Monday, September 2, 2013

A Dummies Guide To Keris..



SEJARAH KERIS

Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak lebih daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan luar biasa dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak kaki musuh berkenaan.


Keris berasal dari kata kris, atau riris, atau aris yaitu sesuatu yang kecil runcing dan tajam. Walaupun belum dapat dipastikan kapan pertama kali keris berkembang di Nusantara akan tetapi Keris diperkirakan telah ada semenjak perkembangan seni perlogaman berkembang di Nusantara. Dalam beberapa artifak dan catatan sejarah keris telah ada dan berkembang pada masa awal-awal abad pertengahan, tahun 825 saka (907 M) telah dikenal istilah “kris”, di dalam tertulis antara lain kata Kres yang diduga artinya keris. Hal ini menunjukan bahwa masyarakat jawa telah mengenal keris semenjak abab ke-9.


Beberapa kisah lainnya yang memberikan keberadaan keris antara lain: Pada yang di buat kira-kira tahun 750 M diterangkan raja keluarga Syailendra memerintahkan untuk membuat keris. Pada patung Rarajunggrang di candi Prambanan ( tahun 910 M) salah satu tangannya memegang senjata katga yang ertinya senjata tajam keris. Dalam salah satu dinding candi Sukuh yang berangka tahun 1456 tergambarkan suasana dalam penempaan pembuatan keris.


Keris pada mulanya merupakan salah satu kelengkapan upacara ritual, dimana keris menjadi bahagian dalam upacara terhadap Dewi Sima yaitu dewi kesuburan. Pada masa itu keris merupakan fisualisasi konsepsi lingga dan yoni. Seiring dengan perkembangan kebudayaan di Nusantara, keberadaan dan peran keris terus mengalami perkembangan, dimana awal mulanya sebagai kelengkapan upacara ritual keris merambah pada fungsi-fungsi yang lebih kompleks, sebagian keris menjadi diluhurkan dan diagungkan. Keris menjadi  penanda status sosial, keris berperan pula dalam perjalanan politik pemerintahan kerajaan waktu itu, keris sebagai benda keramat yang diagungkan, sebagai peralatan keagamaan, senjata perang, penanda angka tahun, benda berharga dan lain sebagainya.

Keris adalah salah satu artifak simbol dan identiti keagungan bangsa Melayu yang mempunyai peranan dan fungsi yang istimewa dan unik dan tidak mudah pupus sejak ia mula dicipta sehingga kini. Menurut seorang pengkaji barat, Edward Frey, keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. (BeritaHarian, 4 Mei 1988). Secara umum, keris adalah sejenis senjata tajam yang digunakan sebagai alat mempertahankan diri terutama dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu (Shahrum Yub, 1966). Menurut definisi Kamus Dewan (1996) pula, keris ialah sejenis senjata bermata dua yang tajam.


Keris merupakan karya yang multi material dan keahlian, keris merupakan penggabungan seni tempa logam pada bilah, seni kemasan atau perhiasan pada mendak, selut dan pendoknya, serta seni ukir kayu pada bahagian hulu dan warangkanya. Beberapa unsur tersebut dihasilkan dengan baik oleh pengukir dan digabungkan menjadi karya yang indah, bermutu tinggi dengan nilai-nilai seninya. Haryono Haryo Guritno dalam bukunya Keris Jawa Antara Mitos Dan Nalar, menyatakan sebilah keris harus mempunyai sarung dan gagang atau hulu. Bagi masyarakat jawa, Warongko dan Perabot keris yang lain hampir sama pentingnya dengan sebilah keris itu sendiri.


A.H Hill dan G.B Gardner dalam buku “The Keris and other Malay Weapon” (1973) percaya bahawa keris mula dicipta di Semanjung Tanah Melayu. Menurut beliau, bentuk keris asal adalah ditiru daripada bentuk ’iting’ atau sengat ikan pari.’Iting’ ikan pari pernah digunakan sebagai senjata oleh nelayan-nelayan Melayu yang arif tentang keistimewaan sengat ikan pari yang berbisa itu. Encik Kamarul Baharin A. Kassim dalam kertas kerjanya “Reformasi Keris 1” juga menyatakan bahawa ada juga teori yang berpendapat bentuk asal keris berasal dari tanduk kambing. Asalnya kedua-dua bentuk keris ini adalah berdasarkan pemerhatian masyarakat pada waktuitu terhadap kehidupan alam yang diinovasikan berdasarkan kepada keperluan masyarakat tersebut pada masa itu.Beberapa sarjana percaya bahawa bentuk keris berlok adalah menunjukkan naga atau ular yang sedang bergerak yang disebut ’sarpa lumaku’, sementara keris lurus adalah diinspirasikan daripada keadaan ular atau naga yang sedang tidur atau bertafakur yang disebut ’sarpa tapa’(The Star, 4 September 1995).


 
BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS
Bahagian-bahagian keris yang biasa diketahui oleh masyarakat adalah: hulu keris, mata keris, pamor, luk,dan warangka atau  sarung keris.







Hulu keris atau pemegang keris:
Seringkali dilihat mempunyai ukiran padanya. Difahamkan bahawasanya sebelum kedatangan Islam di Nusantara Melayu, banyak seni ukir yang terdapat pada hulu keris berunsurkan gambar  binatang seperti itik, burung dan juga berunsurkan dewa-dewa yang dipercayai banyak mempengaruhi akal pemikiran orang-orang dahulu. Namun setelah kedatangan Islam, banyak ukiran telah ditukar ganti dengan ukiran bentuk pada kayu tanpa menonjolkan sebarang bentuk  berupakan binatang atau dewa-dewa.Bahagian hulu keris biasanya berukuran sepanjang lebih kurang 15sm,berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat,diukir dengan tangan sepenuhnya, dan mempunyai nilai estetik Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu , gading gajah, tandukbinatang, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).




Pamor :
Dalam dunia perkerisan memiliki tiga macam pengertian. Yang pertama menyangkut bahan pembuatannya misalnya pamor meteorit, pamor Luwu, pamor nikel, dan pamor  sanak. Pengertian yang keduamenyangkut soal bentuk gambaran atau pola bentuknya. Misalnya: pamor Ngulit Semangka, BerasWutah, Ri Wader, Adeg, dan sebagainya. Ketiga, menyangkut soal teknik pembuatannya, misalnya: pamor mlumah, pamor miring dan pamor  puntiran.


Warangka keris:
Dikenali juga sebagai sarung keris. Sarung keris adalah tempat menyimpan keris supaya mata keris terselamat daripada sebarang kerosakan. Oleh itu ia boleh disifatkan sebagai keselamatan bagi mata keris ketika ia tidak digunakan dalam menentang musuh. Hampir sepanjang masa keris berada di dalam sarung keris. Kebanyakannya dibuat dari kayu yang berserat dan bertekstur indah. Namun di beberapa daerah ada juga warangka keris yang dibuat dari gading atau tanduk kerbau. Warangka keris selalu dibuat indah dan sering kali juga mewah. Ianya digunakan untuk memperlihatkan status sosial serta ekonomi pemiliknya.


Luk :
Istilah ini digunakan untuk bilah keris yang tidak lurus, tetapi berkelok atau berlekuk. Luk pada keris selalu gasal, tidak pernah genap. Kiraannya mulai dari luk tiga, sampai luk tigabelas. Itu keris yang normal. Jika luknya lebih dari 13, dianggap sebagai keris yang tidak normal, dan disebut keris kalawijan atau palawijan. Jumlah luk pada keris selalu ganjil dan tidak pernah genap. Selain itu, irama luk keris dibagi menjadi tiga golongan. Pertama, luk yang kemba atau samar. Kedua, luk yang sedang dan yang ketiga luk yang rengkol iaitu irama luknya tegas.


Pendokok keris:
Pendokok ialah sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal hulukeris sebagai perhiasan dan juga pembahagi di antara hulu dan mata keris. Pendokok keris yang juga dikenali sebagai dokok, dulang-dulang keris atau memendak diperbuat daripada logam, tembaga, perak, atau emas. Pendokok dihiasi dengan motif bunga atau tumbuhan dan berukiran bunga dawai pintalyang bertatakkan batu  permata atau ukiran biasa sahaja. Pendokok dihasilkan melalui teknik-teknik ‘filigree’, ’repousse’ dan juga tebuk, iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas, perak dan tembaga. Pendokok melekap pada pangkal hulu keris di bahagian permukaan ganja. Sungguhpun pendokok mempunyai bentuk yang agak stereotaip, namun ia dapat dibezakan melalui hiasan-hiasan serta teknik-teknik yang digunakan dalam membentuk hiasan tersebut. Hiasan tatahan batu permata yang dicengkam kukuh oleh gandar-gandar pendokok merupakan satu aspek yang menarik yang terdapat pada pendokok keris-keris Melayu.





PROSES PENGHASILAN KERIS

Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut.Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif danragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran"Pandai Besi" itu sendiri. Terdapat pelbagai alat yang dihasilkan oleh Pandai Besi. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan merupakan alat-alat senjatadan alat-alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Antaranya ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok, cangkul, lembing dan sebagainya Proses menghasilkan keris melalui beberapa proses tertentu iaitu proses penempaan, membentuk ‘belalai gajah’, mengikir, menyepuh dan menghasilkan pamor Besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut sebelum dipotong.


Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan lagi dan digodam berulang kali. Ini berterusan sehingga bentuk mata seperti mata keris atau kelewang mula terbentuk. Membentuk 'belalai gajah' yang menyerupai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. 'Belalai gajah' ini diketuk selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. Proses mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata. Senjata yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan secara berulang kali. Alat senjata yang telah siap dikikir direndam ke dalam campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa.


BENTUK-BENTUK KERIS

Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iatu fungsi pada bentuk fizikal objek keris itu sendiri, dan fungsi penggunaannya. Penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan fungsinya.  Setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu.
Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda.  Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri/rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia/ jin/haiwan, menolak bala, pelaris dagangan dan macam2 lagi. Keterangan serba sedikit mengenai jenis keris dan rupa bentuknya

Keris Semenanjung:
Keris Semenanjung boleh dikatakan keris yang menjadi asas kepada segala bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu. Rupa bentuk keris ini ringkas serta mudah dikenali. Hulunya menyerupai satu lembaga yang sedang tunduk dan berpeluk tubuh. Selain itu, hulu keris ini juga seringkali dihiasi dengan ukiran-ukiran mujarad dan adakalanya bermotifkan bunga. Sarung Keris Semenanjung ini mempunyai sampir bujur sangkar yang agak besar dan berbentuk segi empat. Sementara batangnya pula lebar, tidak begitu tirus dan mempunyai ‘kasut’ atau ‘buntut’ jalur bujur sangkar. Jika sarung atau sampir keris disalut perak, maka kasutnya akan berbentuk ‘bulat tempurung’.


Keris Pekaka
Keris Pekaka pula sejenis keris yang memiliki rupa bentuk hulunya yang menyerupai kepala burung Pekaka. Lazimnya, hulu keris ini diperbuat daripada kayu dan tanduk. Tetapi ada kalanya logam perak juga digunakan. Jika dikaji dan diperhatikan dengan teliti, kita akan dapati bahawa hulu keris ini juga jika sekali imbas kelihatan seperti salah satu watak dalam cerita wayang kulit. Mata keris ini biasanya lebih panjang daripada keris-keris lain dan bentuknya pula ada yang lurus dan ada yang berlok. Selain itu, keris ini juga dikenali sebagai keris ‘Keris Tanjong’.


Keris Panjang
Keris Panjang pula keris yang mempunyai bentuk mata yang panjang dan tirus, ada yang lurus dan ada juga yang berlok. Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu atau tanduk dan berbentuk bengkok. Kebanyakan hulu Keris Panjang dihiasi dengan ukiran kembangan bunga pada bahagian hujungnya. Selain itu, ada juga hulu keris ini yang berasaskan kepada bentuk ‘tapak kuda’ dan ‘kepala burung’. Sementara itu, sampirnya pula berbentuk jalur bulat seperti buah jering, dengan kedua-dua hujungnya tinggi dan tajam.


Keris Bali
Keris Bali biasanya mempunyai rupa bentuk yang besar dan panjang. Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau gading dan seringkali dihiasi dengan susunan permata yang berwarna-warni. Keris ini jarang menggunakan pendongkok dan hanya dilengkapkan dengan sebentuk cincin logam tebal yang dihiasi dengan permata. Lazimnya, sarung keris ini diperbuat daripada dua belah kayu yang dicantumkan ada adakalanya cantuman ini meliputi bahagian sampir serta bahagian batangnya yang berlainan.


Keris Madura
Keris Madura pada lazimnya mempunyai rupa bentuk hulu yang dihias dengan ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading. Keris ini juga jarang dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk cincin logam yang dihiasi dengan permata. Sarung keris ini juga diperbuat daripada cantuman kayu dan adakalanya bahagian-bahagian sampir serta batangnya diperbuat daripada gading dan juga logam. Terdapat juga Keris Madura yang hulu dan pendongkoknya bertatahkan permata yang berwarna-warni. Mata keris jenis ini biasanya berkilat dan mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman.


Keris Jawa
Keris Jawa dapat dikenalpasti berdasarkan rupabentuk bahagian hulu dan sarungnya, terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris ini biasanya diperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam. Selain itu, hulu keris ini juga dilengkapkan dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian bawah pendongkok dan dikenali sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula, ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta berbentuk bulat di bahagian pangkalnya.


Keris Bugis
Keris Bugis pula biasanya dikenalpasti berpandukan kepada rupa bentuk hulu, sampir dan buntutnya yang diperbuat daripada kayu atau gading. Sampir keris ini mempunyai bentuk yang hampir serupa dengan sampir Keris Semenanjung tetapi lebih bulat dan lebih tajam. Adakalanya hulu keris ini juga diukir dalam bentuk Jawa Demam, tetapi telah diubahsuai menjadi lebih ringkas. Identiti yang paling jelas bagi Keris Bugis ini ialah keadaan kasut atau buntutnya yang berbentuk mata kapak.


Keris Sundang
Keris Sundang mempunyai rupa bentuk hulu, mata dan sarung yang berukuran lebih besar berbanding dengan jenis-jenis keris yang lain. Matanya, sama ada lurus atau berlok adalah lebih panjang, lebih tebal dan lebar. Hal ini adalah kerana keris ini digunakan untuk menetak atau mengibas dan bukannya untuk menikam. Hulu keris jenis ini biasanya diperbuat daripada gading atau kayu, berbentuk bulat dan panjang serta dihiasi dengan susunan simpai daripada tali atau logam. Terdapat juga hulu keris jenis ini mempunyai bentuk ‘Kepala Burung Garuda’ dan dihias dengan susunan logam perak. Keris ini juga dikenali sebagai Keris Sulok.


Keris Betok (Buddha)
Keris budha merupakan ciptaan keris yang paling awal. Keris buddha terdiri dari 2 jenis iaitu keris betok dan keris jalak, perbezaannya terletak pada perincian keris, pada keris jalak terdapat kesan picit, alur, dan tempaan, sementara pada keris betok hanya terdapat kesan picit. Bentuk keris buddha yang tegak dipercayaai lebih tua daripada keris buddha yang lebih membentuk dari segi bilahnya.

 
Keris Sumatera
. Keris buddha yang lebih tegak merupakan hasil perubahan dari kadga (sejenis senjata india yang bentuknya tegak lurus tanpa perincian) kepada keris lebih berbentuk seperti keris lain.
Keris jenis ini memiliki bentuk khas pada mata, ulu dan sarungnya. Keris model ini memiliki mata berbentuk tirus dan memanjang yang kemudian di sebut keris Panjang. Ada sebagian keris di Sumatra yang bermata pendek dan kemudian dikenal dengan sebutan keris Pendek atau Pandak.Ulu keris ini berbentuk bengkok dengan ornament bunga-bungaan sebagai hiasan.


PERANAN KERIS DALAM BUDAYA MELAYU

Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal objek keris sendiri, dan fungsi penggunaannya. Berikut adalah peranan-peranan keris dalam budaya Melayu. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda(termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budayabenda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah jugadicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989) Teori determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu. Kedua-dua teori ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta sangat relevan untuk dijadikan asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya (Haji Hashim,2004).

 Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris bukan sahaja dilihat dariaspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi. Jika hendak dibincangkan perkembangan, peranan, dan perubahan dari perspektif kebudayaan dan tamadun Melayu di alam Melayu, sememangnya banyak yang kita boleh lihat. Dalam perspektif kebudayaan di alam Melayu, keris berperanan dalam adat perkahwinan, pertabalan raja atau sultan, dan digunakan dalam kehidupan seharian sebagai senjata untuk mempertahankan diri.


 Namun pada hari ini, peranannya semakin meluas dan telah dipelbagaikan. Keris telahdijadikan sebagai bahan pameran dan tatapan oleh penggemar–penggemar kerispada hari ini. Keris juga telah dijadikan barangan komersial kerana terdapat banyak permintaan daripada penggumpul koleksi keris.Dahulunya kebanyakkan golongan lelaki masyarakat Melayu memiliki kepakaran dalam seni pembuatan keris. Hampir setiap orang menghasilkan keris untuk keperluan diri sendiri maka peranan keris sebagai barangan komersial agak kurang. Namun begitu, perkara yang sebaliknya berlaku pada masa ini dimana penempa keris agak kurang dan sukar dicari. Hal ini kerana hanya segelintir masyarakat yang masih berminat dalam seni penempaan keris dan masih memiliki peralatan yang lengkap untuk penempaan senjata ini.


 Perkembangan peranan keris diantaranya meliputi spiritual atau keagamaandi mana keris merupakan lambang dan memiliki unsur spiritual yang dapat dilihat dari bentuk dapur dan pamornya. Keris dianggap sebagai pertemuan antara besi dan batu meteor sehingga merupakan satu gabungan yang di anggapmenjadi dasar bersatunya hamba dan Tuhannya yang hingga saat ini masih dapat dilihat pada upacara-upacara keagamaan di Jawa dan Bali. Dari segi psikologi keris dipercayai memiliki kekuatan motivasi yang mempengaruhi perilaku. Keris merupakan sebuah aturan yang dapat dilihat, sehingga keris mampu mempengaruhi perilaku pemiliknya. Seseorang menjadi berani apabila memiliki keris.Selain itu, dari segi politik, keris memiliki peranan dalam percaturan politik kerajaan-kerajaan di Nusantara. Sumber-sumber sejarah banyak menceritakanperanan keris dalam politik kerajaan. Begitu juga dalam Status Sosial keris mewakili kedudukan dan status seseorang dalam masyarakat. Keris merupakan salah satu alat yang menentukan strata sosial dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat dari pemakaian keris tertentu. 

Keris juga menjadi media komunikasi kerana keris mampu membawamuatan pesan yang dapat ditangkap isinya dalam sistem budaya masyarakat.Mengenakan keris dengan gaya tertentu dapat dilihat reaksinya.Dari segi magis kekuatan magis yang terdapat pada keris masih diyakini oleh sebahagianmasyarakat. Keris di nusantara terutama di jawa diyakini memiliki kekuatanmagis. Selain itu juga keris menjadi ukuran estetik & artistic dimana kerismenjadi medium ekspresi kesenian. Keris diciptakan atas dasar kaedah-kaedahkeindahan. Begitu juga dari segi ekonomi keris diproduksi dan diperjualbelikandari dulu hingga sekarang juga berperanan sebagai pelengkap busana tradisi.Perkembangan peranan keris diatas diimbangi pula dengan perkembanganteknik-teknik yang mendukung pencapaian nilai dan fungsi yang dituju, sehingga memperkaya pula khazanah teknologi keris.



Keris Sebagai Alat Kebesaran Diraja 

Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985). Sehingga kini, di nusantara hanya Malaysia sahaja yang mengamalkan sistem monarki berperlembagaan dan antara negara yang paling ramai mempunyai raja atau sultan iaitu 9 orang raja di sembilan buah negeri dan seorang Yang Di-Pertuan Agong sebagai tampuk tertinggi negara. Setiap negeri mempunyai seorang sultan atau raja.

            Alat-alat Kebesaran Diraja memainkan peranan penting dalam istiadat-istiadat rasmi Raja-raja Melayu di negara ini. Peralatan-peralatan itu yang melambangkan kedaulatan Baginda dan negara telah dicipta dan disesuaikan dengan alat kebesaran yang pernah menjadi warisan kegemilangan Raja-raja Melayu pada zaman keagungannya dahulu. Bagaimanapun, sesuai dengan fungsi dan kehormatannya, alat-alat berkenaan hanya boleh digunakan pada upacara rasmi sahaja, dan untuk kesekian kalinya, rakyat akan berpeluang menyaksikan penggunaannya pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

         Antara alat-alat kebesaran itu ialah pakaian istiadat Yang di-Pertuan Agong termasuk Muskat, Tengkolok, Pending, Keris Pendek, Gendik dan Kalung. Muskat adalah pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong, yang berasal dari Oman. Pakaian rasmi ini mula digunakan pada 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Pada kebiasaannya, baju itu dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok pada majlis-majlis sempena Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan serta semasa lawatan rasmi Baginda ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan perasmian persidangan Parlimen. Tengkolok yang turut dipakai pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan.

Keris panjang Diraja adalah kebesaran Negara yang utama dalam Istiadat Pertabalan. Keris panjang Diraja adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan. Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di atas sampirnya diterapkan dengan lambang sebelas Negeri tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk “Tapak Kuda”, dengan hiasan yang merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dalam Istiadat tertentu sahaja. Setiap keris mempunyai lok dan ada makna yang tersendiri. Kebiasaannya lok dibuat dengan angka ganjil. Berikut adalah lok dan maknanya: 

Keris lurus- melambangkan keteguhan hati, iman, tauhid dan kepercayaan kepada Yang Esa. 

Keris lok 3- perlambangan permohonan kepada Tuhan dapat tercapai dan segalam rintangan dapat diatasi. 

Keris lok 5- permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris diber kelancaran berbahasa dan berbicara dan orang yang diajak berbicara terpikat atau terpengaruh. 

Keris berlok 7- melambangkan permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaan dalam bicara, perintahnya ditaai, perkataannya mempengaruhi lawan dan teguran didengari serta ditakuti. 

Keris berlok 9- melambangkan pernohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaab dab karisma sehingga menjadi pemimpin yang baik dan anak buahnya segan dan taat 

Keris berlok 11- melambangkan agar pemiliknya memiliki cita-cita besar dalam usaha meraih kedudukan ekonomi. 

Keris berlok 13- melambangkan permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki jiwa yang stabil dan kukuh dalam masyarakat.

Keris Dalam Ilmu Perubatan/Perbomohan

Masyarakat Melayu walaupun telah mengalami arus pemodenan, namun nilai-nilai tradisi warisan nenek moyang masih diamalkan sehingga kini. Pemilihan keris untuk tujuan ini tidaklah tetap. Apa juga jenis boleh digunakan. Keris dalam dunia perbomohan dan perubatan Ahmad Huzairi Ab. Halim (1999:hal.194)  menjelaskan secara umum  konsep  bomoh dapat diertikan sebagai tabib kampung (yang mengubati orang sakit denganmenggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi) yang sama ertinya dengan dukun. Sementara itu pawang adalah orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan  sesuatu(biasanya  menggunakan  kuasa  ajaib) seperti  pawang  buaya  yang pandai  menangkap  buaya,  pawang  hujan  ialah  orang  yang  boleh  mengalih  hujan  dari  satu  tempat ke  tempat  lain  dan  sebagainya.  

Taib Osman (1989:hal.60)  menjelaskan bahawa bomoh adalah pakar perubatan tradisi manakala pawang adalah pengamal magis yang mempunyai kebolehantertentu. Dalam konteks masyarakat Melayu seorang bomoh juga adalah seorang pawang. Ini adalah kerana pada waktu waktu tertentu seorang pawang juga seorang bomoh dan sebaliknya. Malah mengikut Muhammad Hj. Salleh (1989) seorang dukun juga seorang tukang cerita, seorang penyanyi, seorang pemuzik danseumpamanya. Penjelasan di atas hanyalah memberikan sedikit sebanyak pengertian bomoh dan pawang  dalam  budaya  Melayu. Sesuai  dengan  fungsinya,  dukun,  bomoh  dan  pawing  dianggap  orang   pandai  untuk   menutralkan   sesuatu.  Daripada  gejala  yang  tidak  baik dan  buruk  yang   berasal   dari  roh, semangat, penunggu, saka, buatan   orang   dan   lain-lain   lagi. Usaha ini dianggap  berfungsi   mengembalikan   keadaan   seperti   asalnya.   

              Menurut   Hashim   Awang   terdapat   pelbagai   kriteria  yang  dikaitkan  dengan  uzur  iaitu  bersifat   pasif  dan  tidak   memainkan   peranan   aktif dalam   komunitinya.  Di samping  itu,  keuzuran  bukan sahaja  mengakibatkan   rasa  sakit, gelisah  dan  derita, tetapi   menyebabkan  emosi pesakit  terganggu. Disebabkan   usia   perbomohan  itu  sama  tua  dengan kewujudan  manusia, perkembangannya  juga  mengalami  perkembangan  yang  sesuai  dengan  tamadun manusia  itu  sendiri.  Dalam   proses   perkembangan  ini,  ilmu   perbomohan  berpindah  dari  satu  generasi   ke satu  generasi   secara  lisan dan  metod-metodnya  juga  berubah dari  satu  metod  ke  satu  metod  yang  lain. Begitu  juga  mentera-mentera  yang  digunakan  yang   berfilsafat  anamisme-dinamisme,  Hindu-Budha ,  yang nantinya   akan tercermin  dalam  berbagai  ritual  yang   melibatkan  bomoh   Sesuai  dengan   hakikat perkembangan   Islam  dan  penentangan  ulamak,  para bomoh  telah  membangunkan  perdukunan  mereka dengan  memanfaatkan  Al Quran,  hadis dan   kitab-kitab  lain  yang  berbau  tasawuf. 

            Kitab   Tajul   Muluk, Bintang  Dua  Belas  dan  Kitab Tib  menjadi   rujukan.  Kitab Tajul  Muluk   misalnya   telah memberikan  ramuan-ramuan  dan  penyakitnya.  Konsep solat-Rukun 13 diangkat   sebagai  pusat  segala ilmu perdukunan di alam Melayu. Rukun 13  tadi  di  bahagikan  kepada  empat  kumpulan  iaitu  kosmologi   existensialisme   manusia   (kewujudan dan keberadaan).  Kewujudan   manusia  berasal  dari  ibunya  empat   perkara,  dari bapa empat   perkara, dari  malaikat  empat  perkara  dan  dari  Tuhan  satu  perkara.


Keris Dalam Perkahwinan

Keris pelengkap busana/perkahwinan tidaklah segah seperti upacara pertabalan raja atau agong, Cuma keris-kerisan biasa sesuai dengan “Raja Sehari”.


Keris Dalam Pemujaan

Menurut Ahmad Sunawari Long di dalam buku Sejarah Falsafah, falsafah Timur lebih bersifat kesusasteraan, intuitif, mistik, impian dan berkaitan dengan pancaindera. (2006:21). Edward Frey seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weapon of the Malay World (1988) membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan Malaysia. 

Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun. Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar  biasa. Kuasa dan keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600)  diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan.Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa. Begitu juga dengan keris Taming Sari yang diperbuat daripada 20 jenis besi.

Pada zaman dahulu, pembuatan keris dianggap suatu pekerjaan yang suci. Pembuat keris terdiri daripada orang yang terpilih di kalangan masyarakat atau ditentukan khususnya raja (Berita Minggu, 1 Mac 1998). Sebelum proses membuat keris, pembuat keris akan memperlengkapkan diri seperti berpuasa atau bertafakul (Berita Harian, 1 April 1995). Sebagai alat yang dianggap suci, keris juga akan dipelihara dengan baik dan disimpan di tempat khas. Selalunya keris akan dibungkus dengan kain kuning atau putih dan disimpan ditempat tinggi supaya tidak dilangkahi atau dipermainkan begitu sahaja. Untuk menyuci keris pula, selalunya dilakukan setahun sekali pada bulan Muharam.




Keris Dalam Bidang Persilatan

Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah tangga untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelaris dagangan (Utusan Malaysia, 2 Mac 1996). Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan.


Keris seni beladiri atau keris persilatan adalah keris yang digunakan dalam latihan persilatan boleh berupa apa sahaja jenisnya namun kualitinya adalah rendah berbanding dengan keris-keris tujuan lain. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan. 

Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989). Teori determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu (Nes Smith, 1995). Kedua- dua teori ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta sangat relevan untuk dijadikan asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya. (Haji Hashim, 2004). Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris bukan sahaja dilihat dari aspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi.



ETIKA PEMAKAIAN KERIS

Keris yang dipakai bukanlah simbol semata-mata. Cara pemakaian keris menggambarkan maksud pemakainya. Terdapat sebuah talibun (puisi lama terdiri daripada 4, 16, 20 baris dan bersajak diakhirnya) yang menggariskan tatacara pemakaian keris seperti berikut :

Kalau memakai keris
Keris tersisip sebelah kiri 

Keris beradat berlembaga

Kalau memakai keris telentang Itu tanda mencari lawan
  Bagai ayam kokok berdentang Bagai hulubalang masuk gelanggang Elok dipakai ditengah hutan Atau belayar tengah laut Untuk menjaga jaga diri
Kalau keris sampir terlungkup Keris tidak mencari lawan Keris tidak mencari musuh Yang dipakai dalam jamuan Yang dipakai pergi bertandang
Berbelit punca wali Berselubung sampai ke hulu Tanda beradat berketurunan Patut disebut keris terap
Keris yang dipakai hulunya mengadap tubuh atau terlangkup biasanya dipakai ketika berada dalam majlis sosial atau semasa mengadap Sultan. Ini kerana secara adat dan adab sebagai isyarat tidak mahu pergaduhan dan menunjukkan pemakainya tidak berniat jahat kerana posisi keris yang tidak bersedia untuk digunakan.


Tetapi keris apabila diterlentangkan maka dikatakan sebagai mencari lawan kerana posisi keris mudah dipegang dan dihunus untuk menikam. Dalam kes ini, perhatikan kedudukan sampir (warangka) dan hulu Paul Wayne Jones yang mengadap luar tubuh atau terlentang. Secara adatnya, pemakaian keris sebegini adalah isyarat untuk bersiap sedia menghadapi musuh.

Didalam sebahagian Adat Istiadat Istana ada menerangkan tentang etika memakai keris terutamanya apabila berkunjung ke majlis kebesaran di istana-istana antaranya:

Keris Ulu Menerungkup  - Untuk dipakai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sahaja.
Keris Ulu Melintang Dengan Sampir Keluar  - Untuk dipakai oleh Kerabat-Kerabat dan Orang-Orang Besar Negeri.


Keris Ulu Melintang & Sampirnya Bertutup Dengan Kain Sarung - Untuk dipakai oleh orang ramai.

2 comments:

  1. mmm. keris melayu dan keris jawa sama ke? boleh saya tau dari mana sumber cara pemakaian keris tu?

    ReplyDelete
  2. Bukankah bangsa Jawa itu juga dari rumpun Melayu? Yang memartabatkan keris juga semua rumpun melayu termasuk melayu Pattani, Madura, Bugis dan lain-lain. Dan keris ketukangan dari jawa berbeza dari melayu bangsa lain didalam membuat keris. Cara pemakaian keris adalah saya ambil dari buku tentang perkerisan yang saya baca juga dari orang2 lama.

    ReplyDelete