Monday, September 9, 2013

Garu Dulu Baru Nyamai..



Kalau Allah murka, Allah boleh mencipta pelbagai jenis musibah untuk memberi peringatan atas kealpaan kita. Walaupun negara kita aman dan nampak macam tiada bala bencana seperti puting beliung, gunung berapi dan lain-lain lagi tapi seharusnya kita jangan lupa di atas kesejahteraan negara kita.


Kenaikkan harga barang tidak kira harga minyak mahupun harga bagi barang-barang keperluan yang lain juga adalah suatu musibah yang sangat dahsyat dikala keegoan manusia menerpa. Tetapi Atuk tgk manusia kat Malaysia ni lebih suka menunding ke arah orang lain dari mencari n membetulkan salah diri sendiri.


Apabila Allah datangkan suatu musibah, maka orang yang baik, soleh, dan solehah pun akan terkena tempiasnya. Semua orang akan merasa musibah tersebut kecuali mereka yang Allah lindungi kerana ada amalan yang Allah suka. So bila kerajaan naikkan harga brg, kita harus ingat bukan sesuka hati pemimpin2 tu buat mcm tu. Diaorg pun akan terima akibatnya, bukan sekadar rakyat lain jer, diaorg pun rakyat Malaysia juga.


Mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah banyak melakukan pembaziran dalam perbuatan kita seharian seperti air, makanan, elektrik dan lain-lain perbuatan lagi. Yang paling dahsyat ialah apabila kita membuang rezeki ke dalam tong sampah. Lebih-lebih lagi butiran nasi. Nasi atau rezeki adalah perkara yang mulia. Perkara mulia yang tidak boleh diletakkan pada tempat yang hina seperti di dalam tong sampah.


Apabila kita menghina butiran nasi dan rezeki yang kita perolehi, maka setiap butiran itu akan berdoa kepada Allah. Oleh itu, Àllah akan membuat keputusanNya untuk menghina pada kita balik.


Ingatlah sahabat2 Atuk semua. Habiskan lah butiran nasi dan makanan yang ada dalam pinggan kita waktu kita makan tu. Mungkin pada kita ianya mampu kita bayar kalau kita mkn kat kedai. Tapi cuba lak bayangkan kalau tgh2 kita mkn tu org di negara2 yang bergolak tgk lebihan makanan kita mcm mana rasanya? Bygkan kalau kita yg jadi diaorg tgh tgk org lain mkn n membazir mcm tu? Sekiranya tidak habis dimakan pun maka jangan sesekali buang ke dalam tong sampah. Sebaik-baiknya, berkongsilah dengan makhluk2 lain seperti kucing, ayam, itik, burung, ikan hatta tikus sekalipun. Kalau tidak jumpa binatang-binatang tersebut, maka boleh juga diletakkan berhampiran pada pokok-pokok di sekeliling tempat tinggal anda untuk dijadikan makanan mergastua lain seperti semut, cacing dan pokok-pokok yang ada di situ (baja organik).


Sambil-sambil itu ucapkanlah istighfar dan bersyukurlah kepada Allah dengan rezeki lebihan yang anda perolehi pada hari ini serta berdoalah supaya orang-orang yang tidak senasib dengan anda seperti di Syria dan di mana-mana negara yang penduduknya yang tidak cukup makan dalam sehari-hari ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan memperolehi rezeki yang cukup untuk keperluan harian mereka. Amin.


Atuk bercakap utk diri Atuk dan anda-anda sekalian juga. Bermuhasabahlah diri kita semoga Allah memberi taufiq dan hidayah serta maghfirah kepada kita agar kita tidak tergolong di dalam orang-orang yang kufur pada nikmat Allah. Bila bercakap tentang nikmat rezeki ni Atuk teringat arwah mak dalam mendidik kami adik beradik dulu. Mak Atuk kata makan nasi kena habiskan, kalau tak nanti naik kurap atas badan. Walaupun tak ada kena mengenanya dua2 benda tu. Tapi hakikatnya sampai sekarang Atuk tak pernah mkn x abis melainkan mmg makanan tu x blh dimakan langsung seperti dah basi ataupun Atuk x sihat n x mampu nak abiskan.


Bila kenangkan kata2 mak Atuk tu baru Atuk faham bahawa kurap yang dikatakan tu bukanlah penyakit yg jadi pada jasad kita. Tapi ianya merupakan kurap yg “menghiasi” rohani kita yg nampak pada Allah dan mata2 yang ghaib itu. Jadi bila syaitan Nampak akan ‘kurap’ dirohani kita maka lebih mudahlah ia menjalankan hasutannya kerana telah jelas Nampak dimatanya kelemahan kita.


Atuk pun x nak cakap banyak lagi sebab anda semua lebih berpengetahuan dari Atuk.. Jadi renung-renungkanlah..

2 comments:

  1. kalau mak saya tu atuk, dia kata kalau tak makan habis nasi tu kesian dia...nangis nasi tu...

    ReplyDelete
  2. Betuah omak kau boleh nongar nasik tu nangih.. Atuk tak ponah nongar eh pun

    ReplyDelete