Showing posts with label jin. Show all posts
Showing posts with label jin. Show all posts

Wednesday, February 25, 2015

SANTAU LAHABAU ATAS PAGAU

Assalamualaikum wbt. Sidang jumaat yang dihormati sekalian, bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama2 berhimpun dihari yg mulia ini di dalam rumah Allah yang serba indah ini.. Haa tu kata2 dr naskah khutbah jumaat yg Atuk rembat dalam raga motor pak imam td. Confirm jd lain la khutbah jumaat korang ari jumaat ni sbb pak imam x jumpa cari. Nak gi pejabat agama ambik yg lain jauh, nak wassap pak imam x reti nak guna lak.. sbb handphonenya  nokia 33 sekupang (3310) jer.


Badan Atuk ni x berapa nak sihat pun. Dah seminggu lebih gatal2 satu badan sampai merenyam rasa satu badan. Kalau ada kukur kelapa antik ni memang Atuk cabutkan n buat garu belakang atuk. Baru lega rasanya. Tapi bila mula rasa gatal merenyam tu Atuk dah dapat amaran awal dah apa benda yang jadi tapi saja Atuk wat x kisah sebab dah biasa sangat Atuk kena serangan mentera asyik dan syahdu ni. Dugaan dariNya lg Atuk takut dr yg mcm ni. Yg sebenarnya ia ada kena mengena dengan  beberapa org yg Atuk tolong sebab kena sihir yg memacam cara dan x putus-putus. Sampaikan ada sms dan email yang atuk x dapat nak jawab sebab kdg2 Atuk rasa merenyam2 lain mcm dibuatnya. Macam2 ubat dah Datin Paduka suruh Atuk makan tp semua x jalan. Tapi mengkalau nak ngalah x de la cuma Atuk kena bagi pengeras buku bertemu ruas je lah pada benda2 n org2 n jin2 yg mcm ni. At least dgn sakit gatal yg mcm ni byk gak dosa2 Atuk yg sebelum ni luruh..   


Atuk bukan pernah ada alahan apa2 pun cuma Atuk allergic pada bau ketiak hangit org jer. Klu yg tu pening kepala Atuk n muntah2 Atuk dibuatnya. Yg lain tu takde rasanya cumanya arwah mak Atuk dulu pesan jangan sesekali makan ikan tapah yg seakan-akan ikan patin tu sebab katanya "keturunan kita x boleh makan ikan tapah". Jadi maknanya Atuk ni pun ada darah keturunan pak kaduk naik junjung la tu. Tu sbb Atuk  x boleh makan ikan tapah. Dah la Atuk ni jenis kemaruk makan ikan sungai masak tempoyak, klu makan sampai tak nampak mak mertua lalu kut belakang kata orang California. Kalau termakan ikan tapah alamatnya Atuk kena pergi ke Lambor Kanan, parit, Perak la utk cari pemegang ketulan emas yg dah dijadikan kerongsang utk minum air rendaman emas tu yg dikhabarkan keluar dr perut ikan tapah yang di belah perutnya oleh pak kaduk.



 
Atuk dapat rasakan ada diantara bekas2 penyihir yg pernah Atuk belasah cuba nak balas dendam dengan mengantar benda2 miang dan gatal ni. Tp Atuk x tau la dr sapa. Sebab x ensem kut tu yg Atuk maleh nak ambik tau tu. Tup Tup member Atuk bgtau akak dia yg Atuk tolong tu kena batuk berdarah. Confirm la ilham yg Atuk dapat tu bernar lagi terang dan bersuluh. Jelas sekali permainannya terlihat bagaikan meneropong melalui spender yg koyak rabak..
Santau usik mengusik ni bukannya org lain dalam kluarga diaorg pun. Tp dunia punya pasal semua pertalian darah dah x de harga pada mereka. Kdg2 darah daging sendiri pun sanggup disihir, disaman di mahkamah n mcm2 lagi. Berebut semua akan duniawi yg nak dirasai sementara ni smpai x nampak harta akhirat yg patut dikejar sbb selamanya nak dok sana nanti. X la pulak nak diantar direct kat Atuk santau ni. Dia bagi sipi2 jer. Klu direct senang la mau cerita. Ni sipi2 ni mcm baling taik kt org, taik lekat kat tgn sendiri jer.


Apokobondo eh santau ni? 

Santau ni terdiri dari rangkaian 3 unsur iaitu ramuannya, Sihirnya dan Makhluk halus. Asal Santau ni adalah dr negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia termasuk juga di bahagian selatan negara China. Dan ia tidak diamalkan oleh masyarakat Arab ,Timur tengah, Afrika dan lain-lain. Mereka lebih menggunakan kaedah sihir lain yang dipanggil voodoo. Santau dianggap seperti alat permainan masyarakat di sesetengah tempat. Di mana dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana keampuhan ilmunya. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah perkasa)  seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah dengan santau. Tapi apasal Arnold Schwarzenegger sapa pun x boleh santau... Tu ATuk malas nak jawab, korang jawab la sendiri.



Santau ni jugak salah satu dari cabang sihir jugak sebab ianya melibatkan ilmu hitam dan makhluk halus. Santau ni juga ada beberapa jenis yg Atuk tau dan grednya

1) Santau Angin: Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa. Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena santau tersebut. Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.

 
Bagaimana santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui celah kuku tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan stok santau diaorg untuk memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku diaorg sebelum membuangnya di khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari busuk-busuk pun mau lekat 20 mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa la sekali jalan. Ini biasanya dibuat oleh org2 yg belajar ilmu santau sbb biasanya sekali dalam setahun dia kena santau org lain sbb klu x dia kena balik.

Dengan melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis kenduri dan sebagainya. 


2) Santau Tuju : Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang yang dituju memang akan terkena kalau benteng diri x kuat. insyaAllah jika dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Penyantau tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada 7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka, penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang. Yang ni digunakan utk balas dendam biasanya. Tp mcm yg slalu diperkatakan org lah… yahudi2 dan kafir2 ni x mau nya kena santau sbb ada filter khinzir dlm badan diaorg. Bila jus2 khinzir ni ada, santau x mau masuk.


3) Santau Makan & Minum: Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak memegang bekas yang berisi makanan/minuman, bekas yang hendak dipegang meletup atau pecah mcm masa Atuk dok pekena the Tarik kat kedai mamak di sunway dulu. Mamak letak cawan je psuing n trus pecah gelas Atuk. Kdg2 boleh dilihat dalam makanan/minuman tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca berkilat dalam pinggan, miang2 buluh, paku2 berkarat dsb. Tempat biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.


4) Santau Langkah: Biasa berlaku di tempat kerja atau rumah di mana orang yang mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini di pintu sambil menyebut nama mangsa yg hendak dituju.. Ada juga santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat/penganiaya ini melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui kemasukan dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah .... 
 
Santau ini sekarang boleh dijual beli, contohnya pembuat santau ini akan menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar dari penternak bagaimana nak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun pun boleh belajar .... Kalau dikomersialkan lagi blh jd sumber pendapatan yg lumayan ni. Silap2 dah ada jual online apa.


Santau ini ada gred tersendiri, jika gred yang tinggi kesan pada mangsa seperti muntah darah yang banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa maut, dan ada yang gred rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma, kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin = 9 anak jin dan syaitan. Jenis mangsa serangan santau ini terdiri daripada orang yang beramal soleh atau orang yang  baik2. Tp kalau korang kena santau jgn lak perasan soleh yer kalau hidup korang lg jahat dr ifrit.


Kenapa syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak mengikut perintah Allah Ta'ala? Syaitan atau jin tidak akan menyusahkan mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini tidak akan menyakiti atau mengganggu manusia yang sudah buat maksiat atau tidak bermoral kerana mereka  memang dah dihanyutkan oleh makhluk-makhluk ini dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Cuba pergi disko, ada tak orang kena santau kat situ ... jawapannya, tiada .... cuba pergi ke masjid ada tak orang kena santau kat situ jawapannya ada. Ada orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah , itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah .... Syaitonirrojim..



Apokobondo ado dalam santau tu?

- Air ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
- Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung, jantan miang je x leh masuk.
- jelaga pelita minyak tanah, 
- Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis - katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
- Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
- Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
- Rambut
- Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
- Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli - Aborigines people - yang tahu sebab mereka cari dalam hutan

Bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya, Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena. Tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kongkang (mati beragan), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis Hantu Raya class A. Barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain. Kadang-kadang, ada juga yang menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain. Ia (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa)  akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.


Bila dah terkena santau ni, efeknya boleh dating serta merta. Antara tanda2 org yg kena santau ialah  batuk yang berterusan  walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada yang 24 jam (macam batuk anjing), muntah darah, rasa tercucuk-cucuk dalam badan seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin, syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap (klu kaya tu bkn la), lumpuh ( yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung, serta jadi gila, memah tenaga batin, kudis (biasanya ramuan santau ini boleh didapati dari kepulauan Borneo), sedih, takut, malas, fikiran tidak tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai) n sakit perut dan sakit belakang.


 Akibatnya santau ini boleh merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram), merosakkan rumah tangga, merosakkan organ dalaman n merosakkan fikiran dan akhirnya membawa maut. Tanda fizikal mangsa santau adalah warna kebiru-biruan (biru kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan berlubang.  


Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelum ni, ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau  menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot. Ngeri wooooo


Terdapat pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:

Dengan cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan. Untuk minum carilah gula batu sebesar ibu jari tangan, daun dukung anak (hijau) secekak bersama dengan akar sekali, daun pengaga secekak dengan akarnya sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun daun yang bulat lebar pegaga batas.)dan tebu 3 ruas dibuang kulit dan ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi kalau tiada boleh guna tebu biasa). 

Semua bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang yang tidak ada penyakit kencing manis.


Untuk ubat makan pulak carilah madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang), beras pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk, halia muda 3 sudu yang diracik halus dan dipotong dadu dan gula pasir 2  sudu. Semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan beras pulut juga.



Sebagai ubat penahan sakit  carilah kelapa muda (apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning kerana dalam alam ghaib seperti pokok ciku, pokok buluh kuning adalah tempat tinggal makhluk halus, air, sirih, gambir, kapur makan dan buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi  biji pinang, sekapur, akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Lepas rebus bacalah doa2 ni:

- surah al lahab penuh, - suarh al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan saja.
 - surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ... dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.
 - surah hud ayat 44. 

Bila kena santau n rasa sakit dada cari - jintan putih 1/2camca, jintan manis ½ camca, kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji. Semua bahan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan petang. Apabila pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih, jarakkan  atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.

Jika kesemua bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.

Sebagai amalan pelindung diri dari santau amalkan sentiasa menjaga solat dan amalan fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam serta berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya. Setiap amalan hendaklah membaca al quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan sebagainya.  Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An Nas), Ayatul Kursi, Doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun fil ardhi ... sampai habis) atau lebih senang bismillah 4/5.  Melazimkan diri membaca ketika doa sebelum makan dan minum, sebelum  keluar rumah , lazimkan juga membaca 2 ayat terakhir dari surah at taubah (ayat 128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang lain.


Taktik nak kesan atau confirmkan korang kena santau atau tak ialah dengan cara bila hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami ada bersangkut paut dengan santau. Jadi,segera dapatkan rawatan yang sewajarnya. Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit, gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Renung-renungkan dan selamat beramal..

Monday, September 22, 2014

Merentang Benang Menjadi Bendang



Salamun qaulam mirrobbir rohim. Assalamualaikum wbt. Dah lama Atuk tak merapu kat blog ni. Nasib baik sarang labah2 tak penuh. Maklumlah Atuk sibuk ngukir laa ni dengan mesin Dremel baru Atuk yg ngabihkan 1/10 dari gaji Atuk. Dah minat punya pasal Atuk redha jer. Byk juga dah jasanya pada Atuk walau baru je beli.

 

Tapi kisah kali nix de kena mengena dgn mesin Dremel Atuk.. Apatah lagi kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Atuk saja merapu waktu ptg2 cenggini sbb perut dah kenyang mkn nasik lauk sup ngan ikan grg sambal. Sambil kena gudang garam best jugak merapu tahap mengakarung berak kerang ni.

 

Alkisahnya ada anak buah Atuk yang ngadu rumah mak mertuanya sering terjadi gangguan sampai sakit mak mertua beliau dibuatnya. Mula2 kenal Atuk dulu mamat ni suka sengih jer. Dah kenal ATuk rapat baru dia berani nak bercerita kisah suka dukanya bila dia balik kgnya yg penuh dgn misteri dan mistik. Yang x bestnya boleh dia nak test ilmu Atuk padahal pada ATuk ni ilmu Allah semata2 sdgkan ATuk hanya dipinjamkan sekejap jer utk manfaatkan dlm masa sesingkat hidup ni sbg bekalan di mahsyar nanti.Bila dia cerita masalah rumah mak mertuanya bermasaalah je terus Atuk tercegat depan rumah tu dengan di bentengi pokok pisang belah kiri dan padang lalang belah kanan. Bila dia Tanya Atuk Nampak x rumah tu Atuk ceritakanlah apa yg ATuk Nampak. Terus mata dia mengembang besar bola golf sebab dia x pnah bwk ATuk balik kg makan ikan bakar cicah budu pong tp ATuk dpt terangkan keadaan umah tu. Dia x puas hati dia Tanya surau kg dia kat mana lak. Sdgkan tok bilal surau tu pun Atuk x kenal xkan Atuk tau pulak kan tempatnya. Maka dengan izin Allah dan selmba rocknya ATuk bgtau jarak surau tu dgn rumahnya dgn alunan lagu lena diulit intan. 

 

Dalam pada dok tgk surau kat mana tu. Atuk terpandang sebuah rumah kat area tu yg terang bercahaya walau disiang hari. Siapakah gerangan empunya rumah ini? Ini lah rumah salah seorang murid dari perguruan Tok Kenali Rohimahullah.. Byk ilmu dari sanad Tok Kenali yang disimpannya.. 

 
Maka lepas mendengar pemandangan hasil penerawangan Atuk tadi maka anak buah Atuk cukup berpuas hati lalu dia mintak tlg Atuk tgk apa gangguan yg ada di rumah tersebut. Maka Atuk terangkan bahawa suatu ketika dulu tempat tu adalah tempat fevret R&R bomoh melayu sbb byk busut jantan terdapat ditanah tu so diaorg selalu buang benda2 yg menganggu org kat tanah tu. Bila diratakan utk dibuat rumah busut2 tu x kelihatan lagi namun penghuninya tetap bermastautin tanpa arah tujuan. Sbb tu selalu ada bayangan nenk kebayan dlm bilik mak mertuanya, hantu tanpa muka dlm bilik adik iparnya, dan makhluk2 yang bergantungan di dinding2 bilik rumahnya. Atuk berjanji bila ada kelapangan dan dan kesempatan Atuk akan laksankan tugas Atuk seperti yg dia mintak termasuk memagar dan membuang apa yg jiran dia dok tanam kat belakang rumah bawah asbestos tu..

Maka tiba malam yang menenangkan itu Atuk panggil semua rumpun Atuk sebab byk sgt yg terpaksa Atuk tangani lamaklumlah lubuk tempat buangan. Bila dah berkumpul semua rumpun Atuk maka Atuk tugaskan dua panglima rijalul ghaib utk ambik tanah haram utk dibuat pagar ke atas tanah ini supaya x masuk semula anasir2 lain serta sebarang hasad dengki sihir tak dapat masuk utk buat onar dan buat kek lak dimasa akan datang.

 

Maka bila rombongan cik kiah Atuk sampai kat umah tu maka perkara pertama yg Atuk buat ialah ATuk bg salam kat tuan rumah dan Atuk pun tebarkan benang dari Pedang Damascus ATuk dan ATuk pusingkan pedang tu dan Tarik hasil pancingan Atuk yg pertama tu yang merupakan 5 ekor jin hardcore yg menghuni tempat tu yg merupakan penunggu keris terbang, belaan bomoh siam tersohor, dan bermacam asal usul lagi yg x mampu Atuk terangkan kat sini.

Tu baru permulaan jer, jgn korang ingat dah abis. Tu baru Atuk tangkap yg hardcore2 je. Maka dari 5 ekor tu semuanya atuk masukkan dalam jala dan hantar ke dalam penjara bawah laut jer tanpa sempat beramah mesra sebab ramai ekor lagi dok nunggu giliran tu. Kali kedua ATuk tebar jala je sebab terlalu banyak yg berkeliaran kat luar tu yg juga merupakan saka2, khadam buangan dan bermacam2 jenis lg yang kesemuanya berjumlah 32 ekor. Oleh sebab terlalu ramai maka Atuk bakarkan jer semua tu kat dlm jala. Klu nak masukkan dlm penjara nanti diaorg kena buli lak n klu penjara penuh nanti xde tempat nak isi hasil tangkapan yg hardcore lak. 

 

Seterusnya Atuk masuk dlm rumah lak. Masa nil ah tuan rumah ternampak kelibat Atuk sebab Atuk menyelinap masuk dlm bilik dia sbb nak tangkap ketua persatuan hantu2 kat umah tu yg merupakan seorg nenek kebayan atau nenek tua yg Atuk sangkakan islam, rupanya tidak. Bila Atuk soal siasat rupanya dia ni milik tuan tanah asal yg meneroka tempat tu. Patutlah ketua, otai rupanya nenek ni. Dan satu persatu atuk kumpulkan dan terpaksa atuk pancung satu persatu sebab dah jadi buluh dah semuya. Klu setakat rebung2 tu blh lah jugak Atuk nak lentur2 n klu dah besar sikit blh Atuk wat sangkar burung Murai Batu Atuk. Ini termasuklah jin berupa beruk dan hantu tanpa muka dlm bilik adik ipar dia. Dah mcm kisah hantu Korean lak hantu2 dlm rumah ni Atuk tgk. Nasib baik diaorg tak bg salam kat Atuk sambal ckp saranghae..

Last sekali Atuk serkap seekor toyol yang tak bertuan yg suka sorok duit kat tempat dia melepak iaitu dalam nyiru atau tampi beras dan dalam periuk belanga besar yg tergantung kat dinding dan seekor hantu raya yg dok kat dapur Mungkin sbb dia suka mkn nasi sejuk kut..
 

Bila dah clear dlm umah Atuk gi clear bahagian blakang rumah lak. Part ni Atuk gi clearkan benda yg ditanam dalam tanah sbb org irihati sbb tuan tanah x bg org buat jalan kut. Atuk tgk ada tanah yg ditanam dlm kain merah dan berbau busuk dengan satu tulang pendek yg dipercayai tulang kerbau pendek… Maka Atuk bakarkan je dan Atuk zassss kan kepada tiga bahagian makhluk yg bergigi di dahi tu dan tanam kat gunung berapi. 
 

Bila dah selesai barangnya maka ATuk panggil lak tuan punya brg. Dah tua rupanya makcik ni tapi apasal la x hinsap2 lg makcik oi.. Tapi tgk pada keadaannya bkn main kuatlg org tuan ni. Maka dengan kedua tumit kaki atuk kuncikan pergerakannya sebab mana la tau kut2 dia naik hangin dan ditendangnya telur Atuk mau senak dibuatnya. Bil Atuk rapat jer ATuk tgk leher makcik ni senget sikit apasal ntah. Belum lg kena flying kick mambang di awan Atuk dah senget kepala.. Gerama punya pasal atuk zasss dulu kat makcik nit p x mati lg dia. Kebal jugak belaan dia ni sbb x putus abis. So atuk bersoal jawab la sekejap dgn makcik ni dan sempat jugak lah dia kena semburan cahaya malaikat sebagai amaran supaya x buat lg benda2 yg nyusahkan org ni. Klu ikutkan tgk mata makcik ni pun dah menakutkan tp x pulak dia nak pandang mata Atuk ni.. Mentang2 la Atuk x pakai mascara kut..

 

Bila dah settle haiwan2 ternakan tu Atuk angkut maka sampailah masa Atuk menarik dgn sepenuh aura air zam zam utk bersihkan sekitar rumah dan tanah tu agar tak dihuni oleh makhluk2 yang menyesatkan tu dan ATuk taburkan tanah haram di seluruh tanah tu agar tak dinganggu lagi. Dan pada masa tu Atuk ambik kayu manis sebanyak 4 bilah yang telah di isikan dgn ayat2 pemagar dan ATuk makrifatkan dgn pacakkan di empat penjuru tanah tu sebagai pagar. Oleh kerana ATuk buat dari jauh maka ATuk terpaksa lakukan sedemikian rupa.
 

Setelah selesai tugas ATuk malam tu barulah Atuk dan rombongan balik dan setelah selesai sujud syukur maka Atuk mengucapkan salam pada sekalian rumpun Atuk dan merelakan diaorg pergi sebelum ATuk pun nak smoking dan lena beradu kerana kepenatan beradu dalam malam yang kelam dengan merentangkan benang menjadi bendang..