BULAN suci Ramadhan memiliki banyak keistimewaan bila
dibandingkan dengan sebelas bulan lainnya. Berbagai keistimewaan itu pula
yang tak akan pernah bisa kita jumpai di bulan-bulan yang lain.
Setidaknya ada 6 keistimewaan bulan ini sebagaimana hadits yang diriwayatkan Khuzaimah.
Pertama, Syahrul Azhim (Bulan yang Agung). Azhim adalah nama dan sifat Allah. Namun, juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Ramadhan menjadi bulan yang mulia dan agung, karena Allah sendiri telah mengagungkan dan memuliakannya.
Setidaknya ada 6 keistimewaan bulan ini sebagaimana hadits yang diriwayatkan Khuzaimah.
Pertama, Syahrul Azhim (Bulan yang Agung). Azhim adalah nama dan sifat Allah. Namun, juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Ramadhan menjadi bulan yang mulia dan agung, karena Allah sendiri telah mengagungkan dan memuliakannya.
Kedua, Syahrul Mubarak (Bulan Keberkahan). Semuanya diberkahi dan amal ibadahnya dilipatgandakan pada bulan ini.
Ketiga, Syahrul Shiyam (Bulan Puasa). Pada bulan Ramadhan dari awal hingga akhir kita menegakkan satu dari lima rukun Islam yang sangat penting, yaitu shaum (puasa).
Keempat, Syahru Nuzulil Qur’an (Bulan diturunkannya al-Quran). Kerana itu di bulan yg mulia ini digalakkan membaca al-quran untuk mendapat keberkahan isi al-quran itu. Namun Atuk galakkan korang semua baca al-quran tu sampai la nafas terakhir sebab tatkala di hakimi ketika di dalam kubur dan di padang mahsyar nanti, al-quran itulah yang akan jadi lawyer korang untuk membebaskan korang dari dosa2 sewaktu hidup didunia. Lawyer Karpal Singh pun x leh tandingi bahasa lawyer quran tu nanti.
Kelima, Syahrul Musawwah (Bulan Santunan). Di bulan Ramadhan sangat dianjurkan bagi setiap muslim untuk saling memberi, berkasih sayang dengan sesamanya mana ia membibitkan perasan saling mengambil berat sesama kita.
Keenam, Syahrus Sabr (Bulan sabar). Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim untuk senantiasa sabar, tidak mengeluh dan tahan uji. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan mental, spiritual, dan operasional. Orang bersabar akan bersama Allah sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga.
PERSIAPAN
Bulan yang sangat istimewa dan sangat dirindukan oleh orang-orang beriman, kedatangannya hanya beberapa hari saja lagi. Sebagai manusia biasa, Atuk akan memberikan beberapa contoh persiapan menyambut datangnya Ramadhan agar kita mendapat nilai tambah dengan menyambut bulan yang berkah ini dengan mengambil sepenuhnya peluang dan manfaat ini. Tidak kurang pentingnya adalah agar Ramadhan tahun ini tidak kita lalui dengan percuma bahkan tidak memberi apa2 erti kepada kita sekali. Naudzubillah.
Bulan yang sangat istimewa dan sangat dirindukan oleh orang-orang beriman, kedatangannya hanya beberapa hari saja lagi. Sebagai manusia biasa, Atuk akan memberikan beberapa contoh persiapan menyambut datangnya Ramadhan agar kita mendapat nilai tambah dengan menyambut bulan yang berkah ini dengan mengambil sepenuhnya peluang dan manfaat ini. Tidak kurang pentingnya adalah agar Ramadhan tahun ini tidak kita lalui dengan percuma bahkan tidak memberi apa2 erti kepada kita sekali. Naudzubillah.
Berikut adalah beberapa persiapan menyambut Ramadhan seorang manusia biasa seperti Atuk.
1. Banyak Berdoa. Sangatlah baik jika di detik-detik terakhir menuju bulan Ramadhan kita memperbanyak meminta pada Allah agar kita diberi kesempatan untuk menikmati indahnya bulan Ramadhan, karena tidak ada yang menjamin bahwa usia kita akan sampai pada 1 Ramadhan.
2. Berlatih Puasa. Untuk membiasakan kita untuk berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, ada baiknya sebelum memulainya terlebih dahulu kita melakukan “warm up” puasa, diantaranya puasa ayyamul bidh (puasa tiga hari dipertengahan bulan Islam), puasa sunah Isnin Kamis, atau boleh juga puasa Daud.
(Puasa Daud merupakan puasa yang paling popular hingga saat ini. Menurut banyak pendapat, amalan puasa ini istimewa kerana Nabi Daud sendiri tidak hanya seorang nabi, tetapi juga seorang perajurit, raja dan ahli perang terkemuka. Nabi Daud dikenali sebagai Nabi yang berupaya mengalahkan musuh yang jauh lebih besar iaitu Goliath. Sepeninggalan Nabi Daud, pelaksanaan puasa tersebut tidak lenyap begitu saja. Bahkan, hingga sekarang ini umat Muhammad SAW juga banyak yang menjalankan puasa Daud, selain puasa Isnin-Kamis.
Puasa Daud merupakan puasa amalan Nabi Daud. Menurut pengertiannya, puasa Daud dapat dikatakan sebagai puasa sunnah yang dikerjakan dengan cara sehari berpuasa, kemudian sehari berbuka. Puasa ini merupakan puasa sunnah yang paling afdhal dan tidak ada lagi puasa yang afdhal selain itu.
Di samping itu, puasa ini juga ternyata berat. Kerana puasa ini dikerjakan secara berkelanjutan terus-menerus dan hanya langkaui tempoh sehari (menurut peraturan sunnahnya) untuk tidak puasa. Jadi, sehari berpuasa dan hari berikutnya tidak, begitu seterusnya.)
3. Membiasakan
Bersedekah. Bersedekah tidak akan membuat kita kehilangan harta, melainkan
akan dilipat gandakan oleh Allah SWT. Ketika kita sudah terbiasa bersedekah
sebelum Ramadhan, kemungkinan besar untuk lebih banyak memberi di bulan suci
ini akan semakin tinggi.
4. Berniat dan bertekad.
Yang tidak kalah penting sebelum melakukan sesuatu adalah niat. Kita harus
berniat dan bertekad untuk melaksanakan puasa Ramadhan sebulan penuh.
5. Membuat Sasaran
Ibadah. Untuk memacu semangat kita dalam beribadah, tidak salah jika kita
membuat kurikulum sendiri mengenai sasaran amalan kita selama bulan Ramadhan. Beberapa
sasaran ibadah yang perlu untuk kita laksanakan selama bulan Ramadhan
diantaranya, minima satu kali mengkhatamkan Al-Quran, solat tarawih tidak
pernah tinggal, menambah dengan Qiyamullail serta Solat Dhuha, dan masih banyak
lagi bergantung kepada keupayaan masing2.
6. Mendalami
Ilmu Puasa. Sebelum datang bulan Ramadhan, jangan sampai kita tidak mengetahui
ilmu tentang puasa. Mencari ilmu tentang puasa boleh dilakukan dari berbagai
sumber seperti mendengar ceramah-ceramah atau tausyiah yang membahas tentang
bulan Ramadhan melalui kajian-kajian maupun mendengarkan secara tidak langsung
di radio,tv, atau lainnya, juga dengan membaca rujukan tentang Ramadhan dan
puasa dari buku maupun internet.
7. Mencari Info Masjid. Selaku umat islam kita belum mengetahu informasi masjid yang melaksanakan solat tarawih yang membuat ibadah kita semakin berkualiti.
Yang paling penting mengenai ibadah adalah kita selaku umat islam jangan sampai beribadah hanya mengedepankan aspek kuantiti saja, namun harus lebih menitik beratkan kualiti agar ibadah kita sempurna.
Itulah tujuh persiapan yang dapat Atuk paparkan selaku manusia beragama islam yang mahu meningkat mutu amalan saban hari tambahan pula sebagai persediaan menghadapi datangnya bulan suci Ramadhan. Ibarat menghadapai perang, semua perancangan dan persiapan haruslah kita laksanakan sebelum menghadapi sebarang kemungkinan. Maka puasa ini juga satu peperangan bagi kita melawan hawa nafsu yang pasti merengek tatkala kita berlapar dan dahaga.
Namun tahun ini Atuk nak ajak semua kawan2 yang baca blog ni kita buat satu reformasi diri kita untuk Ramadhan tahun ni. Apa kata kita semua sasarkan untuk setiap dari kita berdakwah dengan seorang bukan islam dan sewaktu Ramadhan ini kita target seorang non muslim utk kita ajak menganut agama islam? Kalau seorang target seorang, kalau sejuta orang dah berapa ramai bertambahnya penganut agama islam? Boleh tak geng2 sejenayah Atuk sekalian?
KEKHILAFAN MENGERJAKAN PUASA
Sedihnya Atuk nak bgtau korang bahawa keadaan umat Islam sekarang sungguh memilukan.
Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat
(berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi
sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-
1. Berpuasa tetapi tidak solat. Sanggup berlapar dahaga tapi
tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak
solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat
ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak
bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.
2. Tidak menjaga batas-batas agama. Tidak menjaga batas-batas aurat; lelaki
memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD serta membuat perkara-perkara yang melalaikan.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi
meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah. Sepatutnya mengawal kemarahan di
bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa. Mengikut hawa nafsu ketika
menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah serta kurang bersedekah.
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun. Yang
menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang
menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya
digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada
Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja. Tidak menjaga anggota
pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW
bersabda;
Barangsiapa tidak
meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya
dari makan dan minum.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat,
kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan. Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan
gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
Maka bertanyalah
kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui.”
(An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam
urusan agamanya.” (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, Tarawih ala kadar. Solat secara
‘ekspress’; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat
cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat
membaca ayat-ayat suci Al- Quran, padahal semestinya ia membaca secara tartil.
Mereka tidak thuma’ninah (tenang) ketika ruku’, sujud, bangun dari ruku’ dan
ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak tamakninah
dalam solatnya; “Kembalilah, lalu
solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat.” (Muttafaq Alaih) silap bacaan
selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama
sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Quran hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur. Sahurlah
kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW;
Sebaik-baik makanan sahur
bagi orang mukmin adalah kurma.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu
untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka
mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w.
berkata,:Aku berdiri dan berkata,”Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama
dibulan ini?” Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama
di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.
PENUTUP
Semoga oleh Allah kita masih diberi kesempatan untuk merasakan
kenikmatan-kenikmatan Ramadhan tahun ini. Dan semoga semua amal ibadah kita
khususnya di bulan Ramadhan tercatat sebagai amal soleh di sisi Allah
Subhanahu Wata'ala.
Sahaja Atuk siarkan doa dan niat ini pulak untuk sesiapa sahaja yang rasa
was-was dengan niat berpuasa dan doa berbuka puasa. Maklum sahajalah dah dekat
setahun tak baca. Bagi yang berumur kemungkinan untuk lupa adalah tinggi. Jadi
di sini ada revision niat dan doa nya untuk kita ulangkaji bersama.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Selamat menunaikan ibadah puasa.
Berikut ni pulak adalah jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi
negeri-negeri seluruh Malaysia supaya korang x wat2 x tau bersahur lepas waktu imsak yer..
Negeri Sembilan
/ Melaka / Johor / Pahang
/ Terengganu
/ Kelantan
/ Sabah
/ Sarawak / Wilayah Persekutuan Labuan
No comments:
Post a Comment