Jgn kata amalkan ini ilmu salah, tahyul karut dan sebagainya pulak pada yang terlebih bijak pandai agama tu. Kita x tau rahsia Allah jadi jgn kita pandai2 nak kata betul atau salahnya. Kalau bkn dgn ilmu Allah, x ada la amalan ilmu ni. Sbb Allah berikan ilmu pada seseorang la maka wujudnya sesuatu ilmu. Klu kita yakin amalkan, kalau rasa x yakin kita tinggalkan dan jgn menuduh atau menghukum org lain.. Biarkan org yg mau mengamalkannya teruskan. Bukannya ia amalan menyembah selain dariNya pun..Atuk sekadar menyampaikan jer ilmu amalan ni..
BISMILLAH TIGA
Bacaannya:
Bismillaah,Bismillaah,Bismillaah
‘A’uudzu Billaahi Waqudratihii Min Syarri Maa Ajidu Wa Uhaadziru’.
Ertinya:
Dengan nama Allah,
Dengan nama Allah, Dengan nama Allah. Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan
kudrat kekuasaannya daripada kesakitan yang aku tanggung dan aku takuti.
Fadhilatnya:
Jika mengalami sakit
disesuatu anggota badan, doa ‘Bismillah 3’ ini
mampu mengubati penyakit pada sendiri orang dan orang lain..
Hadis yang
diriwiyatkan oleh Muslim dan Ibnu Malik dalam kitab Muwaththa, bahwa Ustman
Ibnu Abil Ash Assaqafi telah menderita sakit pada salah satu anggota tubuhnya.
Kemudian dia menemui Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam ini menerangkan tentang penyakit yang dideritanya..
Rasulullah berkata : “Letakkan
tanganmu pada bahagian yang sakit, bacalah doa di atas tujuh kali, angkatlah
tanganmu dan taruhkan kembali, kemudian bacalah lagi tujuh kali, ulangilah
beberapa kali setiap hari dan malam.”.
Ustman ibnu Abil Ash
Assaqafi menerangkan : “Setelah aku kerjakan fatwa Rasulullah itu, tidak lama
kemudian aku merasa sembuh dari penyakit yang telah kuderita beberapa waktu
lamanya.”..
Cara Dan Kaedah Merawat:
Tekupkan tapak tangan
pada tempat yang sakit.
Berniat memohon pada
Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit.
Dibaca 7 kali doa di
atas dan diiringi 3 kali surah ‘3 Qul’.
Afdal diulangi
keseluruhan bacaan di atas sebanyak 3 kali.
BISMILLAH EMPAT
Bacaannya:
Bismillaahir
rohmaanir rohiim
Bismillahi
Maa Syaa Allah Laa Yasuqul Khoiro Illallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Yashrifus Suu A
Illallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Maa Kaana Min Nikmatin
Faminallah
Bismillahi Maa Syaa Allah Laa Haula Walaa Quwwata
Illa Billahil ‘Aliyyil’ Adziim
Subhaanallah Wabihamdihii Subhaanallah Hil ‘Adziim,
Walaa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil’ Aliyyil ‘Adziim.
Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
"Dengan
nama Allah, sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang
mendatangkan kebaikan melainkan Allah;
Sesuatu
itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak kejahatan
melainkan Allah;
Sesuatu
itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap keni'matan adalah daripada
Allah;
Sesuatu
itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan
dengan Allah".
(Doa
Bismillah 4′ di atas adalah
berasal daripada ‘Isim’ Nabi Khidir AS dan Nabi Ilyas Aas. .Doa ini
juga terdapat dalam “Ihya`
‘Ulumiddin” jilid 1 halaman 374 yang dicatat oleh Hujjatul Islam
al-Ghazali dengan sedikit lafaz beza)
Fadhilatnya:
Syaikh
Muhammad Amin Kurdi pula dalam ‘Tanwirul
Qulub’ pada halaman 422 menulis fadhilatnya seperti berikut:
Imam
as-Sayuthi telah menyebut dalam ‘Luqtul
Marjaan’ daripada Sayyidina Ibnu ‘Abbas r. `anhuma sebagai berkata:
“Nabi Khidhir
dan Nabi Ilyas bertemu pada setiap tahun di musim haji dan mereka berdua
berpisah atas kalimah-kalimah ini: “Dengan nama Allah, sesuatu itu menurut apa
yang dikehendaki Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Allah;
Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang menolak
kejahatan melainkan Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki Allah, setiap
kenikmatan adalah daripada Allah; Sesuatu itu menurut apa yang dikehendaki
Allah, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah.”
Ibnu
‘Abbas berkata: “Sesiapa yang membaca doa ini ketika pagi
dan petang sebanyak 3 kali, maka Allah akan menyelamatkan dia dari kelemasan,
kebakaran, kecurian dan dari kejahatan syaitan, penguasa, ular dan kala
jengking.”
Maka
sewajarnya bagi seseorang atau pelajar untuk mengamalkan doa ‘Bismillah 4′ ini, kerana ianya
akan menjadi asbab yang membawa kepada tawakkal dan keyakinan kepada Yang Maha
Khaliq setelah berusaha keras melakukan sesuatu pekerjaan.
BISMILLAH LIMA
Bacaannya:
“Bismillaahir
rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi,
Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa
fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim.
Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Fadhilatnya:
Bismillah
5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala
penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik
dijadikan sebagai amalan seharian.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah
5’ adalah seperti berikut:
1.
Menghalang jin dan syaitan
2.
Terpelihara dari bahaya dan musuh
3.
Penawar pelbagai racun dan bisa.
4.
Penawar penyakit gila meroyan.
5.
Melegakan bengkak dan benjol.
6.
Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7.
Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8.
Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9.
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
Kaedah Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca ‘Bismillah
5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi
minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
Sapukan di tempat yang sakit ataupun
disapukan ke satu badan.
Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di
sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di
bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota
yang sakit.
Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan
tangan di tempat tersebut.
Jika kepala anak benjol sebab terhantuk,
baca ‘Bismillah 5’ ini
sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat
melegakan.
Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam dan ayat ini sertakan
doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
Amalannya:
Ayat ‘Bismillah
5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau
minum ubat.
Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali
setiap kali lepas solat.
Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh
menolak santau dalam makanan dan minuman.
Bekas berisi makanan/minuman yang
dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya
kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
BISMILLAH ENAM
Bacaannya:
Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahis
samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in
‘alim. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un
wahuwal fattaahul ‘aliim. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un
wahuwal ‘aliimul khabiir. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un
wahuwal ‘aliimul qadiir. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa
kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim. Bismillaahil ghafuurur
rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rahiim. Fallaahu
khairun haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.
Ertinya:
1.
Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2.
Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun
yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha
Mengetahui.
3.
Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu
pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
4.
Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha
Mengetahui lagi Maha Teliti.
5.
Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha
Mengetahui lagi Maha Kuasa.
6.
Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun
yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
7.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu
pun yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka
Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga
Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ke
atas keluarganya dan para sahabat Baginda.
Fadhilatnya:
Berikut
ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat ‘Bismillah
Enam’ ;
Penerang hati.
Meluaskan rezeki.
Air laut boleh menjadi tawar.
Terselamat dari karam di laut.
Makbul segala hajat dan cita-cita.
Menghindari dari segala penyakit.
Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa
sengat binatang seperti lebah, ikan, kala jengking dan ular.
Penawar segala jenis racun dan santau,
seperti yang diperbuat daripada miang rebung, hempedu katak dan sebagainya.
Terpelihara daripada fitnah dan bahaya
musuh atau seteru.
Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan
dalam peperangan.
Terselamat daripada dibunuh jika dibaca
kepada tubuh badan.
Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih
ia kepada kita.
Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
Jika dibaca pada minyak dan air pada malam
Jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada
telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis
apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari iblisnya.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan
syaitan.
Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat
melihat makhluk halus (jin, syaitan dan sebagainya)
Terselamat daripada binatang buas.
Memelihara tanam tanaman daripada
binatang-binatang.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau
dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat daripada ancaman babi, tikus atau
burung.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan
terselamat dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak
membunuhnya.
Segera dibebaskan daripada penjara apabila
dibaca bersungguh-sungguh.
Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh
melihat orang di dalam kubur.
Kaedah Merawat:
Bagi
merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
Letakkan tangan di tempat yang sakit.
Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah
Enam ini.
Membaca dengan keyakinan dan hati yang
khusyuk.
Tiup di tangan atau di tempat yang sakit
tersebut.
Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan
ke seluruh badan.
Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar
dari badan pesakit.
Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan
pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Insyaallah, angin akan keluar
daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.
Doa
ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau
yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan
meminum air yang telah dibacakan dengan doa di atas.
Amalkanlah
‘Bismillah Enam’
ini kerana ianya menjadi penawar segala jenis racun dan tidak memberi
mudharat kepada pengamalnya jika terminum kerana gelas yang mengandungi racun
akan pecah jika dipegang oleh pengamalnya. InsyaAllah.
BISMILLAH TUJUH
Bacaannya:
“Bismillaahir
Rohmaanir Rohiim, Bis-Mil-Laa-Hisy
Sya-fi, Bis-Mil-Laa-Hil
Kaa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Mu-’aa-fi, Bis-Mil-Laa-Hil Waa-fi, Bis-Mil-Laa-Hir Rob-bis Sa-Maa-Waa-ti Wal-Ar-dhi, Bis-Mil-Laa-Hil La-Dzi Laa Ya-Dhur-Ru
Ma-’as-Mihi Syai-Un Fil Ar-dhi Wa-Laa Fis-Sa-Maa-’i Wa-Hu-Was Sa-Mii-’ul
‘A-liim.”
Ertinya:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
Dengan nama Allah yang maha
menyempurnakan
Dengan nama Allah yang memiliki
langit dan bumi
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Fadhilatnya:
1.
Susah mendapat demam atau menghidap sakit teruk.
2.
Merapatkan hubungan suami isteri terutama yang dingin.
3.
Boleh ‘memagar rumah’ dan pendinding diri serta keluarga.
4.
Dibaca semasa hendak makan di kedai atau tempat kenduri.
5.
Mengubati segala jenis santau dan tuju-tuju.
6.
Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang
mendatangkan mudharat seperti dari kaca lampu, miang rebung, ulat bulu mati
beragan, hempedu katak bisa dan sebagainya.
7.
Mengubati segala jenis penyakit berbisa, termasuk bisa sengatan binatang
seperti ikan, lebah, ular dan kala jengking.
8.
Ayat ‘Bismillah 7’
ini juga sesuai dijadikan sebagai ayat Syifa ataupun penawar tatkala ditimpa
sesuatu musibah ataupun penyakit.
9.
Apa pun juga kelebihan dan keistimewaannya, semua itu adalah rezeki &
dengan kuasa / kehendak dari Allah SWT semata-mata.
Kesan Sampingannya:
Selain
khasiat di atas, juga menyebabkan kesan sampingan tertentu;
Wujudnya gejala penawar pada diri pengamal
itu sendiri.
Jika pengamal ‘Bismillah 7’ melalui atau menegur orang yang sedang
membuat tapai, akan menyebabkan tapai tidak akan menjadi.
Disarankan pengamal ‘Bismillah 7’ turut mengamalkan ‘Bismillah 5’ sebagai pengimbang dan pemulihnya.
Amalannya:
Alhamdulillah.. sudah ramai yang mendapat manfaat ‘Bismillah 7’ ini dan ianya sesuai dijadikan amalan setiap kali sebelum menjamah makanan, mahupun pergi ke tempat-tempat awam dan asing, tetapi haruslah ingat dan yakin bahawasanya semua perkara itu terhasil dengan pertolongan Allah Ta’ala jua.
BISMILLAH SEMBILAN
Bacaannya:
Bismillah hirrahma nirrohim, bismillah hil a'lamin, bismillah hil arsyil adzim, bismillah hil ghofurir rohim, bismillah hil jalali malikil quddus, bismillah hil jibril, bismillah hil mikail, bismillah hil isrofil, bismillah hil izroil wal malaikati muqorrobin walahum wallah hirobbul a'lamina birahmatika ya arhamar rohimin.
Maksudnya:
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dengan Nama Allah Sekalian Alam.
Dengan Nama Allah Yang Mempunyai
Arasy Yang Agung.
Dengan Nama Allah, Maha Pengampun
Lagi Maha Mengasihani.
Dengan Nama Allah, Maha Memiliki
Keagungan Suci.
Dengan Nama Allah Tuhan Jibrail.
Dengan Nama Allah Tuhan Mikail.
Dengan Nama Allah Tuhan Israfil.
Dengan Nama Allah Tuhan Izrail.
Dan Malaikat Yang Menghampiri
Kepada Mereka
Dan Allah, Tuhan Yang Menguasai
Seluruh Alam.
Dengan Rahmat-Mu, Wahai Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Menyayangi.
.
Fadhilatnya
1. Fadhilat ayat ‘Bismillah
9’ ini amat besar sekiranya diamalkan setiap kali selepas
solat:
2. Jika sesiapa beristiqamah mengamalkan
ayat ‘Bismillah 9’ ,
InsyaAllah segala hajat akan ditunaikan oleh Allah SWT.
3. Mengamalkan
ayat ‘Bismillah 9’ ini,
InsyaAllah akan dapat memagar diri dalam sebarang situasi kecemasan dan bahaya.
4. Sekiranya
menghadapi serangan, InsyaAllah tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah
pengamal ‘Bismillah 9’ akan
berjaya menumpaskan mereka.
BISMILLAH 20/21
Bacaannya:
2. bismillah wal hamdulillah
3. bismillah wasy syukrulillah
4. bismillah wal qudratulillah
5. bismillah wal mulku lillah
6. bismillah wal hujjatu lillah
7. bismillah walminnatu lillah
8. bismillah wal ‘azhamatu lillah
9. bismillah wal ‘iz zatu lillah
10. bismillah was sulthanu lillah
11. bismillah wal majdu lillah
12. bismillah wal qaHru lillah
13. bismillah wal Haibatu lillah
14. bismillah wal kibriya-u lillah
15. bismillah wal masjidu lillah
16. bismillah wan ni’ matu lillah
17. bismillah wal baqa-u lillah
18. bismillah wal a’tha-u lillah
19. bismillah wasy syifa-u lillah
20. bismillah wan ni’ maa-u lillah
21. bismillah walaa haula walaa quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azhim wa shallallahu ‘alaa khairi khalqihi muhammad wa aalihi washahbiHi ajma’in wa sallim tasliman katsiran birahmatika yaa arhamar rahimin wal hamdulillahi rabbil ‘alamin
Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha
penyayang
2. Dengan nama Allah dan segala pujian ini
milikmu
3. Dengan nama Allah dan segala rasa syukur ini
milikmu
4. Dengan nama Allah dan segala kekuasaan ini
milikmu
5. Dengan nama Allah dan segala kerajaan hati ini
milikmu
6. Dengan nama Allah dan segala pengetahuan ini
milikmu
7. Dengan nama Allah dan segala pertolongan ini
milikmu
8. Dengan nama Allah dan segala kebesaran ini
milikmu
9. Dengan nama Allah dan segala kemuliaan ini
milikmu
10. Dengan nama Allah dan segala penguasaan
ini milikmu
11. Dengan nama Allah dan segala kesempurnaan
ini milikmu
12. Dengan nama Allah dan segala keperkasaan
ini milikmu
13. Dengan nama Allah dan segala kewibawaan
ini milikmu
14. Dengan nama Allah dan segala seluruh perbendaharaan
hati dan diri ini milikmu
15. Dengan nama Allah dan segala pandangan
hati ini milikmu
16. Dengan nama Allah dan segala nikmat
diri ini milikmu
17. Dengan nama Allah dan segala kekekalan
hidup ini milikmu
18. Dengan nama Allah dan segala pemberian
ini milikmu
19. Dengan nama Allah dan segala kesihatan ini
milikmu
20. Dengan nama Allah dan nikmat batin ini
milikmu
21. Dengan nama Allah dan diriku yang tiada
mempunyai daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan mu ya allah yang
bersifat maha tinggi kebesaran mu, dan juga aku ucapkan selawat dan salam atas
sebaik2 makhluknya iaitu Nabi Muhammad saw serta seluruh keluarga dan sahabat-sahabatnya, dan juga kami ucapkan salam
yang teramat banyak dengan rahmat engkau ya allah yang maha pengasih lagi maha
penyayang dan segala pujian ini milik mu ya allah tuhan yang mentadbir sekalian
alam
Fadhilatnya:
Ayat ‘Bismillah
Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan malamnya.
.
1. Sesiapa
membaca ‘Bismillah Dua Puluh’
selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan
memerdekakan hamba sahya.
.
2. Bacalah satu
kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali atau
sekurang-kurangnya bacalah setahun sekali. InsyaAllah akan :
.
Dibukakan pintu
bahagia
Ditutupkan pintu
derita
Terpelihara daripada
mati terkejut
Terhindar daripada
azab kubur
Selamat melalui titian
sirat
Dilindungi daripada
panas Padang Mahsyar.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL DARI ATUK..
No comments:
Post a Comment