Monday, June 17, 2013

Si Bora Kucing Jadian Mistique No 5



Jeng jeng jeng terbukalah lagi tirai wayang free Atuk kali ini dengan cerita dongeng penglipurlara yang manjadi bahan bacaan mengisi masa lapang korang. Mana yang percaya akan percaya dan mana yang tak percaya akan jadi lebih konfius. So korang nak dok dalam golongan yang mana satu terpulanglah. Dalam pembikinan cerita ini takde haiwan yang dikorbankan serta cerita ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Kalau ada sama pun itu secara kebetulan sahaja.

Waktu berusaha membantu memulihkan sahabat Atuk yang kena macam2 gangguan, sahabat baik dia pulak terasa kena ikut. Tergezut Atuk tgh sedap2 layan binggo kat mukabuku tetiba telefon Atuk berdering. Atuk tgk sahabat baik kepada sahabat Atuk ni talipon. Atuk tanya la dia naper? Opah kau nak bersalin lagi ker? Tapi bukan atok kau dah mati ker? Mcm mana dia leh ngandung lak? So dia nii jawab dari semalam dia terasa ada org ikut dia. Tapi dia tak tau sapa sebab dia tak nampak, dia cuma boleh rasa jer. Mmg la tak nampak sebab yang ikut dia ghaib, kena tgk dgn mata batin or mata hati, then baru leh nampak. Kalau setakat tgk dengan mata ikan masin dia tu manakan nak nampak, sekadar jelingan maut pun takkan dapat tembus dunia tersembunyi di sebalik sana tu. Tgk dengan kepala lutut pun belum tentu leh tembus. So kena ikhlaskan hati, tawakal, mintak (doa) dan beramal baru leh tembus.

Bab2 nengok ni Atuk paling tak suka terutamanya bila org mintak tolong bila ada barang hilang. Kalau terawang tgk barang Datin Paduka tu nak la Atuk, ni suh tgk brg org lain Atuk seram sejuk sebab takut apa yg tak patut Atuk tgk pun tertengok. Dia bukan boleh fast forward mcm korang tgk citer org miskin jepun or siam tu.. Sebab tu kdg2 rijalul ghaib pun tunduk sebab ternampak adegan yg tak sanggup dia nak lihat.. Kalau Atuk nak tunduk mcm mana, dah mata pejam n tgk dgn mata batin so ko tunduk pun masih gak nampak so layan aje lah.. sebab mata batin bukan mcm mata biasa kita leh tutup ngan tangan mcm yg Atuk buat kat anak Atuk bila astro tunjuk adegan mat salleh frech kiss..

Bila Atuk skodeng jer terpampang jelas jelmaan kucing berkaki dua dengan baju yg ada tutup kepala. Perghhh mcm rappers pun ader kucing ghaib ni. Mmg advance gila org2 dan makhluk di alam ghaib ni daripada alam manusia ni sendiri. Sebelum tu Atuk dah pernah jumpa kucing2 ni sebab diaorg ikut Atuk balik masa lepas Atuk sembelih nyi roro kidul dulu tu. Tapi sebab mcm org tua2 selalu kata 'alim2 kucing' kan.. mcm tu la dia masa Atuk jumpa first time kucing hitam sebesor manusia pakai baju tutup kepala. ala-ala baik la kononnya.. so Atuk ada misi baru la nak memburu kucing2 jadian ni.

Kucing ni Atuk terjumpa first time masa Atuk lepas pertarungan terakhir dengan Nyi Roro Kidul tu dulu. Atuk tanya Penggiran Azman kucing apa tu besar sgt dia x dpt nak jwb lak. Last2 just lesap mcm tu jer.


Bila malamnya lepas solat hajat Atuk pun teruskan ritual Atuk memasuki alam ghaib dan scan kat mana la kucing2 jadian ni ada. Setelah dua tiga kali berputar keliling radar Atuk maka barulah Atuk detect kucing kecik yang pertama dok bawah pokok manggis. Sebab Atuk dah wat analisis awal maka Atuk tak perlu nak berdepan dgn kucing2 jelmaan yang ni. Atuk fire n forget jer guna senjata BVR Atuk iaitu pedang hamzah dengan semarak api surah al-kautsar. Berdebom dan hancus berkecai kucing tu kat bawah pokok manggis dekat dgn rumah sahabat kepada sahabat Atuk tu. Sambil fire Atuk scan lagi n ternampak kat tepi pagar kawat kebun sapa ntah. Atuk pun yg gian lama tak beraksi pun terbang lah kesitu dengan pedang kalimah pemberian guru Atuk yg diserikan lagi dengan semarak api surah al-kautsar juga dan terus zasss putus dua badan kucing pagar ni. Atuk bagi marmud Atuk makan jer sebab marmud suka sgt makan jin2 ni.

Selesai yang tu Atuk utuskan pedang hamzah untuk detect kucing2 yang lain terutamanya kucing besar yang ikut Atuk balik aritu. Bukan susah pun, dari dua kucing yang kitaorg tenetkan tadi kitaorg cari lagi mana network diaorg. Dah nama pun kumpulan kucing so mesti ada network and ada ayahnda, kanda n abg long bagai. Tetiba pedang hamzah bawak Atuk ke satu rumah kecik tempat diaorg berkomplot la kut. Rumah kayu kecik ala2 wakaf mcm tu jer cuma ada berdinding jer. Rupanya tu rumah ketua lanun kucing2 gangstar ni. Atuk ternampak kucing besar yang ikut Atuk aritu berjalan atas dua kakinya seakan-akan manusia jugak. Apa lagi perang la sikit sebab pedang fatihah kat jari2 Atuk ni pun nak juga makan darah2 yang dihalalkan Allah utk kita mengambiknya kan..

So berbekalkan lindungan Allah swt, ayat2 pendinding dari quran dan semaraknya api al-kautsar Atuk pun settlekan kucing besar ni dalam masa yg singkat jer. So mcm biasa bila benda2 ni Atuk suka pisah2 kan bahagian badan diaorg di 3 benua berlainan. Atuk tanam kepala dia kat Monggolia, badan dia kat India dan kaki kat Afrika. So kalau power sgt ilmu dia nak bercantum ambik masa la dia nak cari semula sebab Atuk yang mintak rijalul ghaib tanamkan pun tak ingat dah lepas dua tiga bulan kat mana Atuk tanam. Bukan sedara mara Atuk pun yg Atuk nak kena ingat kuburnya kat mana.

Sebab modus operandi penjenayah ni kan kena ada markaz untuk diaorg planning jenayah2 yang diaorg nak buat so Atuk dan pengiring2 ghaib Atuk berselindung la dalam rumah tu tunggu geng sejenayah dia dtg. Confirm tak sampai 10 minit dtg lagi sekor kucing yang warna hitam juga mcm yang Atuk baru bunuh tadi. Dia masuk jer kitaorg serbu terus. Tapi kali ni tak bunuh sebab Atuk nak tau akar umbi mastermind kes2 jenayah kucing nih. Dah dapat maklumat semua barulah Atuk bagi chance kat pengiring Atuk belasah kucing ni sampai Atuk ingat jadi mcm daging burger ramlee kut. Takper, biorkan dia lepaskan gian dia.

Dari sumber risikan dan soal siasat ( sambil ader adegan2 paksaan dan penyeksaan sikit) kat atas kucing yg kitaorg serbu tadi Atuk dapatlah maklumat bahawa ada satu kuil yang ada sami besar dan 3 org penolong sami yang mana salah seorang penolong sami ni yg bela kucing2 ni. Orangnya bukan org Malaysia tapi dari selatan negara jiran kita sebab dari slang kucing2 tu bcakap tu pun mcm tuan dia gak. Mesti kentut pun busuk mcm tuan dia kucing2 tu. Maka Atuk pun dengan rombongan Atuk tmasuk Pang5 Hitam, Datuk Raden, Pang5 Andi, Marmud, Abdurrahman n Abdulhanan pun gi la carik kat kuil mana penolong sami ni berada. nama kuil Atuk terpaksa rahsiakan sebab Atuk pun tak reti macam mana nak sebut nama kuil tu. Dan berjumpalah kami dengan penolong sami ni.

Datuk Raden mcm biasa lah dia tangkap n soal siasat lak sami ni. Maka malam tu dengan jayanya kami membongkar rahsia selama ni yang terpendam dengan bangganya kami membawa CSI Alam Ghaib menyelesaikan masalah yang tersimpul selama ni. Mamat sami ni punya la nak jadi glamour sebab sami ni cukup glamour apatah lagi kalau pegang jawatan yg tinggi2. So mamat ni dia mcm sumber bantuan kepada kuil dia sebab ketua sami tu ingat dia memang ada bisnes besar sampai boleh support apa saja keperluan kuil tu.

Mmg ketua sami tu akui mmg dia suka dgn mamat ni sebab apa saja yg kuil perlukan dia akan tanggung dari segi duit. Rupa2 nya mamat ni bela banyak jelmaan2 kucing ni dan tempatkan kucing2 jelmaan dia kat kebanyakan perumahan org2 kaya sekitar KL. Kucing2 ni daya hiduan dia terhadap duit2 ni cukup kuat. So mana2 org kaya yang simpan duit or bwk duit haram balik kerumah memang diaorg ikut. Nak simpan kat bank tak boleh so diaorg tunggu masa jer nak laundering duit tu supaya boleh jadi wang halal. So kalau hilang pun x boleh nak wat repot polis. Kucing2 ni la yg dok pelakoh duit2 USD org2 kaya tu and bagi kat penolong sami tu. Mcm toyol juga modus operandinya tapi big scale punya brand.




Sebab tok guru Atuk ada so tok sami tu pun respect kat kumpulan Atuk. Sebab di alam sana tu Atuk takdelah mcm yg korang nampak Atuk masa kat alam nyata ni. Kat situ Atuk cuma Panglima Serigala Putih or Khalifah Amar Yassin. Kat dunia ni Atuk jadi manusia yang punya nama mcm dalam IC la.

So nak dipendekkan cerita ketua sami tu singkirkan mamat tu dari organisasi dia and buang daerah keluar dari kuil tu. So Pang5 Hitam jalankan tugasnya dengan memaku mamat tu utk tarik semua ilmu2 dia baik yg putih atau hitam dan Atuk paksa dia bersumpah laknat dengan Allah yang dia takkan buat kerja2 jahat tu lagi and sedas pukulan serampang tiga kat tulang belakang dia yang buatkan dia lumpuh seumur hayat. Dia pernah dapat nikmat boleh berjalan tapi dia persia-siakan dengan ambik hak org lain so biarlah dia merasa lumpuh lak supaya hak2 org lain terjaga lak.

So sesapa yang dok di persekitaran perumahan mewah tu hati2 la or org2 yg mewah ada rumah besar2 di perumahan mewah di Kl tu kalau nak simpan duit pagar la rumah anda supaya kucing lain tak curi duit anda. Sebab yg Atuk hapuskan tu cuma satu group yg jaga kawasan rumah sahabat kepada sahabat Atuk tu. Yang area lain2 tu Atuk tak kacau sikit pun.Mungkin kat area korang aktiviti kucing2 jelmaan ni masih bergiat cergas.




Selesai tugas Atuk pun menerawang balik ke tubuh Atuk. Selesai ritual keluar alam Atuk tengok badan Atuk basah berpeluh. Dalam duduk jer boleh berpeluh kan bawah kipas angin. Dah namanya berperang dan berterbangan mesti la guna tenaga dan berpeluh. Sapa yg tau, taulah. sapa yg tak tau, akan lebih tak tau.

No comments:

Post a Comment