Monday, June 17, 2013

Lidah Tak Bertulang Mistique No 12



Tit tot tit tot tit tot berbunyi iphone 5 Atuk yang dibeli dek Datin Paduka satu ketika dulu. Ohhh si misai rupanya yang call Atuk. Tapi sbb tgh engage dgn Datin Paduka maka Atuk pun x dpt la nak jwb call dia.. nak mampus tgh engage dgn Datin Paduka  jwb call org.. bukan Atuk takut ngan bini ek tolong sikit.. bini Atuk jer yang tak takut kat Atuk.. So masa senang lenang tak ada kerja mendesak ni Atuk pun menglipur lara lah untuk korang bagi mengisi masa lapang korang dengan bacaan santai cerita rekaan Atuk yang melampaui fiksyen tahap gaban macam biasa yang tak ada kena mengena dgn yang hidup atau pun yang dah di panah petir meninggalnya..


So lepas tu si misai msg lak Atuk katanya mlm ni Atuk free tak nak pergi Tanah Merah.. oleh sebab ada kekangan yang tak mengizinkan Atuk x boleh nak pergi la. Lalu misai terus call Atuk mintak tolong n Atuk bg la tau apasal Atuk keberatan sikit nak pergi. maka si misai mcm biasa pujuk Atuk sampai lembik lutut Atuk dibuatnya n bagi solution mcm mana nak pergi. So akhirnya Atuk pun bersetuju lah nak pergi. Dalam masa call tu si misai ada la bg hint2 sikit kat Atuk masalahnya.. Tapi yang jadi masalahnya ialah tak melibatkan sihir pun pada pandangan mata tak bersuluh Atuk... so Atuk memang la takkan offer diri Atuk untuk tlg. jadi si misai mintak tlg Atuk bwk jumpa Tok Gunung untuk kononnya berubatkan kawan dia ni.. so Atuk hekutkan saja la..


Selepas ambik si misai kat Loqstaq Atuk pun membawak diaorg lalu kat hiway balik menuju ke Tanah Merah. So Atuk dgr je la luahan hati si Jantan ni, kawan si misai..Dakwaannya bini Jantan ni dah biasa hidup bebas, bergelar doktor dan selalu terlanjur sebelum kahwinnya pun sebab kononnya belajar di oversea. Pastu lahirkan anak tak sah taraf lepas 4 bulan kawin n kawin pun kat siam. Aduhh Atuk dok keje kat border bertahun-tahun pun tak pernah terfikir nak wat keje2 mcm tu.. Tercerita la jugak dia kat Atuk n misai segala yg buruk2 tentang bini dia termasuk lah kisah bini dia kantoi 4 kali antar gambar bogelnya kat suami org.. Atuk pun tak sanggup nak citer apa yg Atuk dgr n Atuk cuba nak cover apa yg boleh tp jari jemari runcing Atuk ni laju je menaipnya..

So dlm tgh drive Atuk pun panggil segala bodyguard2 Atuk, para2 rijalul ghaib dan seangkatan dengannya utk bantu Atuk jap.. Atuk ada misi mustahil nak dibuat.. lalu Atuk pun scan dulu pempuang ni kata ustaz azhar idrus.. Atuk tgk x de apa pun yang melibatkan pempuang ni dgn benda halus lagi mistik. Tapi oleh kerana aura keenam Atuk yang alhamdulillah pantas mengesan maksud maka tertampaklah oleh Atuk lembaga bogel yang sedang berdiri tanpa arah tujuan kat luar pintu dapur rumahnya.. si misai ada mention pasal hantu raya, Atuk kata ni bukan hantu raya sebab dia tak merupa sesiapa, tak ada berbulu tapi badannya berlendir mcm bernanah kat seluruh badan.. eiii geli Atuk tgk.. jap Atuk nak ambik rokok jap kat dalam kereta, baru la sedap nak sembang taik kan...



Bila dah nyala gudang garam ni barulah boleh nak bercerita.. So Atuk kuncikan lembaga ni jadi keras tak boleh nak gerak kemana dan Atuk suruh bodyguard kesayangan Atuk Panglima Hitam and sahabat setia Atuk si serigala macho untuk bawak lembaga harem tu pergi ke penjara bawah laut kami yang mana terkenal dengan seksaan ala-ala guatanamo nya. Panglima Hitam pakukan ke dinding kaki, tangan dan jantungnya agar sesiapa yang punya binatang lembaga ni pun akan gelisah sakit mcm mana si lembaga ni resah tahan sakit kena paku. Kalau Panglima Hitam paku kat kepala mati lak lembaga ni so akibatnya Atuk lak tak tau sapa empunya tuan ni.. Si serigala macho ni pun tak tergamak nak telan menatang haram ni sebab terlalu jijik rupanya..

Maka Atuk pun mulalah tarik semangat pempuang doktor ni dengan tujuan nak siasat apa kejadahnya yang berlaku ni.. punya byk cerita sampai Atuk pun tak faham apa jadi.. Bila Atuk tarik je pempuang ni marah2 lak kat Atuk sebab ganggu dia.. aikk Atuk kata sapa yg kacau siapa.. Atuk bukan kacau dia tido ke apa.. maka dengan sekali pusing menjerit lak dia sebab kelakuan kekurangan ajaran dia kat Atuk kan.. Sapa suh cakap kasar2 dengan Mael Lambung... eh silap skrip lak.. dengan Atuk..

Maka menjerit seorang perempuan di tengah malam akibat perbuatan suaminya.. Dia menderita sebab kena citer semua kat Atuk dan ceritanya amatlah bercanggah dengan cerita suaminya. Namun Atuk hanyalah insan biasa yang payah nak percaya cakap-cakap org tak boleh dgr ni sebab kdg2 bisikan syaitan mencelah n jadikan cerita tak betul dan juga kadang2 usahkan lidah yang tak bertulang tu, si semangat diaorg ni pun pandai menipu.. Cuma sebelum melepaskan sisemangat doktor ni pergi Atuk mintak dia bersumpah laknat bahawa tidak akan mengganggu si Jantan lagi dengan memalukan dia walau apa cara sekalipun dan andai dia engkar maka kutukan Allah akan melanda dirinya serta merta.. Walaupun terpaksa Atuk buat dengan paksaan akhirnya habislah juga sumpah dia kepada Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Memusnahkan itu..

Tgh2 Atuk genggam semangatnya ditangan kiri Datin Paduka lak call and Atuk terpaksa jawab dgn tangan kanan hp Atuk.. so tangan mana lak Atuk nak pegang steering ni.. Atuk pinjam tangan Datuk Raden je lah kalau dah x cukup tangan. Atuk bukan dewa ugama hindu yg ada byk tangan tu.. ada dua jer..

Jelas Atuk tgk pempuang tu takde resah gelisah pun andai dia yang empunya lembaga berlendir tu mcm dakwaan si Jantan. So xpe lah mungkin salah kut firasat Atuk. Maka Atuk teruskan perjalanan sampai la kat umah Tok Gunung tadi. Atuk tgk keadaan si Jantan macam tak keruan. Dah la memang tak hensem dgn botaknya dengan resah dan macam segan2 nak jumpa Tok Gunung pun ada. Si misai lak jadi mcm bapak bawak anak nak jumpa tok mudim.. Hmm  amende lah si Jantan ni kata Atuk. So sampai je tepi umah Atuk bagi salam dan terus bersalaman dengan semua jemaah Tok Gunung yang memang regular ada kat situ termasuklah cikgu2 pun ada. Lepas dipanggil Tok Gunung mengadap Atuk pun tunjukkanlah kepada Tok Gunung empunya diri yang membawa hajat.

Maka berceritalah si Jantan dengan sedikit versi lain dari apa yang dia ceritakan kepada Atuk. Atuk dah start syak ada something yang tak kena dgn si jantan ni sebab lepas Atuk paku kan si lembaga tu dia ni pulak mcm orang yang nak berak tapi taik tak lepas. So Atuk dah dpt agak siapa empunya lembaga dan kenapa dia ada kat umah perempuan tu n dalam firasat Atuk patutlah sengsara pempuang doktor tu bila bulan mengambang sebab lembaga tu makan dari pempuang tu, walau si Jantan tak cerita Atuk tau what u did last raya wahai si jantan....



Stelah bercerita maka Tok Gunung bersetuju nak bantu dia dan Atuk lepas dah tanggungjawab Atuk utk bwk si jantan pergi berubat, itu pun atas permintaan si misai. kalau tak mampus Atuk tak mau tolong orang yg menganiaya orang lain mcm si jantan ni..Tapi Atuk tak lah tunjukkan apa yang Atuk rasa kat depan Tok gunung dan si misai.. Biarlah kalau Tok Gunung nak bantu dia. Maka setelah menetapkan sekian-sekian mahar utk nama pempuang tu maka Tok Gunung berjanji akan melaksanakan tugasnya tetap jam 1 pagi nanti.. sebab apa pukul satu jangan tanya Atuk sebab bukan Atuk yang buat.. korang nak tau kena tanya la Tok gunung sendiri.

Dah selesai urusan si jantan maka Atuk pun sempat memotong kat selekoh persembangan dengan Tok Gunung. Atuk cuma tanyakan mcm mana ceritanya tentang keris yang ingin diberikan kepada Atuk oleh orang ghaib aritu. maka Tok Gunung dengan rasa bersalahnya ckp tak sampai lagi dan mengakui bahawa dia terlupa sebab Atuk tak selalu dtg aritu untuk ingatkan dia pasal itu barang... so Atuk pun bersalam dengan Tok Gunung dan jemaahnya selepas sempat tingalkan nombor telefon Atuk utk Tok Gunung hubungi andainya keris alam ghaib Atuk dah sampai (masa ni keris tu dah sampai ada dua bilah).

Lepas bergerak si Misai tanya Atuk dah mkn belum. Atuk jawab Atuk belum mkn apa2 lagi Misai semenjak pagi tadi.. Atuk cuma mkn mi je untuk sarapan pagi tadi dan itulah saja makanan yang Atuk jamah utk hari itu, Maka Misai dengan rasa bersalahnya ajak Atuk gi mkn kat Samudera sebab kat situ ada karaoke. Lagi pening Atuk tgk diaorg ni. Orang kalau ada masalah ajak la mkn yang simple2 agar boleh gi surau or masjid agar boleh berdoa mintak Allah bantu dan hilangkan kesusahan hidup masa ni.. ni Atuk tgk si jantan lagi ghairah nak berkaraoke dari si Misai.. Layan je lah kengkawan kan... Janji perut Atuk tak terbiar kosong..

Bila duduk je si Jantan terus termenung lepas order makanan dan minuman.. Dengan menggulung rokok daunnya maka melayang jauh la perginya fikiran si Jantan.. Atuk boleh agak apa yg difikirkannya tapi biarlah Atuk simpan dalam diri Atuk sendiri tanpa bgtau pada si Misai atau si Kamal yang dtg kemudian semata-mata sebab nak lepaskan geram berkaraoke. Lepas makan kira-kira pukul 1.30 pagi Atuk pun mintak diri sebab nak balik rumah jap nak tgk2 keadaan rumah yang dah beberapa ketika ditinggalkan tak berpenghuni. Bila Atuk lintas balik tempat persinggahan si Misai dan rakan2 sejenayahnya tu Atuk dapat rasakan kegelisahan sikit.. mcm ada benda tak best je.. Atuk pun cuba berfikiran positif dan cuba lupakan apa yang berlaku tadi. Biarlah fikir Atuk itu antara mereka dgn Allah..

Esok paginya si Misai call Atuk n bgtau pada pukul 2 lebih si pempuang ni datang dan nak berjumpa sgt dengan si Jantan. Maka diceritakan si pempuang dapat kaunseling dari sesorang dan bersetuju untuk balik ke KL lepas tu. Tak ada lah di berkeras and buat tindakan bukan2 mcm sebelum ni. Atuk kata ok lah dia tak buat mcm tu.. Alih2 beberapa hari selepas itu Si Misai call Atuk dalam nada yang agak kaget. Katanya kita dah aniaya orang tuan.. apa yang kita aniaya tanya Atuk.. maka si Misai pun bercerita lah akan perbualan dia dgn pempuang tu dan baru lah si Misai tau akan cerita sebenar. Baru lah Atuk berani buka mulut tentang apa yang Atuk tau dan Atuk simpan pasal si Jantan pada malam tu dan apa sebenarnya yang Atuk buat pada malam tu. Bukan Atuk nak menunjuk tapi si Misai lebih kenal si jantan daripada Atuk dan Atuk rasa masa tu tak sesuai kerana si Misai terpengaruh dengan cerita si jantan walau pernah berkali si jantan cuba untuk menikam Misai dari blakang umpama gunting dalam lipatan. Tapi itulah satu sifat si Misai yang Atuk puji, dia tak pernah simpan dendam pada musuhnya... Dia pasti akan tolong walau macammana pun musuhnya bila musuhnya mintak tolong pada dia. Atuk cuma harap dia tak jadi macam menolong anjing tersepit jer la.



Pengajarannya ialah jangan sesekali para pengamal perubatan ni membantu membabi buta supaya kita tak menganiaya orang lain mcm kes yang Atuk ceritakan ni. Kena siasat dulu and kena ada ilmu scan dulu apakah cerita sebenarnya yang berlaku supaya di akhirat nanti kita tak didakwa dengan perbuatan kita. kadangkala memang kita cuba menolong tapi niat baik kita digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk menganiaya orang lain sedangkan dia yang bersalah. Jadi kena dengar dari mulut yang tak bertelinga dan bukanlah dari lidah yang tak bertulang...

No comments:

Post a Comment