Assalamualaikum
wbt. Sidang jumaat yang dihormati sekalian, bersyukur kita kehadrat Allah swt
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama2 berhimpun dihari yg mulia
ini di dalam rumah Allah yang serba indah ini.. Haa tu kata2 dr naskah khutbah
jumaat yg Atuk rembat dalam raga motor pak imam td. Confirm jd lain la khutbah
jumaat korang ari jumaat ni sbb pak imam x jumpa cari. Nak gi pejabat agama
ambik yg lain jauh, nak wassap pak imam x reti nak guna lak.. sbb
handphonenya nokia 33 sekupang (3310)
jer.
Badan
Atuk ni x berapa nak sihat pun. Dah seminggu lebih gatal2 satu badan sampai
merenyam rasa satu badan. Kalau ada kukur kelapa antik ni memang Atuk cabutkan
n buat garu belakang atuk. Baru lega rasanya. Tapi bila mula rasa gatal
merenyam tu Atuk dah dapat amaran awal dah apa benda yang jadi tapi saja Atuk
wat x kisah sebab dah biasa sangat Atuk kena serangan mentera asyik dan syahdu
ni. Dugaan dariNya lg Atuk takut dr yg mcm ni. Yg sebenarnya ia ada kena
mengena dengan beberapa org yg Atuk tolong sebab kena sihir yg memacam
cara dan x putus-putus. Sampaikan ada sms dan email yang atuk x dapat nak jawab
sebab kdg2 Atuk rasa merenyam2 lain mcm dibuatnya. Macam2 ubat dah Datin Paduka
suruh Atuk makan tp semua x jalan. Tapi mengkalau nak ngalah x de la cuma Atuk
kena bagi pengeras buku bertemu ruas je lah pada benda2 n org2 n jin2 yg mcm
ni. At least dgn sakit gatal yg mcm ni byk gak dosa2 Atuk yg sebelum ni
luruh..
Atuk
bukan pernah ada alahan apa2 pun cuma Atuk allergic pada bau ketiak hangit org jer.
Klu yg tu pening kepala Atuk n muntah2 Atuk dibuatnya. Yg lain tu takde rasanya
cumanya arwah mak Atuk dulu pesan jangan sesekali makan ikan tapah yg
seakan-akan ikan patin tu sebab katanya "keturunan kita x boleh makan ikan
tapah". Jadi maknanya Atuk ni pun ada darah keturunan pak kaduk naik
junjung la tu. Tu sbb Atuk x boleh makan ikan tapah. Dah la Atuk ni jenis
kemaruk makan ikan sungai masak tempoyak, klu makan sampai tak nampak mak
mertua lalu kut belakang kata orang California. Kalau termakan ikan tapah
alamatnya Atuk kena pergi ke Lambor Kanan, parit, Perak la utk cari pemegang
ketulan emas yg dah dijadikan kerongsang utk minum air rendaman emas tu yg
dikhabarkan keluar dr perut ikan tapah yang di belah perutnya oleh pak kaduk.
Atuk
dapat rasakan ada diantara bekas2 penyihir yg pernah Atuk belasah cuba nak
balas dendam dengan mengantar benda2 miang dan gatal ni. Tp Atuk x tau la dr
sapa. Sebab x ensem kut tu yg Atuk maleh nak ambik tau tu. Tup Tup member Atuk
bgtau akak dia yg Atuk tolong tu kena batuk berdarah. Confirm la ilham yg Atuk
dapat tu bernar lagi terang dan bersuluh. Jelas sekali permainannya terlihat
bagaikan meneropong melalui spender yg koyak rabak..
Santau
usik mengusik ni bukannya org lain dalam kluarga diaorg pun. Tp dunia punya
pasal semua pertalian darah dah x de harga pada mereka. Kdg2 darah daging
sendiri pun sanggup disihir, disaman di mahkamah n mcm2 lagi. Berebut semua
akan duniawi yg nak dirasai sementara ni smpai x nampak harta akhirat yg patut
dikejar sbb selamanya nak dok sana nanti. X la pulak nak diantar direct kat
Atuk santau ni. Dia bagi sipi2 jer. Klu direct senang la mau cerita. Ni sipi2
ni mcm baling taik kt org, taik lekat kat tgn sendiri jer.
Apokobondo
eh santau ni?
Santau
ni terdiri dari rangkaian 3 unsur iaitu ramuannya, Sihirnya dan Makhluk
halus. Asal Santau ni adalah dr negara-negara Asia Tenggara seperti
Indonesia, Malaysia termasuk juga di bahagian selatan negara China. Dan ia
tidak diamalkan oleh masyarakat Arab ,Timur tengah, Afrika dan lain-lain.
Mereka lebih menggunakan kaedah sihir lain yang dipanggil voodoo. Santau dianggap
seperti alat permainan masyarakat di sesetengah tempat. Di mana
dalam sesebuah kampung jika ada seorang yang gagah perkasa atau
yang mempunyai sesuatu bidang ilmu yang tinggi seperti ilmu agama dan
lain-lain, para penyantau suka mencuba atau hendak menguji sejauh mana keampuhan
ilmunya. Bagi orang yang mempunyai ilmu kebal (yang dikatakan gagah
perkasa) seperti pahlawan dan sukar untuk ditandingi oleh
orang biasa, lazimnya tubuh badan mereka atau kekebalan mereka akan kalah
dengan santau. Tapi apasal Arnold Schwarzenegger sapa pun x boleh
santau... Tu ATuk malas nak jawab, korang jawab la sendiri.
Santau
ni jugak salah satu dari cabang sihir jugak sebab ianya melibatkan ilmu hitam
dan makhluk halus. Santau ni juga ada beberapa jenis yg Atuk tau dan grednya
1)
Santau Angin: Cara ia disebarkan melalui angin. Pembawa santau ini akan
membawa santau mereka berjalan dikhalayak ramai, santau ini akan mengikut
arus angin dari pembawa (arus angin dari belakang ke hadapan pembawa) dan
mengenakan mangsa yang berdiri berhadapan (face to face) dengan pembawa.
Sekiranya mangsa membelakangi pembawa santau, insyAllah tidak akan terkena
santau tersebut. Untuk santau angin biasanya, amat bahaya jika ramai orang yang
berhadapan (face directly ) dengan pembawa santau ini kebanyakannya
semua akan terkena termasuklah haiwan. Nauzubillah. Hanya insan yang
beramal soleh dan mengamalkan doa pelindung diri, yang mana Allah
hendak melindunginya,lnsyAllah akan dilindungi oleh Allah Ta'ala.
Bagaimana
santau ini dibawa? Pembawa santau ini akan membawa santau ini melalui
celah kuku tangan mereka. Di kediaman, pembuat santau akan memasukkan dahulu
jejari tangan mereka ke dalam bekas simpan stok santau diaorg untuk
memasukkan santau ke dalam celah-celah kuku diaorg sebelum membuangnya di
khalayak ramai. Kapasiti bagi jentikan 1 Jari busuk-busuk pun mau lekat 20
mangsa, kalau 10 jari dah ada 200 mangsa la sekali jalan. Ini biasanya
dibuat oleh org2 yg belajar ilmu santau sbb biasanya sekali dalam setahun dia
kena santau org lain sbb klu x dia kena balik.
Dengan
melalui arus angin dan memasukkan santau ke dalam jejari tangan, biasanya
pembawa santau ini akan menyebarkan atau membuang santau mereka ini dengan
kaedah menjentik-jentik jejari mereka di kawasan umum atau bila mereka
ketawa, mereka akan membuka seluas-luasnya mulut mereka sampai boleh
terlihat lelangit & bahagian tekak mereka, itu juga adalah salah
satu cara mereka mengenakan santau. Tempat biasa untuk sebaran atau
dibuang santau seperti di pasar tani, pasar malam, restoran, majlis
kenduri dan sebagainya.
2) Santau
Tuju : Ditujukan kepada seseorang. Biasanya jika terkena pada orang
yang dituju memang akan terkena kalau benteng diri x kuat. insyaAllah jika
dapat dielak ia akan terkena pada orang yang rapat dengan mangsa. Penyantau
tujukan santau tersebut dengan mengambil pakaian mangsa iaitu dengan
mengetahui tarikh lahir mangsa. Contohnya, dari situ penyantau akan membuat
kira-kira di mana mereka akan mencari kelemahan mangsa dalam 1 minggu ada
7 hari, jadi dalam 7 hari salah satu hari akan ada kelemahan berdasarkan
dari tarikh lahir. Bila penyantau sudah dapat mengesan kelemahan mereka,
penyantau akan menggunakan hari kelemahan mangsa tersebut untuk menyerang.
Yang ni digunakan utk balas dendam biasanya. Tp mcm yg slalu diperkatakan org
lah… yahudi2 dan kafir2 ni x mau nya kena santau sbb ada filter khinzir dlm
badan diaorg. Bila jus2 khinzir ni ada, santau x mau masuk.
3) Santau
Makan & Minum: Ia dimasukkan ke dalam makanan dan minuman. Biasanya
jika mangsa selalu mengamalkan amalan pendinding diri dengan izin Allah
Ta'ala, dapat mengesan santau tersebut contohnya apabila mangsa hendak
memegang bekas yang berisi makanan/minuman, bekas yang hendak dipegang meletup
atau pecah mcm masa Atuk dok pekena the Tarik kat kedai mamak di sunway dulu.
Mamak letak cawan je psuing n trus pecah gelas Atuk. Kdg2 boleh dilihat dalam
makanan/minuman tersebut mempunyai rambut-rambut yang halus (seperti
rambut orang lelaki yang baru gunting rambut), serpihan-serpihan kaca
berkilat dalam pinggan, miang2 buluh, paku2 berkarat dsb. Tempat
biasanya dalam jamuan kenduri kendara atau kedai makan dan sebagainya.
4) Santau
Langkah: Biasa berlaku di tempat kerja atau rumah di mana orang yang
mempunyai hasad dengki dan sebagainya akan menaburkan bahan-bahan santau ini
di pintu sambil menyebut nama mangsa yg hendak dituju.. Ada juga
santau yang dimasukkan ke dalam perigi dan lain-lain. Ia untuk ditujukan kepada
seseorang dan terdapat pelbagai kaedah cara untuk pembuat/penganiaya ini
melakukan santau. Tapi santau hanya akan kena pada mangsa melalui kemasukan
dalam mulut (makan, minum, angin ) , pijak langkah ....
Santau
ini sekarang boleh dijual beli, contohnya pembuat santau ini akan
menternak santau ini secara komersial dan akan menjual kepada sesiapa yang
berminat untuk mendapatkannya atau pembeli boleh mengupah penyantau untuk
menyantau mangsa. Pembeli juga boleh hanya membeli santau saja dan belajar
dari penternak bagaimana nak menyantau orang, walau budak umur 12 tahun
pun boleh belajar .... Kalau dikomersialkan lagi blh jd sumber pendapatan
yg lumayan ni. Silap2 dah ada jual online apa.
Santau
ini ada gred tersendiri, jika gred yang tinggi kesan pada mangsa
seperti muntah darah yang banyak dan kritikal dan berkemungkinan membawa
maut, dan ada yang gred rendah tapi kesan untuk jangka panjang ialah
mangsa akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit asma,
kanser,gatal-gatal yang sukar diubati, dan sebagainya. Dan menyebabkan
terjadinya SAKA, sebab jin-jin & syaitan-syaitan yang berada dalam
santau masuk ke dalam badan mangsa akan cepat membiak, nisbah bagi manusia
melahirkan anak 1 orang = 1 bayi, tapi jin dan syaitan: seekor jin = 9 anak jin
dan syaitan. Jenis mangsa serangan santau ini terdiri daripada orang yang beramal
soleh atau orang yang baik2. Tp kalau korang kena santau jgn lak perasan
soleh yer kalau hidup korang lg jahat dr ifrit.
Kenapa
syaitan atau jin tidak mengganggu orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak
mengikut perintah Allah Ta'ala? Syaitan atau jin tidak akan menyusahkan
mengganggu merosakkan sebangsa dengan mereka, jadi makhluk-makhluk ini
tidak akan menyakiti atau mengganggu manusia yang sudah buat maksiat atau
tidak bermoral kerana mereka memang dah dihanyutkan oleh makhluk-makhluk
ini dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Ta'ala. Cuba pergi disko,
ada tak orang kena santau kat situ ... jawapannya, tiada .... cuba pergi
ke masjid ada tak orang kena santau kat situ jawapannya ada. Ada
orang-orang yang kuat beramal pergi masjid jalankan perintah Allah ,
itulah musuh syaitan, jin wal iblis laknatullah .... Syaitonirrojim..
Apokobondo
ado dalam santau tu?
- Air
ulat sintuk (ulat gonggok yg berwarna kehitam-hitaman)
- Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung, jantan miang je x leh masuk.
- jelaga pelita minyak tanah,
- Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis - katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
- Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
- Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
- Rambut
- Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
- Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli - Aborigines people - yang tahu sebab mereka cari dalam hutan
- Segala jenis miang seperti miang buluh, miang jagung, jantan miang je x leh masuk.
- jelaga pelita minyak tanah,
- Hempedu katak puru (biasanya digunakan di kedah atau perlis - katak puru yang diambil dari atas pokok daun keladi yang layu yang terletak di sawah padi)
- Kaca dari botol-botol kaca atau kaca lampu (ditumbuk dan diayak dan diambil serbuk kaca yang halus)
- Kuku (dari manusia atau haiwan, dan sebagainya)
- Rambut
- Tali sabut (direndam selama 44 hari kemudian diracik halus-halus)
- Kacang babi (Wallahu alam tak tau rupa bentuknya tapi org Asli - Aborigines people - yang tahu sebab mereka cari dalam hutan
Bahan ini kalau terkena di kulit gatalnya, Nauzubillah, ada sampai terpaksa kena potong salah satu anggota badan yang terkena. Tembikar yang lama dan benda-benda yang kotor yang banyak jangkitan bakteria, tulang haiwan yang mati berangan seperti kongkang (mati beragan), beruang yang mana haiwan-haiwan tersebut mati yang menyeksa terseksa diri - biasanya jin yang tertempek pada haiwan-haiwan sedemikian yang digunakan ialah jenis Hantu Raya class A. Barang-barang yang gatal-gatal, sabut pada batang pokok enau, lipas dan lain-lain. Kadang-kadang, ada juga yang menggunakan kaedah santau ular, labah-labah,(menggunakan haiwan yang berbisa) dan lain-lain. Ia (bahan yang dibuat dari kulit, tulang, bisa) akan dihancurkan dan dibuat ramuan untuk santau.
Bila
dah terkena santau ni, efeknya boleh dating serta merta. Antara tanda2 org yg
kena santau ialah batuk yang berterusan
walaupun makan ubat hospital pun tak baik-baik dan gejala batuk pada
waktu-waktu tertentu seperti maghrib, pagi, tengah malam, nak subuh, ada
yang 24 jam (macam batuk anjing), muntah darah, rasa tercucuk-cucuk dalam badan
seperti ada jarum (di bahagian dada, sendi-sendi badan, peha, dan
kaki), demam panas, sakit kepala, lenguh atau lemah sendi dan anggota
badan, tiada selera makan ( kesannya jadi badan susut dan bila cuba nak
makan rasa nak muntah), susah nak tidur malam, kerap mengantuk di
siang hari, gatal-gatal badan, pemarah (sifat yang dibangkitkan oleh jin,
syaitan, iblis), pelupa, resdung, barah, kayap (klu kaya tu bkn la), lumpuh (
yang menyerang buah pinggang) dan ada yang sampai buat putus urat jantung,
serta jadi gila, memah tenaga batin, kudis (biasanya ramuan santau ini
boleh didapati dari kepulauan Borneo), sedih, takut, malas, fikiran tidak
tenteram (sehingga tidak boleh membuat keputusan dengan tepat dan hilang
keyakinan diri, suka bersendirian (tidak suka bergaul dengan orang ramai)
n sakit perut dan sakit belakang.
Akibatnya
santau ini boleh merosakkan rohani dan jasmani (rasa tidak tenteram), merosakkan
rumah tangga, merosakkan organ dalaman n merosakkan fikiran dan akhirnya
membawa maut. Tanda fizikal mangsa santau adalah warna kebiru-biruan (biru
kundang) di kuku tangan dan kaki, bibir, kelopak mata dan ada yang tahap
kritikal menjadikan paru-paru dan jantung bermasalah dan
berlubang.
Tidak ada perawat dapat memastikan dengan tepat berapa lama tahap santau sudah berada dalam badan pesakit tetapi berdasarkan pengalaman perawat santau, jika hanya bahagian dada saja berkemungkinan santau tersebut baru masuk mungkin tidak kurang dari satu atau dua minggu, kalau sudah sampai ke pinggang berkemungkinan sudah masuk dalam sebulan atau beberapa bulan ,kerana bila bahan santau dapat dikeluarkan dari badan pesakit dapat dilihat bahan tersebut masih baru dan bila dah sampai ke kaki berkemungkinan sudah beberapa tahun. Kalau yang dah lama bertapak, apabila keluar mungkin santau itu sudah menjadi hitam. Jika pesakit santau menggunakan X-ray, ia tak dapat dikesan tetapi jika pesakit itu terkena santau biasanya hasil filem x-ray tersebut di bahagian paru-paru akan menjadi gelap dan doktor gagal mengesan puncanya. Santau ini bila dah masuk ke dalam tubuh mangsa melalui mulut atau sebagainya, seperti yang diterangkan sebelum ni, ia akan menjadi racun masuk ke pembuluh darah seperti bagaimana masuknya gangguan jin dan syaitan termasuk sihir dan menyerap ke seluruh badan dan terus ke otak dan ada kesan santau menjadikan anggota badan seperti lidah menjadi pendek membuatkan mangsa tidak boleh bercakap, mulut menjadi herot, dan tangan menjadi merengkot. Ngeri wooooo
Terdapat
pelbagai kaedah digunakan untuk merawat sakit santau antaranya adalah:
Dengan
cara menggunakan ramuan herba dan madu untuk di buat minum dan makan.
Untuk minum carilah gula batu sebesar ibu jari tangan, daun dukung anak (hijau)
secekak bersama dengan akar sekali, daun pengaga secekak dengan akarnya
sekali (gunakan pengaga kampung yang jenis kecil-kecil bukan pengaga jepun
daun yang bulat lebar pegaga batas.)dan tebu 3 ruas dibuang kulit dan
ambil isinya dipotong kecil ( paling baik guna tebu hitam atau merah tapi
kalau tiada boleh guna tebu biasa).
Semua
bahan tersebut direbus dalam periuk dengan menggunakan 4 gelas air,apabila air
rebusan sudah tinggal dalam lebih kurang 2 gelas bolehlah dimatikan api
dapur dan dibuat minum, minum masa ia masih suam panas. Kemudian tambah
lagi gula batu dan air 4 gelas ke dalam bahan rebusan tadi untuk direbus
kali kedua. Air rebusan ini perlu diminum berterusan sehingga
badan sembuh. Antara khasiat meminum air rebusan ini ialah dapat
mencuci darah dan dapat kecutkan organ-organ dalaman yang luka terutama
bagi perempuan yang lepas bersalin. Air rebusan ini adalah bagi orang
yang tidak ada penyakit kencing manis.
Untuk
ubat makan pulak carilah madu lebah 3 sudu (elok madu lebah tualang), beras
pulut 3 suku cawan yang dibasuh dan dikeringkan dan ditumbuk, halia muda 3
sudu yang diracik halus dan dipotong dadu dan gula pasir 2
sudu. Semua bahan di campur dan kacau sebati. Dan dimakan sesudu
sejam sekali hingga habis.Jika tidak suka makan madu lebah boleh
kurangkan sedikit madu lebah tersebut dalam ramuan. la boleh disimpan di
dalam peti sejuk.Buat sehingga 7 kali. Ramuan ini tidak digalakkan
untuk pesakit yang menghidap menyakit asma atau lelah kerana ia
menggunakan beras pulut. Bagi pesakit yang mempunyai masalah sakit resdung
berkemungkinan apabila memakan ramuan ini akan keluar jerawat disebabkan
beras pulut juga.
Sebagai
ubat penahan sakit carilah kelapa muda
(apa saja jenis yang hijau) jangan gunakan kelapa gading atau kuning
kerana dalam alam ghaib seperti pokok ciku, pokok buluh kuning
adalah tempat tinggal makhluk halus, air, sirih, gambir, kapur makan dan
buah pinang muda (ambil isi putihnya) bagi biji pinang, sekapur,
akar pinang, dan akar pisang kelat secekak. Kesemua ramuan ini
direbus dan dibuat minum sebanyak 3 kali. Lepas rebus bacalah doa2 ni:
- surah
al lahab penuh, - suarh al-masadd ayat 1: - apabila sampai bacaan pada
akhir ayat ...' tab': disitu niatkan - Ya Allah berhentikan darah yg
keluar dari mulut si polan bin polan, sambil letakkan tapak tangan di
bawah halkum pesakit. Kalau yang berak berdarah letakkan tangan dibahagian
pinggul pesakit (niat pun sama cuma tukar bahagian dubur). Tetapi jika
pesakit tidak mahu disentuh tidak mengapa, cuma bacakan pada bahan ramuan
saja.
-
surah yassin ayat 38: sama juga jika sampai ayat dzhalika "tak" ...
dalam hati niat seperti dalam surah al lahab dan almasad.
-
surah hud ayat 44.
Bila
kena santau n rasa sakit dada cari - jintan putih 1/2camca, jintan manis ½ camca,
kayu manis 2 jari, dan biji buah pala 1 atau 2biji. Semua bahan direbus
dengan 3 cawan air hingga tinggal 1 cawan dan diminum pagi dan
petang. Apabila pesakit masih sakit, panas badan, dan berasa pedih, jarakkan
atau selangkan sehari amalan meminum ramuan tersebut, insyAllah.
Jika kesemua
bahan-bahan herba tidak boleh dimakan atau diminum memadai
dengan mengambil madu lebah 1/2 camca pagi dan petang dengan perut masih
kosong sebelum makan atau minum, dengan bacaan selawat dan doa, insyAllah
kerana madu lebah itu sendiri sudah diiktiraf dan diterangkan oleh Allah
Ta'ala dlm Al quran akan kebaikan dan khasiatnya.
Sebagai
amalan pelindung diri dari santau amalkan sentiasa menjaga solat dan amalan
fardhu yang wajib dan melakukan yang sunat seperti solat sunat malam serta
berzikir, membaca Al Quran, dan sebagainya. Setiap amalan hendaklah membaca al
quran dan surah-surah yang dibaca dan berzikir hendaklah diniatkan memohon
kepada Allah ta'ala supaya dilindungi diri dan ahli keluarga dari segala
bentuk kejahatan makhluk syaitan, jin, iblis, manusia dan
sebagainya. Senantiasa mengamalkan dalam doa harian atau setiap
lepas solat membaca surah Al fatihah, 3 Qul ( Al Ikhlas, Al Falaq, An
Nas), Ayatul Kursi, Doa pengerak (bismillahiladzi la yadhurru ma asmihi syaiun
fil ardhi ... sampai habis) atau lebih senang bismillah 4/5. Melazimkan
diri membaca ketika doa sebelum makan dan minum, sebelum keluar
rumah , lazimkan juga membaca 2 ayat terakhir dari surah at taubah (ayat
128 dan 129) iaitu laqod ja'akum .... sampai habis., dan doa-doa yang
lain.
Taktik
nak kesan atau confirmkan korang kena santau atau tak ialah dengan cara bila
hendak tidur, perahkan air limau nipis sedikit (tanpa ditambah dengan
air) ke dalam mulut. Jika tiada masalah seperti batuk, gelisah samada
semasa tidur atau tidak, berkemungkinan besar 90% masalah yang dialami
ada bersangkut paut dengan santau. Jadi,segera dapatkan rawatan
yang sewajarnya. Kalau tiada masalah Alhamdulillah. Santau biasanya
bersangkut paut dengan penyakit fizikal juga seperti sakit,
gatal-gatal pada anggota badan, kanser, sakit jantung, paru-paru, buah
pinggang dan sebagainya, kecuali gout dan kencing manis. Renung-renungkan dan
selamat beramal..
No comments:
Post a Comment