Assalamualaikum wbt. Dulu pernah waktu berperang sempat gak Atuk bsembang-sembang ngan satu makhluk ni yang dah kena kunci dgn Atuk. Dia x nak masuk Islam tapi tak nak pulak masuk penjara bawah laut. So mana boleh x nak dua2, maka Atuk bersoal jawab la sementara Atuk melaksanakan pilihan ketiga yang mana korang pun x nak tau mcm mana rasanya.. Sebab tugasnya menghasut, menggoda dan menyesatkan manusia maka Atuk tanya dia kerja utama dia iaitu menjauhkan orang yang di rasuknya dari agama islam. Ceritanya lebih kurang mcm ni tapi Atuk editkan bagi ada unsur2 drama dalam penulisan Atuk ni.
Ceritanya ialah makhluk syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam
strategi dan yang sering digunakan adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang
memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su’).
Syaitan tahu akibat dari kecenderungan nafsu kita dia terus berusaha agar
manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah. Ini termasuk melepaskan
hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahap-tahapnya.
1. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun
termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar
pakaian atau hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syarie, pakaian yang
dipakai hanya sekadar pakaian, apa pun bentuk dan namanya.
Sehingga akibatnya ketika zaman telah berubah atau kebudayaan manusia telah
berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut diganti juga. Demikian pula
ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain maka kerana harus
menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya apapun yang mereka pakai maka
fesyen pakaian juga turut berubah.
Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian
syarie (identiti keislaman) dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar fesyen.
Biarpun hidup bila saja dan di mana saja maka hijab syarie tetap dipertahankan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya maka syaitan
beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimana pula caranya?
a. Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka maka syaitan membisik kan kepada
para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta
(siku hingga telapak tangan). “Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan
pakai baju panjang” Begitulah bisikan syaitan. Dan benar wanita akhirnya
memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki
yang melihat nya juga mcm biasa saja. Maka syaitan berbisik,” Tu tidak apa-apa
kan?
b. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan maka datanglah syaitan untuk
membisikkan hal baru lagi. “Kini buka tangan sudah lumrah maka perlu ada
peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi yakni terbuka bahagian atas dada
kamu.” Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka hanya sekadar sedikit terbuka
untuk dapatkan pengudaraan. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli sebab hanya
bahagian kecil saja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari
yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf “V” yang tentu
menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
c. Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaian kan hanya gitu-gitu saja,
cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita
tertanya-tanya. “Banyak model dan kain yang agak tipis lalu bentuknya dibuat
yang agak ketat biar lebih sedap dipandang,” syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita. Dicarilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis
bahkan tembus-pandang (transparent). “Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya
masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak
lebih feminin,” begitu dia menambahkan. Walhal pakaian tersebut akhirnya menjadi
trend di kalangan wanita muslimah. Makin hari makin bertambah ketat dan
transparent. Maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
d. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang
lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar
dan trendy. Lalu dibisikkan lagi kepada wanita itu, “Pakaian seperti ini
membuatkan kamu susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah
hingga lutut atau mendekati paha” Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih
kelihatan lincah dan bertenaga.”
Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian
bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih senang dan selesa
terutama ketika duduk atau naik ke kereta. “Ya, tersingkap sedikit tak apalah
yang penting selesa,” katanya.
Inilah tahap awal syaitan merosak kaum wanita hingga tahap ini pakaian masih
tetap tertutup dan panjang hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang
dibuat berbeza dengan hijab syarie yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan
pada tahapan berikutnya.
2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan trick dan cara lain yang lebih berkesan. Tujuannya
agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.
a. Membuka Telapak Kaki dan Tumit.
Syaitan berbisik kepada para wanita, “Baju panjang benar-benar menyusahkan
berjalan. Kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa,
lebih mudah kalau di potong saja hingga atas buku lali” Ini baru agak longgar.
“Oh ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju demikian, maka tudung yang besar
tidak sesuai lagi. Kekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih
serasi dan padan. Orang tetap mengatakan yang kamu masih "bertudung".
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-burulah mencari
model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalankasut yang tinggi yang kalau
untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.
b. Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan dan ternyata orang-orang yang
melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, “Ternyata
kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan. Mereka tidak menunjukkan
apa-apa reaksi kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa
maka cubalah kamu cari model lain yang lebih elok. Bukankah kini banyak pakaian
setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, biar hanya
terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja.” Nanti kalau sudah terbiasa, baru
kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis.”
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya. Sehingga
apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka
terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia
pergi.
c. Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita zaman benar-benar telah berubah dan syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir apakah
ini tidak menyalahi pemakaian para wanita di masa Nabi dahulu. Namun segera
bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, “Ah jelas tidak, kan sekarang zaman
sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga
setengah betis, maka wanitanya harus berlawanan dengan menjulurkannya hingga
menutup telapak kaki. Tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan
pakaiannya hingga bawah buku lali maka wanitanya harus berlawanan dengan mereka
iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas
lagi sehingga nampak seluruh betisnya.”
“Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki,” hatinya berkata.
“Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau
wanita menampakkan auratnya. Sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di
rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza. Kini
kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang
dan mengatakan ooh atau wow. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah
kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini dari yang berharga
rendah hingga yang yang berjenama seperti Christian Dior, semuanya menawarkan fesyen
yang dicipta khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti trend
itu, kamu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman.”
Demikianlah terjadinya, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis terus
dipakai. Apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang
yang mempersoalkan perkara itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap
terakhir dari perancangannya untuk melucutkan hijab wanita.
3. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan
sudah menjadi kebiasaan, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. “Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu saja. Sekarang ini trendnya berpakaian mini
dan agar sesuai rambut harus terbuka supaya benar-benar Nampak cantik.”
Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai. Bajunya
pun banyak jenis, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada
sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai bentuk lain yang serba pendek dan
mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam. Ada pakaian pesta, berlibur,
pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin
dan lain-lain. Tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki dengan
bentuk dan warna rambut juga ikut berfesyen. Semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan ternyata kalau sudah
dihiasi oleh syaitan maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh
manusia. Hingga suatu ketika muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka
atau mandi di pantai atau di mana semua wanitanya sama yang mana hanya dua
bahagian paling sulit saja yang tinggal untuk ditutupi iaitu kemaluan dan buah
dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan “bikini”.
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu dan nauzubillah bisikan syaitan
berhasil, tujuannya tercapai, “Menelanjangi Kaum Wanita.”
Selanjutnya terserah kepada semua kaum wanita, anda semua sama telanjang di
hadapan laki-laki lain di tempat umum. Atuk berlepas diri kalau nanti kelak anda
sama-sama di neraka. Atuk hanya menunjukkan jalan, korang sendiri yang
melakukan itu semua. Maka tanggung sendiri semua dosamu kerana syaitan tak mau
ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga
manusia terjerumus dalam dosa tanpa sedar. Maka hendaklah kita semua terutama
orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita
kita sekecil apapun segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan
berlarut-larut kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan maka sangat
sulit bagi kita untuk mengatasinya.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat
Allah. Kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah. Jangan jerumuskan
mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan baik di dunia maupun di akhirat.
Wallahu a’lam bis sawab.