Wednesday, July 17, 2013

Hikmah nya Puasaku

Assalamualaikum wbt. Pagi ni sewaktu sampai kat ofis Atuk, teman seperjuangan Atuk bgtau ada perhimpunan big boss pada pagi ni kat auditorium. Dia on the way nak gi ofis big boss utk jemput dia. So lepas turun kete Atuk terus masuk auditorium. Selalunya lepas turun kete Atuk mengembut dulu rokok baru masuk ofis. Tapi sebab bulan puasa kebiasaan itu Atuk tinggalkan.

 
Tetiba masa dengar ceramah Atuk diberi pengertian tentang puasa dari ilham Allah Taala  dan tentang hidup kita. Terfikir tak korang kenapa bulan puasa kita tak boleh korek hidung dan kita akur tak korek hidung sebab xnak batal puasa. (Ini Atuk andaikan pada yg menjaga ibadah puasanya la, yang x puasa or even ada kwn Atuk dulu yg seumur hidup x pernah puasa tu x boleh nak buat apa dah la). Kita menjaga betul2 diri kita supaya x memasuki mana2 rongga agar tak batal puasa, kita jaga betul. Tapi lepas bulan puasa disiplin yg semacam itu bagai hilang bersama hilangnya Ramadhan.

Cuba bila bulan2 lain kita berpuasa maka secara automatik kita menjaga adab dan pelakuan kita mcm kita puasa di bulan ramadhan. Maka kelebihan puasa yg Atuk nampak skarang ialah berpuasa juga mampu mendidik hati kita, kelakuan kita serta disiplin diri kita. Kerana itulah sewaktu Atuk memberikan zikir pengisian pada ank2 murid Atuk, Atuk syaratkan diaorang untuk berpuasa juga semasa melaksanakan zikir tersebut disiang hari. Ini supaya hati diaorg senang diatasi oleh akal dan qalbu, bukan nafsu dan syaitan. Juga untuk 'melaparkan nafsu' kerana nafsu itu kalah kepada kelaparan.
 
Jadi kesimpulannya, hakikat puasa itu sendiri mempunyai kelebihan andai kita mau dan minat utk mengkaji rahsia Allah. Kerana Atuk yakin dan sangat percaya setiap apa yg Dia amanahkan kita untuk kerjakan, pasti ada Rahsia dan Hikmah yang tersembunyi utk kita. Kita semua tahu bahawa kita hidup dan beribadah kepadanya tapi bukan utk diriNya sebaliknya utk diri kita. Pasti ada hikmah dan rahsia lain mengenai puasa ini yg dirasai atau dikaji oleh org lain selain Atuk. Dan setiap manusia yang mengkaji takkan sama penemuannya mcm yg Atuk jumpa itu. 
 
Namun disebalik semua kenikmatan menjumpai rahsia di dalam rahsia Allah itu tersimpan satu realiti yang kita tidak ketahui iaitu "Manusia ini terlalu lemah, kerana itulah manusia yang menemui rahsia Allah tidak akan hidup lama kerana tidak akan tahannya manusia itu utk menanggung rahsia Allah empunya kursyi yang agung itu. Jadi selamat mengkaji :-).

No comments:

Post a Comment