Assalamualaikum wbt. Selamat tahun baru. Dalam menyambut tahun baru hijrah ni kita sering dengar perkataan wasatiyyah. Dah jadi tema Maal Hijrah pun. Tapi faham ker kita makna wasatiyyah ni? Pada Atuk wasatiyyah ni adalah yang terbaik, teradil dan terpuji dalam segalanya terutamanya dalam perbuatan, akhlak dan amalan.
Jadi dalam dunia ni kita banyak dengar versi amalan2 yang org2 kita (Islam) selalu buat sampai kadng2 hanyut terus amalannya sebab salah amal atau salah ambik amalan atau salah tuntut kut. Kalau nak menuntut yang paling betul kita ambik dari alquran dan sunnah la kan. Jadi dibawah ni Atuk terangkan akan amalan yang menjadi kesukaan Rasulallah saw yang menjadi kecintaan kita tu sebab amalan Rasulallah tak pernah ada bidaahnya serta diteruskan oleh sahabat pulak.
Selawat
Selawat
terbaik adalah selawat yang telah diajarkan sendiri oleh Rasulallah saw kepada para
sahabatnya. Dari Ka'ab bin 'Ujrah r.a, dia berkata:
Nabi saw keluar menemui kami, lalu kami
berkata: "Ya Rasulallah, kami telah mengetahui bagaimana kami memberi
salam kepadamu, maka bagaimana kami berselawat atasmu?"
Beliau
menjawab : "Ucapkanlah:
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
"Ya Allah sampaikanlah Selawat atas
Nabi Muhammad dan keluarganya sebagaimana engkau telah sampaikan Selawat atas
Nabi Ibrahim dan keluarga-Nya. Sesungguhnya Engkau Dzat Mahaterpuji lagi
Mahaagung. Ya Allah, berikah keberkahan kepada Nabi Muhammad dan keluarganya
sebagaimana Engkau telah berkahi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau zat Maha terpuji lagi Maha agung." (HR. Bukhari dan Muslim)
Selawat di atas juga dikenali
sebagai Selawat Ibrahimiah. Maka apabila Rasulallah menyarankan selawat itu
bererti itulah selawat yang utama. Walau banyak jenis selawat yang kita tahu
namun selawat Ibrahimiah mempunyai nilai yang tertinggi di sisi Rasulallah saw.
Istighfar
Syaddad
bin Aus r.a berkata sesungguhnya Rasulallah saw bersabda; "Sesungguhnya istighfar
yang paling baik adalah; kamu mengucapkan: 'ALLAHUMMA ANTA RABBI LAA ILAAHA
ILLA ANTA KHALAQTANI WA ANA 'ABDUKA WA ANA 'ALA 'AHDIKA WA WA'DIKA MASTATHA'TU
A'UUDZU BIKA MIN SYARRI MAA SHANA'TU ABUU`U LAKA BIDZANBI WA ABUU`U LAKA
BINI'MATIKA 'ALAYYA FAGHFIRLI FA INNAHU LAA YAGHFIRU ADZ DZUNUUBA ILLA ANTA. Jika kamu mengucapkan
di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum
waktu petang, maka ia termasuk dari penghuni syurga. Dan
jika ia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum
masuk waktu pagi, maka ia termasuk dari penghuni syurga.' (HR. Bukhori).
Maka dari banyak2 istighfar Rasulallah menyarankan
agar kita membaca penghulu istighfar ini kerana ialah yang terbaik.
Zikir
Zikrullah
(mengingati Allah) merupakan amalan yang paling utama di sisi Allah SWT,
sebagaimana firmannya:
“… dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)” [Surah al-Ankabut ayat 45]
Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari dan Muslim).
Doa
Pada suatu
malam Saidatina Aishah bertanya kepada Rasulallah saw “Katakan padaku wahai
Rasulullah, andainya aku bertemu dengan malam lailatul qadar, apakah yang harus
aku ucapkan?” Beliau
menjawab, “Engkau berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni “
Diriwayatkan dari Anas bin Malik) r.a berkata:
'Adapun lebih banyak doa Nabi saw itu (dgn doa ini): 'Rabbana atina fid-dunya
hasanatan, wa-filakhirati hasanatan, wa-qina a'azabannar.' (HR Bukhari)
Tasbih, Tahmid, Tahlil, dan Takbir.
Tasbih berarti mensucikan Allah dari sifat-sifat
makhluk-Nya. Sementara tahmid yaitu memuji Allah, Tuhan semesta alam. Dan
takbir adalah mengagungkan kebesaran Allah SWT. Allah berfirman dalam al-Quran:
”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir
yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan
petang.” (al-Ahzaab: 41-42).
Tasbih.
Tasbih ialah bacaan Subhanallah yang ertinya ” Maha suci Allah“. Ianya sering
diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun
perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang
yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .
Tujuan kita mengucapkan “ Subhanallah “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .
Tujuan kita mengucapkan “ Subhanallah “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .
Tahmid. Ucapan “ Alhamdulillah ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah
untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .Ianya
diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah
Ta’ala berikan kepada kita .
Kita juga wajib mengucapkan syukur
kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai
lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh ,
tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .
Tahlil.
Kalimah ini adalah landasan tauhid yang utama dalam Islam
dan pedoman yang besar serta sempurna bagi kehidupan seluruh muslim kerana
dengan meyakini dan beriman dengannya maka akan wujudlah satu keyakinan
(I'tiqad) untuk menyembah hanya kepada Allah s.w.t, hanya tunduk kepada Allah
s.w.t sahaja, hanya berdoa kepadaNya dan hanya berhukum dengan syariat-syariat
yang telah ditetapkan olehNya.
Takbir. Ucapan “ Allahu akbar “ ertinya : “ Allah Maha Besar “.
Dalam hadis diriwayatkan bahawa keempat2 kalimat tersebut
merupakan salah satu cara untuk bersedekah sebagaimana aduan orang-orang miskin
tentang orang kaya yang bisa mendermakan hartanya. Sabda Nabi SAW: “Setiap
kalimat tasbih adalah sedekah, takbir adalah sedekah, tahmid adalah sedekah dan
tahlil adalah sedekah.” (HR Muslim).
No comments:
Post a Comment