 5 ekor tu semuanya atuk masukkan dalam jala dan hantar ke dalam penjara bawah laut jer tanpa sempat beramah mesra sebab ramai ekor lagi dok nunggu giliran tu. Kali kedua ATuk tebar jala je sebab terlalu banyak yg berkeliaran kat luar tu yg juga merupakan saka2, khadam buangan dan bermacam2 jenis lg yang kesemuanya berjumlah 32 ekor. Oleh sebab terlalu ramai maka Atuk bakarkan jer semua tu kat dlm jala. Klu nak masukkan dlm penjara nanti diaorg kena buli lak n klu penjara penuh nanti xde tempat nak isi hasil tangkapan yg hardcore lak. 

 

Seterusnya Atuk masuk dlm rumah lak. Masa nil ah tuan rumah ternampak kelibat Atuk sebab Atuk menyelinap masuk dlm bilik dia sbb nak tangkap ketua persatuan hantu2 kat umah tu yg merupakan seorg nenek kebayan atau nenek tua yg Atuk sangkakan islam, rupanya tidak. Bila Atuk soal siasat rupanya dia ni milik tuan tanah asal yg meneroka tempat tu. Patutlah ketua, otai rupanya nenek ni. Dan satu persatu atuk kumpulkan dan terpaksa atuk pancung satu persatu sebab dah jadi buluh dah semuya. Klu setakat rebung2 tu blh lah jugak Atuk nak lentur2 n klu dah besar sikit blh Atuk wat sangkar burung Murai Batu Atuk. Ini termasuklah jin berupa beruk dan hantu tanpa muka dlm bilik adik ipar dia. Dah mcm kisah hantu Korean lak hantu2 dlm rumah ni Atuk tgk. Nasib baik diaorg tak bg salam kat Atuk sambal ckp saranghae..

Last sekali Atuk serkap seekor toyol yang tak bertuan yg suka sorok duit kat tempat dia melepak iaitu dalam nyiru atau tampi beras dan dalam periuk belanga besar yg tergantung kat dinding dan seekor hantu raya yg dok kat dapur Mungkin sbb dia suka mkn nasi sejuk kut..
 

Bila dah clear dlm umah Atuk gi clear bahagian blakang rumah lak. Part ni Atuk gi clearkan benda yg ditanam dalam tanah sbb org irihati sbb tuan tanah x bg org buat jalan kut. Atuk tgk ada tanah yg ditanam dlm kain merah dan berbau busuk dengan satu tulang pendek yg dipercayai tulang kerbau pendek… Maka Atuk bakarkan je dan Atuk zassss kan kepada tiga bahagian makhluk yg bergigi di dahi tu dan tanam kat gunung berapi. 
 

Bila dah selesai barangnya maka ATuk panggil lak tuan punya brg. Dah tua rupanya makcik ni tapi apasal la x hinsap2 lg makcik oi.. Tapi tgk pada keadaannya bkn main kuatlg org tuan ni. Maka dengan kedua tumit kaki atuk kuncikan pergerakannya sebab mana la tau kut2 dia naik hangin dan ditendangnya telur Atuk mau senak dibuatnya. Bil Atuk rapat jer ATuk tgk leher makcik ni senget sikit apasal ntah. Belum lg kena flying kick mambang di awan Atuk dah senget kepala.. Gerama punya pasal atuk zasss dulu kat makcik nit p x mati lg dia. Kebal jugak belaan dia ni sbb x putus abis. So atuk bersoal jawab la sekejap dgn makcik ni dan sempat jugak lah dia kena semburan cahaya malaikat sebagai amaran supaya x buat lg benda2 yg nyusahkan org ni. Klu ikutkan tgk mata makcik ni pun dah menakutkan tp x pulak dia nak pandang mata Atuk ni.. Mentang2 la Atuk x pakai mascara kut..

 

Bila dah settle haiwan2 ternakan tu Atuk angkut maka sampailah masa Atuk menarik dgn sepenuh aura air zam zam utk bersihkan sekitar rumah dan tanah tu agar tak dihuni oleh makhluk2 yang menyesatkan tu dan ATuk taburkan tanah haram di seluruh tanah tu agar tak dinganggu lagi. Dan pada masa tu Atuk ambik kayu manis sebanyak 4 bilah yang telah di isikan dgn ayat2 pemagar dan ATuk makrifatkan dgn pacakkan di empat penjuru tanah tu sebagai pagar. Oleh kerana ATuk buat dari jauh maka ATuk terpaksa lakukan sedemikian rupa.
 

Setelah selesai tugas ATuk malam tu barulah Atuk dan rombongan balik dan setelah selesai sujud syukur maka Atuk mengucapkan salam pada sekalian rumpun Atuk dan merelakan diaorg pergi sebelum ATuk pun nak smoking dan lena beradu kerana kepenatan beradu dalam malam yang kelam dengan merentangkan benang menjadi bendang..