Assalamualaikum wbt wahai hamba Allah sekalian. Maka tibalah
masanya Atuk meneruskan cerita sembang taik Atuk yang melampaui batas fikiran
manusia dengan membawa korang selangkah lagi ke alam temberang Atuk dengan
kisah seram menyayat hati tentang tragedi alam ghaib untuk bacaan santai korang
dalam mengisi masa lapang dengan siri bacaan dongeng Atuk lepas penat seharian
berfesbuk kat ofis korang. So skali skala berblogwalking la pulak baca cerita
ceriti Atuk yg mengalahkan karut komik pedang setiawan ni pulak kan sambil
minum kopi o n makan goreng pisang.
Lps asar Atuk pun pegi la kedai Pak Maun tu mcm yg Atuk
janjikan. Tak pergi kang jadi org munafik lak sbb bila berjanji tak ditepati.
Maka terjengol sudah wajah Zaidi kat kedai tu bila Atuk dah sampai. Atuk sindir
dia ckp “Aik kau ni cpt nyer sampai, Kau solat asar tak tadi?”. “Eh kemmon, aku
dah solat dah, siap solat sunat lagi dua rakaat” kata Zaidi. Lepas pesan teh
tarik kurang harga satu kat Pak Maun, Atuk pun bagi isyarat kat Zaidi untuk
memulakan upacara menyembang ketaikkan. Maka Zaidi pun mula berbunga muka sbb
baru boleh luah apa yg terbuku dalam hati umpama red indian dapat senapang.
Maka dia pun memulakan mukadimah tentang apa yg berlaku masa cuti sekolah awal
tahun aritu dan dia pergi kampung kawannya yg buat kenduri.
Zaidi dan Azila baru sahaja sampai ke rumah jam 10 malam
setelah melahap steamboat kat restoran tepi pantai yg boleh tahan mahalnya
selepas Zaidi dapat duit bonusnya. Tghhari mkn kenduri, mlm mkn lagi, pergh..
nafsu mkn…So isteri Zaidi bila dah sampai rumah dgn perut kenyangnya bersiap
sedia untuk tidur setelah sekian hari berjalan jauh menziarahi rumah sahabat
yang mengadakan kenduri kawin adiknya. Anak-anak mereka, sudah lama terlentuk
kerana esok nak sekolah. Zaidi pula sedang bersiap untuk menghadiri temu janji
bersama rakan-rakan bisnesnya sbb nak bincang psl projek diaorg seterusnya.
Setengah jam kemudian
selepas mandi dan nyanyi 2-3 lagu Hindustan Zaidi pun masuk ke bilik untuk
mengenakan pakaian dan lampu kalimantang pun dipetik. Tek! …Sambil memakai
baju, Zaidi melihat isteri tersayang dan anak-anak sebagai tanda ucap selamat malam
walaupun mereka sudah ‘hanyut’ entah ke mana dibuai mimpi. Tiba-tiba mata si Azila
isteri Zaidi memandang tepat kepadanya…seperti kebingungan. Meluncur dari
mulutnya, “Eh! abang tadikan dah pergi!, kenapa pakai baju lain ni? Mana jubah
hitamnya!”. Tersentak terus Zaidi dibuatnya mcm ayam tertelan sireh. Rasa tidak
sedap hati mulai menjalar dalam kepala otak Zaidi. Sebab x sedap hati dia lalu
mendekati isterinya dan berkata, ”Awak ni mimpi kot!... Biasalah mimpikan
mainan tido! tak basuh kakilah tu! Entah2 gosok gigi pun tak!”. Lantas Azila
menjawab dengan nada agak keras: “ Saya tak mimpi! Saya nampak abang keluar
pakai jubah hitam tadi. Amboi mentang2 dah beranak dua ni nak kata mulut saya
busuk la tu!”. Si Zaidi menafikan pakaian yang dipakainya tadi
sekeras-kerasnya. Walaupun Zaidi mepunyai jubah hitam tapi sudah lama dia tidak
memakainya…Zaidi pun berkata: “Ok awak cerita kat abg mcm mana awk kata abg
pakai jubah hitam la, apa la, awak ingat abg nak gi masjid ke hape tgh2 mlm ni?”.Azila
pun membetulkan tempat duduknya dan mulai bercerita.
Menurut Azila “Tadi saya nampak abang pakai jubah hitam
dalam rumah. Masa tu saya tengah dok di dapur masakkan bekal utk anak2 bwk ke
sekolah esok. Tetiba rasa pening dan lepas tu saya perasaan yang abang sedang
mengurut kepala saya, membuang angin di kepala kerana kepala saya sengal
rasanya..entah tetiba sakit…” . Azila meneruskan ceritanya lagi : “Sedang abang
mengurut, saya pun memandang abang dan abang pun memandang saya seolah-oleh
abang mengerti gerak hati saya yang tgh sakit migrain ni. Agaknya kena panas
masa makan kenduri siang tadi kut. Jadi tu yg saya kata saya nmpak abg pakai
baju hitam n urut kepala saya.” Azila menambah lagi: “Masa abg mengurut saya tu,
saya terasa mcm saya bermimpi pulak dan nampak empat ekor ular hitam memanggung
kepala tapi ada kalung putih kat leher ular2 tu”…
Untuk pengetahuan para pembaca blog Atuk yang budiman,si Zaidi pernah mintak tolong adik beradik
seperguruan yg lain untuk menengokkan sakit migrain yg dideritai bininya tu. Bro
kami tu kata ada ular tengah menjalar-jalar di atas kepala si Azila tu dalam 2
ke 3 ekor. Patutlah si Azila selalu sakit kepala jer. Ketika Si Azila seronok
bercerita Zaidi mencelah dengan satu
soalan: “Awak perasan tak yang awak ni tgh tido ke tgh berjaga ni?”. Azila
menjawab: “Saya tahu, saya tidak tidur dan celik macam biasa”. Dalam hati Zaidi
berkata, Cehh! tak mengaku konon….tidur berkeruh sampai dgr selang dua tiga
bijik rumah …ada hati nak ‘cover line’. Tapi dalam hati je la. Ckp kat mulut
harus tarik muka 14 si Azila.
Kemudian Azila meneruskan ceritanya lagi: “Saya sangat pasti
abang pakai jubah hitam. Saya ni memang la pakai spek sbb rabun jauh tapi bukannya
buta warna!, Kalau tak percaya jom kita ke hospital buat medical ‘check up’
malam ini jugak! Kita tgk saya buta warna ke tidak. Kalau doktor dah tido kita
kejut jer kasik bayar double. Ada bran??.” Zaidi meneruskan ceritanya lagi..
dia pun bertanya lagi kepada si isteri: “Apa dia buat seterusnya?”. Orang
rumahnya menyambung kisahnya, “Kemudian ‘abang’ berjalan keluar dari rumah
kerana ada temujanji dengan kawan, saya kejar ‘abang’ sampai ruang tamu
rumah..dan saya kata, malam ni tak payahlah pergi…saya rasa tak sihat badan
la…? Kemudian mata saya terus celik dan nampak abang.” katanya menyorot muka
Zaidi sama ada paham ke tidak cerita dia tadi tu.….
Dengar je mcm tu si Zaidi mula rasa tak sedap hati. Terus
handphone nya yg berikat getah tu dicapai dan dok calling2 teman2 sejenayahnya
dan cancel perbincangan projek dgn diaorg mlm tu sebab bini nya tak berapa
sihat katanya. Walaupun hati Zaidi meronta-ronta nak pergi berdiskusi konon
sambil berkaraoke, tetapi dek kerana kasih dan sayangnya kepada isterinya si Azila,
maka dipendam hasrat tersebut begitu sahaja. Hati Zaidi terlintas untuk
menjejaki ‘abang klon’ dengan menggunakan ‘pandangan’ isterinya, Azila. Kemarahan
Zaidi sudah sampai ke kemuncaknya. Zaidi ni pun bukan calang2 panglima jugak ni.
Harimau berantai gak dia ni..
Zaidi menghulurkan telapak tangannya ke muka isterinya dan
menyuruh isterinya melihat tapak tgnnya dengan mencelikkan mata sambil suruh
isterinya bygkan dia duduk sebelah Zaidi. Setelah beberapa saat, Zaidi menyuruh
isterinya menutup mata dan mulakan penjelajahan selangkah ke alam ghaib dengan
Zaidi sebagai pembimbing isterinya. Zaidi berkata: “ Awak cari ‘abang klon’ tu,
kita hapuskan ‘dia’! dan tangkap masuk botol, Jika hati awak rasa yg dpn awk tu
dia, awk tangkap sbb abg ada di sebelah awk je. Kalau awk tak mampu nak tangkap
mintak tolong dgn Tok Sheikh. Selang beberapa minit, orang rumahnya pun membuka
matanya yang sepet tu. Zaidi pun bertanya: “ Apa yang awak nampak dalam
‘pandangan’ awak tadi….? Azila sambil mengosok matanya yang kemerah-merahan
bercerita lagi, “Saya nampak diri saya berada di kawasan padang yang sangat
luas, sedang duduk di bawah pokok. Kemudian datang si ‘abang klon’ berjubah
hitam dan saya tangkap masuk dalam botol yang kedap udara seperti yang abg
suruh”.
Walaupun sudah ditangkap tapi Azila rasa pada tubuh kasarnya
ada lagi ‘benda’ yang cuba untuk meresap ke tubuhnya.‘Benda’ tu duduk pula di
belakang Azila sambil tangannya seperti mahu berbuat sesuatu. Kata Azila, “Saya
pun tangkap beberapa ekor dan hantar kepada Tok Sheikh sampai penat rasanya.”
“Sedang saya menangkap ‘benda’ tu, saya dengar abg cakap, kalau rasa x mampu,
minta tolong kepada Tok Sheikh. Tetiba lak muncul Tok Sheikh pakai jubah kuning
dan tunjuk tapak tgn kat saya. Lepas dia cakap “Cukuplah! Biar aku pulak yang
buat!”.
Isteri Zaidi pun membuka matanya…termengah-mengah dia
kepenatan. Untuk pengetahuan pembaca, Zaidi adalah rakan seperjuangan Atuk gak
di bawah payung Tuan haji Ismail. Atuk teringat, Haji Ismail pernah berkata: “
Roh kecik sangat sukar untuk berjalan, lagilah berbuat perkara seperti
bertempur dan ‘kill and clean’, rohaniah akan penat dan tidak mampu melakukan
perkara-perkara yang lebih besar seperti bertarung dengan Jin dan ifrit yang
bersaiz mcm transformer.. Untuk mengelilingi bumi akan semput dan pancit
ditengah jalan… alamatnya tersadailah roh tersangkut di pokok kelapa, tersadai
di air kumbahan, silap-silap masuk lubang jamban tok ketua atau tersangkut di
jaring org tangkap burung wak”.
Seperkara lagi Haji Ismail selalu berpesan katanya: “Agar sentiasa
berusaha membesarkan rohaniah hingga mencapai paling rendah pun 50% dan ke atas
dengan bermujahadah bersungguh-sungguh. Supaya dapat menempuh keadaan alam
seterusnya dengan lebih mudah dan cepat bergerak atau sampai terhapus semua
hijab yg membelenggu…”. Bila terkenangkan kata-kata guru Atuk tu, Atuk rasa
rohaniah Atuk yang seciput ni agaknya terkehel dipulas jin ifrit bila ‘menyapu
jalan”. “Atuk mohon dikurniakan kepada Atuk dan rakan-rakan seperjuangan agar
dirahmati Allah dan diredhai guru untuk memperbesarkan rohaniah di sisiNya…..”
Zaidi yang sedari tadi meneguk secawan dua kopi panas mula
bertenaga kembali untuk bercerita. Atuk pun bertanya: “ Apa terjadi
seterusnya…”. Zaidi mula menyusun kata, begini ceritanya: “Beberapa minit
selepas manangkap ‘abang klon’ tu, terlintas di hati aku untuk meninjau kawasan
rumah kerana bengangnya aku kerana ada benda yang mengklonkan aku..sebagai
suami… dan isteri yang dicintai percaya pulak tu… ishh tak boleh jadi….Ini tak
boleh jadi!!!. Zaidi menyambung lagi, tinjauan dilakukan dengan melihat dari
atas bumbung rumah seperti helikopter airwolf mengesan musuh. Dengan pandangan
yang agak kabur, disebabkan night vision jenama murah beli kat Jln Pasar Pudu, aku
ternampak tompok-tompok merah sedang menyala memberikan isyarat menandakan di
situ terdapat musuh yang sedang bersedia utk menyerang hendap.”
Sambil menyedut rokok sama brand ngan Atuk iaitu Gudang
Garam nya, sesekali Zaidi terbatuk tersedak asap bercampur kopi. Kemudian Zaidi
menyambung ceritanya, “Aku peliklah tanpa diduga tetiba kelibat Haji Ismail
datang menjenguk. Mcm manalah dia tahu aku tengah buntu nak menyetelkan masalah
ini. Bila Haji ismail sudah berdekatan, apalagi aku terus tanya kat Haji ismail
yang sentiasa menjadi mentor dalam hal-hal dunia kejinnan dan keifritan ni: “Atuk!
Mcm mana untuk menyelesaikan masalah
saya ni..?” Aku bertanya dgn penuh bersemangat. “Engkau buat seperti biasa,
musnahkan mana yang berniat jahat dan yang mengganggu ketenteraman. Kemudian
bersihkan apa yang ada.” Begitulah kata Haji ismail sebelum dia meninggalkan aku
keseorangan. Aku angguk burung belatuk je tanda faham lalu operasi ‘kill and
clean’ aku pun bermula….” katanya sambil menggaru-garu badannya yang sesekali
gatal. Atuk lihat si Zaidi mula bersemangat dan berkeyakinan, mungkin kerana Haji Ismail membantunya tadi.
Sesekali Zaidi melepaskan pandangan jauh seolah-olah
berfikir untuk mengolah cerita. Setelah lama dia berdiam diri akhirnya dia
menyambung ceritanya. “Ketika aku kat atas bumbung tu meneropong, aku nampak
tompok-tompok isyarat sedang bergerak dalam kelompok berbeza, lokasinya ialah
di setiap bilik tidur dan di hadapan rumah. Dengan meneruskan zikir La Ila
Hailla Anta, aku pun mengalirkan pun fire lah aura pelangi yg kita dok berlatih
dulu setiap bilik di Zazzzz sampai hilang tompok merah yang bersarang. Rupanya
mcm binatang hidup tgh menjalar ke sana-sini. Habis semuanya terbakar
kepanasan.” Suara Zaidi mula menaik, tanda dia puas.
Zaidi bercerita
lagi.”Setelah selesai operasi ‘mencuci’, tetiba terasa rumah tempat dia duduk
itu menjadi kecik dalam pandangan seperti di dalam telapak tangan. Diputar-putar,
di uli-uli, di goncang-goncang macam rumah mainan dan akhirnya seperti rumah
itu dalam buih biru sedang terapung-apung di perkuatkan dengan tenaga dalaman.
Lalu diletakkan kembali kedudukan asalnya..hati aku pun berdoa; “Mudah-mudahan
rumah ini tidak dilihat oleh makhluk yang berniat jahat dari langit, bumi dan
antara keduanya.”
Katanya lagi, “Aku cuma menyaksikannya sahaja, mungkin
imaginasi aku je kut yang terikut-ikut mcm dlm dalam filem fiksyen. Atuk
teringat dengan isterinya si Azila, apa sudah jadi dengan isterinya. Atuk pun
bertanya. Bagaimana dengan isteri kau Zaidi?” Kata Zaidi , isterinya keletihan,
bingung, panik dan pelbagai perasaan menyelubungi dirinya. Terluncur dari mulut
Zaidi agar menyuruh si Azila mandi limau, solat taubat dan solat tasbih. Zaidi
memandikan air limau dengan cara yang diajarkan oleh Haji ismail, tarik nafas
buang nafas dan segala kaifiat dilengkapkan.
Ketika sedang mandi, isterinya
mula terbuang angin, Pruuuuuuuttttt…..memecah kedinginan malam. Pada mulanya
tiadalah perasaan akan hangitnya angin tersebut, kata Zaidi sambil tersenyum
simpul. Selang seminit sedas lagi keluar dalam bilik mandi yang kedap udara di
tengah malam yang syahdu, bom-bom berantai yang berisikan gas beracun mula
memenuhi segenap ruang bilik air tersebut. Walau pahit baunya aku gagahi juga
memandikan limau tersebut sambil menahan nafas daripada gas beracun menembusi
dada aku” kata Zaidi sambil terbahak-bahak gelak. Atuk pun cakap “oh sorry aku
tak perasan tu bab lawaknya”. Terus dia tak jadi gelak. “Ini mesti angin jahat
yang bersarang dalam tubuh dia dah keluar, angin jahat rupanya”.
Sedang Zaidi mengelamun memikirkan apa yang terjadi tetiba Zaidi
rasa sudah tidak tertahan lagi menahan gas beracun tapi kali ini gas beracun
peringkat warna API tahap12 dah kut. Pendek kata siapa yang menghidu baunya boleh separuh
pengsan sebab bau telur ada, ikan masin ada, sotong kering pun ada campur bau
belacan n cencalok..”.Terbahak-bahak kami berdua ketawa.. Kemudian Azila cuba
solat tapi angin-angin jahat tu asyik membatalkan wuduknya.. Nak kata nak
terberak, dah 3 hari Azila ni tak membuang. Ni sampai 5 dan 6 kali berwuduk
tetap terbatal. Zaidi tak puas hati dia telepon Haji ismail n bgtau mengenai
apa yang jadi sampai bininya nak solat pun x boleh asyik melepaskan gas pemedih
hidung jer… Haji Ismail mcm biasa jwb dgn selamba nya “Yakinlah, dengan
sebenar-benar yakin kepada ‘tali’ keyakinan. Sila teruskan solat walaupun apa
yang berlaku dan ……” terhenti di situ
sahaja kata-kata Zaidi.
Atuk tanya kepada Zaidi: “Dan apa…..? Zaidi memberitahu Atuk
bahawa dia tidak dapat menyebutnya kerana rahsia….. Atuk akur dengan kata-katanya..mungkin atas
sebab menjaga intipati keilmuan Haji Ismail pada dia takut Atuk curi kut.. .
Dan akhirnya setelah isterinya berjaya menghabiskan solat taubat dan tasbih
maka beransur-ansur pulih apa yang berlaku pada isterinya tadi. Zaidi dengan
muka yang gembira sambil menyebut “Alhamdulillahhhhhh… Allah masih melindungi
kami sekeluarga. Sebelum dia mengakhiri ceritanya, Zaidi mendekati Atuk sambil
berbisik… “ Datuk PSP jangan la pulak bercerita atau bertanya kepada isteri Atuk
bab-bab gas pemedih hidung dan mata ni. Nanti malu pulak bini aku tu… Merah
padam mukanya nanti… Yang lain tu ko boleh cerita….” Kami ketawa besor ptg tu
lagi….
Para pembaca yang budiman, sesungguhnya Ahmad, An-Nasaie dan
Al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda
yang maksudnya : ”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki
apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak
menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan
hartanya.” Sebab tu lah bila Datin paduka kentut pun Atuk kata wangi jer sebab
Atuk hargai dia sebab dia sentiasa menyenangkan hati Atuk.
Moral of the story nya Atuk nak bgtau ialah isteri dan
anak-anak adalah anugerah dan amanah yang paling berharga daripada Allah kepada
hambaNya yang beriman, daripada mereka, kita diuji dan daripada mereka juga
kita terkeji. Maka peliharalah mereka dengan penuh kasih sayang yang boleh
membawa kepada keredhaan Allah. Sebenarnya ramai manusia samada dia sedari atau
tidak mereka menggunakan ilmu (klon) atau hantu raya atau pun pendamping yang
tidak diundang. Bilamana diri ditiru, dicetak atau sebagainya oleh makhluk
tersebut pastinya akan menatijahkan keburukan kepada orang tersayang, keluarga,
rakan, orang kampung dan sebagainya. Elakkan dari menggunakan ilmu khadam jika
ingin hidup sebagai insan yg diredhai. Pesan Haji Ismail “Jangan terasa diri
kita kebal dari segala ancaman makhluk samada jin, ifrit, syaitan, buatan
manusia dan sebagainya, kerana itu semua adalah dari Allah dan kembali kepada
Allah. Sebab tu lah sampai skrg ni jika ditanya pada Atuk apakah ilmu yang
paling hebat dimuka bumi ini? Atuk akan
jawab: “Pesan Guru Atuk….” Sebab pesanannya terus Atuk pegang sampai la ke hari
ini.