SEJARAH KERIS
Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan
sejak lebih daripada 600 tahun dahulu. Ia digunakan untuk mempertahankan diri
dan sebagai alat kebesaran diraja. Keris selalu dikaitkan dengan kesaktian dan keistimewaan
luar biasa dimana kononnya boleh membunuh dengan menikam bekas tapak kaki musuh
berkenaan.
Keris berasal dari kata kris, atau riris, atau aris yaitu sesuatu yang
kecil runcing dan tajam. Walaupun belum dapat dipastikan kapan pertama kali
keris berkembang di Nusantara akan tetapi Keris diperkirakan telah ada semenjak
perkembangan seni perlogaman berkembang di Nusantara. Dalam beberapa artifak
dan catatan sejarah keris telah ada dan berkembang pada masa awal-awal abad
pertengahan, tahun 825 saka (907 M) telah dikenal istilah “kris”, di dalam
tertulis antara lain kata Kres yang diduga artinya keris. Hal ini menunjukan
bahwa masyarakat jawa telah mengenal keris semenjak abab ke-9.
Beberapa kisah lainnya yang memberikan keberadaan keris antara lain: Pada
yang di buat kira-kira tahun 750 M diterangkan raja keluarga Syailendra
memerintahkan untuk membuat keris. Pada patung Rarajunggrang di candi Prambanan
( tahun 910 M) salah satu tangannya memegang senjata katga yang ertinya senjata
tajam keris. Dalam salah satu dinding candi Sukuh yang berangka tahun 1456
tergambarkan suasana dalam penempaan pembuatan keris.
Keris pada mulanya merupakan salah satu kelengkapan upacara ritual,
dimana keris menjadi bahagian dalam upacara terhadap Dewi Sima yaitu dewi kesuburan.
Pada masa itu keris merupakan fisualisasi konsepsi lingga dan yoni. Seiring
dengan perkembangan kebudayaan di Nusantara, keberadaan dan peran keris terus
mengalami perkembangan, dimana awal mulanya sebagai kelengkapan upacara ritual
keris merambah pada fungsi-fungsi yang lebih kompleks, sebagian keris menjadi
diluhurkan dan diagungkan. Keris menjadi penanda status sosial, keris
berperan pula dalam perjalanan politik pemerintahan kerajaan waktu itu, keris
sebagai benda keramat yang diagungkan, sebagai peralatan keagamaan, senjata perang,
penanda angka tahun, benda berharga dan lain sebagainya.
Keris adalah salah satu artifak simbol dan identiti keagungan bangsa
Melayu yang mempunyai peranan dan fungsi yang istimewa dan unik dan tidak mudah
pupus sejak ia mula dicipta sehingga kini. Menurut seorang pengkaji barat,
Edward Frey, keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat
Melayu. (BeritaHarian, 4 Mei 1988). Secara umum, keris adalah sejenis senjata
tajam yang digunakan sebagai alat mempertahankan diri terutama dalam masyarakat
Melayu pada zaman dahulu (Shahrum Yub, 1966). Menurut definisi Kamus Dewan (1996)
pula, keris ialah sejenis senjata bermata dua yang tajam.
Keris merupakan karya yang multi material dan keahlian, keris merupakan penggabungan
seni tempa logam pada bilah, seni kemasan atau perhiasan pada mendak, selut dan
pendoknya, serta seni ukir kayu pada bahagian hulu dan warangkanya. Beberapa
unsur tersebut dihasilkan dengan baik oleh pengukir dan digabungkan menjadi
karya yang indah, bermutu tinggi dengan nilai-nilai seninya. Haryono Haryo
Guritno dalam bukunya Keris Jawa Antara Mitos Dan Nalar, menyatakan sebilah
keris harus mempunyai sarung dan gagang atau hulu. Bagi masyarakat jawa,
Warongko dan Perabot keris yang lain hampir sama pentingnya dengan sebilah
keris itu sendiri.
A.H Hill dan G.B Gardner dalam buku “The Keris and other Malay
Weapon” (1973) percaya bahawa keris mula dicipta di Semanjung Tanah
Melayu. Menurut beliau, bentuk keris asal adalah ditiru daripada bentuk ’iting’
atau sengat ikan pari.’Iting’ ikan pari pernah digunakan sebagai senjata oleh
nelayan-nelayan Melayu yang arif tentang keistimewaan sengat ikan pari yang
berbisa itu. Encik Kamarul Baharin A. Kassim dalam kertas kerjanya “Reformasi
Keris 1” juga menyatakan bahawa ada juga teori yang berpendapat bentuk asal
keris berasal dari tanduk kambing. Asalnya kedua-dua bentuk keris ini adalah
berdasarkan pemerhatian masyarakat pada waktuitu terhadap kehidupan alam yang
diinovasikan berdasarkan kepada keperluan masyarakat tersebut pada masa
itu.Beberapa sarjana percaya bahawa bentuk keris berlok adalah menunjukkan naga
atau ular yang sedang bergerak yang disebut ’sarpa lumaku’,
sementara keris lurus adalah diinspirasikan daripada keadaan ular atau naga
yang sedang tidur atau bertafakur yang disebut ’sarpa tapa’(The
Star, 4 September 1995).
BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS
Bahagian-bahagian keris yang biasa diketahui oleh masyarakat adalah:
hulu keris, mata keris, pamor, luk,dan warangka atau sarung keris.
Hulu keris atau pemegang keris:
Seringkali dilihat
mempunyai ukiran padanya. Difahamkan bahawasanya sebelum kedatangan Islam di
Nusantara Melayu, banyak seni ukir yang terdapat pada hulu keris berunsurkan
gambar binatang seperti itik, burung dan juga berunsurkan dewa-dewa yang
dipercayai banyak mempengaruhi akal pemikiran orang-orang dahulu. Namun setelah
kedatangan Islam, banyak ukiran telah ditukar ganti dengan ukiran bentuk pada
kayu tanpa menonjolkan sebarang bentuk berupakan binatang atau
dewa-dewa.Bahagian hulu keris biasanya berukuran sepanjang lebih kurang
15sm,berkeadaan membengkok di bahagian tengahnya seperti bentuk kepala
tongkat,diukir dengan tangan sepenuhnya, dan mempunyai nilai estetik Melayu
yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu , gading gajah, tandukbinatang,
gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).
Pamor :
Dalam dunia perkerisan
memiliki tiga macam pengertian. Yang pertama menyangkut bahan pembuatannya
misalnya pamor meteorit, pamor Luwu, pamor nikel, dan pamor sanak.
Pengertian yang keduamenyangkut soal bentuk gambaran atau pola bentuknya.
Misalnya: pamor Ngulit Semangka, BerasWutah, Ri Wader, Adeg, dan sebagainya.
Ketiga, menyangkut soal teknik pembuatannya, misalnya: pamor mlumah, pamor
miring dan pamor puntiran.
Warangka keris:
Dikenali juga sebagai
sarung keris. Sarung keris adalah tempat menyimpan keris supaya mata keris
terselamat daripada sebarang kerosakan. Oleh itu ia boleh disifatkan sebagai
keselamatan bagi mata keris ketika ia tidak digunakan dalam menentang musuh.
Hampir sepanjang masa keris berada di dalam sarung keris. Kebanyakannya dibuat
dari kayu yang berserat dan bertekstur indah. Namun di beberapa daerah ada juga
warangka keris yang dibuat dari gading atau tanduk kerbau. Warangka keris selalu
dibuat indah dan sering kali juga mewah. Ianya digunakan untuk memperlihatkan
status sosial serta ekonomi pemiliknya.
Luk :
Istilah ini digunakan
untuk bilah keris yang tidak lurus, tetapi berkelok atau berlekuk. Luk pada
keris selalu gasal, tidak pernah genap. Kiraannya mulai dari luk tiga, sampai
luk tigabelas. Itu keris yang normal. Jika luknya lebih dari 13, dianggap
sebagai keris yang tidak normal, dan disebut keris kalawijan atau palawijan.
Jumlah luk pada keris selalu ganjil dan tidak pernah genap. Selain itu, irama
luk keris dibagi menjadi tiga golongan. Pertama, luk yang kemba atau samar.
Kedua, luk yang sedang dan yang ketiga luk yang rengkol iaitu irama luknya
tegas.
Pendokok keris:
Pendokok ialah
sebentuk cincin yang dipasang di bahagian pangkal hulukeris sebagai perhiasan
dan juga pembahagi di antara hulu dan mata keris. Pendokok keris yang
juga dikenali sebagai dokok, dulang-dulang keris atau memendak diperbuat
daripada logam, tembaga, perak, atau emas. Pendokok dihiasi dengan motif
bunga atau tumbuhan dan berukiran bunga dawai pintalyang bertatakkan batu
permata atau ukiran biasa sahaja. Pendokok dihasilkan melalui
teknik-teknik ‘filigree’, ’repousse’ dan juga tebuk, iaitu mengikut kebiasaan
pertukangan emas, perak dan tembaga. Pendokok melekap pada pangkal hulu keris
di bahagian permukaan ganja. Sungguhpun pendokok mempunyai bentuk yang agak
stereotaip, namun ia dapat dibezakan melalui hiasan-hiasan serta teknik-teknik
yang digunakan dalam membentuk hiasan tersebut. Hiasan tatahan batu permata
yang dicengkam kukuh oleh gandar-gandar pendokok merupakan satu aspek yang
menarik yang terdapat pada pendokok keris-keris Melayu.
PROSES PENGHASILAN KERIS
Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang
terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan
ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang
tersebut.Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata
tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di
samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif
danragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan
kepakaran"Pandai Besi" itu sendiri. Terdapat pelbagai alat yang
dihasilkan oleh Pandai Besi. Kebanyakan barang-barang yang dihasilkan merupakan
alat-alat senjatadan alat-alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu
pekerjaan. Antaranya ialah keris, kelewang chalung, pedang, kerambit, golok,
cangkul, lembing dan sebagainya Proses menghasilkan keris melalui beberapa
proses tertentu iaitu proses penempaan, membentuk ‘belalai gajah’, mengikir,
menyepuh dan menghasilkan pamor Besi dibakar dan diketuk secara berturut-turut
sebelum dipotong.
Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan lagi dan
digodam berulang kali. Ini berterusan sehingga bentuk mata seperti mata keris
atau kelewang mula terbentuk. Membentuk 'belalai gajah' yang menyerupai seekor
gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. 'Belalai gajah' ini diketuk
selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. Proses
mengikir adalah bertujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata senjata. Senjata
yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan
secara melintang ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Ia akan dilakukan
secara berulang kali. Alat senjata yang telah siap dikikir direndam ke dalam
campuran larutan cuka getah dan air. Kemudian dicuci dengan air dan diberus
menggunakan sabut kelapa.
BENTUK-BENTUK KERIS
Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh
dibahagikan kepada dua, iatu fungsi pada bentuk fizikal objek keris itu
sendiri, dan fungsi penggunaannya. Penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk
keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda
berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta
berasaskan keperluan fungsinya. Setiap kewujudan atau penciptaan adalah
kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu.
Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda. Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri/rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia/ jin/haiwan, menolak bala, pelaris dagangan dan macam2 lagi. Keterangan serba sedikit mengenai jenis keris dan rupa bentuknya
Keris Semenanjung:
Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda. Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri/rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia/ jin/haiwan, menolak bala, pelaris dagangan dan macam2 lagi. Keterangan serba sedikit mengenai jenis keris dan rupa bentuknya
Keris Semenanjung:
Keris Semenanjung boleh dikatakan keris yang menjadi asas
kepada segala bentuk keris yang berasal daripada Tanah Melayu. Rupa bentuk
keris ini ringkas serta mudah dikenali. Hulunya menyerupai satu lembaga yang
sedang tunduk dan berpeluk tubuh. Selain itu, hulu keris ini juga seringkali
dihiasi dengan ukiran-ukiran mujarad dan adakalanya bermotifkan bunga. Sarung
Keris Semenanjung ini mempunyai sampir bujur sangkar yang agak besar dan
berbentuk segi empat. Sementara batangnya pula lebar, tidak begitu tirus dan
mempunyai ‘kasut’ atau ‘buntut’ jalur bujur sangkar. Jika sarung atau sampir
keris disalut perak, maka kasutnya akan berbentuk ‘bulat tempurung’.
Keris Pekaka
Keris Pekaka pula sejenis keris yang memiliki rupa bentuk
hulunya yang menyerupai kepala burung Pekaka. Lazimnya, hulu keris ini
diperbuat daripada kayu dan tanduk. Tetapi ada kalanya logam perak juga
digunakan. Jika dikaji dan diperhatikan dengan teliti, kita akan dapati bahawa
hulu keris ini juga jika sekali imbas kelihatan seperti salah satu watak dalam
cerita wayang kulit. Mata keris ini biasanya lebih panjang daripada keris-keris
lain dan bentuknya pula ada yang lurus dan ada yang berlok. Selain itu, keris
ini juga dikenali sebagai keris ‘Keris Tanjong’.
Keris Panjang
Keris Panjang pula keris yang mempunyai bentuk mata yang
panjang dan tirus, ada yang lurus dan ada juga yang berlok. Hulu keris ini
biasanya diperbuat daripada kayu atau tanduk dan berbentuk bengkok. Kebanyakan
hulu Keris Panjang dihiasi dengan ukiran kembangan bunga pada bahagian
hujungnya. Selain itu, ada juga hulu keris ini yang berasaskan kepada bentuk
‘tapak kuda’ dan ‘kepala burung’. Sementara itu, sampirnya pula berbentuk jalur
bulat seperti buah jering, dengan kedua-dua hujungnya tinggi dan tajam.
Keris Bali
Keris Bali biasanya mempunyai rupa bentuk yang besar dan
panjang. Hulu keris ini diperbuat daripada kayu atau gading dan seringkali
dihiasi dengan susunan permata yang berwarna-warni. Keris ini jarang
menggunakan pendongkok dan hanya dilengkapkan dengan sebentuk cincin logam
tebal yang dihiasi dengan permata. Lazimnya, sarung keris ini diperbuat
daripada dua belah kayu yang dicantumkan ada adakalanya cantuman ini meliputi
bahagian sampir serta bahagian batangnya yang berlainan.
Keris Madura
Keris Madura pada lazimnya mempunyai rupa bentuk hulu yang
dihias dengan ukiran bermotifkan bunga yang diperbuat daripada gading. Keris
ini juga jarang dilengkapkan dengan pendongkok dan hanya menggunakan sebentuk
cincin logam yang dihiasi dengan permata. Sarung keris ini juga diperbuat
daripada cantuman kayu dan adakalanya bahagian-bahagian sampir serta batangnya
diperbuat daripada gading dan juga logam. Terdapat juga Keris Madura yang hulu
dan pendongkoknya bertatahkan permata yang berwarna-warni. Mata keris jenis ini
biasanya berkilat dan mempunyai pamur yang bercorak warna putih kelabu dan
berlatarbelakangkan tanah yang berwarna kehitaman.
Keris Jawa
Keris Jawa dapat dikenalpasti berdasarkan rupabentuk
bahagian hulu dan sarungnya, terutamanya pada bahagian sampirnya. Hulu keris
ini biasanya diperbuat daripada kayu dan berbentuk bengkok pada hujungnya dan
adakalanya ia menyerupai bentuk Jawa Demam. Selain itu, hulu keris ini juga
dilengkapkan dengan sebentuk cincin yang diletakkan pada bahagian bawah
pendongkok dan dikenali sebagai ‘selut’. Pada bahagian sarung keris ini pula,
ukuran batangnya tidak begitu lebar tetapi tirus serta berbentuk bulat di
bahagian pangkalnya.
Keris Bugis
Keris Bugis pula biasanya dikenalpasti berpandukan kepada
rupa bentuk hulu, sampir dan buntutnya yang diperbuat daripada kayu atau
gading. Sampir keris ini mempunyai bentuk yang hampir serupa dengan sampir
Keris Semenanjung tetapi lebih bulat dan lebih tajam. Adakalanya hulu keris ini
juga diukir dalam bentuk Jawa Demam, tetapi telah diubahsuai menjadi lebih
ringkas. Identiti yang paling jelas bagi Keris Bugis ini ialah keadaan kasut
atau buntutnya yang berbentuk mata kapak.
Keris Sundang
Keris Sundang mempunyai rupa bentuk hulu, mata dan sarung
yang berukuran lebih besar berbanding dengan jenis-jenis keris yang lain.
Matanya, sama ada lurus atau berlok adalah lebih panjang, lebih tebal dan
lebar. Hal ini adalah kerana keris ini digunakan untuk menetak atau mengibas
dan bukannya untuk menikam. Hulu keris jenis ini biasanya diperbuat daripada
gading atau kayu, berbentuk bulat dan panjang serta dihiasi dengan susunan
simpai daripada tali atau logam. Terdapat juga hulu keris jenis ini mempunyai
bentuk ‘Kepala Burung Garuda’ dan dihias dengan susunan logam perak. Keris ini
juga dikenali sebagai Keris Sulok.
Keris
Betok (Buddha)
Keris budha
merupakan ciptaan keris yang paling awal. Keris buddha terdiri dari 2 jenis iaitu
keris betok dan keris jalak, perbezaannya terletak pada perincian keris, pada
keris jalak terdapat kesan picit, alur, dan tempaan, sementara pada keris betok
hanya terdapat kesan picit. Bentuk keris buddha yang tegak dipercayaai lebih
tua daripada keris buddha yang lebih membentuk dari segi bilahnya.
Keris
Sumatera
. Keris
buddha yang lebih tegak merupakan hasil perubahan dari kadga (sejenis senjata
india yang bentuknya tegak lurus tanpa perincian) kepada keris lebih berbentuk
seperti keris lain.
Keris jenis ini memiliki bentuk khas pada mata, ulu dan
sarungnya. Keris model ini memiliki mata berbentuk tirus dan memanjang yang
kemudian di sebut keris Panjang. Ada sebagian keris di Sumatra yang bermata
pendek dan kemudian dikenal dengan sebutan keris Pendek atau Pandak.Ulu keris
ini berbentuk bengkok dengan ornament bunga-bungaan sebagai hiasan.
PERANAN KERIS DALAM BUDAYA MELAYU
Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu fungsi pada bentuk fizikal objek keris
sendiri, dan fungsi penggunaannya. Berikut adalah peranan-peranan keris dalam
budaya Melayu. Menurut teori
functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda(termasuk keris) adalah
berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budayabenda berkenaan. Pada
dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah jugadicipta berasaskan
keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989) Teori determinism pula mengatakan,
setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau
hikmah tertentu. Kedua-dua teori ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta
sangat relevan untuk dijadikan asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada
dari segi bentuknya atau penggunaannya (Haji Hashim,2004).
Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris bukan
sahaja dilihat dariaspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek politik,
sosiobudaya dan ekonomi. Jika hendak dibincangkan perkembangan, peranan, dan
perubahan dari perspektif kebudayaan dan tamadun Melayu di alam Melayu,
sememangnya banyak yang kita boleh lihat. Dalam perspektif kebudayaan di alam
Melayu, keris berperanan dalam adat perkahwinan, pertabalan raja atau sultan,
dan digunakan dalam kehidupan seharian sebagai senjata untuk mempertahankan
diri.
Namun pada hari ini, peranannya semakin meluas
dan telah dipelbagaikan. Keris telahdijadikan sebagai bahan pameran dan tatapan
oleh penggemar–penggemar kerispada hari ini. Keris juga telah dijadikan
barangan komersial kerana terdapat banyak permintaan daripada penggumpul
koleksi keris.Dahulunya kebanyakkan golongan lelaki masyarakat Melayu memiliki
kepakaran dalam seni pembuatan keris. Hampir setiap orang menghasilkan keris untuk
keperluan diri sendiri maka peranan keris sebagai barangan komersial agak
kurang. Namun begitu, perkara yang sebaliknya berlaku pada masa ini dimana
penempa keris agak kurang dan sukar dicari. Hal ini kerana hanya segelintir
masyarakat yang masih berminat dalam seni penempaan keris dan masih memiliki
peralatan yang lengkap untuk penempaan senjata ini.
Perkembangan peranan keris diantaranya meliputi
spiritual atau keagamaandi mana keris merupakan lambang dan memiliki unsur
spiritual yang dapat dilihat dari bentuk dapur dan pamornya. Keris dianggap
sebagai pertemuan antara besi dan batu meteor sehingga merupakan satu gabungan
yang di anggapmenjadi dasar bersatunya hamba dan Tuhannya yang hingga saat ini
masih dapat dilihat pada upacara-upacara keagamaan di Jawa dan Bali. Dari segi
psikologi keris dipercayai memiliki kekuatan motivasi yang mempengaruhi
perilaku. Keris merupakan sebuah aturan yang dapat dilihat, sehingga keris
mampu mempengaruhi perilaku pemiliknya. Seseorang menjadi berani apabila memiliki
keris.Selain itu, dari segi politik, keris memiliki peranan dalam percaturan
politik kerajaan-kerajaan di Nusantara. Sumber-sumber sejarah banyak
menceritakanperanan keris dalam politik kerajaan. Begitu juga dalam Status
Sosial keris mewakili kedudukan dan status seseorang dalam masyarakat. Keris
merupakan salah satu alat yang menentukan strata sosial dalam masyarakat. Hal
ini dapat dilihat dari pemakaian keris tertentu.
Keris juga menjadi media komunikasi kerana keris mampu
membawamuatan pesan yang dapat ditangkap isinya dalam sistem budaya
masyarakat.Mengenakan keris dengan gaya tertentu dapat dilihat reaksinya.Dari
segi magis kekuatan magis yang terdapat pada keris masih diyakini oleh
sebahagianmasyarakat. Keris di nusantara terutama di jawa diyakini memiliki
kekuatanmagis. Selain itu juga keris menjadi ukuran estetik & artistic
dimana kerismenjadi medium ekspresi kesenian. Keris diciptakan atas dasar
kaedah-kaedahkeindahan. Begitu juga dari segi ekonomi keris diproduksi dan
diperjualbelikandari dulu hingga sekarang juga berperanan sebagai pelengkap
busana tradisi.Perkembangan peranan keris diatas diimbangi pula dengan
perkembanganteknik-teknik yang mendukung pencapaian nilai dan fungsi yang
dituju, sehingga memperkaya pula khazanah teknologi keris.
Keris Sebagai Alat Kebesaran Diraja
Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting
seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan
kedaulatan baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985). Sehingga kini, di
nusantara hanya Malaysia sahaja yang mengamalkan sistem monarki berperlembagaan
dan antara negara yang paling ramai mempunyai raja atau sultan iaitu 9 orang raja
di sembilan buah negeri dan seorang Yang Di-Pertuan Agong sebagai tampuk
tertinggi negara. Setiap negeri mempunyai seorang sultan atau raja.
Alat-alat Kebesaran Diraja memainkan peranan penting dalam istiadat-istiadat
rasmi Raja-raja Melayu di negara ini. Peralatan-peralatan itu yang
melambangkan kedaulatan Baginda dan negara telah dicipta dan disesuaikan
dengan alat kebesaran yang pernah menjadi warisan kegemilangan Raja-raja
Melayu pada zaman keagungannya dahulu. Bagaimanapun, sesuai dengan fungsi dan
kehormatannya, alat-alat berkenaan hanya boleh digunakan pada upacara rasmi
sahaja, dan untuk kesekian kalinya, rakyat akan berpeluang menyaksikan
penggunaannya pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong.
Antara alat-alat
kebesaran itu ialah pakaian istiadat Yang di-Pertuan Agong termasuk Muskat,
Tengkolok, Pending, Keris Pendek, Gendik dan Kalung. Muskat adalah pakaian
rasmi Yang di-Pertuan Agong, yang berasal dari Oman. Pakaian rasmi ini mula
digunakan pada 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga yang
diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Pada kebiasaannya,
baju itu dipakai bersekali dengan seluar panjang bersulam di kaki dan
tengkolok pada majlis-majlis sempena Hari Pertabalan dan Hari Keputeraan
serta semasa lawatan rasmi Baginda ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan
perasmian persidangan Parlimen. Tengkolok yang turut dipakai pada hari
pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan
"Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan.
Keris panjang Diraja adalah
kebesaran Negara yang utama dalam Istiadat Pertabalan. Keris panjang Diraja
adalah Keris Kerajaan. Ia merupakan sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan.
Keris ini, daripada hulunya hingga ke sarungnya bersalut dengan emas dan di
atas sampirnya diterapkan dengan lambang sebelas Negeri tanah Melayu. Matanya
ditempa daripada besi waja yang diambil dari sebelas bilah keris daripada
negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk “Tapak Kuda”, dengan hiasan yang
merupakan buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Sei Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong, dalam Istiadat tertentu sahaja. Setiap keris mempunyai lok
dan ada makna yang tersendiri. Kebiasaannya lok dibuat dengan angka ganjil.
Berikut adalah lok dan maknanya:
|
Keris lurus- melambangkan
keteguhan hati, iman, tauhid dan kepercayaan kepada Yang Esa.
Keris lok 3- perlambangan
permohonan kepada Tuhan dapat tercapai dan segalam rintangan dapat diatasi.
Keris lok 5- permohonan kepada
Tuhan agar pemilik keris diber kelancaran berbahasa dan berbicara dan orang
yang diajak berbicara terpikat atau terpengaruh.
Keris berlok 7- melambangkan
permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaan dalam bicara,
perintahnya ditaai, perkataannya mempengaruhi lawan dan teguran didengari
serta ditakuti.
Keris berlok 9- melambangkan
pernohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki kewibawaab dab karisma
sehingga menjadi pemimpin yang baik dan anak buahnya segan dan taat
Keris berlok 11- melambangkan
agar pemiliknya memiliki cita-cita besar dalam usaha meraih kedudukan
ekonomi.
Keris berlok 13- melambangkan
permohonan kepada Tuhan agar pemilik keris memiliki jiwa yang stabil dan
kukuh dalam masyarakat.
|
|
Keris Dalam Ilmu Perubatan/Perbomohan
Masyarakat Melayu walaupun telah mengalami arus
pemodenan, namun nilai-nilai tradisi warisan nenek moyang masih diamalkan
sehingga kini. Pemilihan keris untuk tujuan ini tidaklah tetap. Apa juga jenis
boleh digunakan. Keris dalam dunia
perbomohan dan perubatan Ahmad Huzairi Ab. Halim (1999:hal.194)
menjelaskan secara umum konsep bomoh dapat diertikan sebagai tabib
kampung (yang mengubati orang sakit denganmenggunakan ubat tradisional atau
cara kampung dan jampi-jampi) yang sama ertinya dengan dukun. Sementara itu
pawang adalah orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan
sesuatu(biasanya menggunakan kuasa ajaib) seperti
pawang buaya yang pandai menangkap buaya,
pawang hujan ialah orang yang boleh
mengalih hujan dari satu tempat ke tempat
lain dan sebagainya.
Taib Osman (1989:hal.60) menjelaskan bahawa
bomoh adalah pakar perubatan tradisi manakala pawang adalah pengamal magis yang
mempunyai kebolehantertentu. Dalam konteks masyarakat Melayu seorang bomoh juga
adalah seorang pawang. Ini adalah kerana pada waktu waktu tertentu seorang
pawang juga seorang bomoh dan sebaliknya. Malah mengikut Muhammad Hj. Salleh
(1989) seorang dukun juga seorang tukang cerita, seorang penyanyi, seorang
pemuzik danseumpamanya. Penjelasan di atas hanyalah memberikan sedikit sebanyak
pengertian bomoh dan pawang dalam budaya Melayu. Sesuai
dengan fungsinya, dukun, bomoh dan pawing
dianggap orang pandai untuk menutralkan
sesuatu. Daripada gejala yang tidak baik
dan buruk yang berasal dari roh,
semangat, penunggu, saka, buatan orang dan
lain-lain lagi. Usaha ini dianggap berfungsi
mengembalikan keadaan seperti asalnya.
Menurut Hashim Awang terdapat
pelbagai kriteria yang dikaitkan dengan
uzur iaitu bersifat pasif dan
tidak memainkan peranan aktif
dalam komunitinya. Di samping itu, keuzuran
bukan sahaja mengakibatkan rasa sakit, gelisah
dan derita, tetapi menyebabkan emosi pesakit
terganggu. Disebabkan usia perbomohan itu
sama tua dengan kewujudan manusia, perkembangannya
juga mengalami perkembangan yang sesuai
dengan tamadun manusia itu sendiri. Dalam
proses perkembangan ini, ilmu
perbomohan berpindah dari satu generasi ke satu
generasi secara lisan dan metod-metodnya
juga berubah dari satu metod ke satu
metod yang lain. Begitu juga mentera-mentera
yang digunakan yang berfilsafat
anamisme-dinamisme, Hindu-Budha , yang nantinya akan
tercermin dalam berbagai ritual yang
melibatkan bomoh Sesuai dengan hakikat
perkembangan Islam dan penentangan ulamak,
para bomoh telah membangunkan perdukunan mereka
dengan memanfaatkan Al Quran, hadis dan
kitab-kitab lain yang berbau tasawuf.
Kitab Tajul Muluk, Bintang Dua Belas
dan Kitab Tib menjadi rujukan. Kitab Tajul
Muluk misalnya telah memberikan
ramuan-ramuan dan penyakitnya. Konsep solat-Rukun 13
diangkat sebagai pusat segala ilmu perdukunan di alam
Melayu. Rukun 13 tadi di bahagikan kepada
empat kumpulan iaitu kosmologi
existensialisme manusia (kewujudan dan
keberadaan). Kewujudan manusia berasal dari
ibunya empat perkara, dari bapa empat
perkara, dari malaikat empat perkara dan
dari Tuhan satu perkara.
Keris Dalam Perkahwinan
Keris pelengkap busana/perkahwinan tidaklah segah seperti
upacara pertabalan raja atau agong, Cuma keris-kerisan biasa sesuai dengan “Raja
Sehari”.
Keris Dalam Pemujaan
Menurut Ahmad Sunawari Long di dalam buku Sejarah
Falsafah, falsafah Timur lebih bersifat kesusasteraan, intuitif, mistik, impian
dan berkaitan dengan pancaindera. (2006:21). Edward Frey seorang pengkaji Keris
dalam buku The Kris: Mystic Weapon of the Malay World (1988) membincangkan
mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan
Malaysia.
Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai
kepercayaan yang diwarisinya turun temurun. Salah satu kepercayaan yang masih
menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar biasa. Kuasa dan
keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan
pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600) diperbuat
menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang
berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali
pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan.Setelah siap, keris
berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa. Begitu juga dengan
keris Taming Sari yang diperbuat daripada 20 jenis besi.
Pada zaman dahulu, pembuatan keris dianggap suatu
pekerjaan yang suci. Pembuat keris terdiri daripada orang yang terpilih di
kalangan masyarakat atau ditentukan khususnya raja (Berita Minggu, 1 Mac 1998).
Sebelum proses membuat keris, pembuat keris akan memperlengkapkan diri seperti
berpuasa atau bertafakul (Berita Harian, 1 April 1995). Sebagai alat yang
dianggap suci, keris juga akan dipelihara dengan baik dan disimpan di tempat
khas. Selalunya keris akan dibungkus dengan kain kuning atau putih dan disimpan
ditempat tinggi supaya tidak dilangkahi atau dipermainkan begitu sahaja. Untuk
menyuci keris pula, selalunya dilakukan setahun sekali pada bulan Muharam.
Keris Dalam Bidang Persilatan
Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki,
azimat, pelindung diri dan rumah tangga untuk memperoleh kekayaan, menundukkan
manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelaris dagangan (Utusan Malaysia, 2 Mac
1996). Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau
digunakan dalam pertarungan.
Keris seni beladiri atau
keris persilatan adalah keris yang digunakan dalam latihan persilatan boleh berupa apa
sahaja jenisnya namun kualitinya adalah rendah berbanding dengan keris-keris
tujuan lain. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda
(termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda
berkenaan.
Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah
juga dicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989). Teori
determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana
sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu (Nes Smith, 1995). Kedua- dua teori
ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta sangat relevan untuk dijadikan
asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau
penggunaannya. (Haji Hashim, 2004). Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris
bukan sahaja dilihat dari aspek pertahanan tradisi, juga mencakupi aspek
politik, sosiobudaya dan ekonomi.
ETIKA PEMAKAIAN KERIS
Keris yang dipakai bukanlah simbol
semata-mata. Cara pemakaian keris menggambarkan maksud pemakainya. Terdapat
sebuah talibun (puisi lama terdiri daripada 4, 16, 20 baris dan bersajak
diakhirnya) yang menggariskan tatacara pemakaian keris seperti berikut :
Keris tersisip sebelah kiri
Keris beradat berlembaga
Kalau memakai keris telentang Itu tanda mencari lawan
Bagai ayam kokok berdentang
Bagai hulubalang masuk gelanggang
Elok dipakai ditengah hutan
Atau belayar tengah laut
Untuk menjaga jaga diri
Kalau keris sampir terlungkup Keris tidak mencari lawan Keris tidak mencari musuh Yang dipakai dalam jamuan Yang dipakai pergi bertandang
Berbelit punca wali Berselubung sampai ke hulu Tanda beradat berketurunan Patut disebut keris terap
Keris yang dipakai hulunya mengadap tubuh atau terlangkup biasanya dipakai ketika berada dalam majlis sosial atau semasa mengadap Sultan. Ini kerana secara adat dan adab sebagai isyarat tidak mahu pergaduhan dan menunjukkan pemakainya tidak berniat jahat kerana posisi keris yang tidak bersedia untuk digunakan.
Kalau keris sampir terlungkup Keris tidak mencari lawan Keris tidak mencari musuh Yang dipakai dalam jamuan Yang dipakai pergi bertandang
Berbelit punca wali Berselubung sampai ke hulu Tanda beradat berketurunan Patut disebut keris terap
Keris yang dipakai hulunya mengadap tubuh atau terlangkup biasanya dipakai ketika berada dalam majlis sosial atau semasa mengadap Sultan. Ini kerana secara adat dan adab sebagai isyarat tidak mahu pergaduhan dan menunjukkan pemakainya tidak berniat jahat kerana posisi keris yang tidak bersedia untuk digunakan.
Tetapi keris apabila diterlentangkan maka dikatakan sebagai
mencari lawan kerana posisi keris mudah dipegang dan dihunus untuk menikam.
Dalam kes ini, perhatikan kedudukan sampir (warangka) dan hulu Paul Wayne Jones
yang mengadap luar tubuh atau terlentang. Secara adatnya, pemakaian keris sebegini adalah isyarat
untuk bersiap sedia menghadapi musuh.
Didalam sebahagian Adat Istiadat Istana ada menerangkan
tentang etika memakai keris terutamanya apabila berkunjung ke majlis kebesaran
di istana-istana antaranya:
Keris Ulu Menerungkup - Untuk dipakai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sahaja.
Keris Ulu Melintang Dengan Sampir
Keluar - Untuk dipakai oleh
Kerabat-Kerabat dan Orang-Orang Besar Negeri.
Keris Ulu Melintang & Sampirnya Bertutup Dengan Kain Sarung - Untuk dipakai oleh orang ramai.
mmm. keris melayu dan keris jawa sama ke? boleh saya tau dari mana sumber cara pemakaian keris tu?
ReplyDeleteBukankah bangsa Jawa itu juga dari rumpun Melayu? Yang memartabatkan keris juga semua rumpun melayu termasuk melayu Pattani, Madura, Bugis dan lain-lain. Dan keris ketukangan dari jawa berbeza dari melayu bangsa lain didalam membuat keris. Cara pemakaian keris adalah saya ambil dari buku tentang perkerisan yang saya baca juga dari orang2 lama.
ReplyDelete