Showing posts with label syaitan. Show all posts
Showing posts with label syaitan. Show all posts

Sunday, January 5, 2014

Kau Jangan Cuba Aku Mambang... Mistika 21..

Assalamualaikum wbt para pembaca blog Atuk yang sentiasa rindukan tulisan pengalaman dan hidangan cerita rekaan Atuk tahap gaban makan lipan punya. Buat kesekian kalinya Atuk nak memaparkan pula edisi dengki sengal membawak sial untuk entry kali ni. Atuk tulis mcm tu bukan sbb marah kat korang tapi sbb tukang suruh sihir kali ni punya niat nak test ilmu guru Atuk yang dah beratus tahun mkn garam dulu dari dirinya sendiri tu.. So korang xyah terasa n update status kat FB marahkan Atuk ok..


Cerita untuk bacaan memenuhi masa lapang korang pada kali ini ialah tentang hasad dengki dan iri hati seseorang terhadap  adik beradik Atuk yakni cucu kepada Tuan Hj Ismail bin Hj Nawawi sendiri. Adik beradik Atuk ni patutnya dah abis keje dah, bak kata org kampong dah pencen dah bulan November aritu. Tapi dek kerana terkena ilmu hitam ni apa pun dia x buat sbg persediaan nak pencen tu sampai pindah rumah pun x buat, dokumentasi pun x buat, pendek kata apa pun dia x buat sebab sekian lama rupanya tanpa pengetahuan Atuk dia asyik demam kebah demam kebah jer. Bini dia pun mmg x msg atuk pulak bila dia ni x sihat. Bukanlah Atuk kena tolong dia sampai berak dia pun Atuk nak kena basuh kan.. Tapi bila apa pun dah malas n x larat dia nak buat kira dengki tahap melampau la tu.. Ada dua kes yg Atuk kena handle pun Atuk tangguhkan dulu sebab saudara Atuk ni lagi penting..


Mungkin dia yg larang bininya msg Atuk kut. Mujurlah adik beradik kitaorang (Misai) ada sorang lagi kat area dia keje tu so adik beradik nil ah yang bgtau Atuk. Asalnya adik beradik lagi sorang ni bgtau Atuk yang cucu Hj Ismail (Liau) ni dah pencen but tak buat apa2 lagi untuk persaraan dia. Atuk pun mintak tlg Zali untuk tgk2 kan Liau sebab Atuk rasa x sedap hati. Nasib baik la si Zali ni akal panjang. Xde la dia just tengok jer x buat apa2. Kena dia buat bendol dia tgk jer naya gak kat sedara Atuk tu.

Bila Zali gi tgk jer rupa2nya dia tengah sakit demam dan dah berlanjutan sekian lama. Atuk mintak tlg Zali hantarkan ke klinik kita org sbb Atuk tau dia ada tyroid. Ingatkan sebab tyroid tu dia demam. Bila Zali melawat dia kat klinik dia mula meracau n Atuk tau la ada sebab lain yang buatkan dia mcm tu. Dalam meracau tu Zali report kat Atuk yg si Liau ni bercakap kata ada dua orang tua berkulit hitam dok pukul kaki dia. Kalau nak kata diaorg nak laksanakan hukum hudud apasal nak pukul kat kaki lak kan..Bila Atuk scan, Atuk tgk ada sorang hamba Allah ni dah menyihir dia. Bila Atuk scan lebih dalam maka ditunjukkan pada Atuk hamba Allah tu dah balik ke arah utara lepas gadaikan brg kemas bininya dan berjumpa dengan bomoh n bayar bomoh guna duit gadaian tu.. Perghh Atuk ckp dlm hati.. Mcm tu punya dengkin busuk hati pun ada. Beratus2 lak tu, klu guna duit tu belikan kombo KFC pun kenyang muntat anak2 dia mkn.Ni sanggup sedekah kat bomoh lak.. Kalau sedekah kat anak2 yatim RM tu boleh gak anak2 yatim tu teruskan hidup dgn lebih selesa sikit.


So malamnya lepas solat hajat mintak dipermudahkan segala urusan Atuk maka di hadapan Datin Paduka, Atuk melayarkan diri membuka gelanggang. Dengan segera Atuk menyeru gambaran yang diberikan oleh Liau pada Zali masa dia meracau kat klinik tu iaitu ada dua org tua kulit hitam dok pukul kaki dia sampai sakit2 x leh jalan. Punya la keras kepala dua hekor tu x mau lak dia dtg ke gelanggang Atuk. Maka dengan tanpa segan silu dan lengah linggau lagi maka Atuk bwk keluarlah sahabat karib Atuk pedang hamzah yang mmg dah lama x terbang bersama Atuk.. Atuk buka selembar benang yang berurat-urat banyaknya dan Atuk arahkan ia untuk meliliti semua makhluk yang terbabit dgn 2 abang hitam tu. Dah liat sgt nak dtg kan so Atuk himpunkan semua.. senang cerita.


Dengan benang yang Atuk ikat kan ke pedang hamzah itu maka Atuk pusingkan pedang hingga 10 ekor makhluk tak sah taraf dok kat depan Atuk. Tanpa banyak ckp mcm biasa 5 ekor yang macai2 tu Atuk himpunkan dan hiris halus2 untuk makanan Marmud.. Bukan apa, biar senang hadam. Kemudian dengan pedang kalimah Atuk cincang dadu lagi 2 ekor dan atuk masukkan ke mulut marmud untuk santapan beliau. Lagi seekor Atuk hantar ke Kota Jin kat highland tower supaya ada kerja dia kat situ. Dan yang terakhir 2 ekor abang hitam tu Atuk bakar dan siat2 serta Atuk tanamkan di tiga benua yang berasingan.. Bila Atuk keluar dari “sana “ jer berpeluh satu badan dah walau duduk dalam ekon dan bawah kipas.. Atuk buka “kunci makrifat” n Atuk mintak air sebab nak legakan haus Atuk kt Datin Paduka.


Mcm biasa lepas Atuk berperang jer, DP akan menadah telinganya sambil mukanya dengan senyum simpul tunggu apa yang Atuk nak cerita kat dia.. Selagi Atuk x cerita selagi itulah dia tenung muka Atuk yang x berapa nak ganteng dah ni.. Maka sambil menyedut dalam2 rokok fevret Atuk, Atuk ceritakan kat dia satu persatu apa yang Atuk alami tadi. Sampailah Atuk tertido dek kerana penat berperang tadi. Princess Atuk dah lama lena diulit intan. Penat main kat Kidzania tadi kut..


Esok paginya Atuk talipon Liau tanyakan kabar dia. Alhamdulillah sahabat Atuk tu jawab walau dgn suara yang masih lemah. Bila Atuk scan balik dgn bininya pun dah kena sekali ni Atuk rasakan. Klu dia nak kcu Liau saja xper, ini dah main kasar kacau bini ni kira x elok sgt lah tu. Nti dgn anak2 sedara Atuk tu pulak terlibat, mmg amukan PSP je jawapnya nanti..
Maka Atuk ambik keputusan utk pakat dgn Zali pergi tgk Liau malamnya nti. Atuk call Zali n Zali ckp dia dah on the way balik dan baru sampai dekat area2 Tapah lepas antar org rumahnya gi kursus. Atuk kata cantik sgt lah tu sebab lps isyak baru Atuk nak gerak.


Dah balik rumah, tgh2 tunggu DP masak bihun tetiba Zali call Atuk bgtau bini Liau dan msg dia bgtau Liau dah bersilat kat rumah pulak.. Haru mcm ni.. Patutlah Atuk rasa mcm x selesai jer semalam. Atuk terus gunakan ilmu scan pixma Atuk dan Atuk nampak hamba Allah ni mmg tau siapa Liau n memang dia nak uji sgt Haji Ismail haji Nawawi ni. Mak aih.. org tua tu dah sekian lama hidup pun ko nak test.. Berduyun2 murid dia pun ko nak cuba test? Atuk ckp dalam hati, biarlah cucu jauh Hj Ismail ni yg ilmu secubit ni je yang berdepan dgn ko cukuplah. Biarlah Hj Ismail berehat dan beribadat dgn tenang, jgn diganggu guru hamba.. Akhirnya nak abiskan sepinggan bihun mlm tu pun Atuk x lalu..


Sebelum perjalanan Atuk ambik wuduk dan Atuk dah pasang kunci lam jalalah dah. Dalam kereta sambil driving Atuk kuncikan dah “Liau” dengan kedua kaki Atuk. So bila sampai je nanti senang Atuk nak wat kerja. Sampai2 jer punya la payah Atuk nak cari parking.. Bersepah kete org Malaysia la ni.. Walau org sibuk2 kata GST la, apa la.. masih bertimbun org beli kereta saban hari.. Bila Atuk parking jer Zali dah telefon dari dlm umah Liau tanya Atuk dah sampai ke belum. Atuk ckp Atuk dah sampai dan suh dia tunggu je kat umah..


Sampai depan umah Liau Atuk bagi salam, xkan la Atuk nak bagi harta pusaka lak kan.... Tetiba Atuk tercium bau air kencing. Atuk rasa masa kat rumah tadi ATuk dah basuh sesuci embun pagi dah.. Nak periksa bebird ATuk kang Zali buka pintu ternampak lak apa Atuyk buat.. Atuk toleh belakang tgk ader makhluk berpakaian merah tgh mencangkung kat depan rumah dia.. Atuk malas nak layan lah makhluk2 bengong mcm ni yang dok kencing depan umah org pastu bergelumang atas kencing sendiri.. Tak hygenic langsung. Atuk bagi salam jer terus Zali buka pintu. Atuk masuk n bersalam denganZali dan Izad (bkn nama sebenar) yang dok menunggu Liau dari tadi lagi. Atuk duduk ambik nafas dulu sambil pass kat Zali minyak kelapa yang Hj Ismail buat masa awal muharram dua tahun lepas. Atuk suh Zali sapukan kat semua sendi2 Liau. Mula2 dia senyap ckp aduh jer.. Lama kelamaan mula Liau bising2 ckp minyak tu panas dan jgn ganggu dia sbb dia kesakitan.  Atuk tgk jer zali dgn kerjanya dan Liau dgn marahnya. Atuk just duduk n lepaskan penat Atuk drive jauh2 dulu.

Bila Liau dan start meracau bukan2 then baru Atuk duduk kat kakinya dan cekak kakinya dgn tangan Atuk. Dengan Ibu jari Atuk pacakkan kat tapak kaki dia dan Atuk alirkan aura panas super lightning ke kaki dia sebab jin yang takde agama tu dok bermaharajalela kat kaki Liau. Mula2 dia mengerang sakit jer. Lama kelamaaan bila Atuk kuatkan voltage aura Atuk terus dia melalak nak keluar dari pusat Liau pulak masa tu. Bentuk jin beragama pagan ni berbentuk dua ketul yang melekap antara satu sama lain. Atuk ajak dia masuk islam dia x mau.. Baloq liat sungguh la katakan.. Bila dia ckp nak keluar jer terus Atuk pindahkan dia ke bahagian perut Liau dan Atuk belah perut Liau dibahagian pusat dengan jari jemari runcing Atuk. Atuk sambar seketul dgn tangan kiri Atuk kemudian Atuk capai seketul lagi dengan tangan kanan Atuk. Selepas Atuk tutup balik pusat Liau, Atuk serahkan jin dua ketul itu kepada rijalul ghaib Atuk utk dibawa ke penjara bawah laut dan dipenjarakan disana. Jadilah beliau pencacai tua angkat najis jin lain seumur hidup ko. Atuk ajak masuk Islam n dok senang lenang kat bandar jin x mau..


Atuk pergi ke kepala Liau dan Atuk lap kan peluhnya serta Atuk cium sahabat Atuk tu sambil Atuk bisik kat dia, sabar.. Atuk tengah usahakan untuk membantu dia sekadar daya Atuk dan mintak dia berdoa sama kepada Allah mohon disembuhkan olehNya. Atuk dudukkan Liau sebab ada sekor lagi jin bulat bersembunyi. Atuk sapukan minyak kelapa Datuk Hj Ismail ke belakang badan Liau. Sempat Liau bgtau Atuk ada sekor lagi dlm badan dia tapi jin islam. Atuk buat2 angguk jer sebab Atuk dah tau. Cuma Atuk nak ambik hati dia jer dan keluarkan sefrta bersihkan tempat duduk jin2 laknat ni dalam badan dia. Tak semena-mena Liau x sedarkan diri balik n terus jin islam tu mendengus marah supaya Atuk x keluarkan kotoran yg ada dlm badan Liau. Atuk pedulik hapa dan dengan tanpa ada perasaan umpama cyborgnya Atuk tarik dari belah kanan badan Liau tp Atuk tengok sikit jer yg keluar. Atuk pindah ke belah kiri dan masa ni Atuk nampak ibu kotorannya. Dua kali Atuk tarik keluar dan jin itu Atuk pindahkan ke kepala Liau. Sempat Atuk sembang2 jap tanya dia sapa antar tp dia xnak bgtau. Dia terus ckp ada org byr RM350 suruh buatkan si Liau. Mmg org nya nakkan si Liau menderita sakit sampai mati. Bila Atuk suh kuar dia x mau sebab kononnya dia syg kat budak tu. Atuk rasa jin tu gay la sebab suka kat lelaki gak hahahha.. Klu nak nipu pun cari la cara lain or reka la citer lain jin oi..


Atuk mmg jenis x tanya byk2 kali, terus Atuk ambik pedang hamzah balik n azan betul2 di belakang Liau. Lepas azan Atuk mintak tlg Zali pegangkan badan Liau dan dgn lafaz bismillah Atuk cuba sembelih syaitonirrojim tu dengan pedang tu. Tapi mcm xde apa yg berlaku pada jin tu. Atuk cuba sekali lagi maka jin tu ketawa n ckp pisau Atuk x tajam. Sebenarnya Atuk x nak terlebih buat dengan menghantar pedang hamzah buat serangan udara sebab overkill lak nanti. Tu sebab Atuk sembelih je. Bila kali kedua x jalan baru Atuk teringat yg jin ni bulat n licin, sebab tu pedang tajam x jalan. Tetiba Atuk lembut hati lak tanya sekali lagi dia nak keluar atau x. Jawapan yg Atuk terima masih sama dan seakan dia mencabar keilmuan Atuk. Maka Atuk dapat ilham utk lakukan kaedah yg kasar sedikit dari sembelih tadi. Maka Atuk suruh Zali pegang badan Liau kuat2. Lepas kumpul aura Atuk bangun, bersyahadah dan terus Atuk cabut jin tu dr kepala Liau dan Atuk serahkan pada bodyguard Atuk, Datuk Panglima Hitam utk dipakukan ke Hall Of Shame penjara bawah laut sampai hari kiamat. Serentak dgn Atuk tarik tadi Liau pun terkulai semula dan Atuk suruh Zali baringkan dia atas bantal semula. Kemudia Atuk urut2 badan Liau agar darahnya berjalan lancar semula dan Atuk mintak air dari isteri kesayangannya untuk Atuk buat air syifa.


Kemudian Atuk ambik nafas dan hisap sebatang rokok utk dapatkan tenaga balik. Lepas tu Atuk duduk bersila atas sofa n mulakan pulak sessi memburu lagi sekali. Semalamnya tu sebelum balik Atuk dah bagi sedas kat perut org yg buat Liau tu. Hari ni bila jumpa jer budak tu terus Atuk rodok perutnya dengan tangan Atuk n Atuk putuskan n bwk keluar seutas tali ususnya sebab x berhenti-henti menyusahkan org. Mula2 si Izad dok sebelah Atuk. Tapi bila Atuk masuk gelanggang jer terus dia cabut dok jauh dari Atuk. Dia ingat ni jenis ngubat org menurun ke haper.. Atuk bukan jenis mcm tu.. Semakin lama makin berat tindakan Atuk lakukan sbb degil x boleh nak di ajar. Selepas itu Atuk isap rokok semula dan bersembang dgn Zali dan Izad. Selepas kira2 15 minit kemudian Liau terus bangun perlahan dan nak pergi buang air setelah sekian lama tertahan hajatnya nak buat begitu. Confirm dah mcm belon diisi air pundi kecingnya tu..Begitu juga dengan makan minumnya yang x tentu hala setelah sekian lama. Setinggi-tinggi syukur Atuk panjatkan kepada ilahi atas perkenanNya untuk menyembuhkan Liau. Balik dari bilik air Liau berbaring sekejap dan terus duduk sambil mintak air pada isterinya. Atuk suruh dia berikan air syifa yang Atuk buat tu. Habis dua gelas Liau minum tanda dahaga sgt dia. Kalau Atuk buang kahak dalam air tu confirm lagi lazat Liau minum, boleh habis sebaldi air tu..

Selepas minum Liau dok sebelah Atuk n Atuk ambikkan sudu dan bagi dia minum minyak kelapa haji Ismail ke mulutnya. Dan tak lama lepas tu Atuk dan Zali bawak dia keluar makan kat kedai mamak sambil sembang2. Barulah Liau berselera nak makan setelah sekian lama x jamah makanan pun. Sebelum ni usahkan kata nak kuar mkn kat kedai, nak pergi kencing pun dia x lalu. Sebelum keluar malam tu Liau teragak-agak nak keluar sebab makhluk mencangkung tu ada dok depan pintu lagi. Atuk tanpa buang masa cuba tarik aliran air zam2 lantas “basuh kekotoran" tempat kencing berak makhluk tu setelah beberapa berkampung kat depan pintu rumah Liau sekali dgn makhluk tu kena tsunami air zam2.. Senang cerita xyah buat 2-3 kali kerja. Akhirnya lps antar Liau balik rumah, pukul 2 pagi baru Atuk sampai ke tempat Atuk bersemayam..


Semasa Atuk menulis pengalaman Atuk ni, guru kesayangan Atuk yg pernah menukar kehidupan Atuk dari kegelapan menjadi kehidupan manusia dan insane telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 1 Jan 2014 bersamaan 29 Safar 1435Hijrah. Alfatihah buatmu guru Hj Ismail Hj Nawai.. Jasamu dan ilmu yang engkau curahkan hanya Allah dapat membalasnya..


Monday, June 17, 2013

Sihir Penyeri Yang Ngeri Mistique No 11



Saat semua sedang sibuk membuat menunggu kedatangan Ramadhan tahun lepas Atuk juga begitu sibuk di menjalani latihan tentera di sana sini tak berhenti. Maklumlah kesibukan masa selalu membataskan Atuk untuk selalu mengembara dan meneroka kealam lain yang tak tecapai dek jangkaun mata kita. Namun ingatan dan doa tidak pernah berhenti utk ahli keluarga Atuk yang sering terpaksa Atuk tinggalkan demi tugas. Kasih kepada mereka sebenarnya sentiasa berbekas dihati dan tidak pernah akan pudar dan padam. Walau apapun tingkah laku mereka…

So di masa yang berbaki sebelum solat jumaat hari ini teringin juga Atuk menyambung cerita rekaan fiksyen tahap gaban yang Atuk reka sendiri dengan tujuan untuk menjadi bahan bacaan santai para pembaca blog Atuk yang budiman agar dapat menjadi tauladan dan pedoman di hari muka. Ianya tidak ada kena mengena dengan sapa2 yang masih hidup maupun yg dah meninggal. Kalau ada pun itu adalah sekadar kebetulan sahaja.

Ceritanya bermula begini… tapi bukan dengan ayat pada zaman dahulu ya..Atuk menerima menerima kunjungan salah seorang anak buah Atuk yang terpaksa ditumpangkan sementara dari Kuantan yang dah lama Atuk tak jumpa. Kami bercerita mengenai perkembangan masing2 sampailah beliau menyuarakan meminta pertolongan melihat keadaan neneknya yang katanya sudah lama menderita sakit selain keuzuran sebagai orang tua. Badannya tidaklah setua mana tetapi yang menjadi masalahnya ialah neneknya selalu meracau sehingga kadang2 menghilangkan diri sebelum balik semula kerumah. Walau satu kampung membantu mencari tetapi tetap tak dapat berjumpa dengannya. Bukan mengatakan neneknya belajar ilmu salah tetapi bagai ada sesuatu yang tak kena dengan neneknya. Pasti luluh hati seorang cucu melihat keadaan orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati menderita seperti itu. Maka dengan rendah diri dia memohon pertolongan kepada Atuk.

Sebenarnya Atuk sendiri tidak tahu apa yang patut Atuk bantu kerana Atuk bukanlah seorang perawat pro. Setitis ilmu merawat pun Atuk tak ada sebab Atuk hanyalah panglima perang. Atuk cuba melihat keadaan neneknya di dalam pandangan Atuk apakah sebenarnya yang berlaku. Atuk mengambil wuduk dan memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan Atuk sambil membaca beberapa teknik sebagai pembukaan jalan pertolongan Allah.



Pandangan Atuk dibawa ke sebuah rumah di sebuah perkampungan. Sekeliling rumah dikekelilingi dengan pokok kelapa sawit laksana felda lagaknya. Atuk melihat seorang wanita tua yang uzur terbujur dan terbaring kaku di pembaringan. Namun matanya terbeliak memandang ke atas. Apabila Atuk dekatinya, dia tersenyum dan tersengih dengan pandangan yang seram dan sinis. Rambutnya putih beruban mengerbang dan menampakkan giginya yang runcing dan tajam. Matanya hitam dia bangun dan duduk memandang Atuk. Usianya anggaran seperti 70an dan masih bertenaga lagi. Cuma kulitnya sahaja yang nampak seakan sudah kedut seribu. Tangan dan tubuhnya sudah tidak banyak daging.


Ada makhluk hitam yang besar berbulu seluruh badannya disisinya. Dia sentiasa memegang tali dan tongkat dikanan dan kirinya. Sesekali pandangan sinisnya memandang Atuk dan tersengih sengih mungkin menunjukkan kekuasaannya. Tiada dialog antara kami dan Atuk hanya mendimkan diri. Badannya penuh dengan duri-duri dan seakan jarum-jarum emas. Atuk masih tertanya ilmu apakah ini sebenarnya yang terpenjara dalam tubuh nenek tua itu. Jika dilihat rohaniahnya sebenarnya sedang menderita kesakitan. Dikurung dan diikat kaki dan tangannya seperti seorang tawanan dan hamba abdi kepada jin dan syaitan ini. Atuk mengundurkan diri dan pulang kembali ke alam nyata.

Atuk menghubungi kembali sahabat Atuk itu dan memintanya solat hajat dan dihadiahkan untuk neneknya dan minta dia untuk membaca yassin 7 mubin dengan caranya sekali. Selain itu Atuk minta dia untuk perbanyakkan membaca fatihah dan 3 Qul dan dihadiahkan kepada neneknya sebagaimana yang diajar oleh guru Atuk, Haji Ismail. Selain diberikan air yang telah dibacakan ayat2 syifa sekiranya mampu diberi minum. Atuk sendiri sebenarnya tidak pasti adakah itu akan membantu neneknya nanti. Pada malam yang dijanjikan sekali lagi Atuk juga duduk bermeditasi setelah turut membacakan yassin 7 mubin untuk ditujukan pada neneknya. Atuk kembali lagi ke rumah tersebut. Kali ini nenek tua itu tidak ada, yang ada makhluk hitam besar dan berbulu yang berada disampingnya. Berlakulah sedikit perbualan antara kami. 

Atuk : Assalammualaikum

Makhluk Hitam : hmm..hmmmmm 

Dia tidak menjawab soalan Atuk hanya berdehem dan mengelengkan kepalanya. Menandakan dia tidak mampu menjawab salam itu dan menunjukkan dia bukan beragama islam.Atuk pun menyambung perbualan Atuk

Atuk: Selamat malam

Makhluk hitam : Selamat Malam 

Kedengaran suaranya agak kasar menjawab. Dalam kegelapan suasana itu Atuk sebenarnya tidak dapat melihat matanya kerana semuanya berwarna hitam dan besar serta tidak berapa jelas.

Atuk: Sudah lamakah kamu disini sebenarnya

Makhluk Hitam : Sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Dia adalah aku dan aku ada lah dia.

Atuk tersenyum mendengar kata-katanya.

Atuk :Masakan mungkin kamu adalah dia dan dia adalah kamu. Kamu sudah memperdayakan dirinya dan menahan rohaniahnya sebagai hamba abdi kamu selama ini. Dan kamu masih menyeksakan jasadnya ini..

Makhluk Hitam : Inilah perjanjian kami dan harganya.

Makhluk tersebut tersenyum dan menyeringai.

Atuk: Baiklah begini, aku datang ingin memohon agar kamu bekerjasama. Sudikah kiranya kamu melepaskan dia dan aku berikan kamu pampasan dan gantiruginya.

Makhluk Hitam : Apa yang boleh kamu berikan.

Kelihatan seakan-akan dia memberikan kerjasama dan berminat dengan tawaran yang cuba Atuk berikan. Ketika itu Atuk tidak terfikir tentang nenek tua yang Atuk nampak sebelum ini. Setelah dia bersetuju dengan syarat dan pampasan Atuk kepadanya, Atuk pun meminta dia pulang ke tempat asalnya dan kelihatan seperti dia sudah pulang ke tempatnya. Maka bagi Atuk perkara ini sudah berakhir. Keesokkan harinya Atuk menelefon semula sahabat Atuk ini dan bertanya keadaan neneknya. Katanya neneknya seperti meracau-racau dan memanggil namanya meminta dan merayu pertolongan. Pada hemat Atuk masalah ini mungkin lebih panjang lagi kisahnya.

Entah bagaimana Atuk tertidur tengahari ahad itu. Mungkin keletihan melayan anak Atuk bermain selain memikirkan apakah jalan dan caranya. Atuk meminta sahabat itu untuk terus bersolat hajat dan cukupkan bacaan yassin 7 mubin untuk neneknya. Sebenarnya Atuk sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk membantunya kerana cubaan kali pertama malam semalam gagal. 

Tiba-tiba Atuk rasakan pandangan Atuk dibawa ke suatu tempat seperti di dalam sebuah bilik yang besar dan mengandungi perabot lama seperti dalam filem hitam putih zaman P.Ramlee dulu. Atuk melihat ada seorang wanita cantik berusia dalam lingkungan awal 20 an sedang berdandan di hadapan cermin. Rambutnya disanggul rapi dan bibirnya dioles dengan perwarna bibir berwarna merah. Almari soleknya berwarna hitam dan terdapat beberapa laci. Atuk ternampak sanggulnya berwarna kuning keemasan mungkin tembaga yang disalut dan dia memakai kebaya. Dia melihat wajahnya dicermin dan tersenyum puas melihat keindahan wajahnya. Tapi sebenarnya terdapat makhluk hitam yang Atuk jumpa sebentar tapi seperti membelai-belai wajahnya. Kadang makhluk itu menjilat seluruh tubuhnya membuatkan Atuk terasa sedikit jijik. Jika manusia tahulah dengan siapakah mereka lakukan perjanjian dan sejijik manakah perbuatan itu pasti mereka tidak akan terjebak dengan perbuatan seperti ini.

 
Tiba-tiba Atuk tersedar bila anak kecil Atuk merengek meminta susu. Ketika itu Atuk menghubungi guru Atuk Datuk Raden Sandhi secara ghaib dan meminta bantuannnya untuk menangani masalah sahabat Atuk ini. Mujurlah guru Atuk sudi membantu kerana cucu nya ini ingin membantu sahabat yang sedang bermasalah itu. Setelah kami berbual dan berbincang Datuk Raden juga cuba mencari di dalam pandangannya apakah sebenarnya masalahnya. Mengapa kaedah pertama itu gagal sedangkan makhluk itu telah berjanji untuk pulang.

“Cucu, Datuk melihat kiranya masih ada barang yang menjadi perantara dalam perjanjian tersebut. “ Kata Datuk Raden.“Barang? Apakah barang tersebut wahai Datuk?” Atuk pun termangu-mangu apakah sebenarnya yang menjadi perantaranya.

“Rasanya seperti cucuk sanggul. Cubalah cucu melihat sendiri dalam pandangan kamu adakah seperti apa yang aku nampak ketika ini?”

Atuk teringat gambaran yang Atuk nampak sebelum ini tentang seorang wanita muda yang bercucuk sanggul dan almari solek berwarna hitam. Atuk bertanya pada Datuk Raden adakah benar seperti yang Atuk mimpikan itu. Atuk pun menceritakan ciri-cirinya. Datuk Raden terus berkata “Benar jua apa ilham yang didatangkan dalam mimpi mu itu cucuku”.. Atuk pun menghubungi sahabat Atuk dan memintanya mencari barang yang dimaksudkan itu. Sahabat Atuk itu mengiyakan dirumah lama neneknya memang terdapat meja solek lama berwarna hitam. Keesokkanya sahabat tersebut menghubungi Atuk dan mengatakan dia sudah jumpa cucuk sanggul yang dimaksudkan itu. Cucuk Sanggul itu akan dibawa pulang ke Penang ini dan satu pertempuran baru akan bermula.

Macam biasa setelah mendapat barang yang disebutkan oleh guru Atuk tersebut maka Atuk pun memulakan acara kunci mengunci makhluk yang menjaga barang tersebut. Apabila scanning dengan 7 skala rector Atuk lakukan maka sah lah nenek sahabat Atuk ini sewaktu mudanya telah berjumpa seseorang yang mengamalkan ilmu hitam dan beliau meminta bomoh tersebut agar dirinya sentiasa cantik dimata orang. Dengan dibekalkan cucuk sanggul tersebut maka nenek itu pun mendapatlah apa yg beliau idamkan berserta dengan bonus sekali.. jin hitam mcm beruk untuk dibela dan akibatnya memakan diri nya sendiri.

Nak dipendekkan cerita berlakulah pertempuran antara Atuk bersama rijalul ghaib dan bodyguard2 Atuk dengan makhluk buruk, huduh mcm tungkik tu dan terjadilah penyembelihan, penyincangan dan siat lapah semua skali beserta penanaman di sana sini oleh rijalul ghaib yang sentiasa berjuang dengan Atuk melawan ancaman jin dan syitan ke atas manusia yang tak pernah berhenti itu samapai hari kiamat. Akhirnya cucuk sanggul yang membawa malapetaka kepada nenek sahabat Atuk itu Atuk rendam dengan air garam kasar yang dicampur dalam air yg telah dibacakan ayat pemusnah sihir dan ayat melebur syaitan dan jin lalu Atuk bawa naik feri pulau pinang dan terjun lah ia ke laut semasa feri betul2 berada di tengah-tengah Selat Melaka. Berakhir la riwayat dan gah nya syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia itu. Mcm mana dia nak merubah rupa nenek tua supaya cantik sedangkan dia sendiri huduh, berbulu, mcm monyet serta busuk hanyir. Kadang2 Atuk tak faham dengan manusia yang tak pernah bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah telah berikan dan masih tak puas dengan keadaan dirinya sendiri. Sedangkan kalau difikirkan apabila bangun dari tidur dipagi hari sejuta kesyukuran yang kita panjatkan kerana kemurahan Allah meminjamkan masanya untuk kita hidup lagi sehari dan meminjamkan kita untuk menikmati udara segar yang mengisi jantung dan paru2 kita yang menjadikan kita dapat hidup di dunia yang sementara ini

Iblis Pun Menerima Islam Mistique No 6



Sebab Atuk rasa rajin sikit maka Atuk update lagi blog ni dengan cerita temberang penglipurlara untuk mengisi ruang korang dengan siri bacaan bersama   atau dalam BM nya owang halus. Teringin gak Atuk nak bcerita pasal iblis ni.

Apa kebenda Iblis ni?

Iblis – semoga Allah melaknatnya – adalah dari jenis jin. Tidak pernah sehari pun dia pernah menjadi malaikat, bahkan walau sekejap matapun. Karena Malaikat adalah makluk mulia, tidak pernah berbuat maksiat dan senantiasa mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Banyak sekali ayat-ayat suci Al-Qur'an yang menerangkan secara jelas bahwa Iblis adalah dari jenis Jin bukan dari jenis Malaikat.

Di antaranya adalah;

1.         Firman Allah Ta'ala: 

Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!!  Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain Atuk, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. (QS. Al-Kahfi: 50)

2.         Allah telah menjelaskan bahwa jin diciptakan dari api. Dia berfirman:

"Dan  Kami (Allah) ciptakan Jin sebelum (Adam) dari Api yang sangat panas " (QS. Al-Hijr: 27).

Allah juga berfirman:

"Dan Dia menciptakan Jin dari nyala api " (QS, Ar-Rahman: 15)

Dalam hadits shahih dari Aisyah rodhiallahu 'anha, dia berkata: Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"  (HR. Muslim dalam shahihnya, no. 2996, Ahmad no. 24668, Baihaqi di Sunan Kubro, no. 18207, dan Ibnu Hibban, no. 6155)

Maka di antara sifat Malaikat adalah diciptakan dari cahaya, sementara jin diciptakan dari api. Ayat-ayat Alqur'an telah menjelaskan bahwa Iblis –semoga Allah melaknatnya– diciptakan dari api. Di antaranya terungkap dari jawaban Iblis sendiri ketika Allah  bertanya kepadanya sebab pembangkangannya untuk bersujud kepada Adam ketika diperintahkan untuk bersujud kepadanya. Dia (Iblis) berkata:

"Atuk lebih baik dari dari dia (Adam), Atuk diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" (QS. Al-A'raf: 12)

Dari ayat ini menunjukkan bahwa Iblis adalah dari jenis Jin.
 
Iblis laknattullah diciptakan dari unsur api dan memiliki berbagai kelebihan serta kekurangan. Di antara kelebihan iblis, dapat menjelma dan menyamar dalam berbagai rupa serta wajah samada manusia mahupun haiwan. Dengan kelebihan itu iblis dapat berubah wajahnya menurut kehendak yang disesuaikan dengan mesejnya dalam menyesatkan manusia di dunia fana ini.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa iblis memiliki paras rupa dan wajah yang sangat buruk, hodoh dan mengerikan. Sehingga apabila manusia melihat iblis dalam bentuk asalnya, nescaya manusia akan jatuh pengsan kerana tidak sanggup menatapnya. Iblis juga berbau busuk yang sangat menusuk hidung disamping memiliki cita-cita keji yang hanya menjerumuskan anak cucu Adam ke lembah nista.

Sementara mengubat rakan Atuk yang asyik kena sihir maka Atuk pagarkan juga kediamannya dengan tanah haram atau tanah suci Makkah. Haa ni baru mula citer Atuk. Tadi baru intro or pengenalan tentang Iblis. 

 Dek kerana terlalu panas dan bahangnya tanah haram ke atas makhluk2 durjana ni maka terhalanglah laluan iblis ni dek tanah haram yang Atuk pagarkan tu. Maka marahlah si Iblis ni tadi sebab highway dia kena sekat lak aritu. Walau bukan mak bapak dia yang buat jalan tu tapi Atuk tak tau la nape dia kata Atuk sekat jalan dia. Rupa iblis ni masyaallah merah satu badannya, bertanduk, bermuka hodoh, kepala gondol, bercawat (ada gak dia rasa malu dengan berpakaian walau secebis jer). So Atuk terbayangkan manusia2 yang bergelar artis tu ataupun tidak, mana yang pakai kain ala2 secebis tu maka korang tu saling tak tumpah macam Iblis tau tak dalam cara berpakaian. Bukan Atuk kata, wooorang kata la.. kekeke.



So sebelum pergi kencing Atuk masih berwuduk so Atuk pun keluarlah secara batinnya dari atas sejadah Atuk dan Atuk anjakkan sikit tanah tu agar tak menghalang laluan makhluk huduh ni. Baunya usah cakap la lagi busuk dari telur tembelang biawak. Then Atuk tanya iblis tu "macam mana sekarang? adakah masih pagar ini menganggu perjalanan awak?". Dia tengok jalan dia then dia cakap ok dah. So Atuk pun cakap "Atuk minta maaf sebab tak sengaja memblok jalan awak. Kalau dah selesai maka Atuk mintak diri dulu untuk solat maghrib" Atuk tengok iblis tu tgk Atuk tercengang-cengang.

Atuk peduli hapa dia nak cengang ke tak. Atuk masuk bilik air dan mengkhado hajat lalu terus ambik wudhuk sebab nak solat maghrib. Bila berdiri atas sejadah ni Atuk tgk iblis ni ada lagi. Terus dia cakap ada hal yang dia nak cakap dengan Atuk. Atuk kata Atuk ada urusan dengan allah dulu kemudian bila selesai baru Atuk lAtukkan urusan dengan dia. Maka berdiri la iblis ni kat tepi jalan kat kawasan rumah sahabat Atuk tu.

Lepas selesai mengkhatamkan diri, baca ayat amalan Atuk lepas solat n doa Atuk pun gi la jumpa balik dengan iblis tu dari atas sejadah Atuk. Atuk panggil dia ajak duduk atas jalan raya tempat dia berdiri tu. Tapi awal2 Atuk dah sediakan benteng antara Atuk dengan dia sebab Atuk kan panglima perang so Atuk kena standby in case iblis ni ajak Atuk bertarung ke. Memang Atuk suka sampai serigala putih Atuk teruja sgt nak merasa makan iblis ni. Memang iblis tAtuktkan serigala sebab serigala suka sgt makan iblis dari dulu lagi. Atuk tanya la apa hajat dia nak sgt2 jumpa n berbincang dgn Atuk? Tiba2 Atuk dgr bunyi handphone Atuk berdering. Dari ringtone pun Atuk tau Datin Paduka  yang call. Atuk biarkan n teruskan berdialog dgn Iblis ni. 

Dia cakap "Wahai saudara (yg ni Atuk tak setuju sebab bila masa dia jadi kazen Atuk, Atuk bukan keturunan iblis pun), sesungguhnya Atuk tersentuh bila melihat keperibadian saudara. Sikap merendah diri saudara Atuk kagumi. Saudara meminta maaf dari Atuk walaupun saudara tak perlu berbuat demikian. Maka Atuk juga kagum dengan Islam. Maka Atuk minta saudara islamkanlah Atuk". Terkejut beruk Atuk dengar. Bukan senang iblis nak lembut hati oooo. Dalam hirarki kejinnan diaorg yg paling low class is al-hin, ia umpama anjing2 belaan jin. Jin adalah askar2 kerahan syaitan, manakala syaitan adalah pembesar2 iblis manakala iblis adalah pembesar2 kepada AZAZIL, bapak segala setan. So Atuk pun tarbiah la si iblis ni serba sedikit tentang Islam dan keagungannnya, janji2 allah dan amalan dlm islam. Bila dia dah faham Atuk maklumkan dia bahawa islam dimulai dengan kalimah shahadah. Maka dengan itu jgnlah para pembaca semua malas ingin mengucap kalimah syahadah sebab kata ulama orang yang paling miskin di akhirat adalah org yang berat/malas mengucapkan syahadah dan org yg paling kaya ialah org yang rajin berselawat.

Jadi Atuk ajarkan kalimah indah syahadah itu pada iblis berbadan merah tersebut maka selepas dia ucapkan kalimah itu maka islamlah dia. Tapi Atuk terpikir lak kalau org tgk dia dlm keadaan mcm tu mati keras org tergelak kalau dia ckp dia islam. maka Atuk dengan rasa rendah dirinya Atuk bermohon dan berdoa pada allah agar diberikan wajah dan rupa bentuk keislaman pada makhluk merah dia tu supaya tak mendatangkan aib dan salah sangka org pada dia. Maka didatangkanlah allah taala wajah org arab pada makhluk ni dengan rambut dan sedikit janggut dan berpakaian jubah putih serta serban. Hensem jugak iblis ni jadinya. Tapi jgn la korang mintak Atuk doa utk korang lak yg muka pecah rumah supaya hensem mcm iblis ni. Bukan doa Atuk yang mujarab ok tapi kehendak allah mengabulkan sebab rasa cinta dan kasih syg dia kepada makhluknya itu. Lalu Atuk berikan nama Abduh Wahid sebagai nama islamnya.

Setelah itu Atuk pohonkan lagi untuknya sehelai sejadah ghaib utk dia beribadah, dan senaskah quran untuk dia menghabiskan masa lapang dia membaca novel karya Allah swt dan mendalaminya serta sebotol haruman kasturi hitam buat penghilang bau bachinnya yg dari kecik mcm tu. Maka Atuk pun mintakla rijalul ghaib tarikkan segala ilmu jahat dan hitam yg ada padanya dan tinggalkan semua ilmu putih dan ilmu self defence dia. Sebab Atuk dah tugaskan dia jaga kawasan rumah sahabat Atuk dari gangguan anasir2 mcm dia sebelum islam. Maklumlah keliling rumah dia hutan tebal je Atuk tengok. Dan Atuk tak bertuankan dia tu yg paling penting. Jenuh Atuk nak beri dia mkn klu Atuk bela dia. Biar dia cari mkn sendiri sambil mengisi masa lapang dia, dia boleh jadi guard kat area tu.



Maka Atuk pun selesai n mintak diri n tgk ada beberapa miss cal dari Datin Paduka. Bila Atuk call semula n bgtau urusan Atuk baru lah dia faham. Kalau tak, mau tak muat lori 3 ton dia punya marah kat Atuk. Bukan Atuk takut bini ok, bini yang tak takut kat Atuk. So nanti Atuk citerkan lagi kisah Atuk merawat sahabat Atuk ni n pertempuran2 Atuk yang lain. Penat dah jari Atuk mengetik keyboard ni. tata titi tutu.

Tuesday, May 28, 2013

Seks Paksa Rela - Mistique No 1



Masa Atuk mula2 belajar dulu mcm2 kes Atuk kena handle.. Dari yang luar kain sampailah kadang2 yang dalam kain pun. Dah menjadi amanah pada Atuk untuk mengikhtiarkan utk menmanfaat kan ilmu yg Atuk ada. Hendak tak hendak kena la buat juga walau kdg2 rasa x sanggup nak tgk aib orang.

Macam biasa drama minggu ini karangan Atuk ni boleh la digunakan untuk exam UPSR korang. Kalau tak anggap je lah cerita ceriti pengisi masa lapang korang untuk menghiburkan hati nan kesepian.

Atuk dijemput merawat ke rumah seorang pesakit. Diringkaskan cerita, suami pesakit menjadi garang sebaik sahaja selesai 'malam pertama'. Kata suaminya, isterinya telah 'ditebuk tupai'.

Isterinya berkeras dengan mengatakan tiada siapa yang pernah dia tiduri selain suaminya. Maka dengan itu, kata sepakat diambil untuk menunjukkan kebenaran diri masing-masing. Entah kenapa, Atuk pulak yang dipanggil sebagai saksi sumpah junjung Quran pasangan itu.

Terkejut gak Atuk bila mereka mengatakan tujuan jemputan Atuk ke rumah mereka. Kalau dari awal Atuk tahu jemputan ke rumah pasangan ini semata-mata nak jadi saksi sumpah junjung Quran, tak mahu Atuk bertandang ke rumah mereka....Siapa lah Atuk untuk masuk campur urusan rumah tangga mereka..Sepatutnya, hal ini dirujuk ke Jabatan Agama Islam..Lagilah layak..

Tapi rupanya, ada hikmah disebalik jemputan ini. Semasa si isteri hendak bersumpah dengan Quran dijunjung di kepalanya, dia kerasukan......

Pesakit: Panas..! Panas...! Aku taubat dah...! Aku taubat dah..!
(kata-katanya disusuli tangisan kesakitan)

Atuk: Siapa dalam tubuh hamba Allah ni..?

Pesakit: Aku penjaga keturunan ni... Kenapa kau datang kacau aku.. Aku tak kacau kau pun..!

Atuk: Aku dah dijemput..aku datang jelah.. Kau ker yang jadi punca semua ni...?

*Pesakit mengangguk...

Atuk: Apa yang kau buat pada dia?

Pesakit: Aku lah yang ambik daranya.. Sejak dia umur 14 tahun lagi..

Atuk: Masyaallah....kenapa kau buat macam tu? Kalau kau ni penjaga, apa hak kau nak buat macam tu..?

Pesakit: Aku mulanya memang tak ada niat.. Tapi lawa pulak bila aku tengok.. Aku pun ada nafsu....

Atuk: Kau tak rasa bersalah ke pada suami tubuh ni?

*Pesakit diam..Hanya linangan air mata yang mengalir di pipinya

Atuk: Dengar tak apa aku tanya ni...!?

*Seraya itu, jari manis kaki pesakit saya picit dengan lada hitam

Pesakit: Sakit la bodohhhhhh!!!!! Aku dengar lah ni!

Atuk: Dah tu, kenapa kau tak jawab...!

Pesakit: Memang aku rasa bersalah.. Tapi benda dah jadi, nak buat camana?

* Menyirap darah ATUKbila dengar jawapan macam tu...Tak ada rasa bersalah langsung!

Atuk: Memang kau ni dasar kurang ajar.. Meh sini aku ajar sikit..!

*Point-point gangguan dicucuk dengan kuat. Biar rasa sikit....!

Pesakit: Sakit..! Sakit...!

Atuk: Senang cerita, kau nak keluar tak dari tubuh ni..!?

Pesakit: Aku dah sayang dia...aku tak mahu keluar...!

Atuk: Kau nak sakit ker nak keluar..?

Pesakit: Aku tak mahu sakit dan aku tak mahu keluar la bodoh...!

Atuk: Ni dah melampau ni...Dah la porak perandakan rumah tangga orang...!

Pesakit: Kau peduli apa..!?

Melihat kepada kedegilan seumpama ini, ATUKterpaksa gunakan kaedah tikaman agar dengan izin Allah, gangguan tersebut dapat dihapuskan..

Atuk: Telah aku bagi amaran berkali-kali agar kau keluar..tapi kau tetap dengan kedegilan dan sifat angkuh..Malahan kau lawan aku pulak...Ini amaran terakhir, mahukah kau keluar dari tubuh ini selama-lamanya....?

Pesakit: Aku tak akan keluar...Buat lah apa yang kau nak.......!!!

Maka, sebagai ikhtiar terakhir, Atuk gunakan amalan makrifat 'Pedang Hamzah'. Dimulai dengan ucapan salam dari ayat dalam surah Yasin, pedang kesayangan ini dipanggil berulang kali. Setelah 'terasa' ianya di tangan, maka ditusuk ia ke rusuk kiri pesakit. Pada pandangan batin, mohon pada Allah agar ianya mengena gangguan yang berada ditubuh pesakit. Setelah tikaman dibuat, pesakit menggelupur kesakitan. Seraya itu keluar bau busuk dari celahan kemaluan pesakit. Naik muntah jugaklah bila bau... Alhamdulillah, gangguan yang dialami sudah tiada lagi. Pesakit kemudiannya dimandikan dengan air syifa bersama sebaldi air oleh Ibunya sendiri..



Pada malam itu, rahsia selama 23 tahun akhirnya terbongkar bila ianya diceritakan oleh ibu pesakit. Menurut ibunya, arwah suaminya (ayah pesakit) merupakan bomoh ilmu hitam yang hebat. Memang ibunya tahu, syarat semasa menerima ilmunya ialah harus mengorbankan anak bongsu agar penerimaan amalan menjadi ampuh. Tapi ibunya pendamkan rahsia ini kerana dilihat tiada apa-apa yang berlaku pada anaknya.

Anaknya pula menceritakan kisah dia bermimpi bersetubuh dengan seorang lelaki kacak. Hal ini berlaku semenjak dia berumur 14 tahun hinggalah malam sebelum ATUKdatang ke rumah. Memang dia ingat, kali pertama dia bermimpi berjumpa lelaki tersebut, terasa pedih dan keluar darah dari kemaluannya pada keesokkan paginya. Tapi hal itu dirahsiakan (kecuali pada kakaknya) kerana dilihat tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya setelah beberapa hari.

Final kisah rawatan ini, suami pesakit berkali-kali meminta maaf pada si isteri.. Syahdu jugak bila tengok.. Atuk pun mengalir air mata bila melihat babak kemaafan ni.. Hubungan suami isteri ini akhirnya pulih dengan baik.

Kepada pengamal ilmu hitam, pintu taubat masih terbuka. Balik semula ke jalan Allah..Jangan diikuti jalan syaitan.. Kehebatan dunia tiada yang mampu melebihi kehebatan Allah kerana Dialah Maha Pencipta.. Kita ini hanya duli pada yang Maha..