Monday, August 26, 2013

Angkara Tiga Abdul.. Mistique No. 18


Assalamualaikum para peminat cerita ceriti Atuk dan para pembaca yang budiman. Selepas sebulan berehat sebab puasa maka Atuk beraksi kembali dengan cerita-cerita terbaru rekaan awang-awangan bagi memenuhi masa lapang korang dan sebagai bahan bacaan ringan untuk difikirkan akan rasional dan diambil iktibar oleh semua.


Atuk rasa ramai dikalangan korang berfikir bahawa syaitan itu dirantai pada bulan puasa tapi mcm mana ada lak orang yang kena rasuk masa bulan puasa tu yer tak? Allah tu nak tipu kita ke? Sebenarnya Allah itu tak pernah menipu malah dia maha kuasa dan maha agung lagi. Yang menjadi masalahnya ialah kita sendiri. Naper Atuk ni ckp mcm tu? Atuk ni senoneng sebab terlebih minum air ketum ker? Tak aih Atuk ckp betui. Cuba korang tgk statement atuk tu.. Syaitan memang dirantai tetapi jin2 tidak. Karin yang dok bersama dengan korang tu tak dirantai pun Cuma Allah jadikan godaan diaorg tak berkesan jer.. So as simple as that lah jawapan Atuk. Tapi Atuk memang tak berperang masa bulan puasa sebab Atuk nak tumpukan perhatian pada amalan Atuk jer. Masa ni jer yg Atuk ada utk diri sendiri, yang lain tu masa Atuk banyak kepada org lain.

Lepas puasa jer Datin Paduka dok mengadu kat Atuk yang kenalan dia yang berniaga terasa mcm dikhianati seseorang sebab bisnesnya tak menjadi. Orang tak ramai datang kedainya n selalu lengang jer. Atuk diberitau bahawa akak ni janda n dulu dia ada bisnes partner yang dah lari dgn duit2 dia dan tinggalkan hutang kat akak ni. N before dia lari partner dia ni ada mintak garam pada pekerja dia sbb nak berubat katanya. Lepas beberapa hari partner dia nib wk balik air dlm botol mineral yang katanya ubat utk dia. Lps beberapa bulan x minum air tu pun jd keras kematu dlm peti ais. Bila dia dah belah akak ni suruh pekerja dia keluarkan n rasa air tu.. Masin kata pekerjanya..


So lepas berborak dan temberang dgn kwn2 Atuk maka malam yg dibgtau tu Atuk menyelam la ke alam sana untuk scan lokasi kedai yang Datin Paduka bgtau kat Atuk tu.. Mula2 Atuk ditunjukkan sebuah kedai corner lot. So Atuk scan keliling n Atuk nampak ler satu benda yang x elok dalam kedai tu. Atuk rasakan kedai tu berbau busuk sebab ada telur buaya tembelang yang ditanam depan kaunter kedai tu. Setau Atuk kalau ada benda2 ditanam ni mesti ada Jin yang dok jaga tu. So Atuk gi ke arah dapur n Nampak lak makhluk hodoh berkepala buaya berbau busuk. Maka dengan askar2 Atuk dok jaga keliling Atuk pun tariklah keluar telur tembelang buaya yang tertanam tu n Atuk tengok ada beberapa bijik yg pecah. Mungkin sengaja dipecahkan atau akan pecah selepas tempoh tertentu kut. Maka Atuk bacakan surah Al-Ikhlas sampai Hu Ahad Atuk baca 3 kali n Atuk pecahkan kesemuanya. Atuk tengok ada kesan darah kat kain yang membalut telur2 tembelang tu. Main kasar gak orang ni kata Atuk. Then Atuk undang jin berkepala buaya tu datang n Atuk belasah jer terus tanpa banyak Tanya dah. 

Lepas tu Atuk nak bersihkan kedai akak tu dari semua anasir2 yang tak elok maka Atuk nak panggil Datuk Raden tapi dia ada tugas lain. Maka Atuk gunakan segala kekuatan yang ada utk membawa air zam2 dari mekah kekedai akak tu. Alhamdulillah dengan segala aura dan kekuatan yang ada bersimbahlah kedai akak tu dari depan sampaila ke dapurnya. Syukurla Allah bg kekuatan pada Atuk utk mampu melaksanakan semua tu.

Lepas abis jer Atuk terus tanya member Atuk mcm mana nak buatkan telur buaya jadi tembelang? Tapi kwn Atuk dgn senyum2 jawab tak tau jer sebab dia takut Atuk nak kenakan dia. Maka Atuk ckp kat dia sekadar utk pengetahuan dia, buaya ni bertelur atas darat, dia tak bertelur dalam air sebab bila telur dia kena air maka telur dia akan jadi tembelang. Itu yg Atuk tau, kalau salah dari segi sains, Atuk x boleh nak kata apa la. 

Masa Atuk scan tu “diari hidup” akak tu nak terbukak dah depan mata Atuk tapi Atuk kalih ke lain sebab Atuk tak nak tgk perkara2 yang Atuk tak perlu tau tentang akak tu. Nanti kalau keluar benda yang bukan2 dah Atuk lak rasa berdosa sebab berpandangan serong kat akak tu.. Maka cpt2 atuk bgtau Datin Paduka yang Atuk dah selesai utk mlm tu..

Lepas beberapa hari Atuk suh Datin paduka tanya akak tu mcm mana bisnesnya, kedainya n perasaan dia. Cuarahan air suci tu pun akak tu x Nampak inikan pulak perbezaan lain. Mungkin Allah sorokkan dari atuk apa yang Atuk x patut tahu masa tu kut. Maka masa kebetulan Atuk kat area akak tu berada maka Datin Paduka bawak Atuk melawat kedainya sebab katanya akak tu kalau boleh nak jumpa Atuk sendiri sedangkan x tahu kenapa Atuk keberatan sgt nak jumpa akak tu.

Dengan panduan yang Atuk dapat masa scan aritu Atuk pun bawak kete n terus parking di celah jalan dibelakang kedai akak u supaya Atuk leh dok dekat dengan bahagian dapurnya. Sekali pejam mata tuk Nampak kelibat 3 ekor makhluk yang tak sepatutnya berada kat kedai tu. Bila Atuk buka mata jer Atuk tunjuk kat Datin Paduka itu lah akak tuan punya kedai ni. Tercengang Datin Paduka sebab dia x bgtau Atuk pun mana satu orangnya tapi Atuk lak yang tunjuk kat dia mana satu orangnya dan mcm lah dia x kenal. 


Atuk pun bgtau datin Paduka bahawa Atuk ada urusan nak diselesaikan dalam kete tu jugak. Maka Atuk panggil ‘kengkawan’ Atuk yang memang ada tugas masing2 nanti. Makhluk pertama Atuk kesan dok kat luar kedai. Makhluk hitam yang kebuluran sebab kurus sgt Atuk tgk. Mcm org Nigeria tak cukup mkn atau tak mkn bermingu2 rupanya. Yg ni sebab bukan menganggu kedai tapi dok mengintai Atuk kat dalam kereta. Klu Atuk bgtau Datin paduka dia tgh dok mengintai mau Datin ni lari bagai nak rak tinggalkan Atuk sorang2 dengan princess dalam kete. Atuk kumpul aura2 pelangi Atuk n baru dua tiga kali usap tangan dah besar bola keranjang dah jadinya. Maka terus Atuk fire kan kat makhluk tu n disambar tanpa sebarang belas ikhsan oleh serigala Atuk. Selesai satu kerja..

Bila atuk buka mata semula makhluk kedua yang menempel kat peti ais blakang dapur akak tu ada dok kat sebelah dia sbb akak tu tgh basuh periuk kat singkinya. Dia dok ushar apa yg akak tu basuhkan. Memang selalu makhluk ni dok merasa dgn lidah dia yang panjang lepas akak ni masak. Pandai lak dia makan benda yang siap bermasak lak. Tapi dia x akan merasa benda2 lain melainkan masakan akak ni yg ada ayam dgn daging jer.. Maka Atuk pun undang si Kuning.. harimau anak murid atuk yang Tok Sheikh hadiahkan utk dia. Maka bergelut dan bercakaran lah si jin ni dgn si kuning tu pulak. Bila dah banyak kali keli gomol ngan si kuning ni maka terduduklah makhluk ni kelemahan kat kaki akak tu walau akak tu x rasa apa2 pun masa diaorg bergomol. Dengan sepantas kilat Atuk lilitkan tali siraturrahim eh mana boleh. Kang bersahabat lak Atuk dengan jin ni.. Hiiii x kuasa aku.. Atuk buat kerja perang ni pun ada yang cakap Atuk bersahabat n berdamping dgn jin. Mcm lah makhluk ghaib ni cuma ada jin semata-mata. Bawak2 belajar n kenal betul2 la makhluk2 ghaib ni baru la boleh nak kata org tu berdamping dgn jin atau tidak. Ni ikut suka2 hati diaorg jer nak ckp.. Atuk guna tali simpulan ayat dlm quran utk mengikat makhluk ni dan Atuk arahkan panglima2 Atuk bawak masuk dalam penjara bawah laut. Yang sekor ni Atuk tak bunuh..

Dan yang ketiganya makhluk yang besar sikit yang sekali tgk atuk nampak mcm raksasa dalam cerita ultraman jer pulak. Kepalanya lonjong dan ada bahagian pipih dihujung kepalnya mcm jalur atas kepala ultraman warna coklat mcm cengkerang. Tangannya mcm ketam berjuntaian dari bumbung kedai akak tu kebawah. Kakinya katik tapi badannya besar. Mula2 Atuk nak kunci makhluk ni sebab Atuk nak soal siasat dia sbb dia ni mcm penghulu diaorg kat kedai tu. Atuk tarik nafas dan Atuk hulurkan jari dengan mengunci 4 sendinya dan satu lagi di jantungnya. Tetiba luruh satu tubuh yang hampir reput dari tempat berdiri makhluk tu. Terkedu Atuk sebab renjatan yg Atuk bagi tak la sampai membunuh makhluk tu. Ni sampai mereput lak jadinya. Tetiba Atuk dengar gelak tawa dengan angkuh dan sombongnya makhluk tu dari atas bumbung td. Rupanya tubuh tu tubuh manusia yang dijadikan sumber makanan makhluk tu dan tak lain  dan tak bukan tubuh bekas partner akak ni.

Dengan rasa tercabar dipermainkan Atuk pun tarik nafas dalam2 dan bawak diri Atuk ghaib didalam ghaib sebab nak test jugak setinggi mana ilmu makhluk pelik ni. Lantas Atuk menjulangkan diri dan berdiri betul2 di belakang makhluk tu lantas Atuk buat kunci bersilang antara sendinya serta yang terakhir dijantungnya. Maka kini makhluk tersebut terkunci dalam tangan Atuk dan kena renjatan kira2 40000volt sebab belagak sgt tadi. Bila Atuk tanya sapa nama dia maka makhluk ni seakan memperli Atuk dgn jelingan dan sikap berdiam dirinya. Maka dengan sombong Atuk lah pulaslah segala sendi yang dia ada dgn kunci Atuk yg sedia bersilang tadi. Dgr bunyi mengerekot dan jeritan kesakitan makhluk tu dan mulalah dia bercakap.. Tau pun n sedar diri pun makhluk tu n xde nak membongkak dpn Atuk dah.
Ini Lah sebahagian daripada dialog drama minggu ini Atuk dengan dia:-

Atuk: Siapa nama kau?

Makhluk: #$5^&**+==. Aku tau siapa kau sebab kau digeruni kami semua.

Atuk: Aku juga tau siapa kau sebab aku tau asal usul engkau. Apa yang kamu tau tentang aku?

Makhluk: Aku tau engkau bergelar Panglima Serigala Putih, engkau pernah kesini dan banyak rakan2 ku yang terbunuh dan dipenjarakan. Engkau sangat keras bila berurusan dan tiada belas ikhsan.

Atuk: Apa tugas kau kat sini?

Makhluk: Aku ditugaskan utk mengaburkan pandangan org dan menjaga anak2 buahku disini.

Atuk: Siapa yang suruh kau?

Makhluk: Tuan aku.

Atuk: Siapa tuan kau?

Makhluk: Dia seorang pawing buaya berketurunan bugis yang dok menetap di xxxxx  berhampiran dengan sungai yang ada buaya. Namanya Xxxxxxxx. Ramai org tak tau yg sungai itu ada buaya.

Atuk: Siapa yang mengupah dia?

Makhluk: Dia.. (sambil bayangan wajah org yg menyuruh itu terpampang di depan Atuk. Bagaikan tau maksud hati Atuk yang tersirat maka keluarlah juga gambar seluruh ahli keluarga org yg mengupah itu dan mengertilah Atuk siapa dia sebenarnya.

Atuk: Berapa lama dah kau berada disini?

Makhluk: Lama dah aku tak ingat. Dah bertahun agaknya..

Atuk: Berapa banyak dia upah tuan kau?

Makhluk: RM xxxx. Beribu jugaklah..

Atuk: Aku bagi kau dua pilihan sama ada kau pergi dan jangan datang balik atau kau tunggu tapi kau mati.

Makhluk: Engkau telah tau bahawa aku takkan berganjak dari sini dan aku memilih kematian kerana aku telah diarahkan oleh tuan aku. (setianya pulak makhluk jin ni sebab x nak engkar perintah tuannya. Selalunya jin ni kalau dapat peluang mengelak mmg dia akan mengelak utk mati). Tapi aku ada satu permintaan iaitu aku mau mati dimata pedang amazah mu.. (bila lak dia skodeng koleksi pedang2 ghaib Atuk pun Atuk x tau).

Atuk: Baiklah kalau itu pilihan kamu..

Maka dengan kadar segera Atuk mengambil pedang amazah atuk dari tempat simpanannya. Atuk lurut tangan sampai kebelakang sebab terlalu panjang pedang ni. Maka Atuk bacakan surah alam nashrah, alam tarokai dan tabbad yada bagi mempertajamkan lagi pedang Atuk sebab nak menyembelih. Kalau tumpul kang menyeksa lak kan. So dgn laungan iqamat dan bismillah atuk ceraikan kepala dan badan makhluk yang setia dgn tuannya tu dan bg mkn serigala jer senang. Bahagian bdn yg lain Atuk cincangkan kepada beberapa bahagian supaya senang dihadamkan..


Selesai dengan makhluk tu Atuk mintak panglima Atuk bawakkan tanah haram utk Atuk pagarkan kedai tu secara ghaib. Maka jawab panglima Atuk yg baki tanah yang terdahulu masih ada dan bolehkah digunakan? Memandangkan Atuk tak pakai banyak maka Atuk anggukan tanda setuju jer. 

Lepas di hulurkan bekas simpan tanah tu maka Atuk pagarkan dengan ayatul kursyi dan 4 qul serta Atuk semaikan aura berkat dalam kedai akak tu sebagai ikhtiar Atuk untuk membantu dia. Juga Atuk masukkan satu surah yang akan membalikkan sebarang usaha mengkhianati akak tu pada orang yang banyak duit dan rajin bersedekah kat bomoh2 sihir ni utk menzalimi org lain.

Setelah selesai Atuk buka mata dan terkejut beruk Atuk bila Atuk tengok muka Datin Paduka betul2 tgh tengok muka Atuk masa berperang tu. Lantas Atuk tanya dia mcm mana rasa sebelum dan selepas Atuk berperang tu? Sbb sebelum tu bila Atuk suruh rasa Datin Paduka ckp dia dpt rasakan ada gangguan dan rasa mcm ada makhluk lain yang menyeramkan kat situ. Datin Paduka jawab dah rasa tenang mcm xde apa2. Maka Atuk pun berpesan kat Datin Paduka untuk sampaikan pesanan Atuk kepada akak tu.

Bukan niat Atuk utk memalukan akak tu atau apa2 Cuma Atuk kena betulkan akak tu berdasarkan diari dia yg terbuka masa Atuk berperang tadi.. Atuk pesan bahawa Atuk x mau berjumpa dgn akak tu sbb akak tu akan soal selidik sampai dia tau siapa yg mengkhianati dia smpi dpt yg mana Atuk x suka. Atuk x mau disoal siasat mcm polis pencen dan Atuk x mau ada prasangka buruk akak tu pada org lain.Atuk pesan supaya rajin2lah beribadat dan jgn hanya mengejar keduniaan kerana bahana tu mungkin Allah kurniakan supaya dia beringat bahawa duniawi itu mengkhayalkan jadi jgn tergoda. Atuk pesan lagi jangan menjual lebih dari 100% modal sbb Rasulallah saw telah  berpesan begitu. Jika kita buat maka kita telah mengambil hak org lain dan kita memakan riba. Yang terakhir Atuk pesan supaya jgn asyik dipasang tv yg melalaikan tetapi psgkanlah ayat quran dan anjurkan bacaan yassin untuk memohon berkat pada Allah swt akan perniagaan dia. 

Dengan tenang Datin paduka ckp mmg akak tu mengaku pada dia yang dia meremeh kan amal ibadat dan ada target org yg dia syak tu. Dan Datin akui yang harga makanan yang dia jual agak mahal berbanding dgn kedai lain. So bila kita dah ambil hak org lain maka jangan pula kita mengeluh bila Allah tarik balik hak org yg kita ambik tu..


Begitulah juga dengan partner akak tu. walaupun dia melarikan diri dengan sebahagian besar  daripada duit akak tu akhirnya duit tu habis gitu jer digunakan untuk membayar duit kepada pawang2 temberang hingga akhirnya diri dia yang menanggung seksa..

Maka terserahlah pada akak tu nak dengar nasihat Atuk atau tak. Kalau dia nak dengar Alhamdulillah. Kalau dia x nak dengar pun Atuk tak rugi apa2. Atuk Cuma mengingatkan apa yang didatangkan dalam ilham Atuk dariNya. Tu semua ayat2 Dia sebab Dia yang kenal akak tu, Atuk x pnah kenal dia pun. Maka pandai2 lah Datin Paduka nanti mcm mana nak sekolahkan akak tu.. Atuk tak masuk campur. Wallah huaklam..


No comments:

Post a Comment