Wednesday, August 14, 2013

Nak Ambil Berkat..

Assalamualaikum dan selamat hari raya.. Bila lepas hari raya ni ramai kita tgk org2 kita yg termenung memikirkan masalah negara agaknya kan.. maklumlah harga brg semua naik lepas BN menang PRU.. Cukai pun mcm2 dah ada skrg.. Tapi smalam sewaktu Atuk tgh drive, Atuk terfikir something bila tgk papantanda tulis "anda sedang memasuki kawasan parkir berbayar". Ada dua isu yg Atuk fikirkan.. 

Pertama ialah dari susah2 nak letak perkataan parkir yg dicedok dr bahasa inggeris why not terus letak kawasan letak kereta berbayar.. Kan senang, org dari kampung ceruk mana pun boleh faham.. Nama jer bahasa melayu tapi semua adapt dr bahasa org lain yg payah nak faham.. Yang kedua ialah tanah yg tempat parking tu tanah kerajaan yakni milik semua rakyat Malaysia.. Sapa2 pun boleh parking n lalu lalang kat situ tapi kenapa kena bayar charge parking? Korang pikir ironinya mcm ni.. Korang ada tanah, korang bina rumah tapi tiap2 bulan korang kena bayar sewa atas tanah yg korang beli and bina rumah sendiri.. Bijakkah kita? Korang fikir sendiri la mcm mana.. Atuk tak kuasa nak fikirkan utk korang.. Baik Atuk fikir mcm mana nak ganti balik duit raya anak Atuk yang Atuk terpakai masa isi minyak balik raya aritu dengan Datin Paduka..



Tapi arini Atuk bukan nak bercerita psl tu sebenarnya.. Tu cuma iklan suka2 hati Atuk jer nak berkongsi apa yg ada dalam batu jemala patik ni. Atuk bukan apa.. teringat psl sorang "kawan' Atuk yg hidup nak mewah tapi sering salahkan org lain psl kegagalan dia and sibuk nak cari salah org lain psl hidup tak berkat katanya.. So atas sedikit ilmu yang Atuk ada, Atuk rasanya bagusnya kalau Atuk dpt kongsi pengajaran dari kegagalannya dengan org lain..

Apa yg 'kawan" Atuk bising pasal tak berkat tu ialah dia sendiri tak tau kenapa hidup dia x berkat.. Korang tau apa tanda2 tak berkat tu? Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.Duit sepatutnya pergi ke anak bini di lencong kan pergi ke tempat lain. Mana nak berkat kalau rezeki anak disalah gunakan , itu namanya tak amanah..Kita sering lupa bahawa apa yg kita kerjakan hari ini adalah rezeki anak2.. Tu maksud org rezeki anak2. Rezeki korang ialah apa yg mak bapak korang kerjakan dulu..

2. Buat kerja, tak siap.Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.Agaknya kenapa ek? Atuk bg ironi lagi satu.. Korg beli ubat nak kurus beribu riban tapi dah abis berpuluh ribu tapi x kurus2 gak.. Tau kenapa? kalau nak kurus sebenarnya tak perlu beribu ringgit tapi cukup dgn x mkn n x tido jer.. dan yg paling penting restu Allah tu.. Korang solat hajat mintak kurus, insyaallah xyah ubat2 korg leh kurus tanpa ada penyakit atau kesan sampingan.. X percaya ek? Atuk pernah buat sebab tu Atuk bgtau.. yg buat korg kurus Dia bukan ubat tu.. Mcm menyembuhkan penyakit.. Dia yg maha penyembuh.. ubat panadol tu asbab sbg usaha kita jer..
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat, tulis buku byk tapi satu pun org x beli. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang. So kita boleh tgk lah org yg byk ckp ni sebenarnya tong kosong. Nabi pun ada pesan, lagi byk kita ckp lg byk kita buat dosa.. Org yg mcm ni biasanya kita leh tgk kat pakar2 motivasi kononnya.. Ckp lentung lentang psl keluarga bahagia tapi korang leh tgk la anak2 n family diaorg kebanyakannnya tak sama mcm apa yg diaorg ckp..Sebenarnya apa yg diaorg impikan keluarga diaorg mcm tu.. Tp asyik sibuk dok berceramah sana sini bilanya dia ada masa nak bentuk family mcm tu..

4. Masa habis dengan sia-sia. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas. So keberkatan mcm mana nak sampai kalau tak dicari.. Duit pun klu x dicari mcm mana dia nak masuk sendiri?



Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.Jgn salahkan org lain atas kekurangan diri sendiri tapi salahkan diri sendiri dulu barulah kita boleh tgk apa yg org lain boleh bantu.. Nak cari salah org memang senang tapi nak selesaikan masalah dari akar umbi yg payah..




No comments:

Post a Comment