Monday, September 23, 2013

Filem Siluman Serigala Putih (9 Bahagian)

Sinopsis:
Siluman Serigala Putih (Advent Bangun) perampok yang merajalela dimana-mana. Ia merampok warga yang mempunyai kekayaan. Sementara itu Jari Getih (Atut Aguntinanto) jua merupakan perampok yang menyamar sebagai seorang saudagar. Jari Getih berlagak pedagang besar dan selalu dikelilingi wanita-wanita cantik. Jari Getih mendapat beking seorang Marsose. Suatu ketika Serigala Putih datang ke penginapan Terang Bulan dimana Jari Getih menginap. Akan tetapi pemilik penginapan mengatakan tidak ada kamar. Serigala Putih marah dan membunuh pemilik penginapan. Sementara itu Jari Getih yang melihat kejadian tersebut hanya diam dan bersembunyi dibalik ketiak orang-orang penginapan. Jagoan-jagoan penginapan dibuat tidak berkutik oleh Serigala Putih.

Seorang Pendekar (Barry Prima) yang kebetulan sedang berada di sekitar penginapan tersebut karena tidak diperbolehkan menginap di penginapan yang dikhususkan untuk orang-orang kaya tersebut, akhirnya ditantang oleh Serigala Putih untuk berkelahi setelah orang-orang yang menghadapi Serigala Putih kalah semua. Akan tetapi pendekar tersebut merasa tidak cukup ilmunya, maka pergilah Serigala Putih dari tempat tersebut. Jari Getih bermain di air keruh. Ia ikut bermain untuk mempengaruhi orang-orang sekitar agar bisa membunuh serigala Putih, termasuk juga menyuruh Pendekartersebut untuk membunuh Serigala Putih. Jari Getih berlagak lugu. Padahal Jari Getih adalah perampok yang kejam yang berhasil mengelabui rakyat, karena sebenarnya Jari Getih adalah perampok yang sekarang sedang merajalela di sekitar kota Tangerang. Jari Getih juga pembunuh keluarga Pendekar tersebut, akan tetapi dengan penampilannya, Jari Getih mampu mengelabui pengembara hingga tidak mengenalinya.

Jari Getih pun menghasut warga sekitar Tangerang untuk membunuh Serigala Putih, termasuk juga dengan Pendekar karena bayarannya memang tinggi yang diberikan Jari Getih. Akhirnya Pendekar menemukan Serigala putih. Meski Siluman Serigala Putih merasa tidak mempunyai urusan dengan Pendekar, akan tetapi akhirnya Ia meladeni ajakan Pendekar untuk berkelahi. Pendekar berhasil membunuh Serigala Putih, akan tetapi Jari Getih tidak percaya karena tidak ada bukti yang dibawa. Jari Getih Ingkar janji, ia tidak mau membayar uang yang telah disepakatinya.

Jari Getih menyuruh orang-orang untuk mengecek kebenarannya dengan menyeret mayat Serigala Putih yagn telah dikuburkan. Akan tetapi sesampai di kuburan, mereka melihat Serigala Putih masih hidup, padahal sebenarnya itu adalah orang suruhan Jari Getih yang menyamar. Pemilik Warung dimana Pendekar tinggal juga akhirnya mengetahui kalau pedagang yang selama ini dikenalnya adalah Jari Getih. Ia pun dibunuh oleh Jari Getih. Pendekar menolong Anak gadis yang keluarganya dirampok oleh Jari Getih ketika hampir tenggelam disungai.

Jari Getih yang mengaku pedagang dari Lampung tersebut juga menghasut agar dapat menangkap pendekar yang sebenarnya telah membunuh Siluman Serigala Putih. Meski setelah Siluman Srigala Putih terbunuh, akan tetapi perampokan tetap merajalela. Bahkan Jari Getih sok menjadi pahlawan dengan menolong orang yang sedang kesusahan untuk membantunya. Bahkan ia menyuruh kepala kampung untuk menyewa jawara-jawara dari kulon untuk membunuh pendekar. Jari Getih pintar sekali memutar balikkan fakta dengan keluguannya hingga orang-orang percaya padanya. Anak gadis pemilik warung tersebut akhirnya berusaha dibunuh oleh Jari Getih. Tiba-tiba Jari Getih dan orang-orang sekitar sudah datang dan menuduh pendekarlah pelaku yang akan membunuhnya. Akhirnya demi keamanan yang disebut-sebut jari getih, akhirnya pendekar di usir dari kampung tersebut.


 Part 1


Part 2


Part 3


Part 4


Part 5


Part 6


Part 7


Part 8


Part 9


Happy Watching..

Friday, September 20, 2013

Al-Fatihah Buatmu Bidadari Besi...



Kelihatan sesusuk tubuh pahlawan yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh dengan gagah, bertempur dengan berani dan ketangkasannya mempamerkan kehandalannya dalam berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombak beliau, lalu beliau meluru pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.
Siapakah gerangan pejuang ini? Siapakah pahlawan handal disebalik topeng ini? beliaulah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,, Siapa sangka seorang wanita yang lemah lembut tutur dan budi pekertinya tangkas bertempur dan berkuda… Dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...
Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Rasulullah saw. Beliau adalah adik kepada Dhirar Al-Azwar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda malah Khaulah juga memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat seperti seorang lelaki yang kental semangatnya.
Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.
Dalam perang Yarmuk iaitu peperangan utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang pejuang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera kafir Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Rafie bin Umaira, panglima skuad Muslimin sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Pejuang Muslimin yang lain amat kagum terhadap semangat juang yang menakjubkan tersebut. Namun begitu pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu kecuali melihat sesusuk tubuh seorang anak muda yang gagah dengan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera kafir Rom setelah kembali sebentar untuk mengambil nafas.
Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi skuad Rafie yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid. Semangat juang yang ditunjukkan oleh Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah musuh dengan semangat juang yang tinggi juga. Sesungguhnya Khaulah telah membakar semangat mereka juga.
Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Rom ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentera Rom.
Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “Wahai pejuang yang mulia, ketua kami telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormati selayaknya.” Sang penunggang kuda tidak mengendahkan sapaan itu lalu kembali pergi seolah dengan sengaja merahsiakan identitinya.
Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berkuda melalui sisi kuda Khalid. Khalid lalu menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti lalu Khalid bertanya : “Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah gerangan kamu wahai pejuang Allah?”


Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. Gadis itu menjawab “Wahai pemimpin perang, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu sebab kamu adalah seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah seorang gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan kerana hatiku sangat sedih dan terbakar oleh kerana penawanan saudaraku”.


Khalid kagum dengan Al-Azwar yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani tak kira lelaki mahupun perempuan. “Kalau begitu bergabunglah bersama pasukan aku” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin Al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang dan tidak lagi hanya berada di barisan belakang menjadi perawat  untuk merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.
Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera kafir Rom. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya? Tetapi yang Atuk tau, Datin Paduka itulah bidadari besi Atuk.. Dari itu Atuk nukilkan sebuah sajak untuk mereka para bidadari besi ini:

 UntukMu Muslimah Mujahidah........

Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman
segar mewangi di pelusuk dunia
setulus kasih sesuci embun
seindah mentari
seanggun rembulan.


Cantik wanita kerana akhlaknya
lembut wanita kerana tutur katanya
mesra wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana keberaniannya
patuh wanita kerana setianya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
dendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
jadilah wanita yang sempurna…

Serikandi muslimah yang sejati
hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi
dalam memperjuangkan agama islam
binalah akhlakmu seindah muslimah sejati
yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa
Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu...

Puteriku muslimah
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetap ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang boleh merampasnya
melainkan kau sendiri pergi menyerah diri
ketegasanmu umpama benteng Negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dibinasakan
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya….

Buat mujahidah solehah
dengan kecantikanmu
kau lebih elok dari matahari
dengan akhlakmu
kau lebih wangi dari haruman
dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari bulan
dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik
maka peliharalah keindahan ini
agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan islam
penegak kalimah Allah di muka bumi…..




Friday, September 13, 2013

Simpulan Kasih dan Benci.. Mistique No 19



Assalamualaikum wbt. Aduh ngantuk betul Atuk pagi-pagi ni sebab malam semalam ada tamu yang datang menziarahi Atuk. Tetamu Atuk ni ialah rakan yang pejabatnya dekat jer dgn ofis Atuk. Tapi walaupun ofis dan kediaman kami dekat (selang satu pintu jer) jarang kami bersembang sama n kalau jumpa pun sekadar bertegur sapa jer. Sahabat Atuk ni seorang muallaf yang sudah berumahtangga dengan seorang wanita melayu dan Alhamdulillah sudah dikurniakan tiga orang cahayamata.


Bermula dari perbualan kosong tentang seseorang yang kami kenal sampailah kepada cerita kesusahan rakan kami ni yang Atuk tak tau. Rupanya rakan kami tu menanggung susah payah menyara keluarganya seorang diri sekarang dan sahabat Atuk nil ah yang banyak membantu rakan kami ni meneruskan hidup. Oleh kerana sahabat Atuk ni merasa dia jadi terlalu lembut hati dgn rakan ni sebab dia rasa amat kasihan dan banyak membantu so dia tanya sama ada si rakan ni ada buat apa2 yang menjadikan dia mcm tu ker? So Atuk scan and memang tak ada apa2 lah yg dia buat. Rakan kami tu cuma jadi diri dia sendiri jer Atuk cakap.


Kemudian sahabat Atuk tu tercerita lah tentang hubungan suami-isteri dia dengan isterinya sekarang. Dia kata dia ada masalah sebenarnya dengan isterinya tetapi dia buat tak tau sahaja. Dia kata dia ada rasa lain tapi saja malas nak ambik berat. Katanya setiap kali berhubungan dengan isterinya, keghairahannya sukar nak naik. Tapi bila bersama orang lain belum apa2 dah keras gila2 punya. So Atuk scan sekali imbas memang xde apa2 kat dia. So Atuk kata x de apa2 lah tu.


Tak puas hati punya pasal maka Atuk confirmkan nama penuh dia maka Atuk pun berdoalah kepada Allah untuk tunjukkan Atuk semua kebenarannya (dari pandangan mata Allah) serta tutuplah segala kebathilan lalu Atuk buat la scanning lebih mendalam lagi. Atuk tak Nampak apa2 pun Cuma Atuk nampak cermin mata dia jer atas cadar katil yang bewarna putih. Hmm Atuk tau lah ada sihir yang kena mengena dengan cermin mata dia. Atuk pun terpaksa lah tanya sejarah hidup dia sebelum ni yang mana ada sorang wanita tu yang dia pun syak. Maka Atuk tanya la dia sama ada cermin mata yang dia pakai sekarang ni sama ke dengan cermin mata yang dia pernah pakai masa bersama dengan pempuan tu. Maka katanya cermin mata yang dulu tu dah patah n rosak dan dia dah buang kan. Tapi jelas ada sihir yang dikenakan tapi Atuk tak nampak lak tanda2 sihir tu kat dia bila Atuk scan.. Hmmm jadi musykil Atuk..

Kalau Atuk nak ceritakan banyak jenis n tanda2 sihir suami isteri ni. Tapi atuk senaraikan la apa yang Atuk tahu jer dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :

1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ) -  Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya. Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.

2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH) - Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti dimaksudkan didalam surah Al-Falaq ayat 4-5. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan. Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya. Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.

3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB) - Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain. Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya. Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.

4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB) - Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.

5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI) - Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.

6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM) - Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.
7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB) - Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.
8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB) - Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.

9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH) - Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian. Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.
Ok itu serba sedikit pasal sihir rumahtangga ni. Sebelum ni Atuk ada coretkan pasal sihir pelalau so kali ni sihir rumahtangga yang juga ada bermacam jenis. Atuk dulu pun pernah kena salah satu dari sihir tu masa Atuk jahil2 dulu tapi alahamdulillah semua tu dah berakhir dan seringkali sihir ni sampai membuatkan mereka yang terkena itu bercerai berai.. Astaghfirullah hal azim... bergegar tiang arasy.

So Atuk cakaplah bahawa ada sihir yang telah dihantar kepada dia melalui cermin mata lama yang dia pakai tu untuk memporak perandakan rumahtangganya. Mungkin sebab cerminmata tu yang dah rosak dan dibuang maka Atuk x nampak tanda-tandanya kat sahabat Atuk tu. Selain dari scanning kalau korang semua namapak tanda2 perubahan ni pada diri atau pasangan, itulah maknanya ada gangguan. Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

 1.        Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
2.         Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3.         Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4.         Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh dan mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
7.         Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
8.         Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
9.         Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
10.       Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit di ari-ari, sakit kaki tangan dan sebagainya.
 So Atuk terangkan pada dia bahawa mungkin dicermin mata itu ada tersimpan kunci nafsunya kepada isterinya. Mungkin juga sebab telah dibuang maka ia tidak kelihatan pada Atuk akan tetapi kunci tersebut selagi tidak dibuka maka akan terus menggangu kehidupan dan hubungan suami isteri diaorg. Atuk sempat ajarkan dia agar membaca Bismillah 5 untuk dia amalkan. Tetapi sebab dia kata dia tak fasih membaca alquran maka Atuk bacakan dan dia tulis bunyi sebutannya dalam bahasa melayu. Jadilah janji dia mampu baca n amalkan. N mlm tu lepas dia tgk2 dan bersembang tentang koleksi senjata Atuk maka dalam kul 2 pagi Atuk pun tido lah.


Atuk bangun pagi esoknya sebelum nak mandi Atuk didatangkan ilham bahawa sihir yang diturunkan melalui cermin mata sahabat Atuk tu masih ada rupanya tapi bukan kepada dia tapi ada pada isterinya. Arghh patutla la Atuk tak namapak masa scan semalam. Tapi Atuk pun tak terfikir nak scan isterinya masa kami sembang semalam. Sebab tu dia tak mampu nak naik ghairah semasa bersama dengan isteri dia jer, dengan pempuan lain ok. So maksudnya walau lelaki lain mana pun yang ada dekat isterinya tak akan terbuka nafsu kat isterinya. Hmm  Atuk rasa baguslah mcm tu, terjaga sikit kehormatan isteri dia hehehehe. Tapi sihir tetap sihir yang harus Atuk perangi sebab melawan takdir dan fitrah seorg manusia. Ianya tetap satu kezaliman. Maka Atuk mintak dia bawakkan Atuk sebotol air mineral dan Atuk buatkan air untuk dia buat minum. Caranya tak susah pun.. 

 1.         Sediakan beberapa botol besar air mineral dan buka penutupnya. Jangan guna air yang dah dimasak terutamanya yang dimasak dengan api. 2.         Seeloknya buat solat hajat dulu dan berdoalah minta kesembuhan kepada pesakit dan agar diperkenankan usaha pengubatan itu lalu bacakan al fatihah 1 kali, al baqarah ayat 102 sebanyak 3kali, al a`raf ayat 117-122 sebanyak 3kali, yunus ayat 81-82 sebanyak 3kali, thaha ayat 69 sebanyak 3kali dan 3 qul (al ikhlas, an-nas dan al-falaq) 1kali. 3.         Sedut nafas dan baca selawat faith dan hembuskanlah bersama kalimah Allah pada air tersebut hingga habis nafas, Pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.
Selawat faith tu mcm ni:


Bacaannya mengikut sebutan dalam bahasa melayu macam ni:

Allahumma salli wasallim wabaarik 'ala Sayyidina Muhammadinil fatihi lima ughliqa wal khatimi lima sabaqawan naasiril haqqibil-haqqi wal-hadi ila siratikal mustaqim, sallallahu 'alaihi wa 'ala alihi wa as haa bihi haqqa qadrihi wa-miq-da rihil-'azim.


Untuk langkah yang seterusnya Atuk akan cari cerminmata tu balik n buka kuncinya secara ghaib atau Atuk buat yassin 7 mubin jer. Tapi itu Atuk akan buat nanti. Tunggulah sambungan tugasan Atuk yang ni dilain entry..


Bersambung…………..

Monday, September 9, 2013

Sahaja Aku Telanjang...

Assalamualaikum wbt. Dulu pernah waktu berperang sempat gak Atuk bsembang-sembang ngan satu makhluk ni yang dah kena kunci dgn Atuk. Dia x nak masuk Islam tapi tak nak pulak masuk penjara bawah laut. So mana boleh x nak dua2, maka Atuk bersoal jawab la sementara Atuk melaksanakan pilihan ketiga yang mana korang pun x nak tau mcm mana rasanya.. Sebab tugasnya menghasut, menggoda dan menyesatkan manusia maka Atuk tanya dia kerja utama dia iaitu menjauhkan orang yang di rasuknya dari agama islam. Ceritanya lebih kurang mcm ni tapi Atuk editkan bagi ada unsur2 drama dalam penulisan Atuk ni.

Ceritanya ialah makhluk syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi dan yang sering digunakan adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’). Syaitan tahu akibat dari kecenderungan nafsu kita dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah. Ini termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahap-tahapnya.

1.    Menghilangkan Definisi Hijab

 

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syarie, pakaian yang dipakai hanya sekadar pakaian, apa pun bentuk dan namanya. 

Sehingga akibatnya ketika zaman telah berubah atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut diganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain maka kerana harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya apapun yang mereka pakai maka fesyen pakaian juga turut berubah.


Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syarie (identiti keislaman) dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar fesyen. Biarpun hidup bila saja dan di mana saja maka hijab syarie tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimana pula caranya?


           a.   Membuka Bahagian Tangan

 

Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang” Begitulah bisikan syaitan. Dan benar wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga mcm biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu tidak apa-apa kan? 

           b.   Membuka Leher dan Dada

 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal baru lagi. “Kini buka tangan sudah lumrah maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi yakni terbuka bahagian atas dada kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka hanya sekadar sedikit terbuka untuk dapatkan pengudaraan. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli sebab hanya bahagian kecil saja yang terbuka. 

Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf “V” yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

           c.     Berpakaian Tapi Telanjang


Syaitan berbisik lagi, “Pakaian kan hanya gitu-gitu saja, cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita tertanya-tanya. “Banyak model dan kain yang agak tipis lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap dipandang,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita. Dicarilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan tembus-pandang (transparent). “Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin,” begitu dia menambahkan. Walhal pakaian tersebut akhirnya menjadi trend di kalangan wanita muslimah. Makin hari makin bertambah ketat dan transparent. Maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang). 

           d.    Agak Terbuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar dan trendy. Lalu dibisikkan lagi kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini membuatkan kamu susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan bertenaga.”

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih senang dan selesa terutama ketika duduk atau naik ke kereta. “Ya, tersingkap sedikit tak apalah yang penting selesa,” katanya. 
Inilah tahap awal syaitan merosak kaum wanita hingga tahap ini pakaian masih tetap tertutup dan panjang hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syarie yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahapan berikutnya.

2.   Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan trick dan cara lain yang lebih berkesan. Tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.


          a.    Membuka Telapak Kaki dan Tumit.

Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar menyusahkan berjalan. Kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih mudah kalau di potong saja hingga atas buku lali” Ini baru agak longgar. “Oh ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju demikian, maka tudung yang besar tidak sesuai lagi. Kekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih serasi dan padan. Orang tetap mengatakan yang kamu masih "bertudung". 

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-burulah mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalankasut yang tinggi yang kalau untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.


           b.     Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis


Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan. Mereka tidak menunjukkan apa-apa reaksi kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa maka cubalah kamu cari model lain yang lebih elok. Bukankah kini banyak pakaian setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, biar hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis.” 

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya. Sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

           c.    Terbuka Seluruh Betis


Kini di mata si wanita zaman benar-benar telah berubah dan syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir apakah ini tidak menyalahi pemakaian para wanita di masa Nabi dahulu. Namun segera bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus berlawanan dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki. Tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah buku lali maka wanitanya harus berlawanan dengan mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi sehingga nampak seluruh betisnya.” 

“Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki,” hatinya berkata. “Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya. Sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza. Kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooh atau wow. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini dari yang berharga rendah hingga yang yang berjenama seperti Christian Dior, semuanya menawarkan fesyen yang dicipta khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti trend itu, kamu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”

Demikianlah terjadinya, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis terus dipakai. Apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkan perkara itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari perancangannya untuk melucutkan hijab wanita.


3.     Serba Mini


Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan sudah menjadi kebiasaan, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja. Sekarang ini trendnya berpakaian mini dan agar sesuai rambut harus terbuka supaya benar-benar Nampak cantik.”


Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai. Bajunya pun banyak jenis, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai bentuk lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam. Ada pakaian pesta, berlibur, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin dan lain-lain. Tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki dengan bentuk dan warna rambut juga ikut berfesyen. Semuanya telah dicuba. 
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia. Hingga suatu ketika muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai atau di mana semua wanitanya sama yang mana hanya dua bahagian paling sulit saja yang tinggal untuk ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”. Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu dan nauzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.” 

Selanjutnya terserah kepada semua kaum wanita, anda semua sama telanjang di hadapan laki-laki lain di tempat umum. Atuk berlepas diri kalau nanti kelak anda sama-sama di neraka. Atuk hanya menunjukkan jalan, korang sendiri yang melakukan itu semua. Maka tanggung sendiri semua dosamu kerana syaitan tak mau ambil risiko.

Penutup 


 Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa sedar. Maka hendaklah kita semua terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larut kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah. Kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah. Jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan baik di dunia maupun di akhirat. Wallahu a’lam bis sawab.