Assalamualaikum. Sambil membuka email2 yang seminggu yang Atuk dah tak tengok, Atuk terjumpa nukilan kawan2 Atuk yang Atuk olah semula agar nampak lebih segar dan mudah dibaca oleh korang semua. Kali ni Atuk nak bercerita tentang alkisah sebuah keluarga dalam meniti hidup seharian.
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah kerana mak bekerja sebagai seorang engineer. Rutin harian mak beliau akan bekerja dari pagi selepas menyediakan sarapan untuk kami sehingga lah waktu malam. Walaupun penat bekerja dan perlu kesana-sini mak tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan memasak untuk kami setiap hari.
Mak saya suka memasak tapi mak bukan seorang suri rumah kerana mak bekerja sebagai seorang engineer. Rutin harian mak beliau akan bekerja dari pagi selepas menyediakan sarapan untuk kami sehingga lah waktu malam. Walaupun penat bekerja dan perlu kesana-sini mak tak pernah abaikan tanggungjawab terhadap keluarga dengan memasak untuk kami setiap hari.
Pada satu malam, mak balik dalam keadaan yang sangat
kepenatan. Tetapi kerana tanggungjawab mak masih perlu memasak untuk saya dan
abah kerana abah mau makan air tangan mak dari dulu lagi sewaktu baru berkahwin
hingga sekarang. Mak hanya mampu masak ayam kunyit, sayur kailan ikan masin,
telur dadar dan nasi pada malam itu. 3 hidangan itu diletakkan di meja makan di
mana ayah duduk goyang kaki menunggu makanan siap.
Oleh sebab terlalu lama menunggu abah meminta diri untuk
solat Maghrib dulu sebelum makan. Ketika itu saya gunakan kesempatan untuk mencuba
hidangan mak. Alamak, saya rasakan masakan ayam kunyit mak terlalu masin,
kailan separuh masak, telur dadarnya tawar dan nasi sedikit hangit. Namun saya
diamkan saja mau menunggu reaksi dari abah.
Selepas Isyak, abah menjamu menu masakan mak. Sambil makan, abah bertanya bertanya kepada saya bagaimana sekolah hari ini. Saya tidak berapa ingat apa jawapan saya pada abah. Ketika makan, mak mohon maaf pada ayah atas masakannya andai tak sempurna rasanya. Tapi ayah menjawab, “Sangat sedap sayang. Abang suka semua hidangan ini.”
Malam itu, sebelum tidur, saya bersalam dengan abah yang masih di ruang tamu menonton tv dan saya bertanya betul ke abah suka dengan masakan mak tadi yang saya sendiri terasa susah nak telan. Ayah dengan tenang berkata “Anakku, mak keletihan bekerja sepanjang hari kerja. Mak masakkan juga lauk dan nasi untuk kita makan. Hidangan mak yang kurang enak tak melukakan kita tapi kata-kata kasar dengan mengatakan lauk mak tak sedap akan menghiris perasaan mak,” kata abah. Mendengar kata-kata abah, saya tersentak. Saya tau abah menipu kepada mak.
Lalu saya masuk bilik untuk bersalam dengan mak dan bertanya
“Mak dengar sendiri tadi abah kata dia suka masakan mak yang enak hari ini, mak
percaya ke?” Mak pulak dengan penuh syahdu menjawab “Anakku. Itu tak penting.
Yang penting abah jaga hati mak dan selepas makan, abah tolong mak cuci pinggan.
Abah kamu itu orang besar, tapi benda-benda kecil sebegini yang buat mak
sentiasa rasa bahagia kerana terasa abah betul-betul sayang kat mak,” jawab
mak.
Itulah perkara yang berlaku ketika kecil dan sentiasa saya kenang sehingga hari ini. Kini saya sudah berkahwin, anak sudah enam orang. Apabila melihat kembali kenangan manis abah dan emak, saya semakin memahami fikiran mereka pada masa itu. Betapa kasih saying mereka mampu menjadikan kekurangan pasangan mereka sebagai kelebihan pula.
Hubungan dan tindak-tanduk mereka menunjukkan mereka
menerima segala kelemahan antara satu-sama lain dan meraikan perbezaan tersebut
supaya hubungan erat dan kukuh sentiasa berkekalan. Mereka meraikan segalanya
antara mereka dan berusaha bersama untuk memastikan pasangan mereka sentiasa
gembira dan bahagia.
Hidup ini terlalu singkat untuk sebarang kekesalan. Jangan hidup dalam kekesalan. Hargailah segala yang dilakukan oleh orang-orang kesayangan kita walaupun kadangkala kita tidak beberapa menyukainya. Mereka lakukan dengan kasih sayang, maka balaslah niat itu juga dengan kasih sayang dan kesyukuran bahawa ada yang masih sanggup melayan kita dengan baik. Ingatlah masa yang berlalu tidak akan berpatah balik.
No comments:
Post a Comment