Showing posts with label makhluk. Show all posts
Showing posts with label makhluk. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Hey Doggie Doggie Mistique no 13



Assalamualikum wbt para sidang pembaca yang dikasihi sekalian.. Dah lamo Atuk tak menulis ni.. Ye lah sejak2 umur meningkat ni so otak ni pun dah berfikir agak slow la sikit.. nak mengingat balik pengalaman2 lama ni ambik masa la..

Yang Atuk teringat ialah kisah satu pasangan kawan2 Atuk yang rumahnya sering terkena gangguan.. Walau dah dua tiga kali pindah asyik ada gangguan jer dalam rumah sampai rasa nak terkentut dalam rumah pun mcm x lepas sebab mcm ada makhluk lain yg boleh tercium bau kentut dia.. Setengah org kecik dulu kentut tu simpan dalam tapak tangan pastu buang kat luar rumah pun ada gak…

Lama lah jugak diaorg bertahan dengan gangguan2 ni. Bila bininya komplen kat suaminya, suaminya buat endah tak endah jer sebab dia bukan nak percaya benda2 ghaib ni pun. Bukannya org suh percaya benda2 ghaib ni lebih berkuasa drpd kita Cuma kita kena faham bahawa diciptakan makhluk dan manusia.. makhluk tu termasuk berbagai jenis tumbuhan dan hidupan sama ada yang kita nampak atau tak tu.. Malaikat pun ghaib… takkan kita tak percaya gak kewujudan malaikat.. Kdg2 payah nak xplain kat org2 yg terlebih pandai ni.. kata org zaman moden ni mana ada benda2 mcm tu dah.. apasal diaorg ingat umur diaorg lg panjang drpd jin ker? Jin lg pjg umur drpd manusia… Dan kat alam ghaib nun lagi maju daripada alam nyata ni.. mana Atuk tau?? Aku tau la sebab aku bagitau.. Kalau aku tak tau aku jawab tak tau.. 


So kali ni aku nak menulis la cerita penglipur lara yang melayan angan2 kosong dikala senjakala untuk korang perabihkan masa lapang dari membuat kerja yang tak berfaedah.. baik korang baca citer temberang Atuk ni.. Ada gak faedahnya..

So masa kat umah pertama tu pernah la sekali laki dia ni dengar bunyi2 benda2 bermain ditangganya tu tapi sekali tu jer lah.. Bininya katanya banyak kali lah dengar.. Anak2nya pun ngadu banyak kali dengar waktu lepas kul 10 mcm tu.. Kesian anak2 nya dok takut nak keluar bilik lepas kul 10.. Tapi jimat sikit bil letrik kata sahabat Atuk ni sebab anak2nya tak la jadi gila tgk tv sampai tgh2 malam.. sebelum kul 10 semua anak2 dia berebut nak masuk bilik mcm kambing nak masuk kandang sebab takut kena kacau kat tangga tu..

 
Mula2nya sapa pun tak perasan sebab diaorg satu family ingat bunyi tangga tu sebab anak org sebelah dok berlari main tangga malam2.. Kisahnya masa jiran dia balik kampong cuti sekolah satu family, anak dia yang lelaki tengok la tv sorang2 kat bawah layan citer mat salleh.. maklum lah astro baru pasang kat umah dia.. tetiba anak jantan dia dgr bunyi tangga berulang kali lebih dari selalu.. maka anak dia pun fed up la.. tgh best2 layan cerita star wars tetiba kena kcu dek bunyi bising lak.. dia nak sound kawan dia kat umah sebelah.. bila dia jenguk dia Nampak kosong jer depan umah org tu n bru dia teringat kawan dia yg sama2 curi buah rambutan dekat rumah depan surau taman tu dah balik kg satu family.. so dia pun masuk balik umah n cuba berfikir sapa laky g duk main2 kat tangga.. nak kata adik2 dia, mak dia dah suh masuk tido awal2 lagi.. maka tetiba bulu yang baru2 belajar nak tumbuh kat bdn anak dia abis semua meremang.. terus dia lari naik ke atas masuk bilik sampai kain pelekat dia terjatuh melepak kat atas tangga tu..

 
Esoknya budak tu yang baru cadang nak sunat ujung tahun tu pun demam tak kuar bilik. Mak bapak dia tgk anak tak kuar bilik gi la tgk sedangkan anak dia ni pantang pagi jer hilang dah main sepak bola tenis jadi mcm futsal.. Maka bercerita lah ia pada kedua ibu bapanya perihal kenaikan kebuluan keromaan budak tu masa malam semalam.. mcm biasa si bapak mengambil mudah apa yang jadi.. maknya mcm biasa bertambah risaulah.. tambahan pulak bininya pnah bcerita kat sahabat ni yang dia selalu mimpi terjatuh dari tempat tinggi.. selalunya org yg mimpi mcm ni akan terkujat terkujat tidurnya mcm korang tgk kucing tido.. tapi aku tak tau lah kucing tu selalu mimpi apa sebab aku tak pernah tanya kucing tu n kucing aku pun tak pernah nak jawab pasal apa.. so benda tu aku KIV je lah.. Lagi pun kucing tu x pnah mtk tlg mana2 pengamal perubatan utk ubat diaorg.. paling2 diaorg jumpa veterinar jer utk suntik..

Lepas tu sebab nak belagak dengan kengkawan maka sahabat tu pun pindah la rumah lebih besar milik seorang India. Maka si isteri n anak2 nya pun sukalah hati sebab kat umah baru tak ada la gangguan yg mcm rumah dulu hendaknya.. selang tak sampai seminggu datang la balik gangguan kat umah tu sebab tangganya pun kayu mcm rumah yg sebelum ni.. makin mahal sewa umah makin kayu lak tangganya.. rumah yg murah2 tangganya batu lak..

Gangguan ni asalnya anak sulung perempuan diaorg dahaga tgh2 malam.. Bila satu malam tu dahaga anak sulung diaorg pun turunlah bwh gi dapur bancuh air sirap, xde la rasanya org2 dahaga tgh2 malam ni nak minum air ketum ye dok??.. dah siap bancuh sempatlah minah ni ambik berkat hirup seteguk sebelum nak bwk masuk bilik dia. Sampai kat tangga maka bergedudup ler bunyi tapak kaki naik turun tangga kat depan dia tu.. Apa lagi kenyang ler tangga minum belen air sirap yg tiga suku gelas lagi beserta kaca2 yang berserakan atas tangga.. tapi sebab anak sulung agaknya semangat dia kuat sikit daripada anak jantannya.. maka xde la nak demam2 anak perempuannya tu..

 
Selang tak berapa lama bininya pulak kena sakat bila sensorang tgh lipat kain sambil layan drama Dendam Sarakit agaknya kat Tv3.. Sambil2 melipat kain tu maka dalam kesamaran suara sarakit menjerit sana sini tu dia terdengar la bunyi yang meremangkan bulu kaki tu kat tangga rumah dia.. Dalam berani berani takut tu wife dia ni abiskan jugak tugasan melipat kain yang dah menghiasi sofanya sepanjang minggu dgn timbunan bak gunung kinabalu tu..  dengan perlahan dia buat2 berani angkat kain naik atas n bila nak sampai kat anak tangga atas tu pulak berbunyi mcm anak sulung dia kena masa bancuh air sirap tu.. maka bininya dengan sepantas Flo-Jo pun memecut masuk bilik tido dia dgn bawak kain yang ada kat tangan tanpa tunggu lagi dan tak sanggup nak tgk ke bawah dah.. Cita2 nak “angkat kain” kat dalam bilik pun tak jadi kut malam tu sebab Atuk tak tanya pun pasal tu.. sebab bab angkat kain tu takde kena mengena dengan gangguan tu.. kut nak ada gangguan pun anak kecik yg bangun mintak susu jer..


So bila dah xtreme punya gangguan sahabat Atuk ni suarakanlah dekat Atuk.. so dengan rendah dirinya dia mintak tolong la Atuk buatkan sesuatu.. mungkin sebab dia takut dia lak yang kena ganggu mcm tu atau dia takut bini dia dok tertinggal kain batik lak kat tangga tu mcm anak jantannya.. So Atuk berkira-kira lah lepas tu tunggu masa yg sesuai nak buat mcm mana.. sebab ada mcm sesuatu yang tersirat disebalik kejadian tu.. mcm berat n payah benor nak lepaskan hajat sahabat Atuk tu.. tapi daya dan usaha Atuk tetap ada.. Cuma tunggu allah bagi ilham je pada Atuk nak buat bila masa yg sesuai..

Berselang beberapa minggu sahabat Atuk ni pun call Atuk semula mintak tlg lagi katanya tak sihat sampai tak leh gi keje sebab ulu hatinya sakit dipenuhi angin.. kata orang sakit angin medu kut.. Sebab dia pernah dgr syarahan Atuk kat dia yang mengatakan penyakit yang melibatkan angin dalam badan ni adalah di sebabkan oleh jin termasuklah angin ahmar.. pasal angin ahmar ni Atuk pernah tulih sebelum ni.. kalau korang nak baca scroll la sendiri sebab laptop Atuk ni x leh nak remote scroll kat korg.. o dia mintak tolong Atuk usahakan jugak la ubati dia walau dia dah try mkn ubat gastrik tak ilang2 gak..

Makanya malam tu Atuk dengan bala tentera Atuk beserta guru2 dan para rijalul ghaib bertandang la kerumahnya lepas buat solat hajat.. maka dibelah lah perut sahabat Atuk tu dengan cara bedah ghaib yg mana sahabat Atuk akui terasa sejuk je perut bila kena belah tu walau ekon dia tak berpasang pun.. on the way nak balik tu Atuk teringat request dia yg sebelum tu yg belum Atuk tunaikan.. maka Atuk, panglima hitam serta wajawira Atuk si serigala putih pun menuruni tangga rumah beliau setelah selesai proses modified perut sahabat Atuk tu.. kat atas tangga tu panglima hitam dok kluarkan seketul daging dari poket seluar dia yang tak pernah putih tu.. namanya pun abang itam kan.. So tiada yg tidak itam melainkan semuanya itam2 belaka la.. maka sekonyong-konyongnya keluar seekor lembaga berbadan berkaki dua, bertangan yang berbulu lebat serta kepala yang menyerupai anjing poodle..Bila keluar jer terus terjelir-jelir lidah dia macam sedap sgt daging yang panglima itam pegang tu.. aku pun x pnah tanya daging apa.. lantakla janji aku leh tgk apa benda yang dok main tangga.. rupanya selama ni ajing ni yang suka dok main kat tangga rupanya.. patutla dalam siri Bercakap dengan jin Tamar Jalis dulu dia ada cerita pasal manusia berkepala anjing.. tapi ni jin yang berkepala anjing yang aku nampak..

 

Maka dengan sepantas kilatnya sambil panglima hitam my bodyguard tu dok mengumpan makhluk yang tak diundang tu aku pun memanggil pedang hamzah aku datang terbang melayang dan zasss putus lehernya disembelih lalu serigala putih yang sedia menunggu trus ngap tanpa perlu aku suruh.. tak sempat aku nak habiskan perkataan pisang pun benda tu dah masuk mulutnya.. baru aku nak sebut pi… memang dah pi dah benda tu dlm mulut dia.. maka selepas itu rijalul ghaib aku minta untuk membawa dua bekas air zamzam dari tempat biasa tuan guru datuk haji ismail mencedok air zamzam utk diberi minum kepada tetamu allah yang hadir mengerjakan haji.. Maka panglima hitam pun meratakan air zam2 tersebut keseluruh tempat di tangga dan diadalm stor tempat melepak makhluk berkepala anjing itu..  dengan tanah haram pula disamak tempat2 tersebut dan si marmud ditugaskan untuk membersihkan dan menghilang kan bau serta aroma tempat makhluk tersebut pernah bermastautin agar makhluk tak diundang lain tak menggangtikan tempatnya pula..


Maka setelah selesai segala urusan tu setelah hampir lewat malam itu maka ahli rombongan datuk raden dan aku itu pun meminta diri dan beransur pulang. Setelah diberitahu bahawa sahabat yg sakit dapat melihat didalam pejamnya kehadiran datuk raden yang samar baying, datuk panglima hitam, marmud serta rombongan lain sewaktu rawatan dilakukan ke atasnya.. Maka Alhamdulillah ilmu aku yang dinafikan oleh sesorang selama ini ternyata benar dan menjadi sumber kekuatan dan kepercayaan aku dalam aku meneruskan perjuangan menentang anasir2 yang mengganggu umat manusia sejagat.. aku akan tetap terus berperang…



Dan selepas itu satu persatu perkara buruk yang menghantui pula hidup sahabat aku tu.. maungkin akibat egonya yang melambung, riaknya yang meninggi, sombongnya yang mendada.. aku tak tau.. satu persatu penyakitnya mula datang, keegoaanya mula goyangnya, sombongnya mula kurang, rentaknya mula songsangnya, garangnya mula hilang.. apa kaitannya dengan makhluk itu aku tak mau ambik tau.. biarlah itu antara dia dengan yang satu dan aku.. bukanlah sesiapa yang mahu menilainya kerana aku juga manusia biasa..

Monday, June 17, 2013

Kau yang bernama Mizari... Mistique No 3


Beberapa minggu yang lalu, Atuk didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.  Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya. Atuk bukanlah seorang perawat atau pengamal perubatan alternatif atau tradisional mahu pun mana2 persatuan silat.. Atuk cuma membantu apa yg terdaya Atuk lakukan.

Luahan tersebut membuatkan Atuk tersenyum. Lantas, Atuk katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya.. Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, Atuk ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer.. Lama Atuk dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, Atuk teringat pada pesan guru Atuk, ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya x leh fokus.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, Atuk minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, Atuk ingin mandi kerana baru teringat  Atuk baru je selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba.. Selepas mandi  Atuk pakai wangian agar diri harum semerbak.. Setelah itu Atuk keluar bilik dan menuju ke ruang tamu untuk meneruskan mambantu pesakit ni. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka Atuk yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Atuk: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Atuk: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata Atuk..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Atuk: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Atuk: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Atuk: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena pulak Atuk dgn Makhluk yang Atuk payah nak nampak tu..

Atuk: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan Atuk dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan Atuk tak jadi di angkat. Kalau tak dengan pesakit tu sekali mungkin merana seumur hidup sbb Tok Guru tak bagi pukul orang. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Atuk: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Atuk: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk Atuk mendengar cerita si Mizari... Baru Atuk teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Atuk: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Atuk: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Atuk: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Atuk: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua manusia aku suka...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Atuk: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Atuk: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia.. Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Atuk: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"

Atuk: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'


Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu Atuk katakan padanya. Kelu Atuk bila mendengar hujahnya..

Atuk: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Atuk: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Atuk: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Atuk: "Syarat yang pertama tu insyaallah boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Atuk: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Atuk: "A'ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Atuk: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Atuk: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Atuk: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Atuk: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Atuk: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Atuk: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Sebab nak bagi cukup syarat rawatan Atuk bagi jer la air rukyah dan air syifa untuk diminum dan di mandikan budak tu supaya takde lak benda lain yang menumpang nanti. Setelah 
itu mereka sekeluarga pun pulang lah.



3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon Atuk dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak Atuk ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan.. Atuk juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, Atuk dapat melihat parasnya..  Badannya berbulu putih, berwajah macam manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi atau mungkin juga rupanya yang sebenar.....
Apa pun itulah rahsia dunia yang tak pernah sampai oleh akal yg kaya dgn berbagai-bagai makhluk..