Tuesday, June 25, 2013

Hantu Beraya Di Bulan Syaaban Mistique No 17



Assalamualaikum wbt wahai hamba Allah sekalian. Maka tibalah masanya Atuk meneruskan cerita sembang taik Atuk yang melampaui batas fikiran manusia dengan membawa korang selangkah lagi ke alam temberang Atuk dengan kisah seram menyayat hati tentang tragedi alam ghaib untuk bacaan santai korang dalam mengisi masa lapang dengan siri bacaan dongeng Atuk lepas penat seharian berfesbuk kat ofis korang. So skali skala berblogwalking la pulak baca cerita ceriti Atuk yg mengalahkan karut komik pedang setiawan ni pulak kan sambil minum kopi o n makan goreng pisang.


Ceritanya bukan psl Atuk tapi cerita dari adik beradik seperguruan Atuk. Masa balik sebab ada kenduri saudara kat kampung, Atuk terjumpa dengan teman seperguruan Atuk yang dah agak lama x jumpa tetiba muncul sebelah Atuk dengan muka ayam berak kapurnya dok menebeng kat Atuk dari mula Atuk sampai tadi sebab ade le benda dia nak bercerita tu. Atuk pun sebab tgh ramai orang tu sound la kat dia yang rumah org kenduri ni tak sesuai nak bersembang taik. Nanti lepas abis kenduri dan dah tapau lauk2 kenduri bawak balik kita sembang kat kedai Pak Maun lepas solat Asar nanti. Jangan lupa solat Asar dulu baru pergi kedai. Maka dgn muka kelat2 masam si Zaidi pun akur dengan ckp Atuk dan sambung wat kerja penanggah atau bentara org kenduri tu. Dah kaki gebang, x boleh bercerita dia rasa susah hati la. Mcm mamak penang kena pegang tgn, x boleh keluar suara dia nak bercerita..

Lps asar Atuk pun pegi la kedai Pak Maun tu mcm yg Atuk janjikan. Tak pergi kang jadi org munafik lak sbb bila berjanji tak ditepati. Maka terjengol sudah wajah Zaidi kat kedai tu bila Atuk dah sampai. Atuk sindir dia ckp “Aik kau ni cpt nyer sampai, Kau solat asar tak tadi?”. “Eh kemmon, aku dah solat dah, siap solat sunat lagi dua rakaat” kata Zaidi. Lepas pesan teh tarik kurang harga satu kat Pak Maun, Atuk pun bagi isyarat kat Zaidi untuk memulakan upacara menyembang ketaikkan. Maka Zaidi pun mula berbunga muka sbb baru boleh luah apa yg terbuku dalam hati umpama red indian dapat senapang. Maka dia pun memulakan mukadimah tentang apa yg berlaku masa cuti sekolah awal tahun aritu dan dia pergi kampung kawannya yg buat kenduri.


Zaidi dan Azila baru sahaja sampai ke rumah jam 10 malam setelah melahap steamboat kat restoran tepi pantai yg boleh tahan mahalnya selepas Zaidi dapat duit bonusnya. Tghhari mkn kenduri, mlm mkn lagi, pergh.. nafsu mkn…So isteri Zaidi bila dah sampai rumah dgn perut kenyangnya bersiap sedia untuk tidur setelah sekian hari berjalan jauh menziarahi rumah sahabat yang mengadakan kenduri kawin adiknya. Anak-anak mereka, sudah lama terlentuk kerana esok nak sekolah. Zaidi pula sedang bersiap untuk menghadiri temu janji bersama rakan-rakan bisnesnya sbb nak bincang psl projek diaorg seterusnya.

 Setengah jam kemudian selepas mandi dan nyanyi 2-3 lagu Hindustan Zaidi pun masuk ke bilik untuk mengenakan pakaian dan lampu kalimantang pun dipetik. Tek! …Sambil memakai baju, Zaidi melihat isteri tersayang dan anak-anak sebagai tanda ucap selamat malam walaupun mereka sudah ‘hanyut’ entah ke mana dibuai mimpi. Tiba-tiba mata si Azila isteri Zaidi memandang tepat kepadanya…seperti kebingungan. Meluncur dari mulutnya, “Eh! abang tadikan dah pergi!, kenapa pakai baju lain ni? Mana jubah hitamnya!”. Tersentak terus Zaidi dibuatnya mcm ayam tertelan sireh. Rasa tidak sedap hati mulai menjalar dalam kepala otak Zaidi. Sebab x sedap hati dia lalu mendekati isterinya dan berkata, ”Awak ni mimpi kot!... Biasalah mimpikan mainan tido! tak basuh kakilah tu! Entah2 gosok gigi pun tak!”. Lantas Azila menjawab dengan nada agak keras: “ Saya tak mimpi! Saya nampak abang keluar pakai jubah hitam tadi. Amboi mentang2 dah beranak dua ni nak kata mulut saya busuk la tu!”. Si Zaidi menafikan pakaian yang dipakainya tadi sekeras-kerasnya. Walaupun Zaidi mepunyai jubah hitam tapi sudah lama dia tidak memakainya…Zaidi pun berkata: “Ok awak cerita kat abg mcm mana awk kata abg pakai jubah hitam la, apa la, awak ingat abg nak gi masjid ke hape tgh2 mlm ni?”.Azila pun membetulkan tempat duduknya dan mulai bercerita.

Menurut Azila “Tadi saya nampak abang pakai jubah hitam dalam rumah. Masa tu saya tengah dok di dapur masakkan bekal utk anak2 bwk ke sekolah esok. Tetiba rasa pening dan lepas tu saya perasaan yang abang sedang mengurut kepala saya, membuang angin di kepala kerana kepala saya sengal rasanya..entah tetiba sakit…” . Azila meneruskan ceritanya lagi : “Sedang abang mengurut, saya pun memandang abang dan abang pun memandang saya seolah-oleh abang mengerti gerak hati saya yang tgh sakit migrain ni. Agaknya kena panas masa makan kenduri siang tadi kut. Jadi tu yg saya kata saya nmpak abg pakai baju hitam n urut kepala saya.” Azila menambah lagi: “Masa abg mengurut saya tu, saya terasa mcm saya bermimpi pulak dan nampak empat ekor ular hitam memanggung kepala tapi ada kalung putih kat leher ular2 tu”…


Untuk pengetahuan para pembaca blog Atuk yang budiman,si  Zaidi pernah mintak tolong adik beradik seperguruan yg lain untuk menengokkan sakit migrain yg dideritai bininya tu. Bro kami tu kata ada ular tengah menjalar-jalar di atas kepala si Azila tu dalam 2 ke 3 ekor. Patutlah si Azila selalu sakit kepala jer. Ketika Si Azila seronok bercerita  Zaidi mencelah dengan satu soalan: “Awak perasan tak yang awak ni tgh tido ke tgh berjaga ni?”. Azila menjawab: “Saya tahu, saya tidak tidur dan celik macam biasa”. Dalam hati Zaidi berkata, Cehh! tak mengaku konon….tidur berkeruh sampai dgr selang dua tiga bijik rumah …ada hati nak ‘cover line’. Tapi dalam hati je la. Ckp kat mulut harus tarik muka 14 si Azila.

Kemudian Azila meneruskan ceritanya lagi: “Saya sangat pasti abang pakai jubah hitam. Saya ni memang la pakai spek sbb rabun jauh tapi bukannya buta warna!, Kalau tak percaya jom kita ke hospital buat medical ‘check up’ malam ini jugak! Kita tgk saya buta warna ke tidak. Kalau doktor dah tido kita kejut jer kasik bayar double. Ada bran??.” Zaidi meneruskan ceritanya lagi.. dia pun bertanya lagi kepada si isteri: “Apa dia buat seterusnya?”. Orang rumahnya menyambung kisahnya, “Kemudian ‘abang’ berjalan keluar dari rumah kerana ada temujanji dengan kawan, saya kejar ‘abang’ sampai ruang tamu rumah..dan saya kata, malam ni tak payahlah pergi…saya rasa tak sihat badan la…? Kemudian mata saya terus celik dan nampak abang.” katanya menyorot muka Zaidi sama ada paham ke tidak cerita dia tadi tu.….

Dengar je mcm tu si Zaidi mula rasa tak sedap hati. Terus handphone nya yg berikat getah tu dicapai dan dok calling2 teman2 sejenayahnya dan cancel perbincangan projek dgn diaorg mlm tu sebab bini nya tak berapa sihat katanya. Walaupun hati Zaidi meronta-ronta nak pergi berdiskusi konon sambil berkaraoke, tetapi dek kerana kasih dan sayangnya kepada isterinya si Azila, maka dipendam hasrat tersebut begitu sahaja. Hati Zaidi terlintas untuk menjejaki ‘abang klon’ dengan menggunakan ‘pandangan’ isterinya, Azila. Kemarahan Zaidi sudah sampai ke kemuncaknya. Zaidi ni pun bukan calang2 panglima jugak ni. Harimau berantai gak dia ni.. 

Zaidi menghulurkan telapak tangannya ke muka isterinya dan menyuruh isterinya melihat tapak tgnnya dengan mencelikkan mata sambil suruh isterinya bygkan dia duduk sebelah Zaidi. Setelah beberapa saat, Zaidi menyuruh isterinya menutup mata dan mulakan penjelajahan selangkah ke alam ghaib dengan Zaidi sebagai pembimbing isterinya. Zaidi berkata: “ Awak cari ‘abang klon’ tu, kita hapuskan ‘dia’! dan tangkap masuk botol, Jika hati awak rasa yg dpn awk tu dia, awk tangkap sbb abg ada di sebelah awk je. Kalau awk tak mampu nak tangkap mintak tolong dgn Tok Sheikh. Selang beberapa minit, orang rumahnya pun membuka matanya yang sepet tu. Zaidi pun bertanya: “ Apa yang awak nampak dalam ‘pandangan’ awak tadi….? Azila sambil mengosok matanya yang kemerah-merahan bercerita lagi, “Saya nampak diri saya berada di kawasan padang yang sangat luas, sedang duduk di bawah pokok. Kemudian datang si ‘abang klon’ berjubah hitam dan saya tangkap masuk dalam botol yang kedap udara seperti yang abg suruh”. 


Walaupun sudah ditangkap tapi Azila rasa pada tubuh kasarnya ada lagi ‘benda’ yang cuba untuk meresap ke tubuhnya.‘Benda’ tu duduk pula di belakang Azila sambil tangannya seperti mahu berbuat sesuatu. Kata Azila, “Saya pun tangkap beberapa ekor dan hantar kepada Tok Sheikh sampai penat rasanya.” “Sedang saya menangkap ‘benda’ tu, saya dengar abg cakap, kalau rasa x mampu, minta tolong kepada Tok Sheikh. Tetiba lak muncul Tok Sheikh pakai jubah kuning dan tunjuk tapak tgn kat saya. Lepas dia cakap “Cukuplah! Biar aku pulak yang buat!”.

Isteri Zaidi pun membuka matanya…termengah-mengah dia kepenatan. Untuk pengetahuan pembaca, Zaidi adalah rakan seperjuangan Atuk gak di bawah payung Tuan haji Ismail. Atuk teringat, Haji Ismail pernah berkata: “ Roh kecik sangat sukar untuk berjalan, lagilah berbuat perkara seperti bertempur dan ‘kill and clean’, rohaniah akan penat dan tidak mampu melakukan perkara-perkara yang lebih besar seperti bertarung dengan Jin dan ifrit yang bersaiz mcm transformer.. Untuk mengelilingi bumi akan semput dan pancit ditengah jalan… alamatnya tersadailah roh tersangkut di pokok kelapa, tersadai di air kumbahan, silap-silap masuk lubang jamban tok ketua atau tersangkut di jaring org tangkap burung wak”.


Seperkara lagi Haji Ismail selalu berpesan katanya: “Agar sentiasa berusaha membesarkan rohaniah hingga mencapai paling rendah pun 50% dan ke atas dengan bermujahadah bersungguh-sungguh. Supaya dapat menempuh keadaan alam seterusnya dengan lebih mudah dan cepat bergerak atau sampai terhapus semua hijab yg membelenggu…”. Bila terkenangkan kata-kata guru Atuk tu, Atuk rasa rohaniah Atuk yang seciput ni agaknya terkehel dipulas jin ifrit bila ‘menyapu jalan”. “Atuk mohon dikurniakan kepada Atuk dan rakan-rakan seperjuangan agar dirahmati Allah dan diredhai guru untuk memperbesarkan rohaniah di sisiNya…..”

Zaidi yang sedari tadi meneguk secawan dua kopi panas mula bertenaga kembali untuk bercerita. Atuk pun bertanya: “ Apa terjadi seterusnya…”. Zaidi mula menyusun kata, begini ceritanya: “Beberapa minit selepas manangkap ‘abang klon’ tu, terlintas di hati aku untuk meninjau kawasan rumah kerana bengangnya aku kerana ada benda yang mengklonkan aku..sebagai suami… dan isteri yang dicintai percaya pulak tu… ishh tak boleh jadi….Ini tak boleh jadi!!!. Zaidi menyambung lagi, tinjauan dilakukan dengan melihat dari atas bumbung rumah seperti helikopter airwolf mengesan musuh. Dengan pandangan yang agak kabur, disebabkan night vision jenama murah beli kat Jln Pasar Pudu, aku ternampak tompok-tompok merah sedang menyala memberikan isyarat menandakan di situ terdapat musuh yang sedang bersedia utk menyerang hendap.” 

 
Sambil menyedut rokok sama brand ngan Atuk iaitu Gudang Garam nya, sesekali Zaidi terbatuk tersedak asap bercampur kopi. Kemudian Zaidi menyambung ceritanya, “Aku peliklah tanpa diduga tetiba kelibat Haji Ismail datang menjenguk. Mcm manalah dia tahu aku tengah buntu nak menyetelkan masalah ini. Bila Haji ismail sudah berdekatan, apalagi aku terus tanya kat Haji ismail yang sentiasa menjadi mentor dalam hal-hal dunia kejinnan dan keifritan ni: “Atuk!  Mcm mana untuk menyelesaikan masalah saya ni..?” Aku bertanya dgn penuh bersemangat. “Engkau buat seperti biasa, musnahkan mana yang berniat jahat dan yang mengganggu ketenteraman. Kemudian bersihkan apa yang ada.” Begitulah kata Haji ismail sebelum dia meninggalkan aku keseorangan. Aku angguk burung belatuk je tanda faham lalu operasi ‘kill and clean’ aku pun bermula….” katanya sambil menggaru-garu badannya yang sesekali gatal. Atuk lihat si Zaidi mula bersemangat dan berkeyakinan, mungkin kerana Haji Ismail membantunya tadi.

Sesekali Zaidi melepaskan pandangan jauh seolah-olah berfikir untuk mengolah cerita. Setelah lama dia berdiam diri akhirnya dia menyambung ceritanya. “Ketika aku kat atas bumbung tu meneropong, aku nampak tompok-tompok isyarat sedang bergerak dalam kelompok berbeza, lokasinya ialah di setiap bilik tidur dan di hadapan rumah. Dengan meneruskan zikir La Ila Hailla Anta, aku pun mengalirkan pun fire lah aura pelangi yg kita dok berlatih dulu setiap bilik di Zazzzz sampai hilang tompok merah yang bersarang. Rupanya mcm binatang hidup tgh menjalar ke sana-sini. Habis semuanya terbakar kepanasan.” Suara Zaidi mula menaik, tanda dia puas. 

Zaidi bercerita lagi.”Setelah selesai operasi ‘mencuci’, tetiba terasa rumah tempat dia duduk itu menjadi kecik dalam pandangan seperti di dalam telapak tangan. Diputar-putar, di uli-uli, di goncang-goncang macam rumah mainan dan akhirnya seperti rumah itu dalam buih biru sedang terapung-apung di perkuatkan dengan tenaga dalaman. Lalu diletakkan kembali kedudukan asalnya..hati aku pun berdoa; “Mudah-mudahan rumah ini tidak dilihat oleh makhluk yang berniat jahat dari langit, bumi dan antara keduanya.” 

 
Katanya lagi, “Aku cuma menyaksikannya sahaja, mungkin imaginasi aku je kut yang terikut-ikut mcm dlm dalam filem fiksyen. Atuk teringat dengan isterinya si Azila, apa sudah jadi dengan isterinya. Atuk pun bertanya. Bagaimana dengan isteri kau Zaidi?” Kata Zaidi , isterinya keletihan, bingung, panik dan pelbagai perasaan menyelubungi dirinya. Terluncur dari mulut Zaidi agar menyuruh si Azila mandi limau, solat taubat dan solat tasbih. Zaidi memandikan air limau dengan cara yang diajarkan oleh Haji ismail, tarik nafas buang nafas dan segala kaifiat dilengkapkan. 

Ketika sedang mandi, isterinya mula terbuang angin, Pruuuuuuuttttt…..memecah kedinginan malam. Pada mulanya tiadalah perasaan akan hangitnya angin tersebut, kata Zaidi sambil tersenyum simpul. Selang seminit sedas lagi keluar dalam bilik mandi yang kedap udara di tengah malam yang syahdu, bom-bom berantai yang berisikan gas beracun mula memenuhi segenap ruang bilik air tersebut. Walau pahit baunya aku gagahi juga memandikan limau tersebut sambil menahan nafas daripada gas beracun menembusi dada aku” kata Zaidi sambil terbahak-bahak gelak. Atuk pun cakap “oh sorry aku tak perasan tu bab lawaknya”. Terus dia tak jadi gelak. “Ini mesti angin jahat yang bersarang dalam tubuh dia dah keluar, angin jahat rupanya”. 

 
Sedang Zaidi mengelamun memikirkan apa yang terjadi tetiba Zaidi rasa sudah tidak tertahan lagi menahan gas beracun tapi kali ini gas beracun peringkat warna API tahap12 dah kut. Pendek kata  siapa yang menghidu baunya boleh separuh pengsan sebab bau telur ada, ikan masin ada, sotong kering pun ada campur bau belacan n cencalok..”.Terbahak-bahak kami berdua ketawa.. Kemudian Azila cuba solat tapi angin-angin jahat tu asyik membatalkan wuduknya.. Nak kata nak terberak, dah 3 hari Azila ni tak membuang. Ni sampai 5 dan 6 kali berwuduk tetap terbatal. Zaidi tak puas hati dia telepon Haji ismail n bgtau mengenai apa yang jadi sampai bininya nak solat pun x boleh asyik melepaskan gas pemedih hidung jer… Haji Ismail mcm biasa jwb dgn selamba nya “Yakinlah, dengan sebenar-benar yakin kepada ‘tali’ keyakinan. Sila teruskan solat walaupun apa yang berlaku dan ……”  terhenti di situ sahaja kata-kata Zaidi. 

 
Atuk tanya kepada Zaidi: “Dan apa…..? Zaidi memberitahu Atuk bahawa dia tidak dapat menyebutnya kerana rahsia…..  Atuk akur dengan kata-katanya..mungkin atas sebab menjaga intipati keilmuan Haji Ismail pada dia takut Atuk curi kut.. . Dan akhirnya setelah isterinya berjaya menghabiskan solat taubat dan tasbih maka beransur-ansur pulih apa yang berlaku pada isterinya tadi. Zaidi dengan muka yang gembira sambil menyebut “Alhamdulillahhhhhh… Allah masih melindungi kami sekeluarga. Sebelum dia mengakhiri ceritanya, Zaidi mendekati Atuk sambil berbisik… “ Datuk PSP jangan la pulak bercerita atau bertanya kepada isteri Atuk bab-bab gas pemedih hidung dan mata ni. Nanti malu pulak bini aku tu… Merah padam mukanya nanti… Yang lain tu ko boleh cerita….” Kami ketawa besor ptg tu lagi….

Para pembaca yang budiman, sesungguhnya Ahmad, An-Nasaie dan Al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : ”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.” Sebab tu lah bila Datin paduka kentut pun Atuk kata wangi jer sebab Atuk hargai dia sebab dia sentiasa menyenangkan hati Atuk.

Moral of the story nya Atuk nak bgtau ialah isteri dan anak-anak adalah anugerah dan amanah yang paling berharga daripada Allah kepada hambaNya yang beriman, daripada mereka, kita diuji dan daripada mereka juga kita terkeji. Maka peliharalah mereka dengan penuh kasih sayang yang boleh membawa kepada keredhaan Allah. Sebenarnya ramai manusia samada dia sedari atau tidak mereka menggunakan ilmu (klon) atau hantu raya atau pun pendamping yang tidak diundang. Bilamana diri ditiru, dicetak atau sebagainya oleh makhluk tersebut pastinya akan menatijahkan keburukan kepada orang tersayang, keluarga, rakan, orang kampung dan sebagainya. Elakkan dari menggunakan ilmu khadam jika ingin hidup sebagai insan yg diredhai. Pesan Haji Ismail “Jangan terasa diri kita kebal dari segala ancaman makhluk samada jin, ifrit, syaitan, buatan manusia dan sebagainya, kerana itu semua adalah dari Allah dan kembali kepada Allah. Sebab tu lah sampai skrg ni jika ditanya pada Atuk apakah ilmu yang paling hebat dimuka bumi ini?  Atuk akan jawab: “Pesan Guru Atuk….” Sebab pesanannya terus Atuk pegang sampai la ke hari ini.


No comments:

Post a Comment