Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Tuesday, December 2, 2014

Susuk Jeruk Limau Purut

Assalamulaikum wbt. Kadang2 ada org tanya apasal atuk x update blog ni? Dah lama xde update x kan xde cerita nak ditulis? Atuk jawab senang jer.. atuk bukannya Ramli Awang Mursyid atau Tamar Jalis atau Ahadiat Akasyah yg mampu berfantasi untuk menceritakan seribu satu mcm kehidupan Atuk cuma menulis dari pengalaman atuk yang hanya mampu membantu melakukan apa yg terdaya. Atuk juga terikat dgn kerja seharian dan atuk juga x mampu nak berperang setiap hari sbb kdg2 atuk penat bekerja dan kdg2 atuk terpaksa menyiapkan tempahan parang pisau keris sahabat2 atuk.Klu kita penat mcm mana nak berperang. Klu di alam nyata ni pun klu dah x larat nak buka mata mcm mana nak angkat senjata..
Memandangkan sekarang ni atuk terpaksa menangani few cases kata org kampung atuk so buat masa ni atuk just kongsikan apa yg atuk rasa nak atuk kongsikan. Ada peminat atuk yang mesej atuk ceritakan masalah dalam perhubungan dia. Jadi atuk nak bagi susk yang paling tahan lama dan tiada pantang untuk korang. Haaa tersenyum sampai ke telinga pempuan2 tu kan..
Atuk tulis pjg mana pun perenggan ni xde diaorg nak baca dah sbb nak gi terus tgk mcm mana nak pki susuk ni kan.. xpe lah atuk malas nak membebel ni sbb nak mkn jeruk mangga asam boi ni..
Kalau korang nak pki susuk ayat ni caranya senang.. selalulah berwuduk dan bila lepas solat atau nak keluar rumah tu bacalah..
  1. ” Ya Badiyah ” 1 kali
  2. ” Ya Nur ” 1 kali 
  3. ” Ya Hadi ” 1 kali
  4. ” Ya Allah ” 3 kali

Lepas baca semua tu tariklah nafas dalam2 tapi jangan sampai korang terkentut lak ok.. Kemudian hembuslah sampai habis nafas ke atas kedua tapak tangan korang dan sapulah ke muka. Cuma jgn terkeluar air liur basi atau korang kat atas tgn tu sudah sbb atuk suh hembus angin bkn lain2. Klu korang dah buat tapi still rasa x cantik jgn lak marah kat atuk sbb atuk ajar pakai susuk jer, bkn atuk ajar buat plastic surgery..


Eh kang ada org abiskan mangga asam boi atuk. korang buatlah tu dulu..


Sunday, November 10, 2013

Wasatiyyah, Wa Bukan jual Satay....



Assalamualaikum wbt. Selamat tahun baru. Dalam menyambut tahun baru hijrah ni kita sering dengar perkataan wasatiyyah. Dah jadi tema Maal Hijrah pun. Tapi faham ker kita makna wasatiyyah ni? Pada Atuk wasatiyyah ni adalah yang terbaik, teradil dan terpuji dalam segalanya terutamanya dalam perbuatan, akhlak dan amalan. 

Jadi dalam dunia ni kita banyak dengar versi amalan2 yang org2 kita (Islam) selalu buat sampai kadng2 hanyut terus amalannya sebab salah amal atau salah ambik amalan atau salah tuntut kut. Kalau nak menuntut yang paling betul kita ambik dari alquran dan sunnah la kan. Jadi dibawah ni Atuk terangkan akan amalan yang menjadi kesukaan Rasulallah saw yang menjadi kecintaan kita tu sebab amalan Rasulallah tak pernah ada bidaahnya serta diteruskan oleh sahabat pulak.

Selawat

Selawat terbaik adalah selawat yang telah diajarkan sendiri oleh Rasulallah saw kepada para sahabatnya. Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a, dia berkata: Nabi saw keluar menemui kami, lalu kami berkata: "Ya Rasulallah, kami telah mengetahui bagaimana kami memberi salam kepadamu, maka bagaimana kami berselawat atasmu?"

Beliau menjawab : "Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

"Ya Allah sampaikanlah Selawat atas Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana engkau telah sampaikan Selawat atas Nabi Ibrahim dan keluarga-Nya. Sesungguhnya Engkau Dzat Mahaterpuji lagi Mahaagung. Ya Allah, berikah keberkahan kepada Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah berkahi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau zat Maha terpuji lagi Maha agung." (HR. Bukhari dan Muslim)


Selawat di atas juga dikenali sebagai Selawat Ibrahimiah. Maka apabila Rasulallah menyarankan selawat itu bererti itulah selawat yang utama. Walau banyak jenis selawat yang kita tahu namun selawat Ibrahimiah mempunyai nilai yang tertinggi di sisi Rasulallah saw.

Istighfar

Syaddad bin Aus r.a berkata sesungguhnya Rasulallah saw bersabda; "Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah; kamu mengucapkan: 'ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA 'ABDUKA WA ANA 'ALA 'AHDIKA WA WA'DIKA MASTATHA'TU A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'TU ABUU`U LAKA BIDZANBI WA ABUU`U LAKA BINI'MATIKA 'ALAYYA FAGHFIRLI FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ DZUNUUBA ILLA ANTA. Jika kamu mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni syurga. Dan jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga.' (HR. Bukhori).

Maka dari banyak2 istighfar Rasulallah menyarankan agar kita membaca penghulu istighfar ini kerana ialah yang terbaik.

Zikir

Zikrullah (mengingati Allah) merupakan amalan yang paling utama di sisi Allah SWT, sebagaimana firmannya:

“… dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)” [Surah al-Ankabut ayat 45]

Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari dan Muslim).



Doa

Pada suatu malam Saidatina Aishah bertanya kepada Rasulallah saw “Katakan padaku wahai Rasulullah, andainya aku bertemu dengan malam lailatul qadar, apakah yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Engkau berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni “


Diriwayatkan dari Anas bin Malik) r.a berkata: 'Adapun lebih banyak doa Nabi saw itu (dgn doa ini): 'Rabbana atina fid-dunya hasanatan, wa-filakhirati hasanatan, wa-qina a'azabannar.' (HR Bukhari)


Maka itulah doa yang paling utama untuk kita amalkan mengikut sunah Rasulallah.

Tasbih, Tahmid, Tahlil, dan Takbir.

Rasulullah pernah bersabda:
“Ucapan yang paling Allah sukai itu adalah empat, “Subhanallah, alhamdulillah, Laa ilaaha illa Allah, Allahu Akbar. Tidak ada bahaya dari mana pun kamu mulai.” (HR. Muslim)

“Sesungguhnya alhamdulillah memenuhi Mizan, dan Subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada diantara langit dan bumi.“ (HR. Muslim)

Tasbih berarti mensucikan Allah dari sifat-sifat makhluk-Nya. Sementara tahmid yaitu memuji Allah, Tuhan semesta alam. Dan takbir adalah mengagungkan kebesaran Allah SWT. Allah berfirman dalam al-Quran: ”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” (al-Ahzaab: 41-42).
 


Tasbih. Tasbih ialah bacaan Subhanallah yang ertinya ” Maha suci Allah“. Ianya sering diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .
Tujuan kita mengucapkan “ Subhanallah “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .



Tahmid. Ucapan “ Alhamdulillah ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .

Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .



Tahlil. Dari Jabir ra , Rasulullah saw bersabda : Sebaik-baik zikir adalah : Laa ilaahailallah. Barangsiapa mengucapkan Laa ilaahailallah , maka ditanamlah baginya sebatang pohon kurma di surga (HR Tarmidzi).

Kalimah ini adalah landasan tauhid yang utama dalam Islam dan pedoman yang besar serta sempurna bagi kehidupan seluruh muslim kerana dengan meyakini dan beriman dengannya maka akan wujudlah satu keyakinan (I'tiqad) untuk menyembah hanya kepada Allah s.w.t, hanya tunduk kepada Allah s.w.t sahaja, hanya berdoa kepadaNya dan hanya berhukum dengan syariat-syariat yang telah ditetapkan olehNya.



Takbir. Ucapan “ Allahu akbar “ ertinya : “ Allah Maha Besar “.

Dalam hadis diriwayatkan bahawa keempat2 kalimat tersebut merupakan salah satu cara untuk bersedekah sebagaimana aduan orang-orang miskin tentang orang kaya yang bisa mendermakan hartanya. Sabda Nabi SAW: “Setiap kalimat tasbih adalah sedekah, takbir adalah sedekah, tahmid adalah sedekah dan tahlil adalah sedekah.” (HR Muslim).



Monday, July 15, 2013

Kalau Tiada Bertitik dan Bersabdu



Sabda Rasulullah s.a.wnyang bermaksud: Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan. 




Huraian Hadith:


1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting. Fizikal yang dimaksudkan bukanlah fizikal yang tegap dan besar tetapi tubuh badan yang sihat.



2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.


3. Ucapan ‘kalau' tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua.




4. Ucapan ‘kalau’ juga mencerminkan tiada rasa syukur dalam diri seseorang yang menginginkan sesuatu yang lebih baik dari apa yg dia ada. Selalunya ‘kalau’ juga merujuk kepada kerisauan seseorang kepada sesuatu yg tidak diingini. Makanya apa bila ia berkata maka ia umpama doa buruk yang tidak disengajakan sedangkan telah Allah tetapkan ketentuan yang baik utk seseorang.