Monday, June 17, 2013

Jembalang Yang Menjalang Mistique No 10



Pelalau bikin manusia lalau...
Sihir bikin manusia berfikir..
Sabar bikin manusia jadi besar..
Tawakal bikin manusia cekal..
Usaha bikin manusia jadi berjaya...

Ramai diantara pembaca blog ini yang terkena sihir akibat perbuatan manusia lain yg dengki khianat.. Atuk ingat sahabat Atuk tu jer yang jadi org terakhir.. rupanya kerja syaitan masih belum selesai lagi selagi belum tertiup sangkakala..

Atuk didatangi mesej terkejut tergempak oleh seorang hamba Allah yang mengaku terkena sihir yang telah sekian lama dikenakan oleh bomoh yang cari duit dengan ilmu sihir. Sihir pun boleh diniagakan yer.. Syaitan dan jin walau dia tak dapat bayaran bersekongkol sama sebab dia ada share utk bwk bomoh tu jadi kayu api, yg tukang upah mungkin dia puas hati sebab tgk org yg kena menderita tapi x kaji dulu bahawa di akhirat esok dia jadi kerosene atau minyak tanah utk menyemarakkan api yg membakar syaitan dan jin serta bomoh tadi.. Insaflah makhluk yang x pernah bersyukur akan setiap nikmat nafas yg Allah berikan pada kamu weiiii.. Nikmat nafas HU dan AH yang kamu sedut itu utk memuji Nya bukan utk tambah saham dosa..





Dalam kes ni Atuk lebih suka si mangsa yang lakukan sendiri sambil Atuk pantau dari jauh jer.. Atuk tau mangsa ni alim la jugak n boleh baca quran dengan baik.. Maka Atuk berikan dia amalan yassin 7 mubin serta qunut nazilah. Sebab katanya lama dah dia kena tapi x sembuh2 lagi. Banyak org dan ustaz yang dia jumpa tapi semua tak sembuh lagi. Kesian Atuk tgk. Atuk berikan amalan apa yang dia kena buat.  Dia janji nak sediakan brg2 yg Atuk suh sediakan and buat amalan mcm yg Atuk mintak.. Bukan Atuk x nak buat sendiri tapi Atuk nak dia rasa sendiri n bina tembok perlindungan dia sendiri utk masa depan dia sendiri. So bila dia rasa terkena sihir lain kali maka dia tau apa nak buat n hati dia lebih dekat dengan tuhan. Sebab bila Atuk soal selidik dia kata dah lama x sembuh2 so Atuk takut dia putus harapan n ckp Allah x tolong dia lak. So biarlah dia bergantung sepenuhnya dengan Allah.. Kerana dia yang maha mencipta, menyembuhkan dan mematikan..




Atuk faham perasaan org yg menderita lama ni. Kdg2 harapan tu jadi nipis jer sebab usaha tak menjadi.. Sedangkan ada antara org2 yg pandai2 dan terer2 kononnya dalam bidang agama pun x berapa nak percaya tentang keajaiban doa.. Sedangkan dengan terang lagi bersuluhnya Rasulallah telah bersabda bahawa sesungguhnya doa itu adalah senjata terampuh kaum mukmin.. Tu sebab Atuk x heran bila ada org2 pandai ni tanya Atuk mcm mana Atuk leh kurus n bila Atuk jwb diaorg tersenyum mcm x berapa nak pcaya jer.. Terpulanglah pada diri masing2. Diaorg ingat Atuk mkn ubat kurus, pergi slimming world or diet tak mkn kut.. Sorry la tu semua Atuk x buat pun sebab Rasulallah x gi pun n wat pun semua tu.. Atuk cintakan dia maka Atuk ikut amalan dia la.. Atuk wat solat hajat mlm2 n mintak doa utk kurus tapi tak mau sakit. Alhamdulillah doa Atuk dimakbulkan setelah sekian lama dan alhamdulillah Atuk sihat. Maybe diaorg ingat klu diet x mkn or mkn ubat kurus tu diaorg leh kurus terus tanpa izin Allah kut. Atuk rasa kalau x wat semua tu tapi dia izinkan dan makbulkan doa kita lagi mujarab rasanya..

Biarlah diaorg dgn kepercayaan diaorg. Kalau 24jam dalam FB dok tag makanan dari satu gerai ke gerai lain, dari satu restoran ke restoran lain, dari satu resepi ke resepi lain, minum air jampi utk kurus 7 lautan pun x boleh gak.. Amalkan berjaga malam, kurangkan tido, mkn makanan sunnah, makan mcm Rasulallah, jgn minum ais lepas mkn, bersenam, insyaallah la kurus la. Gemuk ni kdg2 mcm penyakit gak, dtg nya bagai ribut, perginya mcm siput.. payah benar.. Weii kelaut dah kiter ni.. balik balik..

Sedang Atuk dok pantau mangsa ni ada lak kengkawan seperguruan Atuk dok mesej katanya anak sahabat kitaorg lak ada mcm yang x kena. Kalau ada gangguan dia nak mempraktikkan ilmu pukulan gaban jarak jauh beliau. So Atuk pun sekalikanlah operasi malam tu iaitu utk pantau pesakit Atuk ni dan juga anak sahabat kitaorg tu..

Selepas gerakan kunci pendinding maka Atuk pun keluar la ke satu alam yang lain yang jauh lebih maju dari alam nyata ni tapi perangai penduduknya jauh lebih moron daripada bangsa mohawk kat Amerika sinun... Atuk start scan pesakit Atuk tapi ahlahmak... terlupa lak nama dia.. bukak mata n baca balik nama dia kat dlm iphone 3GS Atuk.. spoil tol la.. Dah ingat Atuk tutup network 3G Atuk n teruskan pengesanan Atuk.. Pergh.. mcm sial jer rupa binatang bernama jembalang ni.. Patut la mangsa ni cakap org jadi x suka kat dia sebab org mmg benci tgk muka jembalang yang dok melekat kat mangsa ni.. Kesian dia..





Siasatan umpama polis pencen Atuk pun bermula la.. Jembalang ni bukan islam pun so Atuk tak ambik port nak bg salam kat dia pun. Atuk straight to the point jer Atuk tanya apasal dia kacau budak ni. Dia cakap ada org upah bomoh. Atuk tanya siapa? Terus dia jawab nama org tu dengan tanpa segan silu dan malu2 kucing nya. Atuk tanya sapa nama dia? perghhh nama tak glamaour langsung.. nak kata nama melayu bukan, nama jawa bukan, nama arab pun bukan.. Nama Gharmouk ala2 nama Russia jer. Tak komersial nya nama. Atuk tanya lak sapa nama bomoh pun dia bgtau.. Tapi Atuk xnak bgtau korang sebab Atuk x mau pakar yg terer2 baca blog ni santet dia pulak.. So Atuk pun settle satu2 dulu..

Dengan pedang hamzah Atuk yang sentiasa berapi dan terbang meluncur laju macam Sukhoi 37 tu maka kecut perut lah jembalang tu nak menipu sebab dia cakap salah n menipu jer dia merasa la ARR-VEY-VEY (BVR) ataupun beyond visual range weapon dari pedang hamzah Atuk. Dia terus tunjukkan cara2 memasak kat dalam busut jantan yg dia dok tunggu tu.. siap dengan ramuan apa yg dia guna dia tunjuk.. Perghh musibat punya bomoh and this jembalang.. Atuk tengok pun 7 hari tak lalu makan nasi tgk dia punya ramuan.. kotor beb.. nak cerita pun Atuk ngeri takut korang lak terbayang tak lalu nak mkn..





Maka Atuk titahkanlah angkatan ghaib Atuk membawa sebekas tanah haram dan sebotol air zam2 utk Atuk matikan kesan sihir tu serta musnahkan tempat diaorg menggunakan secret recipe tuh.. Sampai jer barang pesanan online Atuk tuh, Atuk taburkan secukup rasa serta tambahkan air zam-zam yang sudah diyassinkan itu.. menggelegak lak bila benda2 tu bercampur.. Alhamdulillah keje Atuk mudah jer mlm tu sebab doa Atuk dimakbulkan Allah agar kerja2 Atuk dipermudahkan sebelum Atuk buat upacara.. So sekali fire cahaya biru jer kabaaboom la busut tu berserakan mcm gunung Pinatubo meletus.. settle satu bab.

Next Atuk tanya sekali je kat jembalang tu sama ada nak masuk islam n Atuk antar kat bandaraya jin islam, nak belah atau nak mampus, so dia ada 3 pilihan. Dia jawab nak masuk islam sebab nak jadi city boy.. Mcm yang Atuk pernah islamkan Iblis dulu maka sama lah prosesnya dengan jembalang ni. Atuk bagi nama Mohd Zain sebab nampak islamik sikit and mintak Allah tukarkan muka yang ala2 maher zain sikit. Sebab kalau x tukar semua city jin yang dok kat bukit antarabangsa tu confirm nyampah tgk muka dia.. Sebelum antar mcm biasa la sumpah laknat mcm yg korang tgk dlm expose mistik tu cuma ayat Atuk lagi ganas sampai x dpt nak Atuk siarkan dalam blog ni.. Then tok bomoh... here i come..

Bertemankan pedang hamzah Atuk melawat lak bomoh online ni.. tgh buat duit lagi kut.. So sebab kemataan duitan nya maka dia merelakan usahanya pedajal mangsa ni Atuk musnahkan. Janji dia dpt duit.. kalau rebung mudah gak Atuk nak tarbiahkan, tapi sebab dah jadi rebung maka Atuk cuma paksa rela dia bersumpah laknat supaya tak ganggu mangsa ni lagi walau berapa dia dapat bayarannya. Agak lumayan gak tapi memandangkan nyawa dia lg dia syg sebab pedang hamzah tak sabar dan makan mangsa dia maka dia pun ikut jer apa yg Atuk ckp.. Itulah sumpah dia dgn sang pencipta..





Hamba allah yang pekenakan mangsa ni Atuk tak wat apa pun, biarlah dulu. Nanti kalau dia dok ulang lagi harus Atuk kasi kan dia macam sahabat Atuk kasi kan kucing parsi dia yg dok merenyam tu.. Kalau Atuk tibai sekali nanti takde modal lak Atuk nak bercerita kat entry akan dtg kat korg..

Selesai misi pertama Atuk ke misi kedua lak nak ushar2 anak sahabat Atuk kat Kuantan nun.. Atuk sebut nama anak sulung sahabat Atuk tu terus keluar muka ju-on.. Halla Atuk cukup tak berkenan bila ju-on dok bertukar2 muka dgn anak dara sahabat Atuk ni.. Maka Atuk terus tutup upacara yang nasib baik x perlukan Atuk guna banyak tenaga dalaman mlm ni.. so Atuk buka iphone 3GS cabuk Atuk (yg belum diganti dengan iphone 4) n trus mesej kat sahabat Atuk untuk carry-on dengan ju-on ni. Lagipun lepas sakit aritu dia belum test power dia balik.. So masa ni lah nak test balik pick-up dia. 


Atuk pun cerita sikit perangai ju-on ni kat sahabat Atuk supaya senang dia nak praktikkan jurusan2 maut dargon ball Z dia.. jangan terpedaya lak dengan mainan sengal syaitan laknatullah itu.. Setelah Atuk antar balik pedang hamzah ke tempatnya Atuk pun buka kunci diri dan terus baring... Tetiba Atuk nampak ABC jagung lebih, kacang banyak sikit, kurang manis... rupanya Atuk dah start mimpi dah... gdu nite ollzz.. have a sweet dream bak kata Datin Paduka..

No comments:

Post a Comment