Imam Mahdi (Arab المهدي الإمام, Muhammad al-Mahdī, Mehdi;
"Seseorang yang memandu") adalah seorang pemuda muslim berusia muda
yang akan dipilih oleh Allah untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan
keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.
Imam Mahdi sebenarnya adalah hanya sebuah nama gelaran
sebagaimana halnya dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sahabat2 Nabi. Saperti
Abu Hurairah yang bermaksud “Bapa Kucing” namun itu bukan lah nama beliau yang
sebenarnya. Imam Mahdi bila di tafsirkan secara ringkas bermakna "Pemimpin
yang telah diberi petunjuk". Dalam bahasa Arab, Imam bererti
"pemimpin", sedangkan Mahdi bererti "orang yang mendapat
petunjuk".
Nama Imam Mahdi sebenarnya seperti yang disebutkan dalam
hadis, ia bernama Muhammad (seperti nama Nabi Muhammad), nama ayahnya pun sama
seperti nama ayah Nabi Muhammad SAW iaitu Abdullah. Nama Imam Mahdi sama seperti
nama Rasulullah saw iaitu Muhammad bin
Abdullah.
“Andaikan
dunia tinggal sehari sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga
diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama
ayahnya serupa nama ayahku (Muhammad bin Abdullah) . Ia akan penuhi bumi dengan
kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan
penganiayaan.” (HR abu Dawud)
Dalam sebuah hadis Rasullullah mengisyaratkan bahawa Imam
Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin ummat Islam keluar dari
kegelapan kezaliman dan kesewenang-wenangan menuju cahaya keadilan dan
kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan menghantarkan kita
meninggalkan babak keempat era para penguasa diktator tamakkan kuasa dan
kekayaan dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya seterusnya menuju babak
kelima iaitu tegaknya kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj, sistem
atau metod kenabian.
Lalu apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi? Dalam sebuah
hadis Rasulullah saw memberikan gambaran umum indikasi kedatangan Imam Mahdi.
Ia akan diutus ke muka bumi bilamana perselisihan antara manusia telah menjadi-jadi
dan banyak gempabumi terjadi. Dan kedua fenomena sosial dan fenomena alam ini
telah menjadi semarak di berbagai negara dewasa ini.
“Aku
kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku
ketika banyak terjadi perselisihan antara-manusia dan peperangan. Ia akan
penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi
dengan kejutan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Imam Mahdi akan berperanan sebagai panglima perang ummat
Islam di akhir zaman. Beliau akan mengajak ummat Islam untuk memerangi para
Mulkan Jabriyyan (Para Penguasa Zalim) yang telah lama berkuasa di berbagai
negera di dunia menjalankan kekuasaan dengan ideologi penghambaan manusia
kepada sesama manusia. Dalam hadis lain diterangkan bahawa telah bersabda
Rasulullah saw:
“Sungguh,
bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kejutan. Dan apabila kezaliman serta kejutan
itu semakin berlelaluasa, maka Allah SWT akan mengutus seorang laki-laki yang
berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama
bapakku. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana
ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kejutan. Di waktu itu
langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak
akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama
kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun. (HR. Thabrani) ”
Hadis
lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sebagai
berikut, Telah bersabda Rasulullah SAW:
"Pada akhir zaman akan
muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta
kekayaan banyak-banyaknya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(HR. Muslim dan Ahmad)
Tidak ada
seorang pun dimuka bumi ini yang mengetahui tentang Imam Mahdi dan
ciri-cirinya kecuali Rasulullah kerana
Rasululah dibimbing oleh wahyu. Oleh kerana itu bagi kita sebaik-baiknya tempat
untuk merujuk tentang perkara ini adalah apa yang baginda Rasulullah katakan
dalam hadis-hadisnya sebagai berikut:
Telah bersabda Rasulullah
SAW:
“ Al-Mahdi
berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan
memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini)
sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kejutan, dan ia (umur kekhalifahan)
berumur tujuh tahun. (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) ”
“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”
“ Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim) ”
Lelaki
keturunan Nabi Muhammad SAW tersebut adalah Imam Mahdi. Ia akan diizinkan Allah
untuk merubah keadaan dunia yang penuh kezaliman dan penganiayaan menjadi penuh
kejujuran dan keadilan. Subhanallah... Beliau tentunya tidak akan mengajak
ummat Islam berpindah babak melalui perjalanan tenang dan senang laksana
melewati taman-taman bunga indah atau melalui meja perundingan dengan penguasa
zalim dewasa ini apalagi untuk menjadi seperti tin kosong.
Imam Mahdi akan mengantarkan ummat Islam menuju babak Khilafatun ’ala Minhaj An-Nubuwwah melalui jalan yang telah ditempuh Rasullulah SAW dan para sahabatnya iaitu melalui al-jihad fi sabilillah.
Tanda-Tanda
Kemunculan Imam Mahdi
Para ulama membahagi tanda-tanda Akhir Zaman (kiamat) kepada
dua. Ada tanda-tanda Kecil dan ada tanda-tanda Besar Akhir Zaman. Tanda-tanda
Kecil jumlahnya sangat banyak dan datang terlebih dahulu. Sedangkan Tanda-tanda
Besar datang kemudian jumlahnya ada sepuluh.
Tanda besar pertama yang bakal datang ialah keluarnya Dajjal.
Namun sebagian ulama berpendapat bahawa sebelum munculnya Dajjal harus datang
terlebih dahulu Tanda Penghubung antara tanda-tanda kecil kiamat dengan
tanda-tanda besarnya. Tanda Penghubung dimaksud ialah diutusnya Imam Mahdi
ke muka bumi. Kemunculan Imam Mahdi akan di dahului oleh beberapa tanda-tanda
sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis berikut:
Telah bersabda Rasullah SAW:
“ Sungguh, Baitullah
ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah
sampai pada sebuah padang pasir, maka bahagian tengah pasukan itu ditelan bumi.
Maka berteriaklah pasukan bahagian depan kepada pasukan bahagian belakang,
dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa,
kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengkabarkan tentang kejadian yang
menimpa mereka. (HR. Muslim, Ahmad,
Nasai, dan Ibnu Majah)
Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata:
“ Pada suatu hari
tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa
engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?'
Rasulullah SAW menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa sekelompok
orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu
seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila
orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.'
Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat
bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan
bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa
untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu
perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama.
Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza-beza. Kemudian Allah SWT
akan membangkitkan mereka pada hari kebangkitan, menurut niat mereka
masing-masing. (HR. Bukhary, Muslim)
”
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“ Seorang laki-laki
akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa)
untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka
mereka terbenam ditelan bumi. (HR.
Muslim) ”
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“ Suatu kaum yang
mempunyai jumlah dan kekuatan yang tidak bererti akan kembali ke Baitullah.
Lalu diutuslah (oleh penguasa) sekelompok tentara untuk mengejar mereka,
sehingga apabila mereka telah sampai pada suatu padang pasir, maka mereka
ditelan bumi. (HR. Muslim) ”
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“ Suatu pasukan dari
umatku akan datang dari arah negeri Syam (Palestina) ke Baitullah (Kaabah)
untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka. (HR. Ahmad)
Banyak pendapat mengatakan bahawa keadaan dunia dewasa ini
berada di ambang datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Kerana di masa kini sudah
sedemikian banyak tanda-tanda kecil yang muncul. Hampir seluruh
tanda-tanda kecil kiamat yang disebutkan oleh Rasulullah sudah muncul semua di
zaman kita.
Agak2 korang apa yg menyebabkan Imam Mahdi dan angkatan Pemuda Dari Timurnya menyerang Kota Mekah terlebih dahulu sebelum menakluki bahagian yang lain? Pada Atuk jawapannya simple jer. Cuba korang belajar geografi dan tgk kat mana letaknya penempatan Israel Yahudi sekarang? Dekat x dengan Mekah? Kita juga dah lihat kekejaman Bassar Assad di Syria, so korang nampak x kat mana letaknya Syria? N korang tgk negara Iran kat mana n kenapa dulu semasa hayatnya Saddam Hussin pnah ckp "Klu ada walau sebesar jaripun dari kalangan syiah di badannya, dia akan potong dan bakar". Atuk rasa tiga petunjuk tu pun dah cukup utk buat korang berfikir dgn akal..
Kedatangan Imam Mahdi
Hadis berikut ini bahkan memberikan kita gambaran bahawa
kedatangan Imam Mahdi akan disertai tiga peristiwa penting. Pertama,
perselisihan berkepanjangan sesudah kematian seorang pemimpin. Kedua, dibaiatnya
seorang lelaki (Imam Mahdi) secara paksa di depan Kaabah. Ketiga, terbenamnya
pasukan yang ditugaskan untuk menangkap Imam Mahdi dan orang-orang yang berbaiat
kepadanya. Allah benamkan seluruh pasukan itu kecuali disisakan satu atau dua
orang untuk melaporkan kepada penguasa zalim yang memberikan mereka perintah
untuk menangkap Imam Mahdi.
“Akan terjadi
perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki
dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada
lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membaiat Imam Mahdi
secara paksa, maka ia dibaiat di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Kaabah).
Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan
di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)
Sebahagian pengkaji tanda-tanda akhir zaman beranggapan bahawa
indikasi yang pertama telah terjadi iaitu perselisihan dan kekacauan yang
timbul sesudah wafatnya seorang pemimpin. Siapakah pemimpin yang telah wafat
itu? Wallahua’lam. Sebahagian spekulasi berpendapat bahawa pemimpin yang
dimaksud adalah Yaseer Arafat (Palestin) atau Saddam Husein (Iraq). Kerana
semenjak kematian mereka, negera Palestin/Iraq berada dalam kekacauan
berkepanjangan. Tapi pada Atuk, Atuk rasakan ianya ialah Saddam kerana beliau mempertahankan negaranya dan agamanya x seperti Araffat yg lebih suka berunding sahaja sdgkan rakyatnya sendiri bangkit dgn mempertaruhkan darah mereka.
Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kehendak Imam Mahdi itu
sendiri melainkan kerana takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan Imam Mahdi
sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah
Allah SWT mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam
sebuah hadis berikut:
“Al-Mahdi berasal dari
umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah SAW:
“Akan dibaiat seorang
laki-laki antara makam Ibrahim dengan sudut Kaabah.” (HR. Ahmad, Abu Dawud)
Dalam hadis yang disebutkan bahawa Imam Mahdi akan memimpin
selama 7 atau 8 atau 9 tahun. Semasa kepemimpinannya Imam Mahdi akan membawa
kaum muslimin untuk memerangi kezaliman hingga satu demi satu kezaliman akan
tumbang takluk dibawah kekuasaannya.
Kemenangan demi kemenangan senantiasa diraih Imam Mahdi dan
pasukannya akan membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuat Dajjal
keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta
pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajjal bukanlah lawan tanding Imam
Mahdi oleh kerana itu sesuai dengan takdir Allah, maka Allah SWT akan
menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajjal. Imam Mahdi dan
Nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajjal dan pengikutnya, hingga Dajjal mati
ditombak oleh Nabi Isa di "Gerbang Lud" sebagaimana hadis: “Sesungguhnya
Isa Bin Maryam Akan Membunuh Dajjal Di Bab Lud (Gerbang Lod).” (HR Ahmad, Turmudzi, Dan Nu’Aim Bin Hamad). Dalam
hadis lainnya disebutkan, “Lalu, turunlah Isa bin Maryam di menara putih di
bagian timur Damaskus. Isa menemukan Dajjal di Pintu Gerbang Lod, kemudian
membunuhnya.”
(HR Abu Daud). Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Hadith al-Nabawi, Lod adalah kota yang terletak di dekat Baitul Maqdis atau Elia
di Palestin dekat Ramalah dan Dajjal akan dibunuh di gerbang menuju ke kota ini lah.
PINTU LOD/GERBANG KOTA LOD
Telah bersabda Rasulullah saw :
“Kalian perangi
jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan
Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum (Romawi), dan Allah
beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian
kemenangan.” (HR Muslim)
Dan apabila ketiga peristiwa di atas telah
terjadi, bererti Umat Islam di seluruh penjuru dunia tahu bahawa Imam Mahdi
telah datang diutus ke muka bumi. Kita sudah harus bersiap-siap untuk
berlangsungnya pembai’atan Imam Mahdi di depan kaabah. Panglima umat Islam
di Akhir Zaman telah hadir. Dan bila ini telah menjadi jelas kita pun terikat
dengan pesan Rasullullah SAW sebagai berikut:
“Ketika kalian
melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus
merangkak-rangkak di atas salju kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah
Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)
No comments:
Post a Comment