Wednesday, August 28, 2013

Menjawab Soalan Cepumas



Assalamualaikum wbt. Aritu masa bergunting rambut Atuk terfikir akan suatu idea untuk Atuk kongsi bersama dengan korang. Maklumlah buat apa pun kalau idea n ilham tu dtg mana boleh nak ditahan-tahan. cerita ni cuma cerita rekaan jer untuk mengisi masa lapang kita. Bukanlah kesahihan cerita yang Atuk nak tonjolkan cuma pengajaran dan iktibar dari cerita tu jer yg Atuk harap mendapat perhatian.
Pada suatu petang, Atuk pegi la ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambut Atuk yang agak panjang dan nampak tak kemas. Maklumlah Atuk kan selalu berambut pendek. kalau panjang kadang2 berat n sampai sakit kepala rasanya. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakan Atuk duduk.


Bila dia start gunting rambut maka si penggunting rambut ni kebiasaannya mulutnya tidak berhenti bercerita sama laju bergerak dengan guntingnya. kalau tak percaya korang pergi la mana2 kedai gunting mamak or india. Macam-macam dibualkan dengan Atuk petang tu sampai menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat kat Atuk.


“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut kat Atuk. Terkejut Atuk dengar soalan mcm tu. Tapi belum sempat Atuk jawab apa2, si penggunting rambut menyambung percakapannya lagi. Agaknya sebab gunting dia belum berhenti bekerja la kut. “Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut kat Atuk mcm la Atuk ni pengerusi pemerintah dunia or wakil PBB.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan. Nak melayan mulutnya yg sama laju dgn gunting tu Atuk pun jawab “Tuhan tu ada.”  Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya pendek jer Atuk jawab.

Tak puas hati dengan jawapan pendek Atuk dia sambung lagi sambil2 hayun gunting dia nyaris2 tak terpotong bulu kening Atuk. “Kalau betul Tuhan ada, kenapa Dia tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya lebih 50-an itu. Atuk maintain diam jer la sampai dia abis gunting. Baru jawab sikit nyaris dia nak gunting bulu kening, klu Atuk jwb banyak harus dia buat2 nak terpotong telinga ke lagi haru.
 
Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, Atuk ajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap sebab nak bagi dia puas hati gak. Atuk pun slow2 tanya dia
“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja yang pakai seluar sekerat di sana tu? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk sambil merokok tu?”. “Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali kat Atuk sebab tak tahu mende yang Atuk nak tunjuk ni. “Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya serabai nampaknya. Setuju tak?” Atuk tanya dia mcm loyer tgh membahaskan kes dalam mahkamah. “Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tak ada ke?” Sebab dah abis gunting so boleh la Atuk kemukakan soalan maut lak kat dia kan. “Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan sekeras-kerasnya sebab klu dia iyakan terkena batang hidung dia lak. Atuk saja jer jadi batu ronson jap kasi panas.. “Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu serabai misainya?” Hahahaha kali ni giliran Atuk la melemparkan soalan bonus untuk soalan RM 1 juta.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut dia dengan konfidennya.

So bak kata orang kampung Atuk.. Payback time la kan sebab nak tahu sgt “Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan. Tuhan kasi jadi itu semua sebab nak manusia berfikir mcm mana nak selesaikan semua tu, bukan tambah masalah lagi”
Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya sebab selama ni agaknya takde sapa pernah bangkang ckp dia.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNya dan juga melalui kitabNya iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri.
Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…” denagn selambanya dognya Atuk bentangkan fakta2 yang Atuk dah siap simpan sejak rambut Atuk dihujung guntingnya ibarat telur dihujung tanduk tadi.
 
“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. Baru muka atak senyum dia tgk Atuk. Atuk pun sebab nak jaga hati dia Atuk kata lah
“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena potong kat mana2 pulak nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Atuk jawab dengan penuh diplomasi laksana pergawai perhubungan pelanggan lak. Bila Atuk nak keluar jer Atuk tengok si penggunting rambut itu masih tergelak lagi... Agaknya jawapan Atuk yang selamba mencuit hatinya yang sering tertanya-tanya pada soalan yg dia bincangkan tadi dan menemuinya dalam redup2 cuaca petang.
Tapi memang, rambut seorang penggunting rambut selalunya panjang sebab diaorg x pandai nak gunting rambut sendiri.

No comments:

Post a Comment