Friday, September 20, 2013

Al-Fatihah Buatmu Bidadari Besi...



Kelihatan sesusuk tubuh pahlawan yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh dengan gagah, bertempur dengan berani dan ketangkasannya mempamerkan kehandalannya dalam berkuda dan bertempur dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang demi seorang dengan menggunakan tombak beliau, lalu beliau meluru pula ke arah barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar walaupun bersendirian.
Siapakah gerangan pejuang ini? Siapakah pahlawan handal disebalik topeng ini? beliaulah pejuang wanita islam yang begitu berani di medan perang,, Siapa sangka seorang wanita yang lemah lembut tutur dan budi pekertinya tangkas bertempur dan berkuda… Dialah KHAULAH AL-AZWAR iaitu bidadari besi...
Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Rasulullah saw. Beliau adalah adik kepada Dhirar Al-Azwar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan berkuda malah Khaulah juga memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat seperti seorang lelaki yang kental semangatnya.
Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain. Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.
Dalam perang Yarmuk iaitu peperangan utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah seorang pejuang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta terlibat. Bahkan beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan yang sangat bersejarah itu.
Namun, kisah kehandalannya bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera kafir Rom sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam operasi tersebut. Rafie bin Umaira, panglima skuad Muslimin sebelum ketibaan Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng, ”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Pejuang Muslimin yang lain amat kagum terhadap semangat juang yang menakjubkan tersebut. Namun begitu pasukan Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu kecuali melihat sesusuk tubuh seorang anak muda yang gagah dengan sepasang mata yang tajam bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang tentera kafir Rom setelah kembali sebentar untuk mengambil nafas.
Keberanian sang pejuang memberikan semangat baru bagi skuad Rafie yang semuanya hampir kalah sebelum kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid. Semangat juang yang ditunjukkan oleh Khaulah membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke arah musuh dengan semangat juang yang tinggi juga. Sesungguhnya Khaulah telah membakar semangat mereka juga.
Penunggang berani mati itu terus diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Rom ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!” Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali menyerang tentera Rom.
Kemudian beberapa orang tentera Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “Wahai pejuang yang mulia, ketua kami telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormati selayaknya.” Sang penunggang kuda tidak mengendahkan sapaan itu lalu kembali pergi seolah dengan sengaja merahsiakan identitinya.
Ketika sang penunggang kuda kembali dari serangannya, dia berkuda melalui sisi kuda Khalid. Khalid lalu menyuruhnya dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti lalu Khalid bertanya : “Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman. Siapakah gerangan kamu wahai pejuang Allah?”


Khalid hampir terjatuh dari kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. Gadis itu menjawab “Wahai pemimpin perang, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa malu sebab kamu adalah seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah seorang gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal seperti itu melainkan kerana hatiku sangat sedih dan terbakar oleh kerana penawanan saudaraku”.


Khalid kagum dengan Al-Azwar yang menjadi ayah kepada pejuang yang berani tak kira lelaki mahupun perempuan. “Kalau begitu bergabunglah bersama pasukan aku” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar bin Al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang dan tidak lagi hanya berada di barisan belakang menjadi perawat  untuk merawati tentera yang terluka dan mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita yang ikut dalam peperangan.
Inilah kisah Khaulah binti Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani yang membuat pasukan Muslimin kagum dengan kepantasannya menyerang tentera kafir Rom. Mampukah kita sebagai wanita islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya? Tetapi yang Atuk tau, Datin Paduka itulah bidadari besi Atuk.. Dari itu Atuk nukilkan sebuah sajak untuk mereka para bidadari besi ini:

 UntukMu Muslimah Mujahidah........

Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman
segar mewangi di pelusuk dunia
setulus kasih sesuci embun
seindah mentari
seanggun rembulan.


Cantik wanita kerana akhlaknya
lembut wanita kerana tutur katanya
mesra wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana keberaniannya
patuh wanita kerana setianya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
dendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
jadilah wanita yang sempurna…

Serikandi muslimah yang sejati
hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi
dalam memperjuangkan agama islam
binalah akhlakmu seindah muslimah sejati
yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa
Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu...

Puteriku muslimah
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetap ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang boleh merampasnya
melainkan kau sendiri pergi menyerah diri
ketegasanmu umpama benteng Negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dibinasakan
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya….

Buat mujahidah solehah
dengan kecantikanmu
kau lebih elok dari matahari
dengan akhlakmu
kau lebih wangi dari haruman
dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari bulan
dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik
maka peliharalah keindahan ini
agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan islam
penegak kalimah Allah di muka bumi…..




1 comment:

  1. .السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ.اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.انشـــــاءاَلل
    http://www.healthbuilders.com.my/.
    Besnis produk kesihatan myherb2u.
    http://othmandraman.blogspot.com/?m=1.
    Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900.
    othman.draman@yahoo.com.
    Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia.
    http://www.dnaglobal2u.com/.
    Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan.
    http://www.iphytoscience.com/.
    Kursus motivasi besnis disediakan.
    http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php.
    Stokis/pegedar diperlukan.
    https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u.
    Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan.
    http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM.
    Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
    https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA.
    Tanah di kg kedondong, Pengkalan Kubor, Kelantan,Malaysia untuk diwakafkan untuk pembinaan masjid.
    https://archive.org/details/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlAffasy.
    Dermawan diperlukan.
    http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
    Kelas mengaji Al Quran disediakan.
    http://sourceforge.net/projects/quranterjemah/?source=pdlp.
    Welcome to Health Builders (M) Sdn.
    www.healthbuilders.com.my
    Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna

    ReplyDelete