Tuesday, July 30, 2013

Imam Al-Mahdi



Imam Mahdi (Arab المهدي الإمام, Muhammad al-Mahdī, Mehdi; "Seseorang yang memandu") adalah seorang pemuda muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Imam Mahdi sebenarnya adalah hanya sebuah nama gelaran sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sahabat2 Nabi. Saperti Abu Hurairah yang bermaksud “Bapa Kucing” namun itu bukan lah nama beliau yang sebenarnya. Imam Mahdi bila di tafsirkan secara ringkas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk". Dalam bahasa Arab, Imam bererti "pemimpin", sedangkan Mahdi bererti "orang yang mendapat petunjuk".

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad), nama ayahnya pun sama seperti nama ayah Nabi Muhammad SAW iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama seperti nama  Rasulullah saw iaitu Muhammad bin Abdullah.

 
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku (Muhammad bin Abdullah) . Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud)

Dalam sebuah hadis Rasullullah mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator tamakkan kuasa dan kekayaan dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya seterusnya menuju babak kelima iaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau metod kenabian.

Lalu apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadis Rasulullah saw memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antara manusia telah menjadi-jadi dan banyak gempabumi terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negara dewasa ini.

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan peperangan. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kejutan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Zalim) yang telah lama berkuasa di berbagai negera di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Dalam hadis lain diterangkan bahawa telah bersabda Rasulullah saw: 

“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kejutan. Dan apabila kezaliman serta kejutan itu semakin berlelaluasa, maka Allah SWT akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kejutan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun. (HR. Thabrani) ” 

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sebagai berikut, Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan banyak-banyaknya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Tidak ada seorang pun dimuka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya  kecuali Rasulullah kerana Rasululah dibimbing oleh wahyu. Oleh kerana itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sebagai berikut:

Telah bersabda Rasulullah SAW:
“ Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kejutan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”

Lelaki keturunan Nabi Muhammad SAW tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah... Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi untuk menjadi seperti tin kosong.

Imam Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Rasullulah SAW dan para sahabatnya iaitu melalui al-jihad fi sabilillah.

Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi

Para ulama membahagi tanda-tanda Akhir Zaman (kiamat) kepada dua. Ada tanda-tanda Kecil dan ada tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.

Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi. Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut:

Telah bersabda Rasullah SAW:

“ Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bahagian depan kepada pasukan bahagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengkabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka. (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata:

Pada suatu hari tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza-beza. Kemudian Allah SWT akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan, menurut niat mereka masing-masing. (HR. Bukhary, Muslim) ”

Telah bersabda Rasulullah SAW:

Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi. (HR. Muslim) ”


Telah bersabda Rasulullah SAW:

Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi. (HR. Muslim) ”

Telah bersabda Rasulullah SAW:

“ Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam (Palestina) ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka. (HR. Ahmad)

Banyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Kerana di masa kini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang muncul. Hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Rasulullah sudah muncul semua di zaman kita.

Agak2 korang apa yg menyebabkan Imam Mahdi dan angkatan Pemuda Dari Timurnya menyerang Kota Mekah terlebih dahulu sebelum menakluki bahagian yang lain? Pada Atuk jawapannya simple jer. Cuba korang belajar geografi dan tgk kat mana letaknya penempatan Israel Yahudi sekarang? Dekat x dengan Mekah? Kita juga dah lihat kekejaman Bassar Assad di Syria, so korang nampak x kat mana letaknya Syria? N korang tgk negara Iran kat mana n kenapa dulu semasa hayatnya Saddam Hussin pnah ckp "Klu ada walau sebesar jaripun dari kalangan syiah di badannya, dia akan potong dan bakar". Atuk rasa tiga petunjuk tu pun dah cukup utk buat korang berfikir dgn akal..

Kedatangan Imam Mahdi

Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibaiatnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbaiat kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibaiat di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)

Sebahagian pengkaji tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahawa indikasi yang pertama telah terjadi iaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Wallahua’lam. Sebahagian spekulasi berpendapat bahawa pemimpin yang dimaksud adalah Yaseer Arafat (Palestin) atau Saddam Husein (Iraq). Kerana semenjak kematian mereka, negera Palestin/Iraq berada dalam kekacauan berkepanjangan. Tapi pada Atuk, Atuk rasakan ianya ialah Saddam kerana beliau mempertahankan negaranya dan agamanya x seperti Araffat yg lebih suka berunding sahaja sdgkan rakyatnya sendiri bangkit dgn mempertaruhkan darah mereka.
 


Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kehendak Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah SWT mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut:

“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW:

“Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Kaabah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Dalam hadis yang disebutkan bahawa Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaannya.

Kemenangan demi kemenangan senantiasa diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuat Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya. 

 
Kekuasaan dan kehebatan Dajjal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh kerana itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah SWT akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajjal. Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajjal dan pengikutnya, hingga Dajjal mati ditombak oleh Nabi Isa di "Gerbang Lud" sebagaimana hadis: “Sesungguhnya Isa Bin Maryam Akan Membunuh Dajjal Di Bab Lud (Gerbang Lod).” (HR Ahmad, Turmudzi, Dan Nu’Aim Bin Hamad)Dalam hadis lainnya disebutkan, “Lalu, turunlah Isa bin Maryam di menara putih di bagian timur Damaskus. Isa menemukan Dajjal di Pintu Gerbang Lod, kemudian membunuhnya.” (HR Abu Daud). Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Hadith al-Nabawi, Lod adalah kota yang terletak di dekat Baitul Maqdis atau Elia di Palestin dekat Ramalah dan Dajjal akan dibunuh di gerbang menuju ke kota ini lah.

PINTU LOD/GERBANG KOTA LOD



Telah bersabda Rasulullah saw :

“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum (Romawi), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim)

Dan apabila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, bererti Umat Islam di seluruh penjuru dunia tahu bahawa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai’atan Imam Mahdi di depan kaabah.  Panglima umat Islam di Akhir Zaman telah hadir. Dan bila ini telah menjadi jelas kita pun terikat dengan pesan Rasullullah SAW sebagai berikut:

Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)


Thursday, July 25, 2013

Ketika Cinta Bersujud



Assalamualaikum cucu2 sekalian. Tahukah cucu2 semua bahawa kita solat sekurang-kurangnya 5 kali sehari iaitu sebanyak 17 rakaat dan telah melakukan  34 kali sujud sehari semalam? Di dalamnya pula tersembunyi 1001 rahsia dan hikmah yang terkandung. 

Antaranya bilamana seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll. Paling hebat lagi akhirnya dgn mengetahui rahsia ini  dia akhirnya menemui hidayah dan memeluk Islam…

Sebenarnya dalam pengertian sebenar bersolat adalah dengan mengetahui maknanya. Maka ketahuilah cucu2 semua bahawa dalam setiap rakaat:-
 
1. sujud pertama tanda taat (Perintah Allah)  

2. Sujud kedua tanda syukur (hamba kepada Allah)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w pernah bersabda bermaksud: Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.


 “Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim) 
 


Firman Allah SWT yang bermaksud Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45) 
 
DARI SUDUT TASAWUF
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.


Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
 

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
 

Sesungguhnya Islam itu indah.. solat itu telah menyempurnakan dan memberikan kebaikan kepada hambaNya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia pula akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) kerana itulah janjiNya terhadap makhlukNya.


Wednesday, July 24, 2013

Minyak Wangi Penarik Seri

Assalamualaikum wbt. Sempena bulan yang mulia ini Atuk ingin mengemukakan offer untuk para pembaca budiman sekalian untuk memiliki mintak wangi berjenama untuk perhiasan di hari raya atau juga untuk kegunaan seharian. Bagi stok kali ini Atuk mendapat bekalan dari Qattar. Dan ingin Atuk ingatkan pada korang semua bahawa stok yg Atuk dapat ni ada antaranya yang expired (date) dan ada juga yg reject. So pada harga tawaran Atuk ni jgn lak korang expect mutunya sama jugak dgn minyak wangi kat Mall yg korang tgk harga empat lima ratus tu. Biar packaging yg buruk tapi bau mau harum sebab korg keluar bwk bau bukan bawak kotak or botol minyak wangi. Jadi selamat bershopping.. Senarai stock yang ada adalah seperti yg Atuk list kan kat bawah. Offer Atuk ialah RM78.00 sebotol termasuk postage. So sesapa berminat leh la contact bini Atuk di talian 0173819593 untuk order minyak2 wangi ni.

Antara produk lelaki yang ada ialah:


No
Product Name For Men
Capacity
1
Hugo Boss Green For Men
        100ml
2
Azzaro Chrome Summer Editions For Men
100ml
3
Azzaro Chrome For Men
100ml
4
Versace Pour Homme For Men
100ml
5
Guess Seductive Romme For Men
100ml
6
Mont Blacn Legend Special Editions For Men
100ml
7
Lacoste Green
100ml
8
Hugo Boss Red For Men
150ml
9
Dunhill Desire Red For Men
100ml
10
Gucci Guilty Intense For Men
100ml
11
Chanel Blue For Men
100ml
12
Clavin Klien Eternity For Men
100ml
13
Hugo Boss Bottled Night For Men
100ml
14
Calvin Klien Euphoria
100ml
15
Dolce & Garbana The One For Men
100ml
16
Givenchy Play Intense For Men
100ml
17
Issey Miyaki Pour Homme Sport For Men
100ml
18
Scuderia Ferarri For Men
100ml
19
Bvlgari Pour Homme For Men
100ml
20
Polo Black For Men
100ml
21
212 VIP For Men
100ml
22
Dolce & Garbana Light Blue For Men
100ml
23
Dolce & Garbana The One Sport For Men
100ml
24
Ralph Lauren Big Pony No.1 For Men
125ml
25
Ralph Lauren Big Pony No.2 For Men
125ml
26
Ralph Lauren Big Pony No.3 For Men
125ml
27
Ralph Lauren Big Pony No.4 For Men
125ml
28
Aqua Di Gio For Men
100ml
29
Chanel Platinum Egoiste For Men
100ml
30
Bleu De Chanel
100ml














































Dan produk untuk pempuang lak :



No
Product Name For Women
Capacity
1
Midnight Fantasy Britney Spears For Women
100ml
2
Gucci Evny Me for Women
100ml
3
Versace Bright Crystal For Women
90ml
4
Dolce & Gabbana Desire For Women
75ml
5
DKNY Be Delicious Love London For Women (Pink)
100ml
6
Calvin Klien One Shock For Women
100ml
7
Burberry Body Tender For Women
85ml
8
Issey Miyake L`EAU D`ISSEY For Women
100ml
9
Issey Miyake L`EAU D`ISSEY ABSOLUE For Women
100ml
10
Paris Hilton Heiress For Women
100ml
11
Lacoste Pupple For Women
100ml
12
Chanel No.5 For Women
100ml
13
Lady Million For Women
80ml
14
Dolce & Gabbana The One For Women
75ml
15
Escada Taj Sunset For Women
100ml
16
Love & Glamour Jennifer Lopez For Women
100ml
17
Dior Addict 2 Dior For Women
100ml
18
Love & Glamour Jennifer Lopez For Women
100ml
19
Flora By Gucci - Gorgerous Gardenia For Women
100ml
20
Ralph Lauren Romance Summer Blossom For Women
100ml
21
J`adore Dior For Women
100ml
22
Burberry Body Touch For Women
100ml
23
DKNY Be Delicious Love London For Women (Grape)
100ml
24
Fantasy Britney Spears For Women
100ml
25
Clinique Happy For Women
100ml
26
Escada Especially For Women
100ml
27
Lancome Tresor Midnight Rose For Women
100ml
28
Marc Jacob Daisey White Flower For Women
100ml
29
Marc Jacob Dot For Women
100ml
30
Katy Perry Purr For Women
100ml
31
Ralph Lauren Big Pony No.1
100ml
32
Ralph Lauren Big Pony No.2
100ml
33
Ralph Lauren Big Pony No.3
100ml


MEN'S PERFUME
































WOMAN'S PERFUME