Monday, June 17, 2013

Bukan Khadam Tua Angkat Najis Mistique No 9



Suatu petang...di sebuah restoran bersama seorang Ustaz dan seorang rakan lain... Ustaz membaca sesuatu...kemudian perlahan-lahan menarik keris yang panjangnya hampir sekaki...itu keluar dari sarungnya... Dengan warna keris serta sarungnya yang kehitaman cukup jelas menunjukkan ia adalah keris tua...atau keris lama... Atuk teruja dengan bentuk dan ukirannya ....memang 'cantik'... Tambahan pula Atuk memang minat mengumpul senjata2 org melayu.. Atuk kumpul untuk tatapan generasi akan datang agar tak luput ditelan zaman..

Keris itu diberi pada rakan tadi oleh guru ilmu kebatinannya sebelum gurunya itu meninggal dunia beberapa tahun lalu... Ketika itu...keris tadi diikat kain merah tapi rakan itu sudah membukanya...




Beberapa malam kemudiannya...rakan itu bermimpi keris itu berpusing atas lantai...lalu
terbang ke udara... Tiba-tiba keris itu menjunam turun...dan terpacak ke tanah... Kalau di ikut dari petua ikat kain juga mimpi rakan tadi...ia menunjukkan keris itu adalah jenis keris terbang...atau dengan istilah 'sains jin'nya...keris yang jin bawa terbang... Oleh kerana jinnya tak nampak...maka ia disebut keris terbang... Atuk memang tak nak campur.. biarkanlah itu urusan ustaz dan sahabat Atuk tadi..



Beberapa lama kemudian...ada satu benda seperti semut menembusi kulit rakan tadi dan masuk ke dalam rusuk kanannya... Maka bermulalah satu keadaan kepanasan dan kesakitan dalam bahagian rusuk tersebut selama berbulan lamanya...hingga ke tahap rakan itu rasa berputus asa dan tak lama lagi akan mati... Siang malam ia kesakitan... dan ke mana-mana berubat ternyata tak berkesan...


Itulah yang menyebabkan rakan itu berpindah kerja ke tempat lain...semata-mata nak cari perawat kesakitannya... Baru dua tiga hari kami satu tempat kerja...kebetulan rakan itu menceritakan hal tersebut kepada Atuk... Kerana melihat ia tak ada pilihan lain...Atuk tawarkan untuk berubat dengan ustaz...lagi pun kami dah jadi rakan sekerja... Dari rusuk...'semut' itu 'lari' ke belakang...kemudian 'lari' ke dalam perut...tak lama rakan itu merasa sesuatu mendidih dalam perutnya.

Agak liat 'semut' itu nak ditangkap...maka Atuk memberi rakan itu ayat2 rukyah dan syifa untuk diamalkan... Rawatan itu dengan beberapa rawatan susulan hanya sekadar membuat rakan itu merasa lebih sihat dan bersemangat dari sebelumnya namun ada ketikanya semut itu masih datang hinggalah rakan itu mengambil ijazah dengan ustaz tersebut...

Namun sejak kebelakangan ini...'semut' itu mula mengganas semula...tambahan pula rakan itu mula meninggalkan amalannya... Bukan saja rakan itu..malah anak lelakinya juga mengalami panas badan pada masa-masa tertentu terutamanya diwaktu malam...menunjukkan ada jin yang cuba meresap dalam badan..

Rakan itu mula merasakan ia ada kaitan dengan keris tadi... Pernah ia tertinggal keris itu di rumah lamanya yang ditumpang tinggal oleh seorang saudara isterinya... ternyata... ketika ditinggalkan kosong...jiran-jiran memberitahu ada benda berkeliaran dalam rumah itu...juga ketika menjelang waktu tengah malam.

Dalam diam rakan tadi mengambil keris itu dan tiada lagi gangguan di dalamnya... Ketika Ustaz mencabut keris itu dari sarungnya...rakan itu merasa bulu romanya meremang....

Menurut Ustaz khadamnya adalah seekor jin kafir bersaiz besar... Rakan itu menyatakan hasratnya untuk melepaskan terus keris itu... "Kau mau simpan.." tanya Ustaz kepada Atuk... ".xper la Ustaz..." Atuk menolak...terbayang dalam fikiran kalau dapat simpan best ni tambah koleksi.. Tapi x mau la tunjukkan gelojoh depan ustaz... tapi Atuk sempat amati kerja2 seni di keris tersebut dan mungkin bila ada kesempatan nanti boleh Atuk ukir keris2 Atuk agar cantik seperti keris itu. ...tapi Atuk tahu Ustaz sekadar bergurau kerana keris itu perlu dibawanya untuk tujuan rawatan rakan tadi...




Maka keris itu Ustaz bawa balik...dan juga akan merawat rakan tadi... Atuk pernah mendengar cerita setempat...bagaimana keris yang diikat kain merah berdiri dengan sarungnya sekali... atas meja ketika seseorang mengintai ke dalam rumah melalui jendela... Bukan susah pun nak dirikan keris, tapi tanpa sarungnya Atuk tak pandai la.

Kalau hebat ceritanya...tentu hebat juga bakal padah menyimpannya... Sebaik saja sampai rumah petang itu...Atuk mula sakit kepala... Memang patut pun..oleh kerana Atuk mengatur perjumpaan rakan itu dengan Ustaz..menjadikan Atuk sasaran serang marah jin keris tersebut. Atuk buatlah apa yg patut dan berdesir larinya jin tu balik ke tempat asalnya. Atuk biarkan dia bersenang lenang dulu. Lepas solat hajat n baca yassin 7 mubin baru la Atuk berperang dgn jin tu.. baru syok..

Tiba-tiba...Assalamualaikum...rakan itu datang. Nampaknya rakan itu agak terdesak...ia terus saja menyatakan niatnya nak minta dirawat... Ketika Ustaz membawa keris itu pulang..pada masa yang sama...'semut' di badan rakan itu juga hilang...tapi keesokannya...'semut' itu datang balik. Tentu 'semut' itu 'tak berminat' dengan si Ustaz...

Kemudian benda itu hilang datang..tapi ada perkara baru...rakan itu mula merasakan angin sejuk masuk dari hujung jari-jari kakinya hingga ke paras bawah lutut... Ia perkara serius...jin itu sudah mula cuba nak masuk merasuk rakan tadi..tapi masih dalam proses cuba menguasai tubuhnya...

Ia seperti kisah seorang ibu lepas melahirkan anak..apabila angin sejuk itu mula meresapi tubuhnya dari arah kaki...ia mula kerasukan jin jantan berserban jubah... Nampaknya jin itu sudah memilih tubuh rakan tadi sebagai rumahnya..yalah..kalau dengan keris tu nak buat apa...bukannya boleh dimakan... Tapi kalau penyimpan keris itu mangsa mudah...mungkin juga jin keris itu akan berpindah tuan...


Ketika rakan itu datang...'semut' itu berdiam pada bahagian belakangnya.... menimbulkan rasa panas dan sakit... Dengan izin Allah...mudah pula kali ini ia ditarik keluar...Atuk berjanji akan memberitahu rakan itu sekiranya ustaz datang berjumpa atuk... Maklumlah Atuk ni bukan pengamal perubatan mcm ustaz tu, ilmu yang ada pun tak setara mana lagi.. so kita serahkanlah pada yang pakar.. Kalau ikut Atuk sendiri dengan yassin fadhilat jer n ayat2 rukyah sambil tambat jin tu dengan shahadah, then dengan pedang dan senjata lain yang tak nampak tu Atuk libas jer.. mampus lah dia... tapi tu cara Atuk, bukan cara ustaz...


No comments:

Post a Comment