Pokok merupakan khazanah dunia yang amat bernilai. Hutan
telah membekalkan negara kita dengan pelbagai sumber seperti kayu-kayan dan
ubat-ubatan. Malaysia juga terkenal dengan keindahan alam semulajadinya yang
sentiasa menjadi daya penarik kepada pelancong-pelancong asing. Walaupun hutan
telah membantu negara mempelbagaikan sumber ekonominya, namun akhir-akhir ini,
hutan menghadapi ancaman kemusnahan daripada pihak-pihak yang tamak dan hanya
mementingkan kekayaan semata-mata. Peningkatan aktiviti pembalakan haram bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan telah menyaksikan dampak yang ketara kepada
negara. Jika masalah ini tidak ditangani, sudah tentu kita akan menghadapi 1001
masalah di hari muka.
Pembalakan haram mampu menyumbang keapada terjadinya bencana
alam. Pembalakan yang tidak terkawal akan menjadikan permukaan bumi gondol dan
terdedah kepada hakisan. Bahan yang terhakis akan dibawa dan dimendapkan di
dasar sungai. Hal ini menyebabkan sungai menjadi cetek. Apabila hujan lebat,
sungai tidak mampu menampung air yang banyak lalu ia melimpah ke kawasan
sekitar. Banjir yang sering kali memusnahkan perkampungan orang asli
mengakibatkan kehidupan masyarakat ini diambang penderitaan. Adat bernegeri
memagar negeri, adat berkampung memagar kampung. Kita tidak seharusnya
mementingkan diri sendiri. setiap tindakan yang kita ambil pastinya akan
memberi impak keapada orang lain.
Selain itu, kemusnahan habitat flora dan fauna juga
merupakan kesan aktiviti pembalakan haram. Umum mengetahui bahawa hutan
merupakan tempat tinggal semula jadi bagi pelbagai jenis tumbuhan dan spesies
haiwan liar. Kemusnahan hutan bermaksud musnahnya tempat tinggal
hidupan-hidupoan yang tinggal didalamnya. Jika tiada tindakan yang diambil bagi
mengawal kegiatan manusia yang tidak bermoral ini, nescaya perkara yang lebih
teruk lagi akan berlaku. Contohnya, kepupusan sesuatu spesies hidupan. Justeru,
langkah yang proaktif perlu lah dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang
lebih parah lagi daripada berlaku. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada berguna. Jangan biarkan cucu-cicit kita tertanya-tanya, apa itu orang
utan, harimau gajah, dan burung kakak tua.
Selain dari sepesis2 tersebut pontianak juga tak ketinggalan
merasai hasil daripada penebangan poko2 yg menjadi bangle, casa dan villa
mereka. Maka dengan kemusnahan itu mereka berpindah ke tempat yang lebih dekat
kepada manusia. Begitulah juga dengan kejadian yang terjadi kepada salah
seorang anak murid saya dimana seorang pontianak telah berdiam dihadapan bilik
penginapan bujang beliau bersama deretan bilik bujang teman sekerjanya. Apa
yang menjadi masalahnya disini ialah dia selalu menakutkan manusia dengan
wajahnya yang umpama indah kabar dari rupa. Maka dalam ketakutan lah mereka
yang sering terjumpa dengan sepsis ini.
Apasal Atuk terikut2 bahasa karangan budak SPM ni.. mentang2
lah keputusan baru keluar.. Xpe lah layan jer lah.. Biarlah kali ni Atuk tulis
ikut gaya bahasa budak SPM lak.. Setelah dibuat pengaduan kepada Atuk sewaktu
di dalam kereta maka dengan serta merta Atuk menerawang kea lam sebelah yang
tidak berhutan untuk melihat keadaan sebenar kedudukan pontianak itu dalam
kisah yang diceritakan kepada Atuk. Sewaktu kejadian penerawangan semasa
memandu itu (jangan tiru atau lakukan aksi merbahaya ini ) telah ternampak oleh
Atuk seekor pontianak sedang mencangkung dihadapan tempat sampah sisa buangan
dari rumah masak berdekatan dengan deretan bilik bujang tersebut.. Maka apabila
hadirkan diri di alamnya maka tersedarlah cik pon ini dari aktivitinya memakan
hasil buangan makanan lebihan serta anggota dalaman haiwan yang tak dimasak.
Sungguh berselera cik pon ini menikmati juadah suppernya pada malam tersebut.
Demi terasa pergerakan mengintipnya maka cik pon terus memalingkan muka kearah Atuk
yang dalam kedudukan sekodeng satu kelopak isi peluru. Demi melihat wajahnya Atuk
juga yang sedang memandu iu hampir memusingkan steering kereta kerana teramat
geli serta geleman melihat wajahnya yang sungguh kurang sopan itu. Sesusuk
wajahnya Atuk melihat kelopak matanya ditarik ke atas dan bawah sehingga tompokan
daging merah jelas kelihatan sebesar penumbuk di kedua matanya dan biji matanya
pula tergantung ditengah2 diamana saya mengadap eh bukan ditengah-tengah daging
kemerahan itu. Hidungnya pula berlubang hingga ke bahagian batang hidungnya dan
dikhuatiri bahawa cik pon ini pernah mengidap sinus atau resdung yang kronik.
Dipercayai juga cik pon ini tidak pernah mendapatkan rawatan pergigian
berdasarkan rekod kesihatannya kerana gigi taringnya yang melepasi dagunya ke
bawah tampak agak kekuningan dan memerahan sedikit. Mungkin oleh kerana tidak
pernah diterima utk membuat rawatan manicure maka kukunya juga agak menggerutu
serta panjang dan boleh diklasifikasikan sebagai senjata panjang iaitu melebihi
ukuran 6 inci.
Oleh kerana telah dikantoikan pengskodengan Atuk maka Atuk
terpaksa membuat tindakan selamat dengan kunci selamat kepada safe iaitu Atuk
terpaksa mengerahkan kepantasan Atuk untuk menggengam rambut hapak beliau dan
bukanlah tujuannya untuk dibawa ke saloon tetapi sekadar membuat gerakan
mengunci pergerakannya sahaja. Namun makhluk perosak ini terus melawan dengan
cubaan untuk menggunakan cakaran kukunya bagi melukakan Atuk yang telah bersiap
sedia mengaturkan panglima hitam yang memegang hammer serta paku kesakitan
mengakibat kematian yg abadi disebelahnya. Andai keadaan menjadi tidak terkawal
maka satu lantunan tukul itu cukup untuk membuatkan paku itu menyeksa cik pon
tersebut hingga hujung nyawanya. Serentak dengan itu juga renjatan letrik kaler
biru diarahkan ke pinggang cik pon tersebut yg membuatkan beliau akan kaku dan
lumpuh seketika.
Setelah tiada unsur serangan balas dari cik pon maka Atuk
terus menukar watak sebagai polis bersara denganmengajukan soalan2 yang tidak
disoal dalam peperiksaan SPM seperti dari mana kamu dtg, kenapa kamu disini,
dan apa yang kamu mahu. Maka diberitakan kepada Atuk tentang penebangan pokok
yg menjadi habitat semulajadinya lantas meruntuhkan villa kediaman beliau. Oleh
kerana menjadi mangsa kehilangan rumah maka beliau bergelandangan dihadapan
blok bilik bujang itu untuk menagih kasih mencari tuan yang sesuai pula.
Setelah dikenalpasti makhluk tanpa rumah itu maka pak cik
telah member dia dua pilihan. Ini disebabkan kerana beliau seekor perempuan
maka amatlah dipandang zalim sekiranya pak cik membunuhnya. Maka Atuk pun
mengutarakan pilihan yang ada iaitu masuk Islam dan dihantar ke bandaraya Jin
di Bukit Anatarabangsa dan pilihan yang kedua iaitu rujuk kepada pilihan
pertama atau mati. Maka cik pon insane lemah ini pun memilih pilihan talian
hayat yg pertama kerana beliau mahu hidup
Namun yang menjadi isu buat masa kini ialah persoalan dr cik pon sendiri
tentang bekalan makanan di bandaraya itu serta bekalan jantan2 macho buat
dirinya. Tanpa mengendahkan kemahuan beliau Atuk kata itu cerita kemudian
lantas mengajarkan ucapan syahadah beserta tafsirannnya serta sedikit ceramah
tentang do’s and don’t setelah beliau memeluk Islam nanti. Sambil menahan nafas
dr cikpon yang seharum bauan lori khinzir baru lalu Atuk menerangkan serba
sedikit tentang kehidupan beliau nanti di bandaraya tersebut Bagi meneruskan
majlis seterusnya dijemput Atuk utk membacakan doa. Maka dimintalah buat beliau
wajah baharu yang lebih Islamik serta persalinan berupa telekong, sejadah,
tasbih serta sebuah quran buat bacaan beliau bagi mengisi masa lapangnya dlm
mencari pasangannya di sana.
Alhamdulillah, atas limpah kurnia dan rahmatNya maka
dikurniakan ke atas beliau wajah yg indah namun belum mampu memukau Atuk dengan
kecantikkannya. Ini adalah disebabkan Datin Paduka Atuk jauh lebih indah dari
beliau. Demi untuk membuktikan kebesaran Ilahi Atuk keluarkan cermin hikmat
dihadapan beliau bagi beliau melihat wajah baru beliau dengan lebih dekat serta
dari pandangan sisi. Walau bagaimanpun pakaian beliau menjadikan mana-mana jin
jantan pada masa itu tidak terliur atau tak kebuloq kata orang utara.
Setelah itu dengan mengekalkan kedudukan sedang memandu Atuk
berikan sebuah nama yg indah utk beliau bawa hingga ke akhirat iaitu dengan
nama Siti Saleha. Dengan nama yg indah dan wajah yg menawan cik pon ini cuba
pulak mencabul Atuk dengan cubaan untuk mencium Atuk sebagai menunjukkan tanda
terima kasih beliau. Lantas satu pelempang sebelah kiri tangan Atuk singgah
kemukanya tanpa ada rasa belas ikhsan kerana Atuk memaklumkan beliau bahawa
perbuatan tersebut haram sebab bukan muhrim. Itulah agaknya buah tangan dari Atuk
sebelum beliau meningalkan tempat tersebut utk mendiami bandaraya jin.
Atuk pun tidak ketinggalan untuk memanggil rijalul ghaib yang
telah bersama Atuk menjadi pengawal peribadi Atuk sekian lama untuk memandu cik
Siti Saleha ke kawasan penempatan yang baru. Mujurlah Panglima Hitam (yg sedang
kecut perut kalau2 bininya dirumah nampak beliau berdekatan dengan cik Siti
pasti akan berlaku salah sangka dan silap-silap perang dunia akan tercetus pula
nanti) sempat mengingatkan Atuk bahawa cik Siti ni tak mandi hadas lg. Maka
dilaksanakan adat bersiram hadas utk cik Siti dengan air zamzam kau yg segar
dari ladang yang dibawa oleh pengawal peribadi Atuk dan seterusnya dibawa ke penempatan baru
tersebut.
Sehari selepas itu diwaktu malam maka Atuk membuat tinjauan
semula ke tapak tempat pelepakkan cik pon a.k.a cik Siti sebelum itu. Maka
terlihat sesusuk lembaga lain pula menyerupai beliau. Namun demi melihat akan
kelibat Atuk lantas makhluk itu terus mintak ampun banggggg katanya saya tak
dok sini dahhhh saya pergi ketempat lainnn laungnya sambil terbang melayang
kearah sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dari situ. Bak kata orang
pokok jangan ditebang, nanti daunnya gugur, tukang kebun juga yang kena
bersihkannya… Jadi selamat bersenam….
No comments:
Post a Comment