Assalamualaikum wbt para
pembaca blog Atuk yang sentiasa rindukan tulisan pengalaman dan hidangan cerita
rekaan Atuk tahap gaban makan lipan punya. Buat kesekian kalinya Atuk nak
memaparkan pula edisi dengki sengal membawak sial untuk entry kali ni. Atuk tulis mcm tu bukan sbb marah kat korang tapi sbb tukang suruh sihir kali ni punya niat nak test ilmu guru Atuk yang dah beratus tahun mkn garam dulu dari dirinya sendiri tu.. So korang xyah terasa n update status kat FB marahkan Atuk ok..
Cerita untuk bacaan
memenuhi masa lapang korang pada kali ini ialah tentang hasad dengki dan iri
hati seseorang terhadap adik beradik
Atuk yakni cucu kepada Tuan Hj Ismail bin Hj Nawawi sendiri. Adik beradik Atuk
ni patutnya dah abis keje dah, bak kata org kampong dah pencen dah bulan
November aritu. Tapi dek kerana terkena ilmu hitam ni apa pun dia x buat sbg
persediaan nak pencen tu sampai pindah rumah pun x buat, dokumentasi pun x
buat, pendek kata apa pun dia x buat sebab sekian lama rupanya tanpa pengetahuan
Atuk dia asyik demam kebah demam kebah jer. Bini dia pun mmg x msg atuk pulak
bila dia ni x sihat. Bukanlah Atuk kena tolong dia sampai berak dia pun Atuk nak kena basuh kan.. Tapi bila apa pun dah malas n x larat dia nak buat kira dengki tahap melampau la tu.. Ada dua kes yg Atuk kena handle pun Atuk tangguhkan dulu sebab saudara Atuk ni lagi penting..
Mungkin dia yg larang bininya msg Atuk kut. Mujurlah adik
beradik kitaorang (Misai) ada sorang lagi kat area dia keje tu so adik beradik
nil ah yang bgtau Atuk. Asalnya adik beradik lagi sorang ni bgtau Atuk yang
cucu Hj Ismail (Liau) ni dah pencen but tak buat apa2 lagi untuk persaraan dia.
Atuk pun mintak tlg Zali untuk tgk2 kan Liau sebab Atuk rasa x sedap hati. Nasib baik la si Zali ni akal panjang. Xde la dia just tengok jer x buat apa2. Kena dia buat bendol dia tgk jer naya gak kat sedara Atuk tu.
Bila Zali gi tgk jer
rupa2nya dia tengah sakit demam dan dah berlanjutan sekian lama. Atuk mintak
tlg Zali hantarkan ke klinik kita org sbb Atuk tau dia ada tyroid. Ingatkan
sebab tyroid tu dia demam. Bila Zali melawat dia kat klinik dia mula meracau n
Atuk tau la ada sebab lain yang buatkan dia mcm tu. Dalam meracau tu Zali report kat Atuk yg si Liau ni bercakap kata ada dua orang tua berkulit hitam dok pukul kaki dia. Kalau nak kata diaorg nak laksanakan hukum hudud apasal nak pukul kat kaki lak kan..Bila Atuk scan, Atuk tgk
ada sorang hamba Allah ni dah menyihir dia. Bila Atuk scan lebih dalam maka
ditunjukkan pada Atuk hamba Allah tu dah balik ke arah utara lepas gadaikan brg
kemas bininya dan berjumpa dengan bomoh n bayar bomoh guna duit gadaian tu..
Perghh Atuk ckp dlm hati.. Mcm tu punya dengkin busuk hati pun ada. Beratus2
lak tu, klu guna duit tu belikan kombo KFC pun kenyang muntat anak2 dia mkn.Ni
sanggup sedekah kat bomoh lak.. Kalau sedekah kat anak2 yatim RM tu boleh gak anak2 yatim tu teruskan hidup dgn lebih selesa sikit.
So malamnya lepas
solat hajat mintak dipermudahkan segala urusan Atuk maka di hadapan Datin
Paduka, Atuk melayarkan diri membuka gelanggang. Dengan segera Atuk menyeru
gambaran yang diberikan oleh Liau pada Zali masa dia meracau kat klinik tu
iaitu ada dua org tua kulit hitam dok pukul kaki dia sampai sakit2 x leh jalan.
Punya la keras kepala dua hekor tu x mau lak dia dtg ke gelanggang Atuk. Maka
dengan tanpa segan silu dan lengah linggau lagi maka Atuk bwk keluarlah sahabat
karib Atuk pedang hamzah yang mmg dah lama x terbang bersama Atuk.. Atuk buka
selembar benang yang berurat-urat banyaknya dan Atuk arahkan ia untuk meliliti
semua makhluk yang terbabit dgn 2 abang hitam tu. Dah liat sgt nak dtg kan so
Atuk himpunkan semua.. senang cerita.
Dengan benang yang
Atuk ikat kan ke pedang hamzah itu maka Atuk pusingkan pedang hingga 10 ekor
makhluk tak sah taraf dok kat depan Atuk. Tanpa banyak ckp mcm biasa 5 ekor
yang macai2 tu Atuk himpunkan dan hiris halus2 untuk makanan Marmud.. Bukan
apa, biar senang hadam. Kemudian dengan pedang kalimah Atuk cincang dadu lagi 2
ekor dan atuk masukkan ke mulut marmud untuk santapan beliau. Lagi seekor Atuk
hantar ke Kota Jin kat highland tower supaya ada kerja dia kat situ. Dan yang
terakhir 2 ekor abang hitam tu Atuk bakar dan siat2 serta Atuk tanamkan di tiga
benua yang berasingan.. Bila Atuk keluar dari “sana “ jer berpeluh satu badan
dah walau duduk dalam ekon dan bawah kipas.. Atuk buka “kunci makrifat” n Atuk
mintak air sebab nak legakan haus Atuk kt Datin Paduka.
Mcm biasa lepas Atuk
berperang jer, DP akan menadah telinganya sambil mukanya dengan senyum simpul
tunggu apa yang Atuk nak cerita kat dia.. Selagi Atuk x cerita selagi itulah
dia tenung muka Atuk yang x berapa nak ganteng dah ni.. Maka sambil menyedut
dalam2 rokok fevret Atuk, Atuk ceritakan kat dia satu persatu apa yang Atuk
alami tadi. Sampailah Atuk tertido dek kerana penat berperang tadi. Princess
Atuk dah lama lena diulit intan. Penat main kat Kidzania tadi kut..
Esok paginya Atuk
talipon Liau tanyakan kabar dia. Alhamdulillah sahabat Atuk tu jawab walau dgn
suara yang masih lemah. Bila Atuk scan balik dgn bininya pun dah kena sekali ni
Atuk rasakan. Klu dia nak kcu Liau saja xper, ini dah main kasar kacau bini ni
kira x elok sgt lah tu. Nti dgn anak2 sedara Atuk tu pulak terlibat, mmg amukan
PSP je jawapnya nanti..
Maka Atuk ambik
keputusan utk pakat dgn Zali pergi tgk Liau malamnya nti. Atuk call Zali n Zali
ckp dia dah on the way balik dan baru sampai dekat area2 Tapah lepas antar org
rumahnya gi kursus. Atuk kata cantik sgt lah tu sebab lps isyak baru Atuk nak
gerak.
Dah balik rumah, tgh2
tunggu DP masak bihun tetiba Zali call Atuk bgtau bini Liau dan msg dia bgtau
Liau dah bersilat kat rumah pulak.. Haru mcm ni.. Patutlah Atuk rasa mcm x
selesai jer semalam. Atuk terus gunakan ilmu scan pixma Atuk dan Atuk nampak
hamba Allah ni mmg tau siapa Liau n memang dia nak uji sgt Haji Ismail haji
Nawawi ni. Mak aih.. org tua tu dah sekian lama hidup pun ko nak test..
Berduyun2 murid dia pun ko nak cuba test? Atuk ckp dalam hati, biarlah cucu
jauh Hj Ismail ni yg ilmu secubit ni je yang berdepan dgn ko cukuplah. Biarlah
Hj Ismail berehat dan beribadat dgn tenang, jgn diganggu guru hamba.. Akhirnya
nak abiskan sepinggan bihun mlm tu pun Atuk x lalu..
Sebelum perjalanan
Atuk ambik wuduk dan Atuk dah pasang kunci lam jalalah dah. Dalam kereta sambil
driving Atuk kuncikan dah “Liau” dengan kedua kaki Atuk. So bila sampai je
nanti senang Atuk nak wat kerja. Sampai2 jer punya la payah Atuk nak cari
parking.. Bersepah kete org Malaysia la ni.. Walau org sibuk2 kata GST la, apa
la.. masih bertimbun org beli kereta saban hari.. Bila Atuk parking jer Zali
dah telefon dari dlm umah Liau tanya Atuk dah sampai ke belum. Atuk ckp Atuk
dah sampai dan suh dia tunggu je kat umah..
Sampai depan umah
Liau Atuk bagi salam, xkan la Atuk nak bagi harta pusaka lak kan.... Tetiba Atuk tercium bau air kencing. Atuk rasa masa kat rumah tadi ATuk dah basuh sesuci embun pagi dah.. Nak periksa bebird ATuk kang Zali buka pintu ternampak lak apa Atuyk buat.. Atuk toleh belakang tgk ader
makhluk berpakaian merah tgh mencangkung kat depan rumah dia.. Atuk malas
nak layan lah makhluk2 bengong mcm ni yang dok kencing depan umah org pastu bergelumang atas kencing sendiri.. Tak hygenic langsung. Atuk
bagi salam jer terus Zali buka pintu. Atuk masuk n bersalam denganZali dan Izad
(bkn nama sebenar) yang dok menunggu Liau dari tadi lagi. Atuk duduk ambik
nafas dulu sambil pass kat Zali minyak kelapa yang Hj Ismail buat masa awal
muharram dua tahun lepas. Atuk suh Zali sapukan kat semua sendi2 Liau. Mula2
dia senyap ckp aduh jer.. Lama kelamaan mula Liau bising2 ckp minyak tu panas
dan jgn ganggu dia sbb dia kesakitan.
Atuk tgk jer zali dgn kerjanya dan Liau dgn marahnya. Atuk just duduk n
lepaskan penat Atuk drive jauh2 dulu.
Bila Liau dan start
meracau bukan2 then baru Atuk duduk kat kakinya dan cekak kakinya dgn tangan Atuk.
Dengan Ibu jari Atuk pacakkan kat tapak kaki dia dan Atuk alirkan aura panas
super lightning ke kaki dia sebab jin yang takde agama tu dok bermaharajalela
kat kaki Liau. Mula2 dia mengerang sakit jer. Lama kelamaaan bila Atuk kuatkan
voltage aura Atuk terus dia melalak nak keluar dari pusat Liau pulak masa tu.
Bentuk jin beragama pagan ni berbentuk dua ketul yang melekap antara satu sama
lain. Atuk ajak dia masuk islam dia x mau.. Baloq liat sungguh la katakan.. Bila dia ckp nak keluar jer terus Atuk pindahkan dia ke bahagian perut
Liau dan Atuk belah perut Liau dibahagian pusat dengan jari jemari runcing
Atuk. Atuk sambar seketul dgn tangan kiri Atuk kemudian Atuk capai seketul lagi
dengan tangan kanan Atuk. Selepas Atuk tutup balik pusat Liau, Atuk serahkan
jin dua ketul itu kepada rijalul ghaib Atuk utk dibawa ke penjara bawah laut
dan dipenjarakan disana. Jadilah beliau pencacai tua angkat najis jin lain seumur hidup ko. Atuk ajak masuk Islam n dok senang lenang kat bandar jin x mau..
Atuk pergi ke kepala
Liau dan Atuk lap kan peluhnya serta Atuk cium sahabat Atuk tu sambil Atuk
bisik kat dia, sabar.. Atuk tengah usahakan untuk membantu dia sekadar daya
Atuk dan mintak dia berdoa sama kepada Allah mohon disembuhkan olehNya. Atuk
dudukkan Liau sebab ada sekor lagi jin bulat bersembunyi. Atuk sapukan minyak
kelapa Datuk Hj Ismail ke belakang badan Liau. Sempat Liau bgtau Atuk ada sekor
lagi dlm badan dia tapi jin islam. Atuk buat2 angguk jer sebab Atuk dah tau. Cuma
Atuk nak ambik hati dia jer dan keluarkan sefrta bersihkan tempat duduk jin2 laknat ni dalam badan dia.
Tak semena-mena Liau x sedarkan diri balik n terus jin islam tu mendengus marah
supaya Atuk x keluarkan kotoran yg ada dlm badan Liau. Atuk pedulik hapa dan
dengan tanpa ada perasaan umpama cyborgnya Atuk tarik dari belah kanan badan
Liau tp Atuk tengok sikit jer yg keluar. Atuk pindah ke belah kiri dan masa ni
Atuk nampak ibu kotorannya. Dua kali Atuk tarik keluar dan jin itu Atuk
pindahkan ke kepala Liau. Sempat Atuk sembang2 jap tanya dia sapa antar tp dia
xnak bgtau. Dia terus ckp ada org byr RM350 suruh buatkan si Liau. Mmg org nya
nakkan si Liau menderita sakit sampai mati. Bila Atuk suh kuar dia x mau sebab
kononnya dia syg kat budak tu. Atuk rasa jin tu gay la sebab suka kat lelaki gak hahahha.. Klu nak nipu pun cari la cara lain or reka la citer lain jin oi..
Atuk mmg jenis x tanya
byk2 kali, terus Atuk ambik pedang hamzah balik n azan betul2 di belakang Liau.
Lepas azan Atuk mintak tlg Zali pegangkan badan Liau dan dgn lafaz bismillah
Atuk cuba sembelih syaitonirrojim tu dengan pedang tu. Tapi mcm xde apa yg
berlaku pada jin tu. Atuk cuba sekali lagi maka jin tu ketawa n ckp pisau Atuk
x tajam. Sebenarnya Atuk x nak terlebih buat dengan menghantar pedang hamzah
buat serangan udara sebab overkill lak nanti. Tu sebab Atuk sembelih je. Bila
kali kedua x jalan baru Atuk teringat yg jin ni bulat n licin, sebab tu pedang
tajam x jalan. Tetiba Atuk lembut hati lak tanya sekali lagi dia nak keluar
atau x. Jawapan yg Atuk terima masih sama dan seakan dia mencabar keilmuan
Atuk. Maka Atuk dapat ilham utk lakukan kaedah yg kasar sedikit dari sembelih
tadi. Maka Atuk suruh Zali pegang badan Liau kuat2. Lepas kumpul aura Atuk
bangun, bersyahadah dan terus Atuk cabut jin tu dr kepala Liau dan Atuk
serahkan pada bodyguard Atuk, Datuk Panglima Hitam utk dipakukan ke Hall Of
Shame penjara bawah laut sampai hari kiamat. Serentak dgn Atuk tarik tadi Liau
pun terkulai semula dan Atuk suruh Zali baringkan dia atas bantal semula.
Kemudia Atuk urut2 badan Liau agar darahnya berjalan lancar semula dan Atuk
mintak air dari isteri kesayangannya untuk Atuk buat air syifa.
Kemudian Atuk ambik
nafas dan hisap sebatang rokok utk dapatkan tenaga balik. Lepas tu Atuk duduk
bersila atas sofa n mulakan pulak sessi memburu lagi sekali. Semalamnya tu
sebelum balik Atuk dah bagi sedas kat perut org yg buat Liau tu. Hari ni bila
jumpa jer budak tu terus Atuk rodok perutnya dengan tangan Atuk n Atuk putuskan
n bwk keluar seutas tali ususnya sebab x berhenti-henti menyusahkan org.
Mula2 si Izad dok sebelah Atuk. Tapi bila Atuk masuk gelanggang jer terus dia cabut dok jauh dari Atuk. Dia ingat ni jenis ngubat org menurun ke haper.. Atuk bukan jenis mcm tu.. Semakin lama makin berat tindakan Atuk lakukan sbb degil x boleh nak di ajar.
Selepas itu Atuk isap rokok semula dan bersembang dgn Zali dan Izad. Selepas kira2
15 minit kemudian Liau terus bangun perlahan dan nak pergi buang air setelah
sekian lama tertahan hajatnya nak buat begitu. Confirm dah mcm belon diisi air pundi kecingnya tu..Begitu juga dengan makan
minumnya yang x tentu hala setelah sekian lama. Setinggi-tinggi syukur Atuk
panjatkan kepada ilahi atas perkenanNya untuk menyembuhkan Liau. Balik dari
bilik air Liau berbaring sekejap dan terus duduk sambil mintak air pada
isterinya. Atuk suruh dia berikan air syifa yang Atuk buat tu. Habis dua gelas
Liau minum tanda dahaga sgt dia. Kalau Atuk buang kahak dalam air tu confirm lagi lazat Liau minum, boleh habis sebaldi air tu..
Selepas minum Liau
dok sebelah Atuk n Atuk ambikkan sudu dan bagi dia minum minyak kelapa haji
Ismail ke mulutnya. Dan tak lama lepas tu Atuk dan Zali bawak dia keluar makan
kat kedai mamak sambil sembang2. Barulah Liau berselera nak makan setelah
sekian lama x jamah makanan pun. Sebelum ni usahkan kata nak kuar mkn kat kedai, nak pergi kencing pun dia x lalu. Sebelum keluar malam tu Liau teragak-agak nak
keluar sebab makhluk mencangkung tu ada dok depan pintu lagi. Atuk tanpa buang
masa cuba tarik aliran air zam2 lantas “basuh kekotoran" tempat kencing berak
makhluk tu setelah beberapa berkampung kat depan pintu rumah Liau sekali dgn
makhluk tu kena tsunami air zam2.. Senang cerita xyah buat 2-3 kali kerja.
Akhirnya lps antar Liau balik rumah, pukul 2 pagi baru Atuk sampai ke tempat
Atuk bersemayam..
Semasa Atuk menulis
pengalaman Atuk ni, guru kesayangan Atuk yg pernah menukar kehidupan Atuk dari
kegelapan menjadi kehidupan manusia dan insane telah kembali ke rahmatullah
pada tanggal 1 Jan 2014 bersamaan 29 Safar 1435Hijrah. Alfatihah buatmu guru Hj
Ismail Hj Nawai.. Jasamu dan ilmu yang engkau curahkan hanya Allah dapat
membalasnya..