Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah
berbagai diantaranya ialah :
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
* Ada
golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
Tips untuk melepasi
Titian Sirat Mustaqim
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu
Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Dan diletakkan sebuah
jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama
yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH,
selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri
pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat
menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya
pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya.
Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal
perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan,
jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah.
Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan
orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi
yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara
ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki
sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said
Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w.
menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan
lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan)
hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang
memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di
akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu
memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat
yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan
tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam
selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di
titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa
yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di
atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larang sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat
menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan
kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain
ialah :
~Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga
seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang
malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang
membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka
ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan
tuduhan tersebut.”
Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan
tersebut dan menyebar kannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan
nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam
menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila
berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH
membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
No comments:
Post a Comment