Salah satu pedang Damascus iaitu satu-satunya pedang milik Salahuddin
Al-Ayubi telah diperakui paling tajam dalam dunia ini. Pedang Damascus ini telah
diakui merupakan pedang paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang
barat. Ketajamannya mampu menembus baju perang besi, memotong dua pedang
lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan sedikit pun pada
matanya.
Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang
Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang
Excalibur milik King Arthur. Pedang ini diperbuat besi baja "damascus"
dengan teknik rahsia dan ianya disahkan disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang
menjadikan ianya amat tajam dan lentur. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini
amat dikagumi oleh puak Barat dan tukang besi moden setakat ini juga didapati
masih tidak berupaya untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi
NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di
antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai
diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang
sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain. Ia juga mempunyai sifat konduksi elektrik melebihi kuprum dan logam. Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Antara ilmuan moden yang turut mengiktiraf kehebatan pedang
ini ialah seorang pengkaji ketajaman senjata dari Jabatan Kejuruteraan dan
Sains Bahan, Iowa States University, Amerika Syarikat, Profesor John
D.Verhoeven. Beliau telah menulis dengan panjang lebar tentang keistimewaan
pedang Damascus dalam majalah Scientific American yang telah diterbitkan pada
edisi Januari 2001.
Berdasarkan catatan sejarah, pedang Damascus ini merupakan
senjata utama yang digunakan oleh tentera Islam ketika Perang Salib Ke-3
sekitar penghujung kurun ke-12. Salahuddin Al-Ayubi merupakan pemimpin tentera
Islam ketika itu yang berjaya membebaskan kota Jerusalem daripada cengkaman
puak salib selama hampir seratus tahun lamanya. Salah satu sebab kekalahan
tentera Eropah ketika pertempuran itu ialah pasukan tentera Islam dilengkapi
dengan pedang yang mampu membelah manusia dengan sekali libasan iaitu Pedang
Damascus.
Secara fizikalnya, pedang Damascus ini nipis dan boleh
dilentur dengan sedikit bengkok di bahagian hujungnya. Seni pembuatannya begitu
halus dan pada permukaan bilah terdapat corak alunan mengufuk yang menunjukkan
ia diperbuat daripada beberapa material. Pedang buatan Damsyik ini telah
membuatkan peradaban Barat ketika itu terdiam dan kagum. Mereka cuba mencari
rahsia sebenar di sebalik pedang ini. Bagaimanapun, teknik pembuatannya begitu
rahsia dan hanya beberapa orang sahaja tukang besi di Damsyik yang mampu
menghasilkan pedang Damascus.
Jika kita perhatikan dimata atau dibilahnya terukir nama Allah dan Muhammad...
Pada tahun 2006, kehebatan pedang ini telah dibongkar oleh
Profesor Dr. Peter Paufler dan pasukan penyelidiknya dari University Teknikal
Dresden, Jerman apabila mereka menemui tiub karbon nano di dalam pedang yang
digunakan oleh Salahuddin Al-Ayubi dan tentera-tentera Islam dalam Perang
Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam ini sangat tajam tetapi
mudah lentur. Teknologi NANO ini menggunakan besi baja damascus yang juga
dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah peratusan unsur karbon.
Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt juga
ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan kelenturannya.
Pedang Damascus merupakan pedang super canggih berteknologi nano sehingga dapat memotong ikatan atom suatu benda sehingga hasil potongannya sangat halus.dengan kata lain, pedang ini super tajam. Pedang ini dibuat sebelum dunia mengenal teknologi nano (1991), iaitu pada abad ke-17. Tiub karbon nano inilah yeng telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam ini sangat istimewa dengan kehebatan sangat tajam tetapi mudah lentur.
Menurut Dr. Peter Paufler, kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak pada teknik pembuatanya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratus unsur karbon yang memberikan sifat rapuh. Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, yakni tajam dan lentur.
Pedang Damascus merupakan pedang super canggih berteknologi nano sehingga dapat memotong ikatan atom suatu benda sehingga hasil potongannya sangat halus.dengan kata lain, pedang ini super tajam. Pedang ini dibuat sebelum dunia mengenal teknologi nano (1991), iaitu pada abad ke-17. Tiub karbon nano inilah yeng telah menjadikan pedang-pedang pejuang Islam ini sangat istimewa dengan kehebatan sangat tajam tetapi mudah lentur.
Menurut Dr. Peter Paufler, kunci kepada teknologi nano pedang ini terletak pada teknik pembuatanya yang unik. Bijih besi dari India yang dikenali sebagai wootz mengandungi sejumlah peratus unsur karbon yang memberikan sifat rapuh. Apabila dikenakan suhu yang amat tinggi sekitar 800 darjah Celcius, campuran besi dan karbon tadi akan ditambah dengan unsur-unsur seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan, yakni tajam dan lentur.
Sayang sekali, teknologi ini telah lenyap selepas kurun ke-18 seiring dengan kepupusan bijih besi dan unsur-unsur penguat pedang tadi. Penempa-penempa pedang ini, biarpun secara tidak sedar, telah meletakkan 2 asas penting kepada permulaan sains bahan moden.
1. Campuran bahan-bahan kimia pada peratusan yang sesuai.
2. Teknik penggunaan haba yang tinggi untuk pembikinan sebilah pedang.
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan hanya beberapa keluarga
tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya pada kurun ke-18,
teknologi pembuatan pedang ini telah pupus. Apa yang tinggal hanyalah
pedang-pedang, tombak dan pisau yang kini tersebar di pelbagai muzium di
seluruh dunia. Sekadar mengingatkan kita bahawa teknologi hebat peradaban Islam
ini telah hilang di telan zaman tetapi mula pula dikaji.
Coretan Atuk:
Selama dah berpuluh tahun ni Pedang Salahuddin inilah yg menjadi peneman dan senjata Atuk bila2 Atuk keluar berperang atau bila ada musuh2 Atuk tu yang bersembunyi. Atuk akan semarakkan api dipedang ini berbekalkan Surah Al-Kautsar sedangkan Kautsar tu nama telaga jer so patutnya air kan. Tapi bila menghadapi musuh yg lebih tinggi ilmunya maka Atuk buat kaedah lain iaitu dengan Surah 2 Alam. Bukan 2 Alam mcm filem yg x laku tu tapi Surah Alam Nasyrah dan Alam Tarokai atau lebih dikenali dgn nama Surah As-Sharh dan Surah Al-Fil serta dibaca bersama Surah Al-Masad. Cukuplah dengan serangan seperti itu menggunakan ayat2 Quran sebab itu pun dah hancur lebur musuh. Dan yg bestnya Pedang Damascus Salahuddin ni diberi nama Al-Khannas atau Pedang Amazah. Tapi yang nyata bila Atuk melibas memang x pernah yang x putus.. Dan tongkat hamba Allah ini pula diwarisi oleh anak murid Atuk skrg ni. Wallah huaklam..
No comments:
Post a Comment