Friday, September 13, 2013

Simpulan Kasih dan Benci.. Mistique No 19



Assalamualaikum wbt. Aduh ngantuk betul Atuk pagi-pagi ni sebab malam semalam ada tamu yang datang menziarahi Atuk. Tetamu Atuk ni ialah rakan yang pejabatnya dekat jer dgn ofis Atuk. Tapi walaupun ofis dan kediaman kami dekat (selang satu pintu jer) jarang kami bersembang sama n kalau jumpa pun sekadar bertegur sapa jer. Sahabat Atuk ni seorang muallaf yang sudah berumahtangga dengan seorang wanita melayu dan Alhamdulillah sudah dikurniakan tiga orang cahayamata.


Bermula dari perbualan kosong tentang seseorang yang kami kenal sampailah kepada cerita kesusahan rakan kami ni yang Atuk tak tau. Rupanya rakan kami tu menanggung susah payah menyara keluarganya seorang diri sekarang dan sahabat Atuk nil ah yang banyak membantu rakan kami ni meneruskan hidup. Oleh kerana sahabat Atuk ni merasa dia jadi terlalu lembut hati dgn rakan ni sebab dia rasa amat kasihan dan banyak membantu so dia tanya sama ada si rakan ni ada buat apa2 yang menjadikan dia mcm tu ker? So Atuk scan and memang tak ada apa2 lah yg dia buat. Rakan kami tu cuma jadi diri dia sendiri jer Atuk cakap.


Kemudian sahabat Atuk tu tercerita lah tentang hubungan suami-isteri dia dengan isterinya sekarang. Dia kata dia ada masalah sebenarnya dengan isterinya tetapi dia buat tak tau sahaja. Dia kata dia ada rasa lain tapi saja malas nak ambik berat. Katanya setiap kali berhubungan dengan isterinya, keghairahannya sukar nak naik. Tapi bila bersama orang lain belum apa2 dah keras gila2 punya. So Atuk scan sekali imbas memang xde apa2 kat dia. So Atuk kata x de apa2 lah tu.


Tak puas hati punya pasal maka Atuk confirmkan nama penuh dia maka Atuk pun berdoalah kepada Allah untuk tunjukkan Atuk semua kebenarannya (dari pandangan mata Allah) serta tutuplah segala kebathilan lalu Atuk buat la scanning lebih mendalam lagi. Atuk tak Nampak apa2 pun Cuma Atuk nampak cermin mata dia jer atas cadar katil yang bewarna putih. Hmm Atuk tau lah ada sihir yang kena mengena dengan cermin mata dia. Atuk pun terpaksa lah tanya sejarah hidup dia sebelum ni yang mana ada sorang wanita tu yang dia pun syak. Maka Atuk tanya la dia sama ada cermin mata yang dia pakai sekarang ni sama ke dengan cermin mata yang dia pernah pakai masa bersama dengan pempuan tu. Maka katanya cermin mata yang dulu tu dah patah n rosak dan dia dah buang kan. Tapi jelas ada sihir yang dikenakan tapi Atuk tak nampak lak tanda2 sihir tu kat dia bila Atuk scan.. Hmmm jadi musykil Atuk..

Kalau Atuk nak ceritakan banyak jenis n tanda2 sihir suami isteri ni. Tapi atuk senaraikan la apa yang Atuk tahu jer dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :

1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ) -  Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya. Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.

2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH) - Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti dimaksudkan didalam surah Al-Falaq ayat 4-5. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan. Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya. Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.

3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB) - Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain. Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya. Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.

4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB) - Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.

5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI) - Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.

6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM) - Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.
7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB) - Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.
8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB) - Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.

9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH) - Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian. Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.
Ok itu serba sedikit pasal sihir rumahtangga ni. Sebelum ni Atuk ada coretkan pasal sihir pelalau so kali ni sihir rumahtangga yang juga ada bermacam jenis. Atuk dulu pun pernah kena salah satu dari sihir tu masa Atuk jahil2 dulu tapi alahamdulillah semua tu dah berakhir dan seringkali sihir ni sampai membuatkan mereka yang terkena itu bercerai berai.. Astaghfirullah hal azim... bergegar tiang arasy.

So Atuk cakaplah bahawa ada sihir yang telah dihantar kepada dia melalui cermin mata lama yang dia pakai tu untuk memporak perandakan rumahtangganya. Mungkin sebab cerminmata tu yang dah rosak dan dibuang maka Atuk x nampak tanda-tandanya kat sahabat Atuk tu. Selain dari scanning kalau korang semua namapak tanda2 perubahan ni pada diri atau pasangan, itulah maknanya ada gangguan. Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

 1.        Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan kelamin. Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya.
2.         Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
3.         Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
4.         Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh dan mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
7.         Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
8.         Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
9.         Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
10.       Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit di ari-ari, sakit kaki tangan dan sebagainya.
 So Atuk terangkan pada dia bahawa mungkin dicermin mata itu ada tersimpan kunci nafsunya kepada isterinya. Mungkin juga sebab telah dibuang maka ia tidak kelihatan pada Atuk akan tetapi kunci tersebut selagi tidak dibuka maka akan terus menggangu kehidupan dan hubungan suami isteri diaorg. Atuk sempat ajarkan dia agar membaca Bismillah 5 untuk dia amalkan. Tetapi sebab dia kata dia tak fasih membaca alquran maka Atuk bacakan dan dia tulis bunyi sebutannya dalam bahasa melayu. Jadilah janji dia mampu baca n amalkan. N mlm tu lepas dia tgk2 dan bersembang tentang koleksi senjata Atuk maka dalam kul 2 pagi Atuk pun tido lah.


Atuk bangun pagi esoknya sebelum nak mandi Atuk didatangkan ilham bahawa sihir yang diturunkan melalui cermin mata sahabat Atuk tu masih ada rupanya tapi bukan kepada dia tapi ada pada isterinya. Arghh patutla la Atuk tak namapak masa scan semalam. Tapi Atuk pun tak terfikir nak scan isterinya masa kami sembang semalam. Sebab tu dia tak mampu nak naik ghairah semasa bersama dengan isteri dia jer, dengan pempuan lain ok. So maksudnya walau lelaki lain mana pun yang ada dekat isterinya tak akan terbuka nafsu kat isterinya. Hmm  Atuk rasa baguslah mcm tu, terjaga sikit kehormatan isteri dia hehehehe. Tapi sihir tetap sihir yang harus Atuk perangi sebab melawan takdir dan fitrah seorg manusia. Ianya tetap satu kezaliman. Maka Atuk mintak dia bawakkan Atuk sebotol air mineral dan Atuk buatkan air untuk dia buat minum. Caranya tak susah pun.. 

 1.         Sediakan beberapa botol besar air mineral dan buka penutupnya. Jangan guna air yang dah dimasak terutamanya yang dimasak dengan api. 2.         Seeloknya buat solat hajat dulu dan berdoalah minta kesembuhan kepada pesakit dan agar diperkenankan usaha pengubatan itu lalu bacakan al fatihah 1 kali, al baqarah ayat 102 sebanyak 3kali, al a`raf ayat 117-122 sebanyak 3kali, yunus ayat 81-82 sebanyak 3kali, thaha ayat 69 sebanyak 3kali dan 3 qul (al ikhlas, an-nas dan al-falaq) 1kali. 3.         Sedut nafas dan baca selawat faith dan hembuskanlah bersama kalimah Allah pada air tersebut hingga habis nafas, Pesakit suami isteri itu perlu minum secawan air tadi pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur selama 7 hari berturut-turut.
Selawat faith tu mcm ni:


Bacaannya mengikut sebutan dalam bahasa melayu macam ni:

Allahumma salli wasallim wabaarik 'ala Sayyidina Muhammadinil fatihi lima ughliqa wal khatimi lima sabaqawan naasiril haqqibil-haqqi wal-hadi ila siratikal mustaqim, sallallahu 'alaihi wa 'ala alihi wa as haa bihi haqqa qadrihi wa-miq-da rihil-'azim.


Untuk langkah yang seterusnya Atuk akan cari cerminmata tu balik n buka kuncinya secara ghaib atau Atuk buat yassin 7 mubin jer. Tapi itu Atuk akan buat nanti. Tunggulah sambungan tugasan Atuk yang ni dilain entry..


Bersambung…………..

No comments:

Post a Comment