Assalamualaikum para peminat cerita ceriti Atuk dan para
pembaca yang budiman. Selepas sebulan berehat sebab puasa maka Atuk beraksi
kembali dengan cerita-cerita terbaru rekaan awang-awangan bagi memenuhi masa
lapang korang dan sebagai bahan bacaan ringan untuk difikirkan akan rasional
dan diambil iktibar oleh semua.
Atuk rasa ramai dikalangan korang berfikir bahawa syaitan
itu dirantai pada bulan puasa tapi mcm mana ada lak orang yang kena
rasuk masa bulan puasa tu yer tak? Allah tu nak tipu kita ke? Sebenarnya Allah
itu tak pernah menipu malah dia maha kuasa dan maha agung lagi. Yang menjadi
masalahnya ialah kita sendiri. Naper Atuk ni ckp mcm tu? Atuk ni senoneng sebab
terlebih minum air ketum ker? Tak aih Atuk ckp betui. Cuba korang tgk statement
atuk tu.. Syaitan memang dirantai tetapi jin2 tidak. Karin yang dok bersama
dengan korang tu tak dirantai pun Cuma Allah jadikan godaan diaorg tak berkesan
jer.. So as simple as that lah jawapan Atuk. Tapi Atuk memang tak berperang
masa bulan puasa sebab Atuk nak tumpukan perhatian pada amalan Atuk jer. Masa
ni jer yg Atuk ada utk diri sendiri, yang lain tu masa Atuk banyak kepada org
lain.
Lepas puasa jer Datin Paduka dok mengadu kat Atuk yang
kenalan dia yang berniaga terasa mcm dikhianati seseorang sebab bisnesnya tak
menjadi. Orang tak ramai datang kedainya n selalu lengang jer. Atuk diberitau
bahawa akak ni janda n dulu dia ada bisnes partner yang dah lari dgn duit2 dia
dan tinggalkan hutang kat akak ni. N before dia lari partner dia ni ada mintak
garam pada pekerja dia sbb nak berubat katanya. Lepas beberapa hari partner dia
nib wk balik air dlm botol mineral yang katanya ubat utk dia. Lps beberapa
bulan x minum air tu pun jd keras kematu dlm peti ais. Bila dia dah belah akak
ni suruh pekerja dia keluarkan n rasa air tu.. Masin kata pekerjanya..
So lepas berborak dan temberang dgn kwn2 Atuk maka malam yg
dibgtau tu Atuk menyelam la ke alam sana untuk scan lokasi kedai yang Datin
Paduka bgtau kat Atuk tu.. Mula2 Atuk ditunjukkan sebuah kedai corner lot. So
Atuk scan keliling n Atuk nampak ler satu benda yang x elok dalam kedai tu.
Atuk rasakan kedai tu berbau busuk sebab ada telur buaya tembelang yang ditanam
depan kaunter kedai tu. Setau Atuk kalau ada benda2 ditanam ni mesti ada Jin
yang dok jaga tu. So Atuk gi ke arah dapur n Nampak lak makhluk hodoh berkepala
buaya berbau busuk. Maka dengan askar2 Atuk dok jaga keliling Atuk pun tariklah
keluar telur tembelang buaya yang tertanam tu n Atuk tengok ada beberapa bijik
yg pecah. Mungkin sengaja dipecahkan atau akan pecah selepas tempoh tertentu kut.
Maka Atuk bacakan surah Al-Ikhlas sampai Hu Ahad Atuk baca 3 kali n Atuk pecahkan
kesemuanya. Atuk tengok ada kesan darah kat kain yang membalut telur2 tembelang
tu. Main kasar gak orang ni kata Atuk. Then Atuk undang jin berkepala buaya tu
datang n Atuk belasah jer terus tanpa banyak Tanya dah.
Lepas tu Atuk nak bersihkan kedai akak tu dari semua anasir2
yang tak elok maka Atuk nak panggil Datuk Raden tapi dia ada tugas lain. Maka
Atuk gunakan segala kekuatan yang ada utk membawa air zam2 dari mekah kekedai
akak tu. Alhamdulillah dengan segala aura dan kekuatan yang ada bersimbahlah
kedai akak tu dari depan sampaila ke dapurnya. Syukurla Allah bg kekuatan pada
Atuk utk mampu melaksanakan semua tu.
Lepas abis jer Atuk terus tanya member Atuk mcm mana nak
buatkan telur buaya jadi tembelang? Tapi kwn Atuk dgn senyum2 jawab tak tau jer
sebab dia takut Atuk nak kenakan dia. Maka Atuk ckp kat dia sekadar utk
pengetahuan dia, buaya ni bertelur atas darat, dia tak bertelur dalam air sebab
bila telur dia kena air maka telur dia akan jadi tembelang. Itu yg Atuk tau,
kalau salah dari segi sains, Atuk x boleh nak kata apa la.
Masa Atuk scan tu “diari hidup” akak tu nak terbukak dah
depan mata Atuk tapi Atuk kalih ke lain sebab Atuk tak nak tgk perkara2 yang
Atuk tak perlu tau tentang akak tu. Nanti kalau keluar benda yang bukan2 dah
Atuk lak rasa berdosa sebab berpandangan serong kat akak tu.. Maka cpt2 atuk
bgtau Datin Paduka yang Atuk dah selesai utk mlm tu..
Lepas beberapa hari Atuk suh Datin paduka tanya akak tu mcm
mana bisnesnya, kedainya n perasaan dia. Cuarahan air suci tu pun akak tu x Nampak
inikan pulak perbezaan lain. Mungkin Allah sorokkan dari atuk apa yang Atuk x
patut tahu masa tu kut. Maka masa kebetulan Atuk kat area akak tu berada maka
Datin Paduka bawak Atuk melawat kedainya sebab katanya akak tu kalau boleh nak
jumpa Atuk sendiri sedangkan x tahu kenapa Atuk keberatan sgt nak jumpa akak
tu.
Dengan panduan yang Atuk dapat masa scan aritu Atuk pun
bawak kete n terus parking di celah jalan dibelakang kedai akak u supaya Atuk
leh dok dekat dengan bahagian dapurnya. Sekali pejam mata tuk Nampak kelibat 3
ekor makhluk yang tak sepatutnya berada kat kedai tu. Bila Atuk buka mata jer
Atuk tunjuk kat Datin Paduka itu lah akak tuan punya kedai ni. Tercengang Datin
Paduka sebab dia x bgtau Atuk pun mana satu orangnya tapi Atuk lak yang tunjuk
kat dia mana satu orangnya dan mcm lah dia x kenal.
Atuk pun bgtau datin Paduka bahawa Atuk ada urusan nak
diselesaikan dalam kete tu jugak. Maka Atuk panggil ‘kengkawan’ Atuk yang
memang ada tugas masing2 nanti. Makhluk pertama Atuk kesan dok kat luar kedai. Makhluk
hitam yang kebuluran sebab kurus sgt Atuk tgk. Mcm org Nigeria tak cukup mkn
atau tak mkn bermingu2 rupanya. Yg ni sebab bukan menganggu kedai tapi dok
mengintai Atuk kat dalam kereta. Klu Atuk bgtau Datin paduka dia tgh dok
mengintai mau Datin ni lari bagai nak rak tinggalkan Atuk sorang2 dengan
princess dalam kete. Atuk kumpul aura2 pelangi Atuk n baru dua tiga kali usap
tangan dah besar bola keranjang dah jadinya. Maka terus Atuk fire kan kat
makhluk tu n disambar tanpa sebarang belas ikhsan oleh serigala Atuk. Selesai
satu kerja..
Bila atuk buka mata semula makhluk kedua yang menempel kat
peti ais blakang dapur akak tu ada dok kat sebelah dia sbb akak tu tgh basuh
periuk kat singkinya. Dia dok ushar apa yg akak tu basuhkan. Memang selalu
makhluk ni dok merasa dgn lidah dia yang panjang lepas akak ni masak. Pandai
lak dia makan benda yang siap bermasak lak. Tapi dia x akan merasa benda2 lain
melainkan masakan akak ni yg ada ayam dgn daging jer.. Maka Atuk pun undang si
Kuning.. harimau anak murid atuk yang Tok Sheikh hadiahkan utk dia. Maka
bergelut dan bercakaran lah si jin ni dgn si kuning tu pulak. Bila dah banyak
kali keli gomol ngan si kuning ni maka terduduklah makhluk ni kelemahan kat
kaki akak tu walau akak tu x rasa apa2 pun masa diaorg bergomol. Dengan
sepantas kilat Atuk lilitkan tali siraturrahim eh mana boleh. Kang bersahabat
lak Atuk dengan jin ni.. Hiiii x kuasa aku.. Atuk buat kerja perang ni pun ada
yang cakap Atuk bersahabat n berdamping dgn jin. Mcm lah makhluk ghaib ni cuma ada
jin semata-mata. Bawak2 belajar n kenal betul2 la makhluk2 ghaib ni baru la
boleh nak kata org tu berdamping dgn jin atau tidak. Ni ikut suka2 hati diaorg
jer nak ckp.. Atuk guna tali simpulan ayat dlm quran utk mengikat makhluk ni
dan Atuk arahkan panglima2 Atuk bawak masuk dalam penjara bawah laut. Yang
sekor ni Atuk tak bunuh..
Dan yang ketiganya makhluk yang besar sikit yang sekali tgk
atuk nampak mcm raksasa dalam cerita ultraman jer pulak. Kepalanya lonjong dan
ada bahagian pipih dihujung kepalnya mcm jalur atas kepala ultraman warna
coklat mcm cengkerang. Tangannya mcm ketam berjuntaian dari bumbung kedai akak
tu kebawah. Kakinya katik tapi badannya besar. Mula2 Atuk nak kunci makhluk ni
sebab Atuk nak soal siasat dia sbb dia ni mcm penghulu diaorg kat kedai tu.
Atuk tarik nafas dan Atuk hulurkan jari dengan mengunci 4 sendinya dan satu
lagi di jantungnya. Tetiba luruh satu tubuh yang hampir reput dari tempat
berdiri makhluk tu. Terkedu Atuk sebab renjatan yg Atuk bagi tak la sampai
membunuh makhluk tu. Ni sampai mereput lak jadinya. Tetiba Atuk dengar gelak
tawa dengan angkuh dan sombongnya makhluk tu dari atas bumbung td. Rupanya
tubuh tu tubuh manusia yang dijadikan sumber makanan makhluk tu dan tak
lain dan tak bukan tubuh bekas partner
akak ni.
Dengan rasa tercabar dipermainkan Atuk pun tarik nafas
dalam2 dan bawak diri Atuk ghaib didalam ghaib sebab nak test jugak setinggi
mana ilmu makhluk pelik ni. Lantas Atuk menjulangkan diri dan berdiri betul2 di
belakang makhluk tu lantas Atuk buat kunci bersilang antara sendinya serta yang
terakhir dijantungnya. Maka kini makhluk tersebut terkunci dalam tangan Atuk
dan kena renjatan kira2 40000volt sebab belagak sgt tadi. Bila Atuk tanya sapa
nama dia maka makhluk ni seakan memperli Atuk dgn jelingan dan sikap berdiam
dirinya. Maka dengan sombong Atuk lah pulaslah segala sendi yang dia ada dgn
kunci Atuk yg sedia bersilang tadi. Dgr bunyi mengerekot dan jeritan kesakitan
makhluk tu dan mulalah dia bercakap.. Tau pun n sedar diri pun makhluk tu n xde
nak membongkak dpn Atuk dah.
Ini Lah sebahagian daripada dialog drama minggu ini Atuk
dengan dia:-
Atuk: Siapa nama kau?
Makhluk: #$5^&**+==. Aku tau siapa kau sebab kau
digeruni kami semua.
Atuk: Aku juga tau siapa kau sebab aku tau asal usul engkau.
Apa yang kamu tau tentang aku?
Makhluk: Aku tau engkau bergelar Panglima Serigala Putih,
engkau pernah kesini dan banyak rakan2 ku yang terbunuh dan dipenjarakan.
Engkau sangat keras bila berurusan dan tiada belas ikhsan.
Atuk: Apa tugas kau kat sini?
Makhluk: Aku ditugaskan utk mengaburkan pandangan org dan
menjaga anak2 buahku disini.
Atuk: Siapa yang suruh kau?
Makhluk: Tuan aku.
Atuk: Siapa tuan kau?
Makhluk: Dia seorang pawing buaya berketurunan bugis yang
dok menetap di xxxxx berhampiran dengan
sungai yang ada buaya. Namanya Xxxxxxxx. Ramai org tak tau yg sungai itu ada buaya.
Atuk: Siapa yang mengupah dia?
Makhluk: Dia.. (sambil bayangan wajah org yg menyuruh itu
terpampang di depan Atuk. Bagaikan tau maksud hati Atuk yang tersirat maka
keluarlah juga gambar seluruh ahli keluarga org yg mengupah itu dan mengertilah
Atuk siapa dia sebenarnya.
Atuk: Berapa lama dah kau berada disini?
Makhluk: Lama dah aku tak ingat. Dah bertahun agaknya..
Atuk: Berapa banyak dia upah tuan kau?
Makhluk: RM xxxx. Beribu jugaklah..
Atuk: Aku bagi kau dua pilihan sama ada kau pergi dan jangan
datang balik atau kau tunggu tapi kau mati.
Makhluk: Engkau telah tau bahawa aku takkan berganjak dari
sini dan aku memilih kematian kerana aku telah diarahkan oleh tuan aku.
(setianya pulak makhluk jin ni sebab x nak engkar perintah tuannya. Selalunya
jin ni kalau dapat peluang mengelak mmg dia akan mengelak utk mati). Tapi aku
ada satu permintaan iaitu aku mau mati dimata pedang amazah mu.. (bila lak dia
skodeng koleksi pedang2 ghaib Atuk pun Atuk x tau).
Atuk: Baiklah kalau itu pilihan kamu..
Maka dengan kadar segera Atuk mengambil pedang amazah atuk
dari tempat simpanannya. Atuk lurut tangan sampai kebelakang sebab terlalu
panjang pedang ni. Maka Atuk bacakan surah alam nashrah, alam tarokai dan
tabbad yada bagi mempertajamkan lagi pedang Atuk sebab nak menyembelih. Kalau
tumpul kang menyeksa lak kan. So dgn laungan iqamat dan bismillah atuk ceraikan
kepala dan badan makhluk yang setia dgn tuannya tu dan bg mkn serigala jer
senang. Bahagian bdn yg lain Atuk cincangkan kepada beberapa bahagian supaya
senang dihadamkan..
Selesai dengan makhluk tu Atuk mintak panglima Atuk bawakkan
tanah haram utk Atuk pagarkan kedai tu secara ghaib. Maka jawab panglima Atuk
yg baki tanah yang terdahulu masih ada dan bolehkah digunakan? Memandangkan
Atuk tak pakai banyak maka Atuk anggukan tanda setuju jer.
Lepas di hulurkan bekas simpan tanah tu maka Atuk pagarkan
dengan ayatul kursyi dan 4 qul serta Atuk semaikan aura berkat dalam kedai akak
tu sebagai ikhtiar Atuk untuk membantu dia. Juga Atuk masukkan satu surah yang
akan membalikkan sebarang usaha mengkhianati akak tu pada orang yang banyak
duit dan rajin bersedekah kat bomoh2 sihir ni utk menzalimi org lain.
Setelah selesai Atuk buka mata dan terkejut beruk Atuk bila
Atuk tengok muka Datin Paduka betul2 tgh tengok muka Atuk masa berperang tu.
Lantas Atuk tanya dia mcm mana rasa sebelum dan selepas Atuk berperang tu? Sbb
sebelum tu bila Atuk suruh rasa Datin Paduka ckp dia dpt rasakan ada gangguan
dan rasa mcm ada makhluk lain yang menyeramkan kat situ. Datin Paduka jawab dah
rasa tenang mcm xde apa2. Maka Atuk pun berpesan kat Datin Paduka untuk
sampaikan pesanan Atuk kepada akak tu.
Bukan niat Atuk utk memalukan akak tu atau apa2 Cuma Atuk
kena betulkan akak tu berdasarkan diari dia yg terbuka masa Atuk berperang tadi..
Atuk pesan bahawa Atuk x mau berjumpa dgn akak tu sbb akak tu akan soal selidik
sampai dia tau siapa yg mengkhianati dia smpi dpt yg mana Atuk x suka. Atuk x
mau disoal siasat mcm polis pencen dan Atuk x mau ada prasangka buruk akak tu
pada org lain.Atuk pesan supaya rajin2lah beribadat dan jgn hanya mengejar keduniaan
kerana bahana tu mungkin Allah kurniakan supaya dia beringat bahawa duniawi itu
mengkhayalkan jadi jgn tergoda. Atuk pesan lagi jangan menjual lebih dari 100%
modal sbb Rasulallah saw telah berpesan
begitu. Jika kita buat maka kita telah mengambil hak org lain dan kita memakan
riba. Yang terakhir Atuk pesan supaya jgn asyik dipasang tv yg melalaikan
tetapi psgkanlah ayat quran dan anjurkan bacaan yassin untuk memohon berkat
pada Allah swt akan perniagaan dia.
Dengan tenang Datin paduka ckp mmg akak tu mengaku pada dia
yang dia meremeh kan amal ibadat dan ada target org yg dia syak tu. Dan Datin
akui yang harga makanan yang dia jual agak mahal berbanding dgn kedai lain. So
bila kita dah ambil hak org lain maka jangan pula kita mengeluh bila Allah
tarik balik hak org yg kita ambik tu..
Begitulah juga dengan partner akak tu. walaupun dia melarikan diri dengan sebahagian besar daripada duit akak tu akhirnya duit tu habis gitu jer digunakan untuk membayar duit kepada pawang2 temberang hingga akhirnya diri dia yang menanggung seksa..
Maka terserahlah pada akak tu nak dengar nasihat Atuk atau
tak. Kalau dia nak dengar Alhamdulillah. Kalau dia x nak dengar pun Atuk tak
rugi apa2. Atuk Cuma mengingatkan apa yang didatangkan dalam ilham Atuk
dariNya. Tu semua ayat2 Dia sebab Dia yang kenal akak tu, Atuk x pnah kenal dia
pun. Maka pandai2 lah Datin Paduka nanti mcm mana nak sekolahkan akak tu.. Atuk tak masuk campur. Wallah huaklam..