Saat semua sedang sibuk membuat menunggu kedatangan Ramadhan
tahun lepas Atuk juga begitu sibuk di menjalani latihan tentera di sana sini
tak berhenti. Maklumlah kesibukan masa selalu membataskan Atuk untuk selalu
mengembara dan meneroka kealam lain yang tak tecapai dek jangkaun mata kita.
Namun ingatan dan doa tidak pernah berhenti utk ahli keluarga Atuk yang sering
terpaksa Atuk tinggalkan demi tugas. Kasih kepada mereka sebenarnya sentiasa berbekas
dihati dan tidak pernah akan pudar dan padam. Walau apapun tingkah laku mereka…
So di masa yang berbaki sebelum solat jumaat hari ini
teringin juga Atuk menyambung cerita rekaan fiksyen tahap gaban yang Atuk reka
sendiri dengan tujuan untuk menjadi bahan bacaan santai para pembaca blog Atuk
yang budiman agar dapat menjadi tauladan dan pedoman di hari muka. Ianya tidak
ada kena mengena dengan sapa2 yang masih hidup maupun yg dah meninggal. Kalau
ada pun itu adalah sekadar kebetulan sahaja.
Ceritanya bermula begini… tapi bukan dengan ayat pada zaman
dahulu ya..Atuk menerima menerima kunjungan salah seorang anak buah Atuk yang
terpaksa ditumpangkan sementara dari Kuantan yang dah lama Atuk tak jumpa. Kami
bercerita mengenai perkembangan masing2 sampailah beliau menyuarakan meminta
pertolongan melihat keadaan neneknya yang katanya sudah lama menderita sakit
selain keuzuran sebagai orang tua. Badannya tidaklah setua mana tetapi yang
menjadi masalahnya ialah neneknya selalu meracau sehingga kadang2 menghilangkan
diri sebelum balik semula kerumah. Walau satu kampung membantu mencari tetapi
tetap tak dapat berjumpa dengannya. Bukan mengatakan neneknya belajar ilmu
salah tetapi bagai ada sesuatu yang tak kena dengan neneknya. Pasti luluh hati
seorang cucu melihat keadaan orang yang dikasihi dan dicintai sepenuh hati
menderita seperti itu. Maka dengan rendah diri dia memohon pertolongan kepada Atuk.
Sebenarnya Atuk sendiri tidak tahu apa yang patut Atuk bantu
kerana Atuk bukanlah seorang perawat pro. Setitis ilmu merawat pun Atuk tak ada
sebab Atuk hanyalah panglima perang. Atuk cuba melihat keadaan neneknya di dalam
pandangan Atuk apakah sebenarnya yang berlaku. Atuk mengambil wuduk dan memohon
pertolongan Allah agar dipermudahkan urusan Atuk sambil membaca beberapa teknik
sebagai pembukaan jalan pertolongan Allah.
Pandangan Atuk dibawa ke sebuah rumah di sebuah
perkampungan. Sekeliling rumah dikekelilingi dengan pokok kelapa sawit laksana
felda lagaknya. Atuk melihat seorang wanita tua yang uzur terbujur dan
terbaring kaku di pembaringan. Namun matanya terbeliak memandang ke atas.
Apabila Atuk dekatinya, dia tersenyum dan tersengih dengan pandangan yang seram
dan sinis. Rambutnya putih beruban mengerbang dan menampakkan giginya yang
runcing dan tajam. Matanya hitam dia bangun dan duduk memandang Atuk. Usianya
anggaran seperti 70an dan masih bertenaga lagi. Cuma kulitnya sahaja yang nampak
seakan sudah kedut seribu. Tangan dan tubuhnya sudah tidak banyak daging.
Ada makhluk hitam yang besar berbulu seluruh badannya
disisinya. Dia sentiasa memegang tali dan tongkat dikanan dan kirinya. Sesekali
pandangan sinisnya memandang Atuk dan tersengih sengih mungkin menunjukkan
kekuasaannya. Tiada dialog antara kami dan Atuk hanya mendimkan diri. Badannya
penuh dengan duri-duri dan seakan jarum-jarum emas. Atuk masih tertanya ilmu
apakah ini sebenarnya yang terpenjara dalam tubuh nenek tua itu. Jika dilihat
rohaniahnya sebenarnya sedang menderita kesakitan. Dikurung dan diikat kaki dan
tangannya seperti seorang tawanan dan hamba abdi kepada jin dan syaitan ini. Atuk
mengundurkan diri dan pulang kembali ke alam nyata.
Atuk menghubungi kembali sahabat Atuk itu dan memintanya
solat hajat dan dihadiahkan untuk neneknya dan minta dia untuk membaca yassin 7
mubin dengan caranya sekali. Selain itu Atuk minta dia untuk perbanyakkan
membaca fatihah dan 3 Qul dan dihadiahkan kepada neneknya sebagaimana yang
diajar oleh guru Atuk, Haji Ismail. Selain diberikan air yang telah dibacakan
ayat2 syifa sekiranya mampu diberi minum. Atuk sendiri sebenarnya tidak pasti
adakah itu akan membantu neneknya nanti. Pada malam yang dijanjikan sekali lagi
Atuk juga duduk bermeditasi setelah turut membacakan yassin 7 mubin untuk
ditujukan pada neneknya. Atuk kembali lagi ke rumah tersebut. Kali ini nenek
tua itu tidak ada, yang ada makhluk hitam besar dan berbulu yang berada
disampingnya. Berlakulah sedikit perbualan antara kami.
Atuk : Assalammualaikum
Makhluk Hitam : hmm..hmmmmm
Dia tidak menjawab soalan Atuk hanya berdehem dan
mengelengkan kepalanya. Menandakan dia tidak mampu menjawab salam itu dan
menunjukkan dia bukan beragama islam.Atuk pun menyambung perbualan Atuk
Atuk: Selamat malam
Makhluk hitam : Selamat Malam
Kedengaran suaranya agak kasar menjawab. Dalam kegelapan
suasana itu Atuk sebenarnya tidak dapat melihat matanya kerana semuanya
berwarna hitam dan besar serta tidak berapa jelas.
Atuk: Sudah lamakah kamu disini sebenarnya
Makhluk Hitam : Sudah berpuluh tahun aku bersamanya. Dia
adalah aku dan aku ada lah dia.
Atuk tersenyum mendengar kata-katanya.
Atuk :Masakan mungkin kamu adalah dia dan dia adalah kamu.
Kamu sudah memperdayakan dirinya dan menahan rohaniahnya sebagai hamba abdi
kamu selama ini. Dan kamu masih menyeksakan jasadnya ini..
Makhluk Hitam : Inilah perjanjian kami dan harganya.
Makhluk tersebut tersenyum dan menyeringai.
Atuk: Baiklah begini, aku datang ingin memohon agar kamu
bekerjasama. Sudikah kiranya kamu melepaskan dia dan aku berikan kamu pampasan
dan gantiruginya.
Makhluk Hitam : Apa yang boleh kamu berikan.
Kelihatan seakan-akan dia memberikan kerjasama dan berminat
dengan tawaran yang cuba Atuk berikan. Ketika itu Atuk tidak terfikir tentang
nenek tua yang Atuk nampak sebelum ini. Setelah dia bersetuju dengan syarat dan
pampasan Atuk kepadanya, Atuk pun meminta dia pulang ke tempat asalnya dan
kelihatan seperti dia sudah pulang ke tempatnya. Maka bagi Atuk perkara ini
sudah berakhir. Keesokkan harinya Atuk menelefon semula sahabat Atuk ini dan
bertanya keadaan neneknya. Katanya neneknya seperti meracau-racau dan memanggil
namanya meminta dan merayu pertolongan. Pada hemat Atuk masalah ini mungkin
lebih panjang lagi kisahnya.
Entah bagaimana Atuk tertidur tengahari ahad itu. Mungkin
keletihan melayan anak Atuk bermain selain memikirkan apakah jalan dan caranya.
Atuk meminta sahabat itu untuk terus bersolat hajat dan cukupkan bacaan yassin
7 mubin untuk neneknya. Sebenarnya Atuk sendiri tak tahu bagaimana lagi untuk
membantunya kerana cubaan kali pertama malam semalam gagal.
Tiba-tiba Atuk rasakan pandangan Atuk dibawa ke suatu tempat
seperti di dalam sebuah bilik yang besar dan mengandungi perabot lama seperti
dalam filem hitam putih zaman P.Ramlee dulu. Atuk melihat ada seorang wanita
cantik berusia dalam lingkungan awal 20 an sedang berdandan di hadapan cermin.
Rambutnya disanggul rapi dan bibirnya dioles dengan perwarna bibir berwarna
merah. Almari soleknya berwarna hitam dan terdapat beberapa laci. Atuk
ternampak sanggulnya berwarna kuning keemasan mungkin tembaga yang disalut dan
dia memakai kebaya. Dia melihat wajahnya dicermin dan tersenyum puas melihat
keindahan wajahnya. Tapi sebenarnya terdapat makhluk hitam yang Atuk jumpa
sebentar tapi seperti membelai-belai wajahnya. Kadang makhluk itu menjilat
seluruh tubuhnya membuatkan Atuk terasa sedikit jijik. Jika manusia tahulah
dengan siapakah mereka lakukan perjanjian dan sejijik manakah perbuatan itu
pasti mereka tidak akan terjebak dengan perbuatan seperti ini.
Tiba-tiba Atuk tersedar bila anak kecil Atuk merengek
meminta susu. Ketika itu Atuk menghubungi guru Atuk Datuk Raden Sandhi secara
ghaib dan meminta bantuannnya untuk menangani masalah sahabat Atuk ini.
Mujurlah guru Atuk sudi membantu kerana cucu nya ini ingin membantu sahabat
yang sedang bermasalah itu. Setelah kami berbual dan berbincang Datuk Raden
juga cuba mencari di dalam pandangannya apakah sebenarnya masalahnya. Mengapa
kaedah pertama itu gagal sedangkan makhluk itu telah berjanji untuk pulang.
“Cucu, Datuk melihat kiranya masih ada barang yang menjadi
perantara dalam perjanjian tersebut. “ Kata Datuk Raden.“Barang? Apakah barang
tersebut wahai Datuk?” Atuk pun termangu-mangu apakah sebenarnya yang menjadi
perantaranya.
“Rasanya seperti cucuk sanggul. Cubalah cucu melihat sendiri
dalam pandangan kamu adakah seperti apa yang aku nampak ketika ini?”
Atuk teringat gambaran yang Atuk nampak sebelum ini tentang
seorang wanita muda yang bercucuk sanggul dan almari solek berwarna hitam. Atuk
bertanya pada Datuk Raden adakah benar seperti yang Atuk mimpikan itu. Atuk pun
menceritakan ciri-cirinya. Datuk Raden terus berkata “Benar jua apa ilham yang
didatangkan dalam mimpi mu itu cucuku”.. Atuk pun menghubungi sahabat Atuk dan
memintanya mencari barang yang dimaksudkan itu. Sahabat Atuk itu mengiyakan
dirumah lama neneknya memang terdapat meja solek lama berwarna hitam.
Keesokkanya sahabat tersebut menghubungi Atuk dan mengatakan dia sudah jumpa
cucuk sanggul yang dimaksudkan itu. Cucuk Sanggul itu akan dibawa pulang ke
Penang ini dan satu pertempuran baru akan bermula.
Macam biasa setelah mendapat barang yang disebutkan oleh
guru Atuk tersebut maka Atuk pun memulakan acara kunci mengunci makhluk yang
menjaga barang tersebut. Apabila scanning dengan 7 skala rector Atuk lakukan
maka sah lah nenek sahabat Atuk ini sewaktu mudanya telah berjumpa seseorang
yang mengamalkan ilmu hitam dan beliau meminta bomoh tersebut agar dirinya
sentiasa cantik dimata orang. Dengan dibekalkan cucuk sanggul tersebut maka
nenek itu pun mendapatlah apa yg beliau idamkan berserta dengan bonus sekali..
jin hitam mcm beruk untuk dibela dan akibatnya memakan diri nya sendiri.
Nak dipendekkan cerita berlakulah pertempuran antara Atuk
bersama rijalul ghaib dan bodyguard2 Atuk dengan makhluk buruk, huduh mcm
tungkik tu dan terjadilah penyembelihan, penyincangan dan siat lapah semua
skali beserta penanaman di sana sini oleh rijalul ghaib yang sentiasa berjuang
dengan Atuk melawan ancaman jin dan syitan ke atas manusia yang tak pernah
berhenti itu samapai hari kiamat. Akhirnya cucuk sanggul yang membawa
malapetaka kepada nenek sahabat Atuk itu Atuk rendam dengan air garam kasar
yang dicampur dalam air yg telah dibacakan ayat pemusnah sihir dan ayat melebur
syaitan dan jin lalu Atuk bawa naik feri pulau pinang dan terjun lah ia ke laut
semasa feri betul2 berada di tengah-tengah Selat Melaka. Berakhir la riwayat
dan gah nya syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia itu. Mcm mana dia nak
merubah rupa nenek tua supaya cantik sedangkan dia sendiri huduh, berbulu, mcm
monyet serta busuk hanyir. Kadang2 Atuk tak faham dengan manusia yang tak
pernah bersyukur dengan kesempurnaan yang Allah telah berikan dan masih tak
puas dengan keadaan dirinya sendiri. Sedangkan kalau difikirkan apabila bangun
dari tidur dipagi hari sejuta kesyukuran yang kita panjatkan kerana kemurahan
Allah meminjamkan masanya untuk kita hidup lagi sehari dan meminjamkan kita
untuk menikmati udara segar yang mengisi jantung dan paru2 kita yang menjadikan
kita dapat hidup di dunia yang sementara ini
No comments:
Post a Comment