Wednesday, August 14, 2013

Sakit Itu Indah



Sebenarnya, penyakit yang menimpa adalah antara ujian dari Allah SWT. Namun dalam tidak sedar, ujian penyakit yang kita hadapi itu adalah guru yang mengajar dan mendidik kita agar kita menjadi manusia yang lebih baik. Jangan sesekali kita berburuk sangka kepada Allah SWT di atas musibah yang menimpa.
Kita sering mendengar keluh kesah pesakit yang menderita penyakit-penyakit kronik. Ada yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka sebegitu. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga. Penyakit yang dideritai hadir di saat kehidupan mereka yang kian kesempitan.  Ada antaranya menyatakan rasa iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan memperoleh kesenangan dan kesihatan secara berterusan.

Hakikatnya, inilah asam garam kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Sebagai hamba-Nya, harus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan dan musibah perlu dihadapi dengan bijak, tenang serta berserah tanpa kompromi kepada Allah SWT.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157

Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah ditempuhi dengan sabar, redha  dan bertawakal kepada-Nya. Terus menerus berusaha mencari penawar dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan rahmat agar keadaan penyakit yang dihadapi akan lebih baik daripada sebelum ini.

Derita Nabi Ayyub a.s

Di dalam Al-Quran ada merakamkan kisah penderitaan penyakit yang terpaksa ditanggung oleh Nabi Ayyub. Di dalam Kitab Duratun Nasihin, pada bab kisah kesabaran Nabi Ayyub. Secara ringkasnya, Nabi Ayyub a.s merupakan seorang Nabi Allah yang dikurniakan nikmat kekayaan, kesihatan serta anak pinak. Beliau tidak pernah lupa untuk mensyukuri atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.

Dengan izin Allah, kesabaran Nabi Ayyub a.s. diuji apabila Iblis membakar rumah, harta benda dan anak-anak Nabi Ayyub a.s. Iblis belum berpuas hati lantaran melihat ketabahan dan kesabaran Nabi Allah Ayyub. Lalu sekali lagi Nabi Ayyub di uji dengan jangkitan penyakit kulit yang kronik sehinggakan masyarakat di sekeliling merasa jijik melihatnya. Isteri-isterinya meninggalkan beliau kerana tidak mampu lagi menanggung malu dan kesengsaraan hidup. 

Yang tinggal hanyalah Nabi Ayyub bersama Siti Rahmah salah seorang dari isterinya yang solehah menemaninya walaupun keadan beliau yang serba dhaif. Selama 7 tahun Nabi Ayyub menderita, namun tidak lekang dari mulutnya berzikir memuji Allah SWT. Siti Rahmah juga akhirnya berjaya dihasut oleh iblis seterusnya meninggalkan Nabi Ayyub keseorangan.
Dalam pada itu, bermunajat Nabi Ayub a.s merintih pada Allah SWT sebagaimana firman-Nya :
"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". - Surah Al-Anbiya’: 83
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Allah tidak membiarkan Nabi-Nya sepi sendirian. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub. Allah menyuruhnya agar menghentakkan kaki ke tanah, lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum, dimandikan sebagai penawar. Firman Allah SWT :

“- Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah”. Surah Al-Anbiya’: 84

Dengan izin Allah SWT, Nabi Ayub a.s telah kembali sihat seperti sedia kala, bahkan Allah mengurniakan zuriat lagi ramai, berganda-ganda dari yang hilang dan Allah juga mengembalikan kemewahan kepada Nabi Ayub a.s. sebagai tanda rahmat dan kasih sayang Allah.


Cebisan kisah Nabi Ayyub a.s. ini memberi pengajaran kepada kita bahawa  musibah penyakit adalah ujian dari-Nya sebelum Allah mengurniakan rahmat kasih sayang-Nya. Allah SWT ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada-Nya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya yang soleh. Percayalah, akan tiba masanya jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak akan terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Hikmah Disebalik Musibah Penyakit

Di sebalik setiap musibah yang menimpa manusia itu sebenarnya mempunyai hikmah yang tertentu. Musibah bukan sahaja datangnya sesuatu penyakit tetapi apa-apa dugaan yang Allah SWT menduga kita seperti masalah rumah tangga, masalah kewangan, masalah di tempat kerja, masalah pembelajaran anak-anak, masalah politik negara, banjir besar, tsunami, gempa bumi, kemarau dan sebagainya. Antara hikmah yang boleh kita ambil dari musibah yang dihadapi antaranya :

Mengangkat Darjat   -   Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan untuk Allah SWT meninggikan darjat seorang hamba-Nya.  Kisah Nabi Ayub merupakan contoh yang terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah SWT, namun masih mampu berbaik sangka kepada-Nya . Sudahlah dirinya ditimpa penyakit.  Isteri-isterinya juga menjauhkan diri. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah SWT mengembalikan semula kesihatan dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya. Sesungguhnya, kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan mempunyai hikmah yang besar. Ujian dari Allah SWT datang kepada manusia-manusia yang Allah pilih sahaja. Kita hendaklah bersyukur sekiranya musibah datang kepada kita sebab kita di antara hamba-hamba Nya yang Allah SAW pilih untuk diduga.

Tanda Cinta   -   Musibah adalah tanda kecintaan Allah SWT kepada hamba-Nya, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya besarnya pahala yang  kita perolehi bergantung besarnya dugaan, dan Allah SWT apabila mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Barang siapa yang redha, maka ia akan mendapatkan keredhaan-Nya dan barang siapa yang kesal terhadapnya, maka ia akan mendapatkan kemurkaan-Nya.” - (HR. Ahmad dan Tirmidzi).
Justeru itu, janganlah disesali akan musibah yang dihadapi, malah seharusnya disyukuri.


Belajar Erti Sabar   -   Yakinlah bahawa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama-sama mereka, sebagaimana firman-Nya :
“Dan ingatlah Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar". - Surah Ali 'Imran : 146

Pembersihan Dosa   -   Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Hakikatnya iblis dan syaitan senantiasa menggoda nafsu kita agar terus menerus melakukan dosa. Sedangkan dosa itu menjauhkan diri kita dengan Allah SWT. Hikmah diturunkan kesakitan itu adalah sebagai cara untuk membersihkan diri kita terhadap dosa-dosa lalu. Ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." - (HR. Bukhari dan Muslim)
Memberi Keinsafan   -   Kita mesti bersyukur segala nikmat kesenangan yang diberi oleh Allah SWT. Dengan kehendak-Nya juga, nikmat kesenangan itu boleh hilang dalam sekelip mata. Janganlah dicela andai musibah menimpa. Ketahuilah bila anda sakit atau ditimpa sesuatu musibah, hakikatnya Allah SWT sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?


Pengubat Kepada Penyakit Ego   -   Sakit menjadikan kita beringat akan nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan hanyalah pinjaman semata-mata.  Segala yang kita miliki adalah milik mutlak Allah SWT. Sakit adalah petanda bahawa kita adalah makhluk yang lemah. Didatangkan sakit atau apa-apa musibah, adalah untuk kita beringat bahawa kita ini hamba Nya dan kita tidak patut bersifat sombong dan bongkak kepada Allah SWT. Sesungguhnya musibah itu adalah pengubat kepada “ego” kita.


Lebih Dekat Dengan Tuhan   -   Dalam keadaan sakit, kita lebih mudah mengingati Allah. Merasa kelemahan dan ketidakmampuan di hadapan-Nya. Bila kita sakit kita akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah SWT. Mungkin selama ini kita lalai. Keadaan ini akan mengingatkan kita kepada nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Allah. Jarang orang merasakan nikmat ketika sakit. Namun, bagi orang yang banyak bersyukur dan bersabar dalam menghadapi kesakitan, ia akan memperoleh nikmat.


Muhasabah Diri   -   Bila kita terlalu leka dalam hal-hal duniawi, kita selalu lupa kewajipan kita untuk beribadah kepada Allah SWT.  Hal-hal duniawi lebih penting dari hal-hal akhirat. Turunnya penyakit memberi keinsafan dan mula mendekatkan diri dengan Allah SWT. Sakit adalah ‘signal’ yang Allah SWT sangat mengasihi kita agar menjadi hambanya yang bertaqwa dan tidak terus lalai dan leka kerana matlamat sebenar kita adalah kehidupan abadi di akhirat kelak, bukan kehidupan dunia yang bersifat sementara.


Membersih Hati   -   Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadikan ia ujub dan takabbur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah SWT. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyucikan iman seseorang. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada setiap orang beriman. Ketika hati menjadi bersih dan suci maka sirnalah penyakitnya, martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan.


Sesungguhnya nikmat kesihatan yang kita perolehi pada ketika ini wajiblah kita syukuri. Seandainya ditimpa musibah penyakit maka mohonlah kesembuhan kepada-Nya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quranul Kareem kerana di situ ada penawar kesembuhan dari segala macam penyakit dengan Izin Allah. Firman Allah SWT :

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” - Surah Al-Isra’:82


Ada ayat khusus antara ayat-ayat Al-Quranul Kareem untuk pesakit-pesakit amalkan tetapi kuasa penyembuhan mutlak adalah dari Allah SWT. Setiap rangkaian ayat yang diamalkan itu ibarat sebagai ubat panawar kepada penyakit yang dialami. Maka berdoalah kepada Nya dan mohon keredhan dan keampunan semoga segala musibah penyakit yang diturunkan akan segera sembuh kembali, Insyallah.

Nak Ambil Berkat..

Assalamualaikum dan selamat hari raya.. Bila lepas hari raya ni ramai kita tgk org2 kita yg termenung memikirkan masalah negara agaknya kan.. maklumlah harga brg semua naik lepas BN menang PRU.. Cukai pun mcm2 dah ada skrg.. Tapi smalam sewaktu Atuk tgh drive, Atuk terfikir something bila tgk papantanda tulis "anda sedang memasuki kawasan parkir berbayar". Ada dua isu yg Atuk fikirkan.. 

Pertama ialah dari susah2 nak letak perkataan parkir yg dicedok dr bahasa inggeris why not terus letak kawasan letak kereta berbayar.. Kan senang, org dari kampung ceruk mana pun boleh faham.. Nama jer bahasa melayu tapi semua adapt dr bahasa org lain yg payah nak faham.. Yang kedua ialah tanah yg tempat parking tu tanah kerajaan yakni milik semua rakyat Malaysia.. Sapa2 pun boleh parking n lalu lalang kat situ tapi kenapa kena bayar charge parking? Korang pikir ironinya mcm ni.. Korang ada tanah, korang bina rumah tapi tiap2 bulan korang kena bayar sewa atas tanah yg korang beli and bina rumah sendiri.. Bijakkah kita? Korang fikir sendiri la mcm mana.. Atuk tak kuasa nak fikirkan utk korang.. Baik Atuk fikir mcm mana nak ganti balik duit raya anak Atuk yang Atuk terpakai masa isi minyak balik raya aritu dengan Datin Paduka..



Tapi arini Atuk bukan nak bercerita psl tu sebenarnya.. Tu cuma iklan suka2 hati Atuk jer nak berkongsi apa yg ada dalam batu jemala patik ni. Atuk bukan apa.. teringat psl sorang "kawan' Atuk yg hidup nak mewah tapi sering salahkan org lain psl kegagalan dia and sibuk nak cari salah org lain psl hidup tak berkat katanya.. So atas sedikit ilmu yang Atuk ada, Atuk rasanya bagusnya kalau Atuk dpt kongsi pengajaran dari kegagalannya dengan org lain..

Apa yg 'kawan" Atuk bising pasal tak berkat tu ialah dia sendiri tak tau kenapa hidup dia x berkat.. Korang tau apa tanda2 tak berkat tu? Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.Duit sepatutnya pergi ke anak bini di lencong kan pergi ke tempat lain. Mana nak berkat kalau rezeki anak disalah gunakan , itu namanya tak amanah..Kita sering lupa bahawa apa yg kita kerjakan hari ini adalah rezeki anak2.. Tu maksud org rezeki anak2. Rezeki korang ialah apa yg mak bapak korang kerjakan dulu..

2. Buat kerja, tak siap.Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.Agaknya kenapa ek? Atuk bg ironi lagi satu.. Korg beli ubat nak kurus beribu riban tapi dah abis berpuluh ribu tapi x kurus2 gak.. Tau kenapa? kalau nak kurus sebenarnya tak perlu beribu ringgit tapi cukup dgn x mkn n x tido jer.. dan yg paling penting restu Allah tu.. Korang solat hajat mintak kurus, insyaallah xyah ubat2 korg leh kurus tanpa ada penyakit atau kesan sampingan.. X percaya ek? Atuk pernah buat sebab tu Atuk bgtau.. yg buat korg kurus Dia bukan ubat tu.. Mcm menyembuhkan penyakit.. Dia yg maha penyembuh.. ubat panadol tu asbab sbg usaha kita jer..
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat, tulis buku byk tapi satu pun org x beli. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang. So kita boleh tgk lah org yg byk ckp ni sebenarnya tong kosong. Nabi pun ada pesan, lagi byk kita ckp lg byk kita buat dosa.. Org yg mcm ni biasanya kita leh tgk kat pakar2 motivasi kononnya.. Ckp lentung lentang psl keluarga bahagia tapi korang leh tgk la anak2 n family diaorg kebanyakannnya tak sama mcm apa yg diaorg ckp..Sebenarnya apa yg diaorg impikan keluarga diaorg mcm tu.. Tp asyik sibuk dok berceramah sana sini bilanya dia ada masa nak bentuk family mcm tu..

4. Masa habis dengan sia-sia. Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas. So keberkatan mcm mana nak sampai kalau tak dicari.. Duit pun klu x dicari mcm mana dia nak masuk sendiri?



Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.Jgn salahkan org lain atas kekurangan diri sendiri tapi salahkan diri sendiri dulu barulah kita boleh tgk apa yg org lain boleh bantu.. Nak cari salah org memang senang tapi nak selesaikan masalah dari akar umbi yg payah..




Tuesday, July 30, 2013

Imam Al-Mahdi



Imam Mahdi (Arab المهدي الإمام, Muhammad al-Mahdī, Mehdi; "Seseorang yang memandu") adalah seorang pemuda muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Imam Mahdi sebenarnya adalah hanya sebuah nama gelaran sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sahabat2 Nabi. Saperti Abu Hurairah yang bermaksud “Bapa Kucing” namun itu bukan lah nama beliau yang sebenarnya. Imam Mahdi bila di tafsirkan secara ringkas bermakna "Pemimpin yang telah diberi petunjuk". Dalam bahasa Arab, Imam bererti "pemimpin", sedangkan Mahdi bererti "orang yang mendapat petunjuk".

Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam hadis, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad), nama ayahnya pun sama seperti nama ayah Nabi Muhammad SAW iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama seperti nama  Rasulullah saw iaitu Muhammad bin Abdullah.

 
“Andaikan dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku (Muhammad bin Abdullah) . Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud)

Dalam sebuah hadis Rasullullah mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator tamakkan kuasa dan kekayaan dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya seterusnya menuju babak kelima iaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem atau metod kenabian.

Lalu apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi? Dalam sebuah hadis Rasulullah saw memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi. Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antara manusia telah menjadi-jadi dan banyak gempabumi terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini telah menjadi semarak di berbagai negara dewasa ini.

“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan peperangan. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kejutan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang ummat Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Zalim) yang telah lama berkuasa di berbagai negera di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia kepada sesama manusia. Dalam hadis lain diterangkan bahawa telah bersabda Rasulullah saw: 

“Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kejutan. Dan apabila kezaliman serta kejutan itu semakin berlelaluasa, maka Allah SWT akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kejutan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun. (HR. Thabrani) ” 

Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sebagai berikut, Telah bersabda Rasulullah SAW:

"Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan banyak-banyaknya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)

Tidak ada seorang pun dimuka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan ciri-cirinya  kecuali Rasulullah kerana Rasululah dibimbing oleh wahyu. Oleh kerana itu bagi kita sebaik-baiknya tempat untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan dalam hadis-hadisnya sebagai berikut:

Telah bersabda Rasulullah SAW:
“ Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kejutan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim)

“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”

Lelaki keturunan Nabi Muhammad SAW tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh kejujuran dan keadilan. Subhanallah... Beliau tentunya tidak akan mengajak ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa zalim dewasa ini apalagi untuk menjadi seperti tin kosong.

Imam Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Rasullulah SAW dan para sahabatnya iaitu melalui al-jihad fi sabilillah.

Tanda-Tanda Kemunculan Imam Mahdi

Para ulama membahagi tanda-tanda Akhir Zaman (kiamat) kepada dua. Ada tanda-tanda Kecil dan ada tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.

Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal. Namun sebagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi ke muka bumi. Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut:

Telah bersabda Rasullah SAW:

“ Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bahagian depan kepada pasukan bahagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengkabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka. (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)

Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata:

Pada suatu hari tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza-beza. Kemudian Allah SWT akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan, menurut niat mereka masing-masing. (HR. Bukhary, Muslim) ”

Telah bersabda Rasulullah SAW:

Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi. (HR. Muslim) ”


Telah bersabda Rasulullah SAW:

Suatu kaum yang mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah. Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka, sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka ditelan bumi. (HR. Muslim) ”

Telah bersabda Rasulullah SAW:

“ Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam (Palestina) ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka. (HR. Ahmad)

Banyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia dewasa ini berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Kerana di masa kini sudah sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang muncul. Hampir seluruh tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Rasulullah sudah muncul semua di zaman kita.

Agak2 korang apa yg menyebabkan Imam Mahdi dan angkatan Pemuda Dari Timurnya menyerang Kota Mekah terlebih dahulu sebelum menakluki bahagian yang lain? Pada Atuk jawapannya simple jer. Cuba korang belajar geografi dan tgk kat mana letaknya penempatan Israel Yahudi sekarang? Dekat x dengan Mekah? Kita juga dah lihat kekejaman Bassar Assad di Syria, so korang nampak x kat mana letaknya Syria? N korang tgk negara Iran kat mana n kenapa dulu semasa hayatnya Saddam Hussin pnah ckp "Klu ada walau sebesar jaripun dari kalangan syiah di badannya, dia akan potong dan bakar". Atuk rasa tiga petunjuk tu pun dah cukup utk buat korang berfikir dgn akal..

Kedatangan Imam Mahdi

Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama, perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibaiatnya seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah. Ketiga, terbenamnya pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbaiat kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah untuk menangkap Imam Mahdi.

“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi secara paksa, maka ia dibaiat di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah). Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)

Sebahagian pengkaji tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahawa indikasi yang pertama telah terjadi iaitu perselisihan dan kekacauan yang timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat itu? Wallahua’lam. Sebahagian spekulasi berpendapat bahawa pemimpin yang dimaksud adalah Yaseer Arafat (Palestin) atau Saddam Husein (Iraq). Kerana semenjak kematian mereka, negera Palestin/Iraq berada dalam kekacauan berkepanjangan. Tapi pada Atuk, Atuk rasakan ianya ialah Saddam kerana beliau mempertahankan negaranya dan agamanya x seperti Araffat yg lebih suka berunding sahaja sdgkan rakyatnya sendiri bangkit dgn mempertaruhkan darah mereka.
 


Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kehendak Imam Mahdi itu sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah SWT mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut:

“Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW:

“Akan dibaiat seorang laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Kaabah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)

Dalam hadis yang disebutkan bahawa Imam Mahdi akan memimpin selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa kaum muslimin untuk memerangi kezaliman hingga satu demi satu kezaliman akan tumbang takluk dibawah kekuasaannya.

Kemenangan demi kemenangan senantiasa diraih Imam Mahdi dan pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuat Dajjal keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta pengikutnya. 

 
Kekuasaan dan kehebatan Dajjal bukanlah lawan tanding Imam Mahdi oleh kerana itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah SWT akan menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajjal. Imam Mahdi dan Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajjal dan pengikutnya, hingga Dajjal mati ditombak oleh Nabi Isa di "Gerbang Lud" sebagaimana hadis: “Sesungguhnya Isa Bin Maryam Akan Membunuh Dajjal Di Bab Lud (Gerbang Lod).” (HR Ahmad, Turmudzi, Dan Nu’Aim Bin Hamad)Dalam hadis lainnya disebutkan, “Lalu, turunlah Isa bin Maryam di menara putih di bagian timur Damaskus. Isa menemukan Dajjal di Pintu Gerbang Lod, kemudian membunuhnya.” (HR Abu Daud). Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Hadith al-Nabawi, Lod adalah kota yang terletak di dekat Baitul Maqdis atau Elia di Palestin dekat Ramalah dan Dajjal akan dibunuh di gerbang menuju ke kota ini lah.

PINTU LOD/GERBANG KOTA LOD



Telah bersabda Rasulullah saw :

“Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum (Romawi), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan.” (HR Muslim)

Dan apabila ketiga peristiwa di atas telah terjadi, bererti Umat Islam di seluruh penjuru dunia tahu bahawa Imam Mahdi telah datang diutus ke muka bumi. Kita sudah harus bersiap-siap untuk berlangsungnya pembai’atan Imam Mahdi di depan kaabah.  Panglima umat Islam di Akhir Zaman telah hadir. Dan bila ini telah menjadi jelas kita pun terikat dengan pesan Rasullullah SAW sebagai berikut:

Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)