Showing posts with label masuk islam. Show all posts
Showing posts with label masuk islam. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Cik Siti Wan Kembang Kuncup Mistique No 14



Pokok merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini, hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001 masalah di hari muka.


Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat, sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan memberi impak keapada orang lain.


Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru, langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.

Selain dari sepesis2 tersebut pontianak juga tak ketinggalan merasai hasil daripada penebangan poko2 yg menjadi bangle, casa dan villa mereka. Maka dengan kemusnahan itu mereka berpindah ke tempat yang lebih dekat kepada manusia. Begitulah juga dengan kejadian yang terjadi kepada salah seorang anak murid saya dimana seorang pontianak telah berdiam dihadapan bilik penginapan bujang beliau bersama deretan bilik bujang teman sekerjanya. Apa yang menjadi masalahnya disini ialah dia selalu menakutkan manusia dengan wajahnya yang umpama indah kabar dari rupa. Maka dalam ketakutan lah mereka yang sering terjumpa dengan sepsis ini.

 
Apasal Atuk terikut2 bahasa karangan budak SPM ni.. mentang2 lah keputusan baru keluar.. Xpe lah layan jer lah.. Biarlah kali ni Atuk tulis ikut gaya bahasa budak SPM lak.. Setelah dibuat pengaduan kepada Atuk sewaktu di dalam kereta maka dengan serta merta Atuk menerawang kea lam sebelah yang tidak berhutan untuk melihat keadaan sebenar kedudukan pontianak itu dalam kisah yang diceritakan kepada Atuk. Sewaktu kejadian penerawangan semasa memandu itu (jangan tiru atau lakukan aksi merbahaya ini ) telah ternampak oleh Atuk seekor pontianak sedang mencangkung dihadapan tempat sampah sisa buangan dari rumah masak berdekatan dengan deretan bilik bujang tersebut.. Maka apabila hadirkan diri di alamnya maka tersedarlah cik pon ini dari aktivitinya memakan hasil buangan makanan lebihan serta anggota dalaman haiwan yang tak dimasak. Sungguh berselera cik pon ini menikmati juadah suppernya pada malam tersebut. Demi terasa pergerakan mengintipnya maka cik pon terus memalingkan muka kearah Atuk yang dalam kedudukan sekodeng satu kelopak isi peluru. Demi melihat wajahnya Atuk juga yang sedang memandu iu hampir memusingkan steering kereta kerana teramat geli serta geleman melihat wajahnya yang sungguh kurang sopan itu. Sesusuk wajahnya Atuk melihat kelopak matanya ditarik ke atas dan bawah sehingga tompokan daging merah jelas kelihatan sebesar penumbuk di kedua matanya dan biji matanya pula tergantung ditengah2 diamana saya mengadap eh bukan ditengah-tengah daging kemerahan itu. Hidungnya pula berlubang hingga ke bahagian batang hidungnya dan dikhuatiri bahawa cik pon ini pernah mengidap sinus atau resdung yang kronik. Dipercayai juga cik pon ini tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian berdasarkan rekod kesihatannya kerana gigi taringnya yang melepasi dagunya ke bawah tampak agak kekuningan dan memerahan sedikit. Mungkin oleh kerana tidak pernah diterima utk membuat rawatan manicure maka kukunya juga agak menggerutu serta panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai senjata panjang iaitu melebihi ukuran 6 inci.


Oleh kerana telah dikantoikan pengskodengan Atuk maka Atuk terpaksa membuat tindakan selamat dengan kunci selamat kepada safe iaitu Atuk terpaksa mengerahkan kepantasan Atuk untuk menggengam rambut hapak beliau dan bukanlah tujuannya untuk dibawa ke saloon tetapi sekadar membuat gerakan mengunci pergerakannya sahaja. Namun makhluk perosak ini terus melawan dengan cubaan untuk menggunakan cakaran kukunya bagi melukakan Atuk yang telah bersiap sedia mengaturkan panglima hitam yang memegang hammer serta paku kesakitan mengakibat kematian yg abadi disebelahnya. Andai keadaan menjadi tidak terkawal maka satu lantunan tukul itu cukup untuk membuatkan paku itu menyeksa cik pon tersebut hingga hujung nyawanya. Serentak dengan itu juga renjatan letrik kaler biru diarahkan ke pinggang cik pon tersebut yg membuatkan beliau akan kaku dan lumpuh seketika.

Setelah tiada unsur serangan balas dari cik pon maka Atuk terus menukar watak sebagai polis bersara denganmengajukan soalan2 yang tidak disoal dalam peperiksaan SPM seperti dari mana kamu dtg, kenapa kamu disini, dan apa yang kamu mahu. Maka diberitakan kepada Atuk tentang penebangan pokok yg menjadi habitat semulajadinya lantas meruntuhkan villa kediaman beliau. Oleh kerana menjadi mangsa kehilangan rumah maka beliau bergelandangan dihadapan blok bilik bujang itu untuk menagih kasih mencari tuan yang sesuai pula.

Setelah dikenalpasti makhluk tanpa rumah itu maka pak cik telah member dia dua pilihan. Ini disebabkan kerana beliau seekor perempuan maka amatlah dipandang zalim sekiranya pak cik membunuhnya. Maka Atuk pun mengutarakan pilihan yang ada iaitu masuk Islam dan dihantar ke bandaraya Jin di Bukit Anatarabangsa dan pilihan yang kedua iaitu rujuk kepada pilihan pertama atau mati. Maka cik pon insane lemah ini pun memilih pilihan talian hayat yg pertama kerana beliau mahu hidup  Namun yang menjadi isu buat masa kini ialah persoalan dr cik pon sendiri tentang bekalan makanan di bandaraya itu serta bekalan jantan2 macho buat dirinya. Tanpa mengendahkan kemahuan beliau Atuk kata itu cerita kemudian lantas mengajarkan ucapan syahadah beserta tafsirannnya serta sedikit ceramah tentang do’s and don’t setelah beliau memeluk Islam nanti. Sambil menahan nafas dr cikpon yang seharum bauan lori khinzir baru lalu Atuk menerangkan serba sedikit tentang kehidupan beliau nanti di bandaraya tersebut Bagi meneruskan majlis seterusnya dijemput Atuk utk membacakan doa. Maka dimintalah buat beliau wajah baharu yang lebih Islamik serta persalinan berupa telekong, sejadah, tasbih serta sebuah quran buat bacaan beliau bagi mengisi masa lapangnya dlm mencari pasangannya di sana.

Alhamdulillah, atas limpah kurnia dan rahmatNya maka dikurniakan ke atas beliau wajah yg indah namun belum mampu memukau Atuk dengan kecantikkannya. Ini adalah disebabkan Datin Paduka Atuk jauh lebih indah dari beliau. Demi untuk membuktikan kebesaran Ilahi Atuk keluarkan cermin hikmat dihadapan beliau bagi beliau melihat wajah baru beliau dengan lebih dekat serta dari pandangan sisi. Walau bagaimanpun pakaian beliau menjadikan mana-mana jin jantan pada masa itu tidak terliur atau tak kebuloq kata orang utara.

Setelah itu dengan mengekalkan kedudukan sedang memandu Atuk berikan sebuah nama yg indah utk beliau bawa hingga ke akhirat iaitu dengan nama Siti Saleha. Dengan nama yg indah dan wajah yg menawan cik pon ini cuba pulak mencabul Atuk dengan cubaan untuk mencium Atuk sebagai menunjukkan tanda terima kasih beliau. Lantas satu pelempang sebelah kiri tangan Atuk singgah kemukanya tanpa ada rasa belas ikhsan kerana Atuk memaklumkan beliau bahawa perbuatan tersebut haram sebab bukan muhrim. Itulah agaknya buah tangan dari Atuk sebelum beliau meningalkan tempat tersebut utk mendiami bandaraya jin. 

 
Atuk pun tidak ketinggalan untuk memanggil rijalul ghaib yang telah bersama Atuk menjadi pengawal peribadi Atuk sekian lama untuk memandu cik Siti Saleha ke kawasan penempatan yang baru. Mujurlah Panglima Hitam (yg sedang kecut perut kalau2 bininya dirumah nampak beliau berdekatan dengan cik Siti pasti akan berlaku salah sangka dan silap-silap perang dunia akan tercetus pula nanti) sempat mengingatkan Atuk bahawa cik Siti ni tak mandi hadas lg. Maka dilaksanakan adat bersiram hadas utk cik Siti dengan air zamzam kau yg segar dari ladang yang dibawa oleh pengawal peribadi Atuk  dan seterusnya dibawa ke penempatan baru tersebut.

Sehari selepas itu diwaktu malam maka Atuk membuat tinjauan semula ke tapak tempat pelepakkan cik pon a.k.a cik Siti sebelum itu. Maka terlihat sesusuk lembaga lain pula menyerupai beliau. Namun demi melihat akan kelibat Atuk lantas makhluk itu terus mintak ampun banggggg katanya saya tak dok sini dahhhh saya pergi ketempat lainnn laungnya sambil terbang melayang kearah sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari situ. Bak kata orang pokok jangan ditebang, nanti daunnya gugur, tukang kebun juga yang kena bersihkannya… Jadi selamat bersenam….


Monday, June 17, 2013

Iblis Pun Menerima Islam Mistique No 6



Sebab Atuk rasa rajin sikit maka Atuk update lagi blog ni dengan cerita temberang penglipurlara untuk mengisi ruang korang dengan siri bacaan bersama   atau dalam BM nya owang halus. Teringin gak Atuk nak bcerita pasal iblis ni.

Apa kebenda Iblis ni?

Iblis – semoga Allah melaknatnya – adalah dari jenis jin. Tidak pernah sehari pun dia pernah menjadi malaikat, bahkan walau sekejap matapun. Karena Malaikat adalah makluk mulia, tidak pernah berbuat maksiat dan senantiasa mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Banyak sekali ayat-ayat suci Al-Qur'an yang menerangkan secara jelas bahwa Iblis adalah dari jenis Jin bukan dari jenis Malaikat.

Di antaranya adalah;

1.         Firman Allah Ta'ala: 

Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam!!  Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain Atuk, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. (QS. Al-Kahfi: 50)

2.         Allah telah menjelaskan bahwa jin diciptakan dari api. Dia berfirman:

"Dan  Kami (Allah) ciptakan Jin sebelum (Adam) dari Api yang sangat panas " (QS. Al-Hijr: 27).

Allah juga berfirman:

"Dan Dia menciptakan Jin dari nyala api " (QS, Ar-Rahman: 15)

Dalam hadits shahih dari Aisyah rodhiallahu 'anha, dia berkata: Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam bersabda:

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"  (HR. Muslim dalam shahihnya, no. 2996, Ahmad no. 24668, Baihaqi di Sunan Kubro, no. 18207, dan Ibnu Hibban, no. 6155)

Maka di antara sifat Malaikat adalah diciptakan dari cahaya, sementara jin diciptakan dari api. Ayat-ayat Alqur'an telah menjelaskan bahwa Iblis –semoga Allah melaknatnya– diciptakan dari api. Di antaranya terungkap dari jawaban Iblis sendiri ketika Allah  bertanya kepadanya sebab pembangkangannya untuk bersujud kepada Adam ketika diperintahkan untuk bersujud kepadanya. Dia (Iblis) berkata:

"Atuk lebih baik dari dari dia (Adam), Atuk diciptakan dari api sementara dia diciptakan dari tanah" (QS. Al-A'raf: 12)

Dari ayat ini menunjukkan bahwa Iblis adalah dari jenis Jin.
 
Iblis laknattullah diciptakan dari unsur api dan memiliki berbagai kelebihan serta kekurangan. Di antara kelebihan iblis, dapat menjelma dan menyamar dalam berbagai rupa serta wajah samada manusia mahupun haiwan. Dengan kelebihan itu iblis dapat berubah wajahnya menurut kehendak yang disesuaikan dengan mesejnya dalam menyesatkan manusia di dunia fana ini.

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa iblis memiliki paras rupa dan wajah yang sangat buruk, hodoh dan mengerikan. Sehingga apabila manusia melihat iblis dalam bentuk asalnya, nescaya manusia akan jatuh pengsan kerana tidak sanggup menatapnya. Iblis juga berbau busuk yang sangat menusuk hidung disamping memiliki cita-cita keji yang hanya menjerumuskan anak cucu Adam ke lembah nista.

Sementara mengubat rakan Atuk yang asyik kena sihir maka Atuk pagarkan juga kediamannya dengan tanah haram atau tanah suci Makkah. Haa ni baru mula citer Atuk. Tadi baru intro or pengenalan tentang Iblis. 

 Dek kerana terlalu panas dan bahangnya tanah haram ke atas makhluk2 durjana ni maka terhalanglah laluan iblis ni dek tanah haram yang Atuk pagarkan tu. Maka marahlah si Iblis ni tadi sebab highway dia kena sekat lak aritu. Walau bukan mak bapak dia yang buat jalan tu tapi Atuk tak tau la nape dia kata Atuk sekat jalan dia. Rupa iblis ni masyaallah merah satu badannya, bertanduk, bermuka hodoh, kepala gondol, bercawat (ada gak dia rasa malu dengan berpakaian walau secebis jer). So Atuk terbayangkan manusia2 yang bergelar artis tu ataupun tidak, mana yang pakai kain ala2 secebis tu maka korang tu saling tak tumpah macam Iblis tau tak dalam cara berpakaian. Bukan Atuk kata, wooorang kata la.. kekeke.



So sebelum pergi kencing Atuk masih berwuduk so Atuk pun keluarlah secara batinnya dari atas sejadah Atuk dan Atuk anjakkan sikit tanah tu agar tak menghalang laluan makhluk huduh ni. Baunya usah cakap la lagi busuk dari telur tembelang biawak. Then Atuk tanya iblis tu "macam mana sekarang? adakah masih pagar ini menganggu perjalanan awak?". Dia tengok jalan dia then dia cakap ok dah. So Atuk pun cakap "Atuk minta maaf sebab tak sengaja memblok jalan awak. Kalau dah selesai maka Atuk mintak diri dulu untuk solat maghrib" Atuk tengok iblis tu tgk Atuk tercengang-cengang.

Atuk peduli hapa dia nak cengang ke tak. Atuk masuk bilik air dan mengkhado hajat lalu terus ambik wudhuk sebab nak solat maghrib. Bila berdiri atas sejadah ni Atuk tgk iblis ni ada lagi. Terus dia cakap ada hal yang dia nak cakap dengan Atuk. Atuk kata Atuk ada urusan dengan allah dulu kemudian bila selesai baru Atuk lAtukkan urusan dengan dia. Maka berdiri la iblis ni kat tepi jalan kat kawasan rumah sahabat Atuk tu.

Lepas selesai mengkhatamkan diri, baca ayat amalan Atuk lepas solat n doa Atuk pun gi la jumpa balik dengan iblis tu dari atas sejadah Atuk. Atuk panggil dia ajak duduk atas jalan raya tempat dia berdiri tu. Tapi awal2 Atuk dah sediakan benteng antara Atuk dengan dia sebab Atuk kan panglima perang so Atuk kena standby in case iblis ni ajak Atuk bertarung ke. Memang Atuk suka sampai serigala putih Atuk teruja sgt nak merasa makan iblis ni. Memang iblis tAtuktkan serigala sebab serigala suka sgt makan iblis dari dulu lagi. Atuk tanya la apa hajat dia nak sgt2 jumpa n berbincang dgn Atuk? Tiba2 Atuk dgr bunyi handphone Atuk berdering. Dari ringtone pun Atuk tau Datin Paduka  yang call. Atuk biarkan n teruskan berdialog dgn Iblis ni. 

Dia cakap "Wahai saudara (yg ni Atuk tak setuju sebab bila masa dia jadi kazen Atuk, Atuk bukan keturunan iblis pun), sesungguhnya Atuk tersentuh bila melihat keperibadian saudara. Sikap merendah diri saudara Atuk kagumi. Saudara meminta maaf dari Atuk walaupun saudara tak perlu berbuat demikian. Maka Atuk juga kagum dengan Islam. Maka Atuk minta saudara islamkanlah Atuk". Terkejut beruk Atuk dengar. Bukan senang iblis nak lembut hati oooo. Dalam hirarki kejinnan diaorg yg paling low class is al-hin, ia umpama anjing2 belaan jin. Jin adalah askar2 kerahan syaitan, manakala syaitan adalah pembesar2 iblis manakala iblis adalah pembesar2 kepada AZAZIL, bapak segala setan. So Atuk pun tarbiah la si iblis ni serba sedikit tentang Islam dan keagungannnya, janji2 allah dan amalan dlm islam. Bila dia dah faham Atuk maklumkan dia bahawa islam dimulai dengan kalimah shahadah. Maka dengan itu jgnlah para pembaca semua malas ingin mengucap kalimah syahadah sebab kata ulama orang yang paling miskin di akhirat adalah org yang berat/malas mengucapkan syahadah dan org yg paling kaya ialah org yang rajin berselawat.

Jadi Atuk ajarkan kalimah indah syahadah itu pada iblis berbadan merah tersebut maka selepas dia ucapkan kalimah itu maka islamlah dia. Tapi Atuk terpikir lak kalau org tgk dia dlm keadaan mcm tu mati keras org tergelak kalau dia ckp dia islam. maka Atuk dengan rasa rendah dirinya Atuk bermohon dan berdoa pada allah agar diberikan wajah dan rupa bentuk keislaman pada makhluk merah dia tu supaya tak mendatangkan aib dan salah sangka org pada dia. Maka didatangkanlah allah taala wajah org arab pada makhluk ni dengan rambut dan sedikit janggut dan berpakaian jubah putih serta serban. Hensem jugak iblis ni jadinya. Tapi jgn la korang mintak Atuk doa utk korang lak yg muka pecah rumah supaya hensem mcm iblis ni. Bukan doa Atuk yang mujarab ok tapi kehendak allah mengabulkan sebab rasa cinta dan kasih syg dia kepada makhluknya itu. Lalu Atuk berikan nama Abduh Wahid sebagai nama islamnya.

Setelah itu Atuk pohonkan lagi untuknya sehelai sejadah ghaib utk dia beribadah, dan senaskah quran untuk dia menghabiskan masa lapang dia membaca novel karya Allah swt dan mendalaminya serta sebotol haruman kasturi hitam buat penghilang bau bachinnya yg dari kecik mcm tu. Maka Atuk pun mintakla rijalul ghaib tarikkan segala ilmu jahat dan hitam yg ada padanya dan tinggalkan semua ilmu putih dan ilmu self defence dia. Sebab Atuk dah tugaskan dia jaga kawasan rumah sahabat Atuk dari gangguan anasir2 mcm dia sebelum islam. Maklumlah keliling rumah dia hutan tebal je Atuk tengok. Dan Atuk tak bertuankan dia tu yg paling penting. Jenuh Atuk nak beri dia mkn klu Atuk bela dia. Biar dia cari mkn sendiri sambil mengisi masa lapang dia, dia boleh jadi guard kat area tu.



Maka Atuk pun selesai n mintak diri n tgk ada beberapa miss cal dari Datin Paduka. Bila Atuk call semula n bgtau urusan Atuk baru lah dia faham. Kalau tak, mau tak muat lori 3 ton dia punya marah kat Atuk. Bukan Atuk takut bini ok, bini yang tak takut kat Atuk. So nanti Atuk citerkan lagi kisah Atuk merawat sahabat Atuk ni n pertempuran2 Atuk yang lain. Penat dah jari Atuk mengetik keyboard ni. tata titi tutu.