Salamun qaulam mirrobbir rohim. Assalamualaikum wbt. Dah
lama Atuk tak merapu kat blog ni. Nasib baik sarang labah2 tak penuh. Maklumlah
Atuk sibuk ngukir laa ni dengan mesin Dremel baru Atuk yg ngabihkan 1/10 dari
gaji Atuk. Dah minat punya pasal Atuk redha jer. Byk juga dah jasanya pada Atuk
walau baru je beli.
Tapi kisah kali nix de kena mengena dgn mesin Dremel Atuk..
Apatah lagi kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Atuk saja merapu waktu ptg2
cenggini sbb perut dah kenyang mkn nasik lauk sup ngan ikan grg sambal. Sambil
kena gudang garam best jugak merapu tahap mengakarung berak kerang ni.
Alkisahnya ada anak buah Atuk yang ngadu rumah mak mertuanya
sering terjadi gangguan sampai sakit mak mertua beliau dibuatnya. Mula2 kenal
Atuk dulu mamat ni suka sengih jer. Dah kenal ATuk rapat baru dia berani nak bercerita
kisah suka dukanya bila dia balik kgnya yg penuh dgn misteri dan mistik. Yang x
bestnya boleh dia nak test ilmu Atuk padahal pada ATuk ni ilmu Allah semata2
sdgkan ATuk hanya dipinjamkan sekejap jer utk manfaatkan dlm masa sesingkat
hidup ni sbg bekalan di mahsyar nanti.Bila dia cerita masalah rumah mak
mertuanya bermasaalah je terus Atuk tercegat depan rumah tu dengan di bentengi
pokok pisang belah kiri dan padang lalang belah kanan. Bila dia Tanya Atuk Nampak
x rumah tu Atuk ceritakanlah apa yg ATuk Nampak. Terus mata dia mengembang
besar bola golf sebab dia x pnah bwk ATuk balik kg makan ikan bakar cicah budu
pong tp ATuk dpt terangkan keadaan umah tu. Dia x puas hati dia Tanya surau kg
dia kat mana lak. Sdgkan tok bilal surau tu pun Atuk x kenal xkan Atuk tau
pulak kan tempatnya. Maka dengan izin Allah dan selmba rocknya ATuk bgtau jarak
surau tu dgn rumahnya dgn alunan lagu lena diulit intan.
Dalam pada dok tgk surau kat mana tu. Atuk terpandang sebuah
rumah kat area tu yg terang bercahaya walau disiang hari. Siapakah gerangan
empunya rumah ini? Ini lah rumah salah seorang murid dari perguruan Tok Kenali
Rohimahullah.. Byk ilmu dari sanad Tok Kenali yang disimpannya..
Maka lepas mendengar pemandangan hasil penerawangan Atuk
tadi maka anak buah Atuk cukup berpuas hati lalu dia mintak tlg Atuk tgk apa
gangguan yg ada di rumah tersebut. Maka Atuk terangkan bahawa suatu ketika dulu
tempat tu adalah tempat fevret R&R bomoh melayu sbb byk busut jantan
terdapat ditanah tu so diaorg selalu buang benda2 yg menganggu org kat tanah
tu. Bila diratakan utk dibuat rumah busut2 tu x kelihatan lagi namun penghuninya
tetap bermastautin tanpa arah tujuan. Sbb tu selalu ada bayangan nenk kebayan
dlm bilik mak mertuanya, hantu tanpa muka dlm bilik adik iparnya, dan makhluk2
yang bergantungan di dinding2 bilik rumahnya. Atuk berjanji bila ada kelapangan
dan dan kesempatan Atuk akan laksankan tugas Atuk seperti yg dia mintak
termasuk memagar dan membuang apa yg jiran dia dok tanam kat belakang rumah
bawah asbestos tu..
Maka tiba malam yang menenangkan itu Atuk panggil semua
rumpun Atuk sebab byk sgt yg terpaksa Atuk tangani lamaklumlah lubuk tempat
buangan. Bila dah berkumpul semua rumpun Atuk maka Atuk tugaskan dua panglima
rijalul ghaib utk ambik tanah haram utk dibuat pagar ke atas tanah ini supaya x
masuk semula anasir2 lain serta sebarang hasad dengki sihir tak dapat masuk utk
buat onar dan buat kek lak dimasa akan datang.
Maka bila rombongan cik kiah Atuk sampai kat umah tu maka perkara
pertama yg Atuk buat ialah ATuk bg salam kat tuan rumah dan Atuk pun tebarkan
benang dari Pedang Damascus ATuk dan ATuk pusingkan pedang tu dan Tarik hasil
pancingan Atuk yg pertama tu yang merupakan 5 ekor jin hardcore yg menghuni
tempat tu yg merupakan penunggu keris terbang, belaan bomoh siam tersohor, dan
bermacam asal usul lagi yg x mampu Atuk terangkan kat sini.
Tu baru permulaan jer, jgn korang ingat dah abis. Tu baru
Atuk tangkap yg hardcore2 je. Maka dari 5 ekor tu semuanya atuk masukkan dalam
jala dan hantar ke dalam penjara bawah laut jer tanpa sempat beramah mesra
sebab ramai ekor lagi dok nunggu giliran tu. Kali kedua ATuk tebar jala je
sebab terlalu banyak yg berkeliaran kat luar tu yg juga merupakan saka2, khadam
buangan dan bermacam2 jenis lg yang kesemuanya berjumlah 32 ekor. Oleh sebab
terlalu ramai maka Atuk bakarkan jer semua tu kat dlm jala. Klu nak masukkan
dlm penjara nanti diaorg kena buli lak n klu penjara penuh nanti xde tempat nak
isi hasil tangkapan yg hardcore lak.
Seterusnya Atuk masuk dlm rumah lak. Masa nil ah tuan rumah
ternampak kelibat Atuk sebab Atuk menyelinap masuk dlm bilik dia sbb nak
tangkap ketua persatuan hantu2 kat umah tu yg merupakan seorg nenek kebayan
atau nenek tua yg Atuk sangkakan islam, rupanya tidak. Bila Atuk soal siasat
rupanya dia ni milik tuan tanah asal yg meneroka tempat tu. Patutlah ketua,
otai rupanya nenek ni. Dan satu persatu atuk kumpulkan dan terpaksa atuk
pancung satu persatu sebab dah jadi buluh dah semuya. Klu setakat rebung2 tu
blh lah jugak Atuk nak lentur2 n klu dah besar sikit blh Atuk wat sangkar
burung Murai Batu Atuk. Ini termasuklah jin berupa beruk dan hantu tanpa muka
dlm bilik adik ipar dia. Dah mcm kisah hantu Korean lak hantu2 dlm rumah ni
Atuk tgk. Nasib baik diaorg tak bg salam kat Atuk sambal ckp saranghae..
Last sekali Atuk serkap seekor toyol yang tak bertuan yg
suka sorok duit kat tempat dia melepak iaitu dalam nyiru atau tampi beras dan
dalam periuk belanga besar yg tergantung kat dinding dan seekor hantu raya yg
dok kat dapur Mungkin sbb dia suka mkn nasi sejuk kut..
Bila dah clear dlm umah Atuk gi clear bahagian blakang rumah
lak. Part ni Atuk gi clearkan benda yg ditanam dalam tanah sbb org irihati sbb
tuan tanah x bg org buat jalan kut. Atuk tgk ada tanah yg ditanam dlm kain
merah dan berbau busuk dengan satu tulang pendek yg dipercayai tulang kerbau
pendek… Maka Atuk bakarkan je dan Atuk zassss kan kepada tiga bahagian makhluk
yg bergigi di dahi tu dan tanam kat gunung berapi.
Bila dah selesai barangnya maka ATuk panggil lak tuan punya
brg. Dah tua rupanya makcik ni tapi apasal la x hinsap2 lg makcik oi.. Tapi tgk
pada keadaannya bkn main kuatlg org tuan ni. Maka dengan kedua tumit kaki atuk
kuncikan pergerakannya sebab mana la tau kut2 dia naik hangin dan ditendangnya
telur Atuk mau senak dibuatnya. Bil Atuk rapat jer ATuk tgk leher makcik ni
senget sikit apasal ntah. Belum lg kena flying kick mambang di awan Atuk dah
senget kepala.. Gerama punya pasal atuk zasss dulu kat makcik nit p x mati lg
dia. Kebal jugak belaan dia ni sbb x putus abis. So atuk bersoal jawab la
sekejap dgn makcik ni dan sempat jugak lah dia kena semburan cahaya malaikat
sebagai amaran supaya x buat lg benda2 yg nyusahkan org ni. Klu ikutkan tgk
mata makcik ni pun dah menakutkan tp x pulak dia nak pandang mata Atuk ni..
Mentang2 la Atuk x pakai mascara kut..
Bila dah settle haiwan2 ternakan tu Atuk angkut maka
sampailah masa Atuk menarik dgn sepenuh aura air zam zam utk bersihkan sekitar
rumah dan tanah tu agar tak dihuni oleh makhluk2 yang menyesatkan tu dan ATuk
taburkan tanah haram di seluruh tanah tu agar tak dinganggu lagi. Dan pada masa
tu Atuk ambik kayu manis sebanyak 4 bilah yang telah di isikan dgn ayat2 pemagar
dan ATuk makrifatkan dgn pacakkan di empat penjuru tanah tu sebagai pagar. Oleh
kerana ATuk buat dari jauh maka ATuk terpaksa lakukan sedemikian rupa.
Setelah selesai tugas ATuk malam tu barulah Atuk dan
rombongan balik dan setelah selesai sujud syukur maka Atuk mengucapkan salam
pada sekalian rumpun Atuk dan merelakan diaorg pergi sebelum ATuk pun nak
smoking dan lena beradu kerana kepenatan beradu dalam malam yang kelam dengan
merentangkan benang menjadi bendang..