Tuesday, December 2, 2014

Susuk Jeruk Limau Purut

Assalamulaikum wbt. Kadang2 ada org tanya apasal atuk x update blog ni? Dah lama xde update x kan xde cerita nak ditulis? Atuk jawab senang jer.. atuk bukannya Ramli Awang Mursyid atau Tamar Jalis atau Ahadiat Akasyah yg mampu berfantasi untuk menceritakan seribu satu mcm kehidupan Atuk cuma menulis dari pengalaman atuk yang hanya mampu membantu melakukan apa yg terdaya. Atuk juga terikat dgn kerja seharian dan atuk juga x mampu nak berperang setiap hari sbb kdg2 atuk penat bekerja dan kdg2 atuk terpaksa menyiapkan tempahan parang pisau keris sahabat2 atuk.Klu kita penat mcm mana nak berperang. Klu di alam nyata ni pun klu dah x larat nak buka mata mcm mana nak angkat senjata..
Memandangkan sekarang ni atuk terpaksa menangani few cases kata org kampung atuk so buat masa ni atuk just kongsikan apa yg atuk rasa nak atuk kongsikan. Ada peminat atuk yang mesej atuk ceritakan masalah dalam perhubungan dia. Jadi atuk nak bagi susk yang paling tahan lama dan tiada pantang untuk korang. Haaa tersenyum sampai ke telinga pempuan2 tu kan..
Atuk tulis pjg mana pun perenggan ni xde diaorg nak baca dah sbb nak gi terus tgk mcm mana nak pki susuk ni kan.. xpe lah atuk malas nak membebel ni sbb nak mkn jeruk mangga asam boi ni..
Kalau korang nak pki susuk ayat ni caranya senang.. selalulah berwuduk dan bila lepas solat atau nak keluar rumah tu bacalah..
  1. ” Ya Badiyah ” 1 kali
  2. ” Ya Nur ” 1 kali 
  3. ” Ya Hadi ” 1 kali
  4. ” Ya Allah ” 3 kali

Lepas baca semua tu tariklah nafas dalam2 tapi jangan sampai korang terkentut lak ok.. Kemudian hembuslah sampai habis nafas ke atas kedua tapak tangan korang dan sapulah ke muka. Cuma jgn terkeluar air liur basi atau korang kat atas tgn tu sudah sbb atuk suh hembus angin bkn lain2. Klu korang dah buat tapi still rasa x cantik jgn lak marah kat atuk sbb atuk ajar pakai susuk jer, bkn atuk ajar buat plastic surgery..


Eh kang ada org abiskan mangga asam boi atuk. korang buatlah tu dulu..


Monday, September 22, 2014

Merentang Benang Menjadi Bendang



Salamun qaulam mirrobbir rohim. Assalamualaikum wbt. Dah lama Atuk tak merapu kat blog ni. Nasib baik sarang labah2 tak penuh. Maklumlah Atuk sibuk ngukir laa ni dengan mesin Dremel baru Atuk yg ngabihkan 1/10 dari gaji Atuk. Dah minat punya pasal Atuk redha jer. Byk juga dah jasanya pada Atuk walau baru je beli.

 

Tapi kisah kali nix de kena mengena dgn mesin Dremel Atuk.. Apatah lagi kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Atuk saja merapu waktu ptg2 cenggini sbb perut dah kenyang mkn nasik lauk sup ngan ikan grg sambal. Sambil kena gudang garam best jugak merapu tahap mengakarung berak kerang ni.

 

Alkisahnya ada anak buah Atuk yang ngadu rumah mak mertuanya sering terjadi gangguan sampai sakit mak mertua beliau dibuatnya. Mula2 kenal Atuk dulu mamat ni suka sengih jer. Dah kenal ATuk rapat baru dia berani nak bercerita kisah suka dukanya bila dia balik kgnya yg penuh dgn misteri dan mistik. Yang x bestnya boleh dia nak test ilmu Atuk padahal pada ATuk ni ilmu Allah semata2 sdgkan ATuk hanya dipinjamkan sekejap jer utk manfaatkan dlm masa sesingkat hidup ni sbg bekalan di mahsyar nanti.Bila dia cerita masalah rumah mak mertuanya bermasaalah je terus Atuk tercegat depan rumah tu dengan di bentengi pokok pisang belah kiri dan padang lalang belah kanan. Bila dia Tanya Atuk Nampak x rumah tu Atuk ceritakanlah apa yg ATuk Nampak. Terus mata dia mengembang besar bola golf sebab dia x pnah bwk ATuk balik kg makan ikan bakar cicah budu pong tp ATuk dpt terangkan keadaan umah tu. Dia x puas hati dia Tanya surau kg dia kat mana lak. Sdgkan tok bilal surau tu pun Atuk x kenal xkan Atuk tau pulak kan tempatnya. Maka dengan izin Allah dan selmba rocknya ATuk bgtau jarak surau tu dgn rumahnya dgn alunan lagu lena diulit intan. 

 

Dalam pada dok tgk surau kat mana tu. Atuk terpandang sebuah rumah kat area tu yg terang bercahaya walau disiang hari. Siapakah gerangan empunya rumah ini? Ini lah rumah salah seorang murid dari perguruan Tok Kenali Rohimahullah.. Byk ilmu dari sanad Tok Kenali yang disimpannya.. 

 
Maka lepas mendengar pemandangan hasil penerawangan Atuk tadi maka anak buah Atuk cukup berpuas hati lalu dia mintak tlg Atuk tgk apa gangguan yg ada di rumah tersebut. Maka Atuk terangkan bahawa suatu ketika dulu tempat tu adalah tempat fevret R&R bomoh melayu sbb byk busut jantan terdapat ditanah tu so diaorg selalu buang benda2 yg menganggu org kat tanah tu. Bila diratakan utk dibuat rumah busut2 tu x kelihatan lagi namun penghuninya tetap bermastautin tanpa arah tujuan. Sbb tu selalu ada bayangan nenk kebayan dlm bilik mak mertuanya, hantu tanpa muka dlm bilik adik iparnya, dan makhluk2 yang bergantungan di dinding2 bilik rumahnya. Atuk berjanji bila ada kelapangan dan dan kesempatan Atuk akan laksankan tugas Atuk seperti yg dia mintak termasuk memagar dan membuang apa yg jiran dia dok tanam kat belakang rumah bawah asbestos tu..

Maka tiba malam yang menenangkan itu Atuk panggil semua rumpun Atuk sebab byk sgt yg terpaksa Atuk tangani lamaklumlah lubuk tempat buangan. Bila dah berkumpul semua rumpun Atuk maka Atuk tugaskan dua panglima rijalul ghaib utk ambik tanah haram utk dibuat pagar ke atas tanah ini supaya x masuk semula anasir2 lain serta sebarang hasad dengki sihir tak dapat masuk utk buat onar dan buat kek lak dimasa akan datang.

 

Maka bila rombongan cik kiah Atuk sampai kat umah tu maka perkara pertama yg Atuk buat ialah ATuk bg salam kat tuan rumah dan Atuk pun tebarkan benang dari Pedang Damascus ATuk dan ATuk pusingkan pedang tu dan Tarik hasil pancingan Atuk yg pertama tu yang merupakan 5 ekor jin hardcore yg menghuni tempat tu yg merupakan penunggu keris terbang, belaan bomoh siam tersohor, dan bermacam asal usul lagi yg x mampu Atuk terangkan kat sini.

Tu baru permulaan jer, jgn korang ingat dah abis. Tu baru Atuk tangkap yg hardcore2 je. Maka dari 5 ekor tu semuanya atuk masukkan dalam jala dan hantar ke dalam penjara bawah laut jer tanpa sempat beramah mesra sebab ramai ekor lagi dok nunggu giliran tu. Kali kedua ATuk tebar jala je sebab terlalu banyak yg berkeliaran kat luar tu yg juga merupakan saka2, khadam buangan dan bermacam2 jenis lg yang kesemuanya berjumlah 32 ekor. Oleh sebab terlalu ramai maka Atuk bakarkan jer semua tu kat dlm jala. Klu nak masukkan dlm penjara nanti diaorg kena buli lak n klu penjara penuh nanti xde tempat nak isi hasil tangkapan yg hardcore lak. 

 

Seterusnya Atuk masuk dlm rumah lak. Masa nil ah tuan rumah ternampak kelibat Atuk sebab Atuk menyelinap masuk dlm bilik dia sbb nak tangkap ketua persatuan hantu2 kat umah tu yg merupakan seorg nenek kebayan atau nenek tua yg Atuk sangkakan islam, rupanya tidak. Bila Atuk soal siasat rupanya dia ni milik tuan tanah asal yg meneroka tempat tu. Patutlah ketua, otai rupanya nenek ni. Dan satu persatu atuk kumpulkan dan terpaksa atuk pancung satu persatu sebab dah jadi buluh dah semuya. Klu setakat rebung2 tu blh lah jugak Atuk nak lentur2 n klu dah besar sikit blh Atuk wat sangkar burung Murai Batu Atuk. Ini termasuklah jin berupa beruk dan hantu tanpa muka dlm bilik adik ipar dia. Dah mcm kisah hantu Korean lak hantu2 dlm rumah ni Atuk tgk. Nasib baik diaorg tak bg salam kat Atuk sambal ckp saranghae..

Last sekali Atuk serkap seekor toyol yang tak bertuan yg suka sorok duit kat tempat dia melepak iaitu dalam nyiru atau tampi beras dan dalam periuk belanga besar yg tergantung kat dinding dan seekor hantu raya yg dok kat dapur Mungkin sbb dia suka mkn nasi sejuk kut..
 

Bila dah clear dlm umah Atuk gi clear bahagian blakang rumah lak. Part ni Atuk gi clearkan benda yg ditanam dalam tanah sbb org irihati sbb tuan tanah x bg org buat jalan kut. Atuk tgk ada tanah yg ditanam dlm kain merah dan berbau busuk dengan satu tulang pendek yg dipercayai tulang kerbau pendek… Maka Atuk bakarkan je dan Atuk zassss kan kepada tiga bahagian makhluk yg bergigi di dahi tu dan tanam kat gunung berapi. 
 

Bila dah selesai barangnya maka ATuk panggil lak tuan punya brg. Dah tua rupanya makcik ni tapi apasal la x hinsap2 lg makcik oi.. Tapi tgk pada keadaannya bkn main kuatlg org tuan ni. Maka dengan kedua tumit kaki atuk kuncikan pergerakannya sebab mana la tau kut2 dia naik hangin dan ditendangnya telur Atuk mau senak dibuatnya. Bil Atuk rapat jer ATuk tgk leher makcik ni senget sikit apasal ntah. Belum lg kena flying kick mambang di awan Atuk dah senget kepala.. Gerama punya pasal atuk zasss dulu kat makcik nit p x mati lg dia. Kebal jugak belaan dia ni sbb x putus abis. So atuk bersoal jawab la sekejap dgn makcik ni dan sempat jugak lah dia kena semburan cahaya malaikat sebagai amaran supaya x buat lg benda2 yg nyusahkan org ni. Klu ikutkan tgk mata makcik ni pun dah menakutkan tp x pulak dia nak pandang mata Atuk ni.. Mentang2 la Atuk x pakai mascara kut..

 

Bila dah settle haiwan2 ternakan tu Atuk angkut maka sampailah masa Atuk menarik dgn sepenuh aura air zam zam utk bersihkan sekitar rumah dan tanah tu agar tak dihuni oleh makhluk2 yang menyesatkan tu dan ATuk taburkan tanah haram di seluruh tanah tu agar tak dinganggu lagi. Dan pada masa tu Atuk ambik kayu manis sebanyak 4 bilah yang telah di isikan dgn ayat2 pemagar dan ATuk makrifatkan dgn pacakkan di empat penjuru tanah tu sebagai pagar. Oleh kerana ATuk buat dari jauh maka ATuk terpaksa lakukan sedemikian rupa.
 

Setelah selesai tugas ATuk malam tu barulah Atuk dan rombongan balik dan setelah selesai sujud syukur maka Atuk mengucapkan salam pada sekalian rumpun Atuk dan merelakan diaorg pergi sebelum ATuk pun nak smoking dan lena beradu kerana kepenatan beradu dalam malam yang kelam dengan merentangkan benang menjadi bendang..

 

Tuesday, April 29, 2014

Bismillah dan Basmallah

Salam.. dah naik berabuk dah blog Atuk ni sbb dah lama x update. Lama xde citer dari Atuk ni. Oleh sbb xde cerita maka Atuk nak persembahkan apa yang dipanggil bismillah yang berbilang2 ni. Ada 3, 4, 5, 6, 7, 9 dan 20/21. Ianya tak salah untuk diamalkan cuma perlu betulkan dalam hati bahawa yang meyembuhkan bukan ayat yang kita baca tu tapi Allah yang satu. Apa yg kita buat adalah usaha kita mohon kepada Allah. Sebab bukanlah makanan yg disup kemulut itu yg mengenyangkan korg bila mkn tapi nikmat kenyang yang Allah berikan yg membuatkan korg kenyang. Dia isikan nikmat kenyang dan zat dalam salah satu nasi yg korg mkn, sbb tu klu makan biasakan utk habiskan apa yg korg mkn sbb korg x tau bhgian mana yang diisi dengan nikmat itu. Tu sbb Rasulallah unjurkan untuk jilat jari selepas mkn sbb x mau nikmat itu tertinggal.
Jgn kata amalkan ini ilmu salah, tahyul karut dan sebagainya pulak pada yang terlebih bijak pandai agama tu. Kita x tau rahsia Allah jadi jgn kita pandai2 nak kata betul atau salahnya. Kalau bkn dgn ilmu Allah, x ada la amalan ilmu ni. Sbb Allah berikan ilmu pada seseorang la maka wujudnya sesuatu ilmu. Klu kita yakin amalkan, kalau rasa x yakin kita tinggalkan dan jgn menuduh atau menghukum org lain.. Biarkan org yg mau mengamalkannya teruskan. Bukannya ia amalan menyembah selain dariNya pun..Atuk sekadar menyampaikan jer ilmu amalan ni..

BISMILLAH TIGA



Bacaannya:

Bismillaah,Bismillaah,Bismillaah ‘A’uudzu Billaahi Waqudratihii Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru’.

Ertinya:

Dengan nama Allah, Dengan nama Allah, Dengan nama Allah. Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan kudrat kekuasaannya daripada kesakitan yang aku tanggung dan aku takuti.

Fadhilatnya:

Jika mengalami sakit disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain..

Hadis yang diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya. Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya..

Rasulullah berkata : “Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah beberapa kali setiap hari dan malam.”.

Ustman ibnu Abil Ash Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu lamanya.”..

Cara Dan Kaedah Merawat:

Tekupkan tapak tangan pada tempat yang sakit.
Berniat memohon pada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
Dibaca 7 kali doa di atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
Afdal diulangi keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.

 BISMILLAH EMPAT




Bacaannya:

Bismillaahir rohmaanir rohiim
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yasuqul Khoiro Illallah Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yashrifus Suu A Illallah Bismillahi Maa Syaa Allah Maa Kaana Min Nikmatin Faminallah Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil ‘Aliyyil’ Adziim Subhaanallah Wabihamdihii Subhaanallah Hil ‘Adziim, Walaa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil’ Aliyyil ‘Adziim.
Ertinya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
"Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah;
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah;
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap keni'matan adalah daripada Allah;
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah".

(Doa Bismillah 4′ di atas adalah berasal daripada ‘Isim’ Nabi Khidir AS dan Nabi Ilyas Aas. .Doa ini juga terdapat dalam “Ihya` ‘Ulumiddin” jilid 1 halaman 374 yang dicatat oleh Hujjatul Islam al-Ghazali dengan sedikit lafaz beza)

Fadhilatnya:

 

Syaikh Muhammad Amin Kurdi pula dalam ‘Tanwirul Qulub’ pada halaman 422 menulis fadhilatnya seperti berikut:

Imam as-Sayuthi telah menyebut dalam ‘Luqtul Marjaan’ daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas r. `anhuma sebagai berkata:

“Nabi Khidhir dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua berpisah atas kalimah-kalimah ini: “Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”

Ibnu ‘Abbas berkata: “Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan menyelamatkan dia dari kelemasan, kebakaran, kecurian dan dari kejahatan syaitan, penguasa, ular dan kala jengking.”

Maka sewajarnya bagi seseorang atau pelajar untuk mengamalkan doa ‘Bismillah 4′ ini, kerana ianya akan menjadi asbab yang membawa kepada tawakkal dan keyakinan kepada Yang Maha Khaliq setelah berusaha keras melakukan sesuatu pekerjaan.


 

 BISMILLAH LIMA





Bacaannya:

“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim.

Ertinya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
 

Fadhilatnya:

Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalannya:

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.
Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.





 BISMILLAH ENAM

 




Bacaannya:


Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim. Bismillaahil ghafuurur rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rahiim. Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.


Ertinya:

 

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
5. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.


Fadhilatnya:

Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat Bismillah Enam’ ;
Penerang hati.
Meluaskan rezeki.
Air laut boleh menjadi tawar.
Terselamat dari karam di laut.
Makbul segala hajat dan cita-cita.
Menghindari dari segala penyakit.
Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
Terselamat daripada binatang buas.
Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau burung.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

Kaedah Merawat:

Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.

Amalkanlah Bismillah Enam’ ini kerana ianya menjadi penawar segala jenis racun dan tidak memberi mudharat kepada pengamalnya jika terminum kerana gelas yang mengandungi racun akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya. InsyaAllah.





 BISMILLAH TUJUH




Bacaannya:

“Bismillaahir Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy Sya-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi, Bis-Mil-Laa-Hir Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was Sa-Mii-’ul ‘A-liim.”

Ertinya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang maha menyempurnakan
Dengan nama Allah yang memiliki langit dan bumi
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Fadhilatnya:

1.  Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.

2.  Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.

3.  Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.

4.  Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.

5.  Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.

6.  Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.

7.  Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.

8.  Ayat ‘Bismillah 7’ ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa sesuatu musibah ataupun penyakit.

9.  Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki & dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.

Kesan Sampingannya:                                          

Selain khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;

Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal itu sendiri.
Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.

Amalannya:

Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan Allah Ta’ala jua.




 BISMILLAH SEMBILAN





 Bacaannya:

Bismillah hirrahma nirrohim, bismillah hil a'lamin, bismillah hil arsyil adzim, bismillah hil ghofurir rohim, bismillah hil jalali malikil quddus, bismillah hil jibril, bismillah hil mikail, bismillah hil isrofil, bismillah hil izroil wal malaikati muqorrobin walahum wallah hirobbul a'lamina birahmatika ya arhamar rohimin.


Maksudnya:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah Sekalian Alam.
Dengan Nama Allah Yang Mempunyai Arasy Yang Agung.
Dengan Nama Allah, Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
Dengan Nama Allah, Maha Memiliki Keagungan Suci.
Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.
Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.
Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.
Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.
Dan Malaikat Yang Menghampiri Kepada Mereka
Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam.
Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
.

Fadhilatnya

1.         Fadhilat ayat  ‘Bismillah 9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas solat:
2.         Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ , InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.
3.         Mengamalkan ayat ‘Bismillah 9’ ini, InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.
4.         Sekiranya menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah pengamal ‘Bismillah 9’ akan berjaya menumpaskan mereka.
 

 BISMILLAH 20/21







Bacaannya:

1. Bismillahir rahmanir rahim
2. bismillah wal hamdulillah
3. bismillah wasy syukrulillah
4. bismillah wal qudratulillah
5. bismillah wal mulku lillah
6. bismillah wal hujjatu lillah
7. bismillah walminnatu lillah
8. bismillah wal ‘azhamatu lillah
9. bismillah wal ‘iz zatu lillah
10. bismillah was sulthanu lillah
11. bismillah wal majdu lillah
12. bismillah wal qaHru lillah
13. bismillah wal Haibatu lillah
14. bismillah wal kibriya-u lillah
15. bismillah wal masjidu lillah
16. bismillah wan ni’ matu lillah
17. bismillah wal baqa-u lillah
18. bismillah wal a’tha-u lillah
19. bismillah wasy syifa-u lillah
20. bismillah wan ni’ maa-u lillah
21. bismillah walaa haula walaa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim wa shallallahu ‘alaa khairi khalqihi muhammad wa aalihi washahbiHi ajma’in wa sallim tasliman katsiran birahmatika yaa arhamar rahimin wal hamdulillahi rabbil ‘alamin


Maksudnya:

1.   Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
2.   Dengan nama Allah dan segala pujian ini milikmu
3.   Dengan nama Allah dan segala rasa syukur ini milikmu
4.   Dengan nama Allah dan segala kekuasaan ini milikmu
5.   Dengan nama Allah dan segala kerajaan hati ini milikmu
6.   Dengan nama Allah dan segala pengetahuan ini milikmu
7.   Dengan nama Allah dan segala pertolongan ini milikmu
8.   Dengan nama Allah dan segala kebesaran ini milikmu
9.   Dengan nama Allah dan segala kemuliaan ini milikmu
10. Dengan nama Allah dan segala penguasaan ini milikmu
11. Dengan nama Allah dan segala kesempurnaan ini milikmu
12. Dengan nama Allah dan segala keperkasaan ini milikmu
13. Dengan nama Allah dan segala kewibawaan ini milikmu
14. Dengan nama Allah dan segala seluruh perbendaharaan hati dan diri ini milikmu
15. Dengan nama Allah dan segala pandangan hati ini milikmu
16. Dengan nama Allah dan segala nikmat diri ini milikmu
17. Dengan nama Allah dan segala kekekalan hidup ini milikmu
18. Dengan nama Allah dan segala pemberian ini milikmu
19. Dengan nama Allah dan segala kesihatan ini milikmu
20. Dengan nama Allah dan nikmat batin ini milikmu
21. Dengan nama Allah dan diriku yang tiada mempunyai daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan mu ya allah yang bersifat maha tinggi kebesaran mu, dan juga aku ucapkan selawat dan salam atas sebaik2 makhluknya iaitu Nabi Muhammad saw serta seluruh keluarga dan sahabat-sahabatnya, dan juga kami ucapkan salam yang teramat banyak dengan rahmat engkau ya allah yang maha pengasih lagi maha penyayang dan segala pujian ini milik mu ya allah tuhan yang mentadbir sekalian alam

Fadhilatnya:

Ayat ‘Bismillah Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan malamnya.
.
1.  Sesiapa membaca ‘Bismillah Dua Puluh’ selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan memerdekakan hamba sahya.
.
2.  Bacalah satu kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali atau sekurang-kurangnya bacalah setahun sekali. InsyaAllah akan :
.
Dibukakan pintu bahagia
Ditutupkan pintu derita
Terpelihara daripada mati terkejut
Terhindar daripada azab kubur
Selamat melalui titian sirat
Dilindungi daripada panas Padang Mahsyar.



RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL DARI ATUK..