Mari sini cucu-cucu Atuk. Assalamualaikum wbt. Hari ni Atuk nak bercerita pasal kisah tauladan dari zaman Rasulallah kepada cucu2. Rasulallah ni bila tak berdakwah dia akan mendatangi isteri-isterinya dan sanak saudaranya bertanya khabar dan membantu apa yg boleh. Setelah selesai semua itu baru dia akan menjenguk para sahabat untuk membincangkan masalah negara pulak.
Suatu hari, Rasulullah saw bertandang ke
rumah Abu Bakar As-Siddiq. Ketika bermuzakarah dengan Rasulullah,tiba-tiba datang seorang Arab Badwi melalui rumah Abu
Bakar dan langsung mencela Abu Bakar. Dengan segala maki hamun serta kata-kata kesat keluar dari mulut longkang
orang itu. Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya. Ia melanjutkan saja perbincangan
dengan Rasulullah macam tiada apa yang berlaku. Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum.
Kemudian, orang Arab Badwi itu kembali lalu dan memaki Abu Bakar lagi. Kali ini dengan makian dan hinaannya yang lebih kasar. Namun dengan keimanan yang kukuh serta kesabarannya, Abu Bakar tetap membiarkan orang tersebut. Rasulullah kembali memberikan senyumannya. Semakin marahlah orang Arab Badwi tersebut.
Untuk ketiga
kalinya, ia lalu lagi untuk mencerca Abu Bakar dengan makian yang lebih menyakitkan hati. Kali ini, selaku
manusia biasa yang memiliki hawa nafsu, Abu Bakar tidak dapat menahan
amarahnya. Dibalasnya makian orang Arab Badwi tersebut dengan makian yang power2 jugak. Maka terjadilah perang
mulut antara kedua mereka dihadapan Rasulallah.
Seketika itu
juga Rasulullah beranjak dari tempat duduknya. Ia meninggalkan rumah Abu Bakar
tanpa mengucapkan salam dan terus pergi. Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu
Bakar tersedar telah terjadi sesuatu yang tidak menyenangkan Rasulallah dan Abu
Bakar menjadi bingung. Dikejarnya Rasulullah yang sudah sampai halaman rumah.
Kemudian Abu
Bakar berkata, "Wahai Rasulullah, janganlah anda biarkan aku dalam
kebingungan yang sangat. Jika aku berbuat kesalahan, jelaskan kesalahanku!" Rasulullah
menjawab, "Sewaktu ada seorang Arab Badwi datang dengan membawa kemarahan
serta fitnah lalu mencelamu, kulihat engkau tenang, diam dan engkau tidak
membalas. Aku bangga melihat engkau orang yang kuat mengahadapi tentangan, menghadapi fitnah, kuat menghadapi cacian, dan aku
tersenyum kerana ribuan malaikat turun dan berada di sekelilingmu lalu mendoakan
dan memohonkan ampun atasmu kehadrat ALLAH swt.
Begitu juga
buat kali yang kedua, ketika ia mencelamu dan engkau tetap membiarkannya. Maka tahukah
engkau bahawa para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya berada
disekelilingmu mendoakanmu lagi. Oleh sebab itu aku tersenyum. Namun, ketika kali ketiga ia mencelamu
dan engkau hilang sabar, dan engkau membalasnya makiannya, maka seluruh
malaikat pergi meninggalkanmu lalu hadirlah iblis menemani di sisimu. Oleh kerana
itu, aku tidak ingin berdekatan dengan kamu kerana aku tidak ingin berdekatan
dengannya, dan kerana itu aku tidak member salam kepadamu kerana aku tidak mau memberikan
salam kepadanya."
Setelah itu
menangislah Abu Bakar ketika diberitahu tentang rahsia kesabaran bahawa itu
adalah kemuliaan yang terselubung. Dengan tidak membalas makian dan fitnah
orang ke atasnya maka rahmat Allah dan doa para malaikat mengelilingimu. Maka
oleh kerana itu pesan Rasulallah dan guru2 bahawa sesungguhnya diam itu lebih
baik dari berkata-kata mempunyai maksud yang mendalam. Hanya mereka yang tahu
akan mengerti.
No comments:
Post a Comment