Tuesday, May 28, 2013

Pontianak Harum Sundal Siang - Mistique No 2



Atuk mendapat panggilan dari seseorang petang semalam.Dia minta Atuk ke rumahnya kerana isterinya tiba-tiba tidak sedarkan diri sejak dr pagi. Bersama kelengkapan spt air rukyah, rotan dan minyak atar kasturi, Atuk pun gerak ke rumahnya.

Sampai di rumahnya, dari porch kereta dah kedengaran suara org mengilai.Atuk masuk ke dalam rumah dan isteri pesakit tadi terbaring di ruang tamu sambil ketawa mengilai. Atuk lantas membaca ayat pembuka batin dan dgn izin Allah,  gambaran samar-samar dpt Atuk lihat dlm badan isteri pesakit td. Gambar berupa wanita berambut panjang dgn taring besar dimulutnya itu ketawa mengilai melihat Atuk. Sah..ni jenis pontianak sesat ni. Tapi ni yg kacau org waktu siang. Kalau mlm agaknya dah jd artis mcm cerita Pontianak Harum Sundal Malam tu la. 




Atuk guna kaedah refleksologi dgn membaca zikir 'Ya Zal Jala Li Wal Ikram' berulang kali. Jari manis kaki kirinya Atuk picit dan dia meraung. Bermakna, kesan makhluk tu berada di dalam anggota sekitar bawah pusat hingga atas lutut. Kesan itu Atuk rotan dgn pukulan ringan. Kalau Atuk rotan kuat2 naya jer kawan tu berbirat badan.

Kemudian, Atuk pegang dahinya dan bacakan ayat ayatul ahzab. Agaknya cik pon tu dah kepanasan, dia tunjuk-tunjuk arah mana dia dtg. Tapi bila tanya, dia tak boleh ckp. Cik pon tu tunjuk isyarat yg mulutnya dikunci. Elok jugak sbb nanti timbul fitnah kalau dia dok keluar sebut benda bukan2 ni. Atuk beri arahan supaya dia keluar. Tp dia mengeleng kepala tanda tak mahu keluar.

Dah susah sgt, Atuk masukkan garam rukyah dalam mulutnya. Tak lama kemudian, sedarlah pesakit tu. Petua guru Atuk, kalau jenis cik pon ni, kita sumbatkan garam dalam mulut pesakit tu. Memang cik pon alah dgn kaedah tu. Maybe sebab cik pon ni ada darah tinggi kut sebab tu takut mkn garam.

Atuk kemudiannya suruh pesakit mandi dgn air limau yang dirukyah dicampur dgn air syifa. Sesudah nampak pesakit menunjukkan tanda2 sihat, Atuk minta izin utk pulang. Maklumlah dah sihat nanti nak wat “aktiviti kekeluargaan” lak. Atuk xnak ganggu..


No comments:

Post a Comment