Kelihatan sesusuk tubuh pahlawan
yang berpakaian hitam berbekalkan serban hijau dan menggunakan skaf sebagai
topeng di muka terus meluncur laju ke arah musuh dengan gagah, bertempur dengan
berani dan ketangkasannya mempamerkan kehandalannya dalam berkuda dan bertempur
dengan tombak. Beliau meluncur laju ke arah barisan musuh, membunuh seorang
demi seorang dengan menggunakan tombak beliau, lalu beliau meluru pula ke arah
barisan musuh di bahagian lainnya pula lalu mencederakan dan membunuh musuh
yang lain. Pertempurannya secara solo melawan musuh-musuh tanpa rasa gentar
walaupun bersendirian.
Siapakah gerangan pejuang ini? Siapakah
pahlawan handal disebalik topeng ini? beliaulah pejuang wanita islam yang
begitu berani di medan perang,, Siapa sangka seorang wanita yang lemah lembut
tutur dan budi pekertinya tangkas bertempur dan berkuda… Dialah KHAULAH
AL-AZWAR iaitu bidadari besi...
Alkisahnya,,,Khaulah Al-Azwar
merupakan seorang wanita yang hidup di zaman Rasulullah saw. Beliau adalah adik
kepada Dhirar Al-Azwar yang juga mempunyai kehandalan di medan perang yang
sememangnya tidak asing lagi bagi pencinta sirah Islam. Skil dan teknik
bertempur di medan perang turut diwariskan kepada Khaulah oleh ayahnya
Al-Azwar. Khaulah akhirnya menjadi seorang wanita yang mahir bermain pedang dan
berkuda malah Khaulah juga memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat seperti
seorang lelaki yang kental semangatnya.
Susuk tubuhnya tinggi lampai dan
tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah
s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin
bersama-sama mujahidah yang lain. Jika diteliti sirah bidadari besi ini, boleh
dikatakan beliau ialah pahlawan wanita yang paling handal dalam sejarah Islam.
Dalam perang Yarmuk iaitu peperangan
utama yang menjadi medan kepada pembukaan kota Syam, beliau menjadi salah
seorang pejuang yang menonjol dan memimpin kaum wanita yang turut serta
terlibat. Bahkan beliau turut mengalami kecederaan di kepala dalam peperangan
yang sangat bersejarah itu.
Namun, kisah kehandalannya
bertempur yang paling masyhur adalah dalam satu operasi tentera Muslimin untuk
menyelamatkan saudara lelakinya iaitu Dhirar yang telah ditawan tentera kafir Rom
sewaktu satu peperangan di sekitar Damascus. Khaulah telah turut serta dalam
operasi tersebut. Rafie bin Umaira, panglima skuad Muslimin sebelum ketibaan
Khalid mengungkapkan ketakjubannya tentang Khaulah yang ketika itu belum
mengetahui bahawa beliau adalah Khaulah kerana ketika itu beliau bertopeng,
”Beliau berlawan seperti Khalid, namun jelas beliau bukan Khalid”.
Pejuang Muslimin yang lain amat kagum
terhadap semangat juang yang menakjubkan tersebut. Namun begitu pasukan
Muslimin masih belum dapat melihat siapa gerangan pejuang itu kecuali melihat
sesusuk tubuh seorang anak muda yang gagah dengan sepasang mata yang tajam
bercahaya di atas kudanya. Sang pejuang nampaknya seperti mahu membunuh diri
kerana dengan pakaian dan tombak yang berlumuran darah dia kembali menyerang
tentera kafir Rom setelah kembali sebentar untuk mengambil nafas.
Keberanian sang pejuang
memberikan semangat baru bagi skuad Rafie yang semuanya hampir kalah sebelum
kedatangan pasukan Khalid bin al-Walid. Semangat juang yang ditunjukkan oleh Khaulah
membuatkan mereka terus terlupa akan kepenatan yang ada dan terus menyerbu ke
arah musuh dengan semangat juang yang tinggi juga. Sesungguhnya Khaulah telah
membakar semangat mereka juga.
Penunggang berani mati itu terus
diikuti oleh pejuang yang lain lalu meneruskan pertempuran dengan tentera Rom
ketika seluruh pasukan kaum Muslimin menyerbu. Lalu Khalid mendekati sang
penunggang kuda itu lalu bertanya, “ Wahai pejuang, tunjukkanlah wajahmu!”
Sepasang mata hitam berkilat menatap Khalid sebelum berbalik dan kembali
menyerang tentera Rom.
Kemudian beberapa orang tentera
Khalid menyusulnya dan berkata kepadanya. “Wahai pejuang yang mulia, ketua kami
telah memanggilmu dan engkau telah pergi darinya! Tunjukkan kepada kami wajahmu
dan sebutkan namamu agar engkau dapat dihormati selayaknya.” Sang penunggang
kuda tidak mengendahkan sapaan itu lalu kembali pergi seolah dengan sengaja
merahsiakan identitinya.
Ketika sang penunggang kuda
kembali dari serangannya, dia berkuda melalui sisi kuda Khalid. Khalid lalu menyuruhnya
dengan tegas untuk berhenti. Dia menarik kudanya berhenti lalu Khalid bertanya
: “Engkau telah berbuat banyak pekara yang memenuhi hati kami dengan kekaguman.
Siapakah gerangan kamu wahai pejuang Allah?”
Khalid hampir terjatuh dari
kudanya ketika dia mendengarkan jawapan dari penunggang kuda yang bertopeng
kerana yang didengarnya adalah suara seorang gadis. Gadis itu menjawab “Wahai pemimpin
perang, bukannya aku enggan menjawap pertanyaan kamu, hanya kerana aku merasa
malu sebab kamu adalah seorang pemimpin yang agung, sedangkan aku hanyalah seorang
gadis pingitan. Sesungguhnya tiada lain yang mendorongku untuk melakukan hal
seperti itu melainkan kerana hatiku sangat sedih dan terbakar oleh kerana
penawanan saudaraku”.
Khalid kagum dengan Al-Azwar yang
menjadi ayah kepada pejuang yang berani tak kira lelaki mahupun perempuan. “Kalau
begitu bergabunglah bersama pasukan aku” ucap Khalid. Kesedihan dan kemarahan
tentang berita tertawannya saudara lelaki yang amat dikasihinya iaitu Dhirar
bin Al-Azwar lantas membuatnya tampil ke medan perang sebagai pejuang dan tidak
lagi hanya berada di barisan belakang menjadi perawat untuk merawati tentera yang terluka dan
mengurus perbekalan sebagaimana yang dilakukan sebelumnya bersama para wanita
yang ikut dalam peperangan.
Inilah kisah Khaulah binti
Al-Azwar, seorang wanita yang sangat berani yang membuat pasukan Muslimin kagum
dengan kepantasannya menyerang tentera kafir Rom. Mampukah kita sebagai wanita
islam menjadi sepertinya? Mampukah kita sebagai ayah atau abang mendidik anak
dan sedara perempuan kita menjadi sepertinya? Tetapi yang Atuk tau, Datin
Paduka itulah bidadari besi Atuk.. Dari itu Atuk nukilkan sebuah sajak untuk mereka para bidadari besi ini:
UntukMu Muslimah Mujahidah........
Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman
segar mewangi di pelusuk dunia
setulus kasih sesuci embun
seindah mentari
seanggun rembulan.
Cantik wanita kerana akhlaknya
lembut wanita kerana tutur katanya
mesra wanita kerana senyumannya
cekal wanita kerana keberaniannya
patuh wanita kerana setianya
sabar wanita kerana imannya
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
dendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
jadilah wanita yang sempurna…
Serikandi muslimah yang sejati
hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi
dalam memperjuangkan agama islam
binalah akhlakmu seindah muslimah sejati
yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa
Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu...
Puteriku muslimah
malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
tetap ia berkuasa menjaga diri dan nama
tiada siapa yang boleh merampasnya
melainkan kau sendiri pergi menyerah diri
ketegasanmu umpama benteng Negara dan agama
dari dirobohkan dan jua dibinasakan
wahai puteriku sayang
kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya….
Buat mujahidah solehah
dengan kecantikanmu
kau lebih elok dari matahari
dengan akhlakmu
kau lebih wangi dari haruman
dengan rendah hatimu kau lebih tinggi dari bulan
dengan kelembutanmu kau lebih halus dari rintik
maka peliharalah keindahan ini
agar kau terus menjadi sayap kiri perjuangan islam
penegak kalimah Allah di muka bumi…..
.السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَةُ.اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.انشـــــاءاَلل
ReplyDeletehttp://www.healthbuilders.com.my/.
Besnis produk kesihatan myherb2u.
http://othmandraman.blogspot.com/?m=1.
Goji, tricajus, susu kambing, mlm call +60192311900.
othman.draman@yahoo.com.
Kedai P01 pasar majlis sek16 shah alam, selangor, malaysia.
http://www.dnaglobal2u.com/.
Rakan niaga/penyewa/pekerja diperlukan.
http://www.iphytoscience.com/.
Kursus motivasi besnis disediakan.
http://www.drtina.mynucerity.biz/indexi.php.
Stokis/pegedar diperlukan.
https://www.google.com/#fp=eccba6f7b5b00530&q=myherb2u.
Pakej melancong Kelantan/Selatan Thailand disediakan.
http://www.youtube.com/watch?v=JSOi1e3ethM.
Rumah dijual diSubang Suria,Shah Alam
https://www.google.com/search?q=myherb2u&filter=0&bav=on.2%2Cor.r_cp.r_qf.&bvm=bv.50952593%2Cd.bmk%2Cpv.xjs.s.en_US.epv7Gxs5zsU.O&biw=1366&bih=667&um=1&ie=UTF-8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N&tab=wi&ei=JrwTUt6VB4K4rAeI-YHQDA.
Tanah di kg kedondong, Pengkalan Kubor, Kelantan,Malaysia untuk diwakafkan untuk pembinaan masjid.
https://archive.org/details/BacaanDanTerjemahanAlQuran-MisharyAlAffasy.
Dermawan diperlukan.
http://radiosilaturahim.com/tembok-pemisah-israel-mesir-telah-selesai-di-bangun/
Kelas mengaji Al Quran disediakan.
http://sourceforge.net/projects/quranterjemah/?source=pdlp.
Welcome to Health Builders (M) Sdn.
www.healthbuilders.com.my
Syarikat jualan langsung unggul yang membawa kepada anda satu kerjaya … untuk terus berjaya. Nikmatilah kehebatan rangkaian produk dan keistimewaan pelan pemasaran kami untuk kehidupan yang lebih bermakna