Wednesday, June 19, 2013

Isi dan Kulit Mistique No 16



Kalau garis halus melebar,
            Laksana batu dilitupi lumut,
Tersusun sekata dipinggir kali,
            Andai rumpun sudah dicabar,
Serigala Putih pasti menyahut,
            Menolak tidak, berganjak jauh sekali..

Assalamualikum wahai org2 kampung pasir berdengung. Di hari yg mulia ini izinkan Atuk sekali lagi menghiburkan hati korang yg lara dengan cerita mengarut Atuk ala-ala kisah pedang setiawan yang melampau hingga ke tahap tapir khinzir yang ke belas-belasan nya pun… Bukan sekadar untuk direnung tapi dibaca sekadar mengisi waktu korang yang terluang.. daripada dok korek taik idung or dok usha tudung jiran sebelah yg dok sidai tu fesyen ariani ker atau norjuma baik baca hikayat dongeng gaban Atuk ni.. lagi tak sakit hati..

Bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi pengalaman bergelut dan bergelumang dengan najis yang bernama sihir ni. Adalah seorang isteri kenalan Atuk yang bernama Allissa (bukan nama sebenar dia.. nama dia.. eh apasal Atuk nak kena tulis nama sebenar lak kan…  korang x yah tau lah.. x penting pun). Semenjak dua menjak ni atau bermenjak-menjak dikatakan adalah kurang sopan sikit sebab depan bos waktu keje pun dok menggaru-garu bontot dia yg x berapa nak tonggek tu.. Satu ari kebetulan dok terjumpa dengan dia masa nak beli sabun cap kapak dia adalah cakap kat Atuk..



"Abang Amar... tolong saya Abang Amar, badan saya sampai muka saya habis gatal2 dan berkudis. Dah penat menggaru siang malam. Kira2 dah hampir sebulan saya macam ni, pun dah banyak klinik saya pergi sampai macam2 ubat saya dah sapu, tapi langsung takde kesan...  Doktor kat hospital besar pun dah ambil sampel darah tapi mereka tak dapat kesan apa2 penyakit pada saya pun. Sementelah berjumpa Abang Amar ni, tolong lah ubatkan saya", Allissa mengadu sambil menangis2...

 
Mendengar luahan hati Allissa sambil menggaru2 dpn mini market tu membuatkan saya terkedu sekejap. Nak je aku ckp yg Atuk ni bukannnya doktor sakit kulit cik kak oiii.. Tapi x sampai hati la pulak.. Kemmonn.. Jadual keje Atuk masa tu pulak agak sibuk juga sebab nak dekat exercise membataskan Atuk untuk tolong dia itu jam jugak..

Allissa ni adalah seorang setiausaha di sebuah syarikat swasta. Laki dia cakap  beliau adalah seorang yang sangat rajin dan berdedikasi. Oleh kerana sikap kerajinannya yang disenangi oleh ketua jabatan, tahun lepas je sudah dua kali Allissa dinaikkan pangkat. Walaupun ada desas desus kakitangan lain yang berhasad dengki terhadapnya itu semua langsung tidak Allissa endahkan.

Allissa ni sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Dia ni dikurniakan Allah paras rupa yang cantik dan menawan namun sebagai seorang yang sudah mempunyai suami beliau pandai menjaga diri dan tidak terpengaruh dengan godaan2 liar di pejabat. Tidak dinafikan Allissa memang seorang yang peramah dan baik hati. Sikapnya yang lemah lembut itu kadangkala disalah ertikan oleh sesetengah lelaki yang mempunyai "penyakit" didalam hati. Namun Allissa pandai menjaga diri, beliau sentiasa beringat agar hubungan baiknya dengan rakan sekerja dan ketua2 jabatan mempunyai batas2 tertentu.


Satu hari Allissa menerima panggilan telefon berbentuk ugutan dari seorang wanita yang tidak beliau kenali. Panggilan itulah ceritanya yang telah menjadikan beliau sudah serupa beruk kena belacan la nii..

"Hei Perempuan!!! Berani engkau menggoda suami aku!!, Engkau tahu dia dah ada isteri kenapa engkau tergila2kan dia? Aku akan pastikan engkau tersiksa dan merana. Aku akan buat sampai muka engkau jadi macam muka binatang!!! Aku benci engkau!!!... Aku benciiiii!!!!"... tuutt...tuutt...tuutt... talian telefon diputuskan... “

Agak2 Atuk macam tu lah lebih kurang ugutannya.. kalau salah pun x per sebab cerita dongeng. So si Allissa tergamam lah.. dah la tulis private number.. jantungnya berdebar laju terus, dadanya berombak2 sebab memang jelas sgt berombaknya tu, tangannya terus menggeletar ketakutan mendengar ugutan yang sedemikian rupa.. Setelah hampir setengah jam terdiam dekat tepi pili bomba tepi kedai tu, beliau balik ke pejabatnya dan meneruskan kerja2 pejabat seperti biasa. Walaupun fikirannya berkeceramuk memikirkan ugutan yang diterimanya sebentar tadi tapi dia cuba juga untuk nampak cool depan pekerja bawahannya..

Malam itu Allissa mengalami mimpi yang sangat pelik dan menakutkan. Dia bermimpi dia dikelilingi oleh beberapa orang Sami Siam, tubuhnya diikat di sebatang buluh dan disalai seperti kambing bakar, habis badan dan mukanya melecur. Sami2 Siam itu merenung tajam ke arah Allissa. Dia toleh sebelah terus dia nampak  bangkai seekor anjing hitam yang dipenuhi dengan darah tapi belum salai lagi la.. kalau salai kompem terliur vietnamese yg dtg keje kat Malaysia tengok...


Allissa tersentak masa tu lalu terjaga dari tidur. Dia terus merasakan tubuh badannya gatal merenyam2 yang teramat sangat sampai rasa kalau dapat garu ngan penyapu pencakar tu best giler. Sebab tu org2 tua kata “cinta itu ibarat kurap, makin digaru semakin sedap”. Hampir satu jam Allissa tergaru2. Tidak cukup menggaru dengan tangan Allissa ambik sikat rambut pula untuk menggaru tubuh badannya yang gatal. Akibat dari menggaru dengan kuat tubuh badan Allissa mula melecet. Yang anehnya kulit yang melecet itu mengeluarkan cecair jernih yang berbau busuk yang amat sangat mcm bau bangkai biawak kena langgar yg dah membusuk..

Tiba2 saja Allissa teringatkan panggilan ugutan melalui telefon yang diterimanya siang tadi. Apakah gatal2 ini ada kaitan dengan ugutan yang diterimanya siang tadi di pejabat?

"Bang...bang.. bangun bang.. habis satu badan saya gatal2 ni", kata Allissa pada suaminya Halim (bukan gak nama sebenar sebab Atuk malas nak tulis nama sebenarnya) yang sedang nyenyak tidur. Sambil menggesek2kan mata Halim menguap lebar sambil dalam hati ada rasa nak marah gak sebab dah la kereta rosak tengahari tadi masa nak gi lunch, mkn pun x sempat jadinya.. balik ofis lambat kena marah ngan bos lak, ni baru mimpi nak masuk jarum kat neelofa dah bini kejut...

"Astaghfirullahal'azim... apa dah jadi dengan muka awak ni Lis (nama manja la konon)?", Halim terkejut melihat wajah Allissa yang melecur seperti kena bakar. "Entahlah bang tiba2 je seluruh badan saya gatal2, saya tak tahan gatal merenyam sangat rasanya, saya garu sampai jadi macam ni, dulu masa becinta ngan abang pun xde la saya merenyam mcm ni", kata Allissa sambil menangis tapi sempat gurau gak. Tu sebenarnya Atuk reka gak sebab xkan la Atuk nak skodeng diaorg tidur..

Halim bergegas bangun basuh muka pakai seluar track n terus mengajak Allissa ke Hospital. Sampai di hospital Allissa di masukkan ke wad kecemasan. Yang peliknya doktor yang memeriksa Allissa hairan sebab seumur hidupnya dia tidak pernah melihat pesakit yang mengalami masalah begitu. Doktor memberi Allissa ubat sapu dan antibiotik untuk melegakan kegatalan dan kesakitan yang dialami oleh Allissa. Lebih teruk lagi Allissa mula meracau2 ketakutan dalam bahasa campur melayu dan siam. Allissa mendakwa dia nampak ada tiga orang perempuan berwajah hodoh ingin mencekiknya. Halim hanya mampu melihat dan menitiskan airmata melihat keadaan Allissa tiba2 jadi begitu. Akhirnya Doktor memberikan Allissa suntikan ubat tidur. Barulah keadaan tenang dan Allissa tertidur.dapat gak la Halim selelap malam tu. Dah la esok nak keje lagi.

Setelah hampir tiga minggu Allissa terlantar di hospital xde langsung tanda2 penyakit gatalnya reda. Akhirnya Halim mengambil keputusan untuk membawa Allissa keluar dari hospital dan mencari ikhtiar dengan mencari kaedah rawatan alternatif lak..

Sebab kenal baik dengan diaorg Atuk pun ckp la kat dia "Errmmm... Baiklah Shimah, awak boleh datang bersama suami malam ini jumpa saya”. Kerana kasihan kan Allissa yang merayu meminta tolong akhirnya saya setuju cuba untuk tolong beliau malam tu jugak.

Malam itu sepertimana yang dijanjikan, Allissa dan suaminya datang jumpa Atuk.. Kali pertama Atuk tengok muka Allissa Atuk terkejut. Mukanya cacat seperti terbakar kulitnya agak lembab berair mcm org baru lepas keluar dari rumah yg terbakar. Nak tergelak pun Atuk tak sampai hati. Atuk beristighfar dan terdetik "MasyaAllah!!! zalim sungguh perbuatan sihir ini" didalam hati.


Tanpa berlengah lagi Atuk terus mulakan sessi dengan panggil semua rumpun sebab ada perang besar-besaran ni. Atuk kunci diri dan baca Surah Al Fatihah, tapi.. mengapa rasa "berat" sungguh bacaan Atuk masa nak keluar kali ini...Seolah2 seperti membaca didalam kepayahan. Atuk pun pejamkan mata sambil mengulang2 istighfar, memohon petunjuk dari Allah s.w.t.

Tiba2, Atuk nampak tayangan video kelihatan Allissa mengherdik dan memaki hamun suaminya. Apakah ini hanya lamunan Atuk atau petunjuk dari Allah? Atuk jadi confuse.. Ni yang Atuk malas ni... Lain yg Atuk nak tengok, lain yang yang keluar nih..

Dalam masa yang sama Allissa bingkas berdiri dari tempat duduknya lantas menjerit dengan sekuat hati... "Tolongggggg!!!! Aku sakitttt!!! keluarkan aku dari tempat ni!!! Aku tak nak tengok muka si Amar ni!!!!".


Suami Allissa yang dari tadi tunduk membisu, berubah wajahnya kerana terkejut melihat Allissa menjerit sedemikian rupa. "Abang Amar.. kenapa dengan Allissa ni Abang Amar??", tanya Halim dalam nada panik.. Atuk cuma bg isyarat pada Halim agar duduk dan perhatikan saja apa yg Atuk buat..

Dan seterusnya tayangan pun bersambung semula kat skrin layar mutiara Atuk. Lepas Atuk tgk sampai habis supaya semua punca penyakit Allissa ni Atuk tau maka barulah Atuk try reconsolidate dengan si Halim lak supaya lebih terang lagi bersuluh. Atuk tanya lah dia seperti apa yang Atuk tgk tadi untuk mengesahkan kebenaran tayangan filem pendek kt LCD ghaib Atuk tu. Dan Halim yang pada mulanya menggelabah jadi tambah hairan mcm mana la Atuk leh kisahkan semua cerita luar dalam kain dia malam tu.

Atuk ckp kat dia bahawa bukanlah tujuan Atuk nak membuka aib siapa2 Cuma Atuk hanya mau mencari punca sebenar penyakit yang dideritai oleh isterinya sejak sekian lama tu. Bagi mengelakkan cerita ni jadi suram dan buat korang lagi tertanya-tanya maka serba sedikit Atuk terangkan untuk iktibar bersama ok..

Bermula ceritanya bila seorang jiran yang berstatus ibu tunggal pindah menyewa disebelah rumah Halim dan Allissa ni. Maka ternampaklah suatu hari akan si Allissa ni mata Halim yang terpandang akan si ibu tunggal ni di sebelah rumah yang bukan beliau saja nak tgk pun. Tapi oleh kerana pandangan yang satu itulah yang mendatangkan punca segala keperitan yang diaorg alami selama ni.

Oleh kerana cemburu dan wujud kebimbangan yg amat sangat sebab takut lakinya yang tak berapa nak ensem tu terjebak dengan cinta buta si ibu tunggal ni maka dengan perasaan penuh resah gelisahnya maka si Allissa ni pun pergi lah ke sebuah kampaung yg Atuk terpaksa rahsiakan untuk berjumpa dengan Tok Cha. Tok Cha ni adalah seorang sami siam yang dah bermastatutin kat negara ni sejak nenek moyang dia lagi. Dia ni seorang bomoh siam yang terkenal. Si Allissa ni pun dapat tau pasal bomoh ni masa mencicah mempelam dengan geng2 bas sekolahnya petang2 kat taman tu sambil mengumpat hal anak Pak Ajis masa kenduri kawinnya nasi minyaknya  x berapa nak masak n abis satu taman kena cirit birit. 

 
Jadi si Allissa ni pun mintaklah penunuduk suaminya dengan tok cha ni. Walau tok cha dah bg warning bahawa ilmu ni ada pendampingnya dan perlu di beri makan mengikut sukatan mcm baby baru lahir lak nak kena sukat susu. Makannnya tak susah pun Cuma darah haid si Allissa yang ada kat “roti pendek” yang dia selalu pakai tiap2 bulan tu jer. Juga si Allissa kena bagi si suami makan nasi tangas atau dalam bahasa yang lebih sopan ialah nasi kangkang. Nasi yg dimasak dicampur darah dan kemudian bila dah masak dgn anu yg masih berhaid maka berkangkang lah dia atas periuk yg tgh berasap tu sambil baca menteranya.

Dalam 2-3 tahun maka dengan setianya si Allissa ni menurut perjanjian yang dia buat dgn tok cha tu dulu tapi bila dah lama kelamaan dia pun makin malas dan akhirnya jadi terlupa dengan janjinya bagi makan makhluk tu tiap2 bulan. Bila tak diberi makan maka dia cari makan lak. Malumlah laparla katakan.. Takkan la dah biasa mkn darah makhluk tu nak berdiet makan katak mcm pontianak lak.. Maka dengan itu makhluk itu pun saban bulam mengokak kata orang Perak ataupun menggigit bahagian badan si Allissa untuk menyedut darah dengan taringnya yang panjang mencecah dada.. Kesannya itu lah yang mendatangkan kudis2 dan gatal2 kat seluruh badan si Allissa hatta meninggalkan kesan dan bau yang busuk sikit dari longkang jer..

 
Hal tersebut takde kena mengena pun dengan pempuan yg dok tipon n ugut2 n yg cakap bukan2 kat dia tu. Semua kesilapan dari dia sendiri yang suka berjanji dan berurusan dgn makhluk yang sah2 dilaknat tuhan tu serta mudah lupa janji lak bila dah berjanji. Walaupun Atuk ni selalu sgt berperang dgn puak2 ni korang ingat Atuk suka ke berurusan dgn makhluk2 ni? Layan main poker kat FB lagi baik korang tau tak. Tapi oleh kerana amanah dan tanggungjawab maka Atuk masih terus berusaha membantu sedaya upaya mereka yang memerlukan. Dan lagi satu kita amat mudah untuk menyalahkan org lain sedangkan kita sendiri yang punya silap. Dan amat mudah pula kita untuk berprasangka buruk terhadap orang lain tanpa ada bukti yang kukuh serta tanpa usul periksa.

Maka setelah selesai sessi temu ramah mesra tu terus Halim beristighfar panjang dan mengucap dua kalimah syahadah sebab dia sendiri tak percaya benda2 sebegitu terjadi. Selau dia tgk dalam drama n filem jer benda2 mcm tu org buat. Dia mcm tak percaya pulak bila perkara sebegitu terjadi pada dirinya. Halim sendiri mengakui bahawa dia rasa amat bodoh dan hanya mampu menurut segala perintah dan titah isterinya sejak itu hingga dia sendiri merasa pelik. Walau berjauhan dgn isterinya tapi dalam hatinya sentiasa ada rasa takut kepada Allissa.. sedangkan patutnya dalam hatinya ada taman, ni ada rasa takut jer.. Ruginya kau Halim.. 


Maka dipendekkan cerita si Halim mintak Atuk ubatkanlah isterinya setelah beliau berjanji dengan Atuk utk memaafkan segala yang isterinya pernah lakukan serta bersedia memulakan hidup yang baru dengan azam dan tekad yg baru. Maka Atuk pun memulakan ritual memanggil semua rumpun Atuk datang dengan dimulakan alfatihah dan semua ayat2 lazim yang guru Atuk suruh baca dulu. Datanglah guru Atuk, semua askar2, ratu2, panglima2 dan angkatan perang serigala putih ke sisi Atuk. Setelah mengunci makhluk dan si Allissa barulah Atuk serta rombongan cik kiah Atuk pergi mengahadap tok cha dan rakan2 sejenayahnya di kampung yang tak boleh disebut itu.

Walau hari malam tapi segala yang Atuk tgk cerah je macam biasa Atuk keluar tu. Tu sebab kadang2 org cakap alam ghaib ni berputar tak selari dgn alam nyata. Sbb bila alam nyata malam sepatutnya di alam ghaib pun malam lah, tapi bila masuk ke sana cerah mcm siang lak. Itulah namanya cahaya hati dan cahaya ilmu yang sentiasa menyuluhi sekitar alam baik ghaib atau nyata yang menyorot perjalanan kita ke sana. Bukannya alam ghaib itu tak selari dgn alam kita.

Sampai kat kampung tok cha tu maka Atuk nampak lima orng sami duduk mengelilingi sigik pokok kata org sarawak atau sepohon pokok yang tergantung mcm2 benda didahannya di sekitar sebuah tokong siam. Atuk mcm biasa tak boleh nak bagi salam sebab dia bukan islam so Atuk cakap hai jer la. Atuk suarakan niat Atuk nak berjumpa dgn tok cha utk satu urusan penting. Maka ditunjukkan kepada Atuk salah seorang dari 5 orang sami yang dok berzikir ntah apa yang Atuk pun tak faham apa maksudnya. Yg Atuk tau bila nak mkn order kau pat kung kai daw (nasi goreng udang telur mata) jer. Atuk pun maju berdua jer dgn panglima hitam.. Yang lain sudah bersedia untuk bertindak kalau ada apa2 terjadi.

Atuk pun berunding dgn tok cha supaya penyakit si Allissa tu ditarik balik beserta dengan makhluk tuhan paling hodoh yang dok menyonyot darah haid dia tiap2 bulan tu.. Tapi lelaki separuh abad tu berkeras ckp tak boleh sbb dia yang mintak n benda tu tok cha pun x nak simpan sbb x lalu nak bagi mkn. So jalan terakhirnya Atuk terpaksa berperang n tamatkan riwayat makhluk tu lah. Atuk bersama panglima hitam berlalu menyertai angkatan rumpun Atuk yang lain lalu terus ambush tempat makhluk tu berada. Makhluk berbulu panjang sehelai2 tu pun Atuk tangkap, sembelih dan terus tanama di 3 benua yang berbeza.. dalam sebuah gunung, dalam sebuah paya dan dalam sebuah gurun yg panas. Kat mana tempat2 tu biarlah jadi rahsia Atuk..

Baru nak pusing belakang nak pergi balik kat si Allissa tu tetiba rumpun Atuk berada di depan pokok yg dikelilingi sami tu balik dan tok cha dgn wajah yg marah dah berdiri di depan kami. Atuk tanya psl apa? Tok cha cakap Atuk dah bunuh belaan dia yg mendatang hasil lumayan kat dia selama ni. Maka Atuk tau la bahawa perang ong bak akan meletus. Maka sepantas kilat batang leher tok cha Atuk sambar dan terus Atuk kunci semua pergerakannya dgn kalimah. Dgn sepantas kilat juga panglima hitam memaku batang leher tok cha dgn paku hitamnya serta dgn sepantas kilat menarik semua ilmu tok cha yang ada. Selepas itu barulah tumbukan aura biru besi kursani Atuk bagi kat dada tok cha sampai bersembur darah dan terdampar kat dinding wat siam tu. Baki 4 orang sami tu di settlekan oleh pang5 andi, pang5 hanan, pang5 rahman n ratu kenanga. Atuk tak perasan lak apa yg diaorg buat tapi memang semua kena tarik ilmu n kena pukulan maut baik punya n confirm koma. Setelah selesai Atuk n rombongan pun kembali mengadap Allisa dan mengubati beliau secara ghaib dgn air zam2 dan daun yang sampai skrg Atuk x tau namanya sebab pang5 hitam x nak bgtau..

Setelah itu barulah Atuk kembali ke alam nyata semula sambil tgk mata si Halim terkebil2 tgk badan Atuk berpeluh2 sdgkan Atuk dok bersila atas sejadah jer. Malam tu Atuk suruh si Halim ambilkan 3 baldi air separuh penuh dan Atuk campurkan dengan air rukyah dan syifa yang Atuk bawak bersama dicampur dengan limau rukyah juga. Sambil duduk di anak tangga Atuk suruh Halim jiruskan dan mintak si Allissa bersalin pakaian. Setelah siap bersalin Atuk mintak si Allissa yg lemah itu duduk berlunjur. Atuk berikan tiga botol air mineral syifa utk dia minum dan habiskan selebihnya.

Seterusnya Atuk mintak izin pada Halim untuk merawat Allissa secara zahir pula dan Atuk terpaksa menyentuh tempat2 yang terlibat untuk menyedut sisa2 yang pada badannya. Setelah mendapat keizinan dari suaminya maka Atuk pun memulakan aktiviti scan badan menggunakan kedua tapak tgn Atuk. Bila melintasi kawasan yang terasa hangat Atuk berhenti dan menghulurkan jari telunjuk dan jari hantu untuk menyedut penyakit yg ada. Cik mud Atuk dah bersedia di sebelah utk menangkap segala apa yg bakal keluar dari tubuh si Allissa ni mcm biasa. Setelah selesai di bahagian belakang Atuk tolakkan segala sisa penyakit yg ada tanpa menyentuh Allissa ke bahagian kaki. Satu persatu Atuk tarik dari jari2 kakinya dan meraunglah si Allissa bak orang kena histeria sedangkan bukannya Atuk tarik dengan kuat pun kakinya. Setelah selesai tarik -  scan semula – tarik maka Atuk tarik pula dari bahagian tapak kakinya. Atuk sydah ternampak kesah tompok merah di tapak kakinya sebelum sempat buat apa2..

Maka apabila menyentuh sahaja tapak kakinya maka meraunglah si Allissa mintak nyawa kat Atuk. Raungannya Atuk x endahkan dan sempat Atuk tegur dengan perlahan pada dia, Atuk kata “sendiri cari penyakit, sendiri la tanggung sakitnya ya”. Dan dengan penuh tegas Atuk sambung “jangan nak buat kerja bodoh ni lagi ye” Atuk nampak si Allissa mengangguk payah tanda setuju dan dalam keadaan yg sakit.

Setelah selesai barulah Atuk mampu lepaskan nafas dan barulah terasa mengah menguasai diri. Betapa penatnya pertarungan di malam itu. Selepas kejadian tersebut Atuk menerima panggilan telefon dari Halim dua bulan selepas itu mengatakan mereka berdua akan menunaikan umrah sebagai mambayar nazar sekiranya Allissa sembuh sepenuhnya. Atuk sempat tanya khabar si Allissa dan si Halim dgn nada gembira bgtau bahawa Allissa telah sembuh sepenuhnya dan hilang semua kesan2 kudis dan gatal seluruh badannya. Balik dari umrah Si Halim datang berjumpa Atuk dan bawak sebekas air zamzam sebagai ole-ole dari Makkah. Betapa tiba2 air mata Atuk berderai turun kerana di tepi telaga itulah Atuk selalu bertemu dengan guru Atuk atuk Ismail ketika dia sibuk menceduk air zamzam memberi minum kepada mereka yang berzizrah ke tanah suci.. Rasa rindu kepada beliau menyucuk hati dan urat saraf Atuk. Naik risau lak si Halim tu sambil tanya dia ada wat salah ker? Atuk kata tak ada apa2 Cuma Atuk rindukan seseorg yg amat rapat dgn air zamzam ni. Tetiba lak muncul si Allissa kat sebelah Halim. Nasib baik Atuk dan siap kesat air mata, kalau tak jatuh saham Atuk kau,,,,,

“Apasal lain mcm tgk kau ni Allissa? Senang hati kut?” Atuk menegur.  Allissa dah mengandung 3 minggu la Abg Amar kata Halim. Alahamdulillah terus terkeluar ucapan syukur atas nikmatNya dri mulut Atuk.dan mcm cerita dongeng dalam buku yang korang curi dari library atau korang pinjam tak pulang2 tu… and they are living happily everafter…



No comments:

Post a Comment