Showing posts with label santau. Show all posts
Showing posts with label santau. Show all posts

Friday, November 15, 2013

Pengubatan Jarak jauh.. Mistique No 20

Assalamualaikum wbt. Selamat tahun baru semua die hard fan Atuk keh keh keh..  Macam perasan jer... macam perasan jerr.. macam bagus jerr.. mcm bagus jer Atuk ni kan.. Dh korang taknak puji maka Atuk puji la diri sendiri utk bagi motivasi Atuk nak menulis ni. Kalau xde motivasi, wassalamu dah ayat Atuk sampai sini.. Cumanya sebab korang suka baca n lawat maka Atuk kuatkan jugak jari ni untuk menulis.. Dah bertahun Atuk tulis blog termasuk yang ni n dah banyak benda n pengalaman yang Atuk kongsikan dgn org yang baca blog Atuk.. Yang tak baca rugi yang dengar jer lagi rugi. Tengoklah nanti insyaallah kalau diizinkan Allah Atuk buat buku kisah2 yang Atuk pernah coretkan kat sini. Mana la tau kut2 boleh lawan penulisan Tamar Jalis lak. Kalau leh jual ribu-ribu sapa yg senang? Datin Paduka tu jugak... kan....



Ada satu hari tu tgh santai2 buka FB tgk posting2 kwn2 Atuk yg tahap gila babas semua, maut punya posting sampai xleh nak pikir mana yg elok dan tidak, syok sgt dok share keburukan org n benda2 yg x  betul.. Tetiba Atuk nampak ada mesej tak berbaca lagi dalam other message Atuk. Atuk ingat kut2 ada org Nigeria yang cuba nak antar mesej menipu mcm Datin Paduka kena dulu ker, rupa-rupanya ada peminat Atuk antar mesej kat FB Atuk. Dia baca blog Atuk n pengalaman2 Atuk tu n terus dia mesej Atuk. Pempuan lak tu.. Klu Datin Paduka tengok sure kena delete dah tu.. 

Rupa-rupanya ada seorang hamba Allah dari negeri dibawah bayu nak mintak tolong Atuk sebab katanya dia kena sihir. Bila baca mcm tu menyirap lah darah Atuk sbn Atuk benci sgt org yg menganiaya org lain ni tambah lak guna jin2 ni. Klu Jins Samsudin tu Atuk x kisah sgt la sbb Atuk minat kat dia. Atuk baca la mesej dia bertulis:


                  Assalamualaikum
                  Saya ada terbaca blog tuan..mengenai jenis2 saka..dan saya ni salah
                  seorg yg menderita saka sekian lama..  Saya ingin bertanya. .boleh 
                  kah kalau saya mahu berubat dengan tuan...masalahnya saya tinggal 
                  di KXXXX tapi asal PXXXX.

 So Atuk pun balaslah msg dia, .. 

                 Waalaikumsalam wbt. Insyaallah boleh saya usahakan. Tapi dalam masa 

                 yang sama kalau boleh puan pergi juga ke perawat islam di tempat puan 
                 untuk tujuan yang sama. saya syorkan puan pergi ke pusat rawatan 
                 DXXXXX kat DXXXX dan saya juga akan usahakan dengan anak2 
                 murid saya dari jauh. Cuma yang saya perlukan nama penuh puan, nama 
                 ibu puan serta alamat rumah puan agar boleh saya pergi ke alamat puan 
                 dengan cara ghaib.

Sebab ceritanya saka so Atuk nak tgk jugalah saka apa yang ada kat dia. Mana lah Atuk tau dia ni penternak saka berjaya juga rupanya. Lepas Atuk bagi no talipon pusat rawatan tu dia balas balik kat Atuk yang membuatkan Atuk terkedu..
     
                  Sudah encik..mcm2 tpt saya pergi...smpi ada yg keberatan nak ubatkan 
                  saya. Kejap sihir..kejap santau..kejap saka...sy smpi dah tak tau mana 
                  satu.. Ada yg buat bdn sy bengkak..muka bengkak..ada yg buat saya tak 
                  bermaya.. malas..dibenci semua org..termasuk anak2..kwn2 pej..bos sy..
                  sedangkan sy ni lgsg tak ckp dgn org melainkan hal penting saja sbb sy 
                  takut.Pastu baru2 ni..sy kencing kluar darah pekat..bkn bercampur tp 
                  mmg darah shj..jumpa doc..dia bilang tiada apa2. Baru ni ustaz yg ubat 
                  sy ckp..saka beruk...dan lepas berubat dgn dia..sy jd teruk lg.


Jauh di sudut hati Atuk ckp terlalu mudah manusia ni percaya dgn apa yg perawat2 ni ckp. Mcm2 cerita karut diaorg ckp. Tapi Atuk dapat rasa mmg ada sesuatu yang x kena dengan puan ni. Maka Atuk pun ckp lah mcm ni kat dia:

                  Kalau puan dah cakap mcm tu maukah puan saya ajarkan DIY untuk 

                  puan buat sendiri dan saya akan laksanakan usaha saya dari jauh. 
                  Saya tak nak menyusahkan puan utk dtg jumpa saya. Sudahlah puan 
                  sakit, nanti lagi byk belanja pulak nak bertambang dr KXXX ke 
                  tempat saya. Jalan yg terbaik saya rasa puan buat sendiri dan saya 
                  usahakan dari jauh.

Setelah dia bersetuju dengan saranan Atuk maka Atuk mintak nama dia n alamat dia utk Atuk buat scanning. Atuk x nak tertipu mcm perawat2 tu sbb Atuk bukan perawat rawatan alternatif pun. Atuk ni org biasa jer yg belajar sikit2. 

Atuk ambik wuduk n Atuk scan diri dia dulu setelah dpt keizinan dari tuan punya badan. Kena mintak izin dulu melainkan kalau dia dah kerasukan maka mintak izin dari warisnya. X boleh nak scan ikut suka mak bapak Atuk jer.. (Lg pun diaorg dah allahyarham.. Alfatihah). Bila Atuk scan secara menyeluruh maka Atuk nampak antara yang org2 yg dia kata ubatkan dia tu ckp n tambah dengan apa yg Atuk discover lagi.


Berat Atuk nak cakap kat dia tetapi mcm kata Papa Zola dalam Boboiboy sebagai penegak kebenaran (bukan papa gomo yer) maka atuk pun terpaksa bgtau dia. Before that Atuk ckp Atuk nak tanya dulu beberapa soalan. Atuk bukan tanya soalan susah2 mcm siapa menteri pelajaran Uganda ke hapa, soalan cepumas jer..



                Atuk: Puan ada bermimpi tentang syaitan yang berbulu beberapa kali? 
                Puan R:  Baru2 ni ada 2-3 kali
                Atuk: Puan pernah rasa nak buang air besar tapi x keluar najis? dan 

                          sesekali puan rasa sengal2 badan?  ..
                Puan R: Ada. Selalu sangat
                Atuk: Rambut puan ada keguguran sekarang?
                Puan R: Memang ada.

So confirm lah apa yg atuk scan dengan apa yg dia jwb tu betul. Tapi bukan itu yg Atuk dapat masa scan.. lain... Atuk pun xplain kat dia hasil scanning Atuk.

               Maaf kalau saya katakan sebenarnya puan disihir oleh 3 orang. Siapa 

               mereka puan x perlu tau dan hanya tanamkan niat dalam diri puan 
               hanya untk mengubati diri puan. Selebihnya kita berserah pada allah. 
               boleh?

 Alih2 dia jwb dia tahu sebenarnya. Huihh lagi tinggi dari ilmu Atuk dia ni. Xyah scan dia dah tau. Buat masa n tenaga Atuk jer nak scan2 klu mcm tu. Baik bgtau kat atuk awal2. Tp tadi kata ada saka n x tau apa benda yg ada kat dia. Ni lain lak..So boleh la dia ubat diri sendiri klu dah tahap tu.. Selepas tu baru la dia reply bgtau Atuk siapa yg dia syak menyihir dia. Tu yg atuk tak suka tu sbb tanpa bukti dgn 4 org saksi kita x leh tuduh org sihir kita. Jenuh nak berjawab kat Padang Mahsyar nanti. Kalau kat Pdg besar tu kastam n Imigresen je yg tanya kita n boleh kelentong2 n kawtim2. Dia pun cerita lah sejarah dia n suami dia yang lari dari rumah sendiri n bwk diri jauh2 sbb nak lari dari sihir n elak jumpa org2 yang menyihir ni. Mcm la boleh kan.. Kita x boleh lari dari masalah.. klu kita pergi tempat lain.. ke genting misalnya.. masalah x kan hilang walau kita boleh lupakan sekejap. The best thing to do is kita hadap masalah tu..



So selepas bersetuju dgn syarat2 Atuk iaitu jgn ada syak wasangka kat sapa2, niat hanya mahu mengubat diri n jgn ada niat nak balas dendam serta serahkan segalanya pada Allah dgn bykkan berdoa maka Atuk ajarkan lah dia tatacara dan cara mengubat diri menggunakan Yasin 7 mubin. Atuk mau dia buat sendiri kerana sesungguhnya doa org yg teraniaya amatlah makbul disisi Allah. Atuk ingatkan dia untuk sediakan limau nipis dan air mineral utk mandi dan minum masa baca Yasin tu.


  
Setelah dilaksanakan cara mengubat DIY yg Atuk ajar tu esoknya dia kata badan dia terasa panas n kulit mukanya mengelupas. Atuk ckp teruskan mandi limau n baca sampai 7 hari (sebab dia nak baca sehari sekali jer). Masa scan tu Atuk dapat saranan utk dia baca 7 kali. Kalau penyihir tahap tinggi sikit tu Atuk suh dia baca 33 kali dgn Atuk2 skali. Dalam masa dia baca yasin tu Atuk dok atas sejadah malam2 n laksanakan tugas Atuk memangkas, memenjara, mengebom dan mcm2 lagi la mcm yang Atuk biasa buat. Satu persatu n sekor per sekor Atuk dan rombongan kasi cantas. Alhamdulillah tiga2 kes settle dalam satu malam tu walau ambik masa lama sikit. Tiga2 bomoh, tiga2 penyuruh dgn2 jin2 yg disuruh skali kena rembat. Ambik korang nak sgt menganiaya org.


Mula2 bila Atuk dok dah bersiap atas sejadah, Atuk dan rombongan menuju ke sebuah rumah orang asli di sekitar tanah tumpah Atuk gak. Memandangkan "sambutan" yang Atuk terima baik kat rumah tu maka perundingan berjalan dengan aman namun dengan izin Atuk mintak untuk melaksanakan hukuman dengan mmenarik ilmu yang dah dikenakan ke atas Puan R tu dari bomoh tu dengan Panglima Hitam membenamkan paku sebentar kat batu jemala dia. Kemudian jin yang melakukan sihir itu diburu dan dipenjarakan. Barulah Atuk pergi dan berjumpa dgn penuruh org buat sihir tu sambil mendatangkan pukulan yang tak menyakitkan sebagai pengajaran agar tak mengulangi tabiat menganiaya org tu.

Lepas tu kami semua berterbangan pula ke tempat yang kedua berjumpa dengan dukun Indonesia yang menggunakan  ilmu santet dan santau. Oleh kerana sambutan yang diberikan panas sampai Atuk panas hati maka berlaku lah pertempuran Atuk dgn mamat itu. Atuk terpaksa mengeluarkan senjata yg Atuk jarang guna iaitu jurus serampang tiga. Klu silap2 org kena sure jalan, tu sbb Atuk jarang guna unless yang menerima kunjungan Atuk jenis ganas. Dalam diam Panglima Hitam memindahkan segala benda gatal dan bisa dari tubuh Puan R ke tubuhnya pulak. Sekali dengan jurus maka bercucuran lah darah dan benda kotor tu dari mulut dukun tersebut. Memang busuk ya amat sgt mcm bau bangkai. Lepas tersiksa mcm tu baru lah dia duduk dan baru nak dgr ckp Atuk. Atuk bkn nak bergaduh pun tapi sbb sambutan nya panas maka panas la jugak jualannya. Yang ni Atuk suruh Panglima Hitam tarik terus segala ilmu yang ada pada dukun tu sbb xnak dia menyalah gunakan segala ilmu yg ada utk menyusahkan org lain. Semua belaannya juga srbanyak 4 ekor ditangkap dan disembelih sbb Atuk bukan membela jin pun. Nak wat kenduri pun x boleh nak mkn maka ditanamlah disegenap penjuru benua yang ada di dunia ni. Penyuruhnya pulak Atuk simpulkan akar mati pada usu perutnya yang doktor scan pakai apa pun xkan jumpa. Klu dia buat lagi dengan janjinya pada Allah yang dia buat depan Atuk, insyaallah bergulung lah dia dgn rasa perut disimpul rapi oleh pemutar kain yang ganas umpama Taufan Haiyan.

Bab dukun ketiga ni Atuk dah pernah jumpa sbb org2 bwh bayu selalu jumpa. Orangnya sudah mati tapi sbb x diterima bumi dan ilmu hitamnya yg tinggi maka dia menggunakan tubuh anak muridnya yg masih hidup. Rasanya sahabat Atuk kat sana dulu dah dua kali settlekan masalah yg dia timbulkan kat sana. So kalau xde kes lps tu ini kali ketiga la dia buat onar. Klu x berkali-kali dah la. Maka pedang amzah dikeluarkan dari tempat istirehatnya untyuk melaksanakan tugas genting malam tu. Setelah Atuk asah sampai berapi dgn surah al-kautsar maka berterbanganlah pedang amzah tu dari pokok ke pokok mengejar roh org mati ni sbb hidupnya mmg atas pokok jer. Yang paling buat Atuk tercabar ialah Atuk dengar suara mengilainya mcm mencabar Atuk. Maka dengan menghunus pedang kalimah Atuk menyertai pemburuan pedang amzah dgn memintasnya dari arah lain. Dapat jer Atuk henyak dia dgn pedang kalimah ke tanah sbb Atuk tahu rahsianya ialah dia x boleh kena tanah. Maka selepas jejak tanah je Atuk terus benamkan pedang kalimah menembusi lehernya lalu dengan kelajuan peluru berpandu pedang amzah datang dan menghentam dgn kuat dan meletuplah seraya laungan jeritan yg kuat. Klu sekali dua x apa lg ni klu dah kali ketiga maknanya tiada maaf baginya lah. Maka berakhirlah pemburuan Atuk malam tu. Lepas bukak  kunci n bukak mata jer berpeluh dah satu badan. Lelah rasa nafas Atuk dalam setengah jam.



Selepas abis tempoh 7 hari tu, Puan R hubungi Atuk balik kat FB. Dia ckp mukanya mcm berdarah n suaminya berperangai pelik pulak dgn dia sampai nak halau dia dari rumah. Atuk ckp kat dia SABAR. Itu semua effect dari pengubatan yang Allah tentukan. Klu org luka kena pisau pun ambik masa nak sembuh. Maka sampai kat situ lah sessi pengubatan DIY Puan R.


Tak.... x abis lagi. Selepas tiga hari Atuk msg dia sebab senyap jer kan. Atuk tanya khabar dia mcm mana. Dia ckp dia beransur pulih dan tiba2 dia tanya soalan cepumas kat Atuk. Berapa saya kena bayar berubat ni? Tetiba Atuk rasa nak marah org.. Dah la dok tanya masa Panglima Andy ada.. Cari psl betul dia Lepas Atuk menyabarkan diri sendiri Atuk pun slow talk lah kat dia.. Atuk ckp " Puan, saya belajar ilmu ni pun Allah n Guru2 saya tak pernah mintak ganjaran apatah lagi wang ringgit dari saya. Malah saya kena ganti balik ilmu2 tu dgn memanfaatkannya dgn mengajarkan kepada org lain atau membantu org lain. Saya tak ambik bayaran puan, sbb tu saya x mintak puan dtg jumpa saya sbb costly. Klu puan nak bayar saya bila2 puan teringatkan saya puan hadiahkanlah alfatihah utk saya. Itu pun dah besar rahmatnya pada saya.


Tetiba mcm nak menangis Puan R tu msg kat Atuk balik. Denga  berjuta-juta lemon terima kasihnya dia ckp sebelum ni ada org kanan ustaz yg selalu keluar tv tu belum buat apa2 dah mintak bayaran RM500. Kalau dah siap agak2 nya ribu riban lak ustaz tu mintak. Ustaz ni mcm Dato' Siti Nurhaliza lak ker bila dah masuk tv bayaran nak wat show jadi mahal.. Tak pe lah puan cumanya agar berkat rezeki kita puan sedekahkan lah barang sesisir dua atau setandan pisang emas kepada masjid terdekat. Itu je lah yang mampu Atuk ckp..

Sampailah hari ni Puan R mendiamkan diri seribu bahasa melalui liku2 hidupnya yang kini bahagia dengan keluarga. Moga2 dia sentiasa terhindar dari sihir hendaknya sbb sebelum mengakhiri perbualan Atuk dgn dia aritu Atuk bagi dia ayat2 yang dia boleh amalkan untuk menjauhkan dari sihir datang lagi.. Dan ingat yang menyembuhkan dia bukan Atuk tapi Allah yang maha kuasa. Atuk nak mengubat pun mintak kat dia. 


 

Monday, June 17, 2013

Santau Antik Sihir Jadi Kebanggaan Mistique No 8

Atuk gemar berjalan ke pasar2 malam tengok barang-barang antik, nostalgia. Kalau berkenan akan membeli untuk kenangan. Tapi harga agak mahal, maklumlah antik. Pembuka botol F&N yang zaman dulu diikat dan digantung berdekatan peti ais besar atau pintu kedai, berharga RM10.00. Dulu mungkin 50 sen sahaja. Itulah nilainya antik.



Ada berbagai-bagai barang antik yang boleh dilihat-lihat kalau rajin merayau dan mempunyai masa yang banyak, sambil sesekali kedengaran lagu pop yehyeh dari pemain piring hitam yang juga popular di tahun-tahun 60?an dan 70?an. Peniaga-peniaga di situ juga nampaknya peramah dan sedia untuk menerangkan kalau kita bertanya.


Beberapa minggu lepas, Atuk bersama anak-anak Atuk ke satu tempat dengan tujuan untuk memperkenalkan beberapa barang lama yang tak pernah mereka tahu dan tengok sebelum ini. Tiba di gerai yang menjual keris, anak Atuk yang sulung mencabut keris dari sarungnya dan buat-buat nak menikam adiknya. Gelak-gelak sambil main2. Atuk tegur anak2 Atuk dan mintak diletakkan semuala. Kalau di zaman dulu mungkin dah kena pelempang sebab keris di zaman dulu dianggap sakti. Anak Atuk bertanya Atuk, "Dengan keris macam ini ke orang dulu2 nak lawan penjajah?" Atuk diam seketika. Apa nak jawab? Akhirnya Atuk hanya mengangguk. Memang keris itulah yang digunakan untuk menentang Portugis, Belanda, British, Jepun, Siam, yang datang dengan senjata serba canggih. Atuk berharap anak Atuk tak akan bertanya pasal "sakti". Konon ceritanya keris-keris ini boleh terbang, sakti dan berbagai lagi cerita karut penglipurlara, tapi mengapa boleh dijajah selama 400 tahun?



Begitu juga di Indonesia. Khabarnya pendekar, bomoh mereka hebat belaka ? dari tangan mereka keluar laser macam Ultraman. Khabarnya begitulah. Cerita kartunnya begitulah. Kalau benar begitu, mengapa boleh dijajah oleh Belanda selama 400 tahun? Tak bolehkah laser saja kapal Belanda? Ke mana perginya bomoh-bomoh handalan yang khabarnya boleh hilang dari pandangan, keris-keris boleh berterbangan di udara? Keranda boleh terbang, minum air sakti boleh kebal? Pakar-pakar santau yang boleh ?santau angin? atau ?santau secara online?? Kenapa pula Semenanjung Emas, Tanah Melayu, Malaya, berturut-turut kena takluk?

Kalau setahun dua tak mengapa, mungkin masa itu tak cukup kemenyan sebab kemenyan pun komoditi yang berharga. Tapi kalau dah sampai beratus tahun kena jajah, bukankah itu cerita kartun semata-mata. Mana perginya Puteri Gunung Ledang ke, orang bunian ke, Radin Galoh,  Wali Songo ke?.

Siapa yang membuat cerita tersebut agaknya. Saya rasa orang gila. Yang bercerita kurang siuman, yang percaya pun orang kurang akal. Kalau benar manusia boleh sakti begitu, nampaknya Rasulullah SAW tak payah keluar berperang. Kalau ada manusia yang boleh membuat keris terbang, tak payahlah Rasulullah menghayun pedang! Rasulullah pun terpaksa keluar berperang, memandai pulak bomoh buat cerita dari rumah sahaja boleh membunuh orang di seberang sana. Bunuh secara online.

Ingin Atuk meminta bomoh tersebut santaukan (bunuh secara online) pemimpin Israel, tentera Israel, pemimpin Amerika, askar Amerika, tentera Thailand yang bunuh ratusan umat Islam. Boleh? Dalam cerita kartun memang boleh, tak ada masalah. Di alam nyata, kalau percaya memanglah mengizinkan diri ditipu. Ditipu oleh bomoh penipu.


Baru-baru ini bila Atuk berkata begitu, seseorang menentang, "Kamu tak tahu, zaman Jepun dulu bom jatuh jadi nangka." Sudah millenium pun otak masih karat. Atuk balas kembali, "Agaknya bomoh itu salah baca atau mungkin bomoh amatur. Zaman itu sangat perlukan beras, kenapa pula cuma nangka, kenapa tak beras, senjata api, duit Jepun?."

Suatu malam anak Atuk saya menceritakan pasal santau. Katanya telah keluar jarum, benang, kaca, dan entah apa-apa lagi dari badannya. Atuk berkata, "Kalau ikut hukum akal, kamu dah mati kalau benda-benda itu berada dalam badan." Dia diam sahaja. Atuk menambah, "Bosanlah, dari dulu asyik jarum, benang, kaca. Lain kali cuba minta pada bomoh tersebut supaya keluarkan emas, duit, handphone ke, kasut mahal ke?. Bosanlah? atau kurang-kurangnya jarum yang elok sikit, dari dulu asyik jarum karat saja?"


Dalam dunia artis pulak,  "kena santau" menjadi kebanggaan. Tak pernah kena santau tapi itulah yang diwarwarkan. Pelik atau tidak, benda karut begitu diwarwarkan, dihebohkan di media-media dan dipercayai oleh pembaca-pembaca atau peminat yang sealiran? Konon kalau disantau itu menunjukkan mereka popular sebab itu ada yang dengki dan menyantau. Lucunya...

Dan dulu pernah ada sseseorang yang berkawan dengan Atuk dan bila dah jauh dan ada sesuatu perkara berlaku maka dia pun menjauhkan diri. Bila sahabat lain bertanya kepadanya dia katakan Atuk pula yang pernah menyantau beliau hingga beliau jatuh sakit. Lawak tahap gaban betul lah. Kalau  Atuk nak menyantau pun baik Atuk santau pemimpin yahudi dengan askarnya sekali. Baik Atuk santau pemimpin politik yang Atuk tak suka sampai mati dari santau orang2 yang "mati pun xde sapa kisah" mcm dia.. Lemahnya pemikiran manusia..