Alhamdulillah, aku masih terus hidup hingga ke hari ini
serta aku amat bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah kurnianya mengizinkan aku
utk terus mengembangkan setitis dari ilmu Allah untuk aku berbakti dan
memberikan manfaat kepada yang lain..
Perjalanan aku dalam menuntut ilmu menuju Allah dan mula
berkecimpung dalam alam mistik ini semenjak aku diambil menjadi murid oleh Tuan
Haji Ismail bin Haji Nawawi. Beliau yang kini berusia 250 tahun? dan beliau menetap di Benut, Pontian , Johor dan berbangsa banjar. Beliaulah yang telah
menukar hidup aku 180 darjah dari kehidupan aku yang tiada matlamat, tujuan dan
penuh kejahilan. Selain aku ramai lagi anak murid beliau dari timur hingga ke barat. Antara murid beliau yang lain adalah Saif Al-Hazmi Ibn Hashim Al-Kalantani yang sering menulis di blog Catatan Qalbu Seorang Musafir. Haji Ismail mengijazahkan aku akan Yassin Fadhilat amalannya serta
yassin 40, yassin 7 mubin hingga aku mahu diberi gelar sebagai Khalifah Ammar
Yassin yang amat berat untuk aku pikul. Namun itulah aku yg telah diberi
kepercayaan untuk meneruskan ilmu nya serta mendapatkan manfaat dari ilmu yang
dimilikinya. Selepas naik maqam yang
pertama maka aku di anugerahkan Serigala putih bersama dua rijalul ghaib yang
bukan dari kalangan jin atau khadam. Pada mulanya aku agak keberatan dgn
perkara ini sebab aku sudah dgr dan lihat mcm2 kejadian yang mendatangkan
masalah pada dampingan ini. Namun setelah dinyatakan dgn jelas dan yakin oleh
guruku barulah aku mengerti bahawa bukanlah semua dampingan itu jin belaan..
Bukanlah semua dampingan itu harus dijaga dan diberi makan darah dan hidangan
pulut kuning. Dan semenjak itu berjuanglah aku dengan gelaran Panglima Serigala
Putih..
Pada masa yang sama aku mempelajari ilmu tajwid hingga
khatam dengan Haji Thazali hingga aku mendapat tauliah untuk mengajar anak-anak
yang dtg bertandang ke surau tempat aku mencurahkan bakti.
Kata orang untuk kita berada dekat dengan hati Rasulallah amatlah jauh kerana duduk diri kita amatlah jauh jika ingin dibandingkan dengan ketakwaan sahabat2 yang empat dan para syuhada. Maka sekiranya mendapat tempat dihati para wali hatta mendapat sedikit ilmu dari para wali itu maka itu pun sudah seribu rahmat buat kita.
Kata orang untuk kita berada dekat dengan hati Rasulallah amatlah jauh kerana duduk diri kita amatlah jauh jika ingin dibandingkan dengan ketakwaan sahabat2 yang empat dan para syuhada. Maka sekiranya mendapat tempat dihati para wali hatta mendapat sedikit ilmu dari para wali itu maka itu pun sudah seribu rahmat buat kita.
Alhamdulillah diriku antara berjuta manusia yang dipilih oleh wali itu sendiri. Nama beliau ia bersamalah Datuk Raden Sandhi bin Sultan M. Stafiuddin yang mangkat di alam ghaib pada tahun 2007 (menurut kata murid kedua beliau). Beliau berasal dari Paloh, Sambas, Indonesia, tempat yang terkenal dengan kemistikannya dan penuh dengan keilmuan kebatinan. Cerita tentang beliau banyak terdapat dalam web2 Indonesia tetapi murid kedua beliau itu yang telah sekian lama banyak menuntut dengan beliau, banyak dari cerita lagenda rakyat tersebut yang kurang tepat. Menurut Panggeran Guru Wan Azman Bin Wan Idros, Datuk Raden Sandhi amat minat berburu semasa mudanya. Beliau juga telah berkahwin namun tidak mempunyai zuriat di alam nyata.
Suatu hari sewaktu sedang pergi memburu bersama
rakan-rakannya beliau terpanah seekor burung yang cantik dan kakinya bersisik
emas. Beliau tidak tahu bahawa burung tersebut adalah belaan Raja Alam Ghaib
disana. Lantas selepas itu beliau jatuh gering sehingga mangkat di alam nyata.
Namun hakikatnya beliau telah dihukum oleh Raja Alam Ghaib
yang telah tua dan uzur untuk berkahwin dengan puteri baginda atas kesalahan
membunuh itu. Lalu beliau ditabalkan menjadi Raja di Alam Ghaib Sambas dan
berkahwin dengan puteri raja tersebut. Beliau berdampingan dengan moyang beliau
dan banyak menuntut ilmu dari moyang beliau. Kerana itulah guru kepada
panggeran guru saya (yang saya panggil nenek) memberitahu panggeran guru saya
bahawa Datuk Raden Sandhi adalah 'Gedung Ilmu'. Apabila saya sendiri
bertanyakan kepada Datuk beliau menyatakan bahawa maksud gedung ilmu itu adalah
mempelajari sesuatu ilmu dengan sempurna (berguru) lalu menguasainya dan
memanfaatkan ilmu yang diperolehi.
Di alam ghaib seterusnya beliau memerintah sehingga lah
beliau wafat dalam tahun 2007 lalu bersemadi di alam wali. Nenek sempat berguru
dengan datuk selama hayatnya hingga mampu menerobos alam nyata dan alam ghaib
dalam sekelip mata dan memperoleh maqam (darjat) yang tinggi dalam ilmu
kebatinan. Ilmu yang meliputi tariqat, makrifat, syariat dan hakikat.
Serigala putih ini adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa
kepadaku setelah mempelajari ilmu dan amalan dari guru pertamaku iaitu Tuan
Haji Ismail bin Haji Nawawi yang begitu banyak menurunkan kepadaku ilmu-ilmu
kebatinan beliau.
Semoga Allah memberkati semua guru-guruku yang banyak
berjasa menurunkan ilmu mereka yang tiada ternilainya di dunia mahu pun
akhirat. Marilah kita bertawassul dan memberikan al-fatihah buat semua
guru-guruku yang banyak mendidik dan mengajar ku tentang mengenal diri dan
mengenal tuhan terutamanya kepada Tuan haji Ismail bin Haji Nawawi, Ustaz
Thazali, Datuk Raden Sandhi, Datuk Panglima Hitam, Datuk Panglima Andi Sumpu
Muhammad, Datuk Sheikh Abdullah Sulaiman Hijaksa, Ratu Melati, Ratu Kenanga dan
Ratu Cempaka Sari.... Al fatihah....
No comments:
Post a Comment