Tuesday, May 28, 2013

Sekapur Sireh Seulas Pinang



Alhamdulillah, aku masih terus hidup hingga ke hari ini serta aku amat bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya mengizinkan aku utk terus mengembangkan setitis dari ilmu Allah untuk aku berbakti dan memberikan manfaat kepada yang lain..

Perjalanan aku dalam menuntut ilmu menuju Allah dan mula berkecimpung dalam alam mistik ini semenjak aku diambil menjadi murid oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Nawawi. Beliau yang kini berusia 250 tahun? dan beliau menetap di Benut, Pontian , Johor dan berbangsa banjar. Beliaulah yang telah menukar hidup aku 180 darjah dari kehidupan aku yang tiada matlamat, tujuan dan penuh kejahilan. Selain aku ramai lagi anak murid beliau dari timur hingga ke barat. Antara murid beliau yang lain adalah Saif Al-Hazmi Ibn Hashim Al-Kalantani yang sering menulis di blog Catatan Qalbu Seorang Musafir. Haji Ismail mengijazahkan aku akan Yassin Fadhilat amalannya serta yassin 40, yassin 7 mubin hingga aku mahu diberi gelar sebagai Khalifah Ammar Yassin yang amat berat untuk aku pikul. Namun itulah aku yg telah diberi kepercayaan untuk meneruskan ilmu nya serta mendapatkan manfaat dari ilmu yang dimilikinya.  Selepas naik maqam yang pertama maka aku di anugerahkan Serigala putih bersama dua rijalul ghaib yang bukan dari kalangan jin atau khadam. Pada mulanya aku agak keberatan dgn perkara ini sebab aku sudah dgr dan lihat mcm2 kejadian yang mendatangkan masalah pada dampingan ini. Namun setelah dinyatakan dgn jelas dan yakin oleh guruku barulah aku mengerti bahawa bukanlah semua dampingan itu jin belaan.. Bukanlah semua dampingan itu harus dijaga dan diberi makan darah dan hidangan pulut kuning. Dan semenjak itu berjuanglah aku dengan gelaran Panglima Serigala Putih..


Pada masa yang sama aku mempelajari ilmu tajwid hingga khatam dengan Haji Thazali hingga aku mendapat tauliah untuk mengajar anak-anak yang dtg bertandang ke surau tempat aku mencurahkan bakti.

Kata orang untuk kita berada dekat dengan hati Rasulallah amatlah jauh kerana duduk diri kita amatlah jauh jika ingin dibandingkan dengan ketakwaan sahabat2 yang empat dan para syuhada. Maka sekiranya mendapat tempat dihati para wali hatta mendapat sedikit ilmu dari para wali itu maka itu pun sudah seribu rahmat buat kita.

Alhamdulillah diriku antara berjuta manusia yang dipilih oleh wali itu sendiri. Nama beliau ia bersamalah Datuk Raden Sandhi bin Sultan M. Stafiuddin yang mangkat di alam ghaib pada tahun 2007 (menurut kata murid kedua beliau). Beliau berasal dari Paloh, Sambas, Indonesia, tempat yang terkenal dengan kemistikannya dan penuh dengan keilmuan kebatinan. Cerita tentang beliau banyak terdapat dalam web2 Indonesia tetapi murid kedua beliau itu yang telah sekian lama banyak menuntut dengan beliau, banyak dari cerita lagenda rakyat tersebut yang kurang tepat. Menurut Panggeran Guru Wan Azman Bin Wan Idros, Datuk Raden Sandhi amat minat berburu semasa mudanya. Beliau juga telah berkahwin namun tidak mempunyai zuriat di alam nyata.


Suatu hari sewaktu sedang pergi memburu bersama rakan-rakannya beliau terpanah seekor burung yang cantik dan kakinya bersisik emas. Beliau tidak tahu bahawa burung tersebut adalah belaan Raja Alam Ghaib disana. Lantas selepas itu beliau jatuh gering sehingga mangkat di alam nyata.

Namun hakikatnya beliau telah dihukum oleh Raja Alam Ghaib yang telah tua dan uzur untuk berkahwin dengan puteri baginda atas kesalahan membunuh itu. Lalu beliau ditabalkan menjadi Raja di Alam Ghaib Sambas dan berkahwin dengan puteri raja tersebut. Beliau berdampingan dengan moyang beliau dan banyak menuntut ilmu dari moyang beliau. Kerana itulah guru kepada panggeran guru saya (yang saya panggil nenek) memberitahu panggeran guru saya bahawa Datuk Raden Sandhi adalah 'Gedung Ilmu'. Apabila saya sendiri bertanyakan kepada Datuk beliau menyatakan bahawa maksud gedung ilmu itu adalah mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna (berguru) lalu menguasainya dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi.

Di alam ghaib seterusnya beliau memerintah sehingga lah beliau wafat dalam tahun 2007 lalu bersemadi di alam wali. Nenek sempat berguru dengan datuk selama hayatnya hingga mampu menerobos alam nyata dan alam ghaib dalam sekelip mata dan memperoleh maqam (darjat) yang tinggi dalam ilmu kebatinan. Ilmu yang meliputi tariqat, makrifat, syariat dan hakikat.

Serigala putih ini adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa kepadaku setelah mempelajari ilmu dan amalan dari guru pertamaku iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Nawawi yang begitu banyak menurunkan kepadaku ilmu-ilmu kebatinan beliau.

 

Semoga Allah memberkati semua guru-guruku yang banyak berjasa menurunkan ilmu mereka yang tiada ternilainya di dunia mahu pun akhirat. Marilah kita bertawassul dan memberikan al-fatihah buat semua guru-guruku yang banyak mendidik dan mengajar ku tentang mengenal diri dan mengenal tuhan terutamanya kepada Tuan haji Ismail bin Haji Nawawi, Ustaz Thazali, Datuk Raden Sandhi, Datuk Panglima Hitam, Datuk Panglima Andi Sumpu Muhammad, Datuk Sheikh Abdullah Sulaiman Hijaksa, Ratu Melati, Ratu Kenanga dan Ratu Cempaka Sari.... Al fatihah....






No comments:

Post a Comment