Sedikit perkongsian Atuk pasal Fasik, Munafik, Musyrik.........
Fasiq/Fasik berasal dari akar kata fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusûqan.
Secara etimologis (bahasa), dalam ungkapan Arab, fasiq maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah. Secara terminologis (istilah), orang fasiq adalah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar.
Allah SWT berfirman:
“Sujudlah kamu kepada Adam; lalu
mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia
menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” (al-Kahfi [18]:50)
Dalam ayat di atas, frasa berbuat fasiq
terhadap perintah Tuhannya ertinya keluar dari ketaatan kepada-Nya. Fasiq
juga bererti keluar dari kebenaran. Kerana itu, fasiq kadang-kadang
bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasiq
jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap
istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat
bermaksiat disebut orang fasiq.
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (al-Maidah [5]: 47)
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq”. (al-Baqarah [2]:26)
Munāfiq atau Munafik adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.
Apabila
orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau
sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya
mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah
dusta. Mereka menjadikan sumpah
sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia)
dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.Yang demikian kerana mereka
mengaku beriman kemudian mereka menjadi
kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami. (Al
Munafiquun:1-3).
"Tanda orang-orang munafik itu
ada tiga keadaan.
- Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
- Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
- Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".
Berikut adalah ciri-ciri orang
munafik menurut Islam.
- Dusta
- Khianat
- Fujur dalam pertikaian
- Ingkar janji
- Malas beribadah
- Riya'
- Sedikit berzikir
- Mempercepat solat
- Mencela orang-orang yang taat dan soleh
- Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
- Bersumpah palsu
- Enggan berinfak
- Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
- Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
- Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
- Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
- Sering meninggalkan solat berjamaah
- Membuat kerosakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
- 'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
- Takut terhadap kejadian apa saja
- Beruzur dengan dalih dusta
- Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
- Bakhil dalam masalah kebajikan
- Lupa kepada Allah s.w.t.
- Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
- Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
- Sombong dalam berbicara
- Tidak memahami masalah-masalah agama
- Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
- Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika
datang kepada kamu seorang fasiq
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan.” (al-Hujurat [49]:6).
Musyrik adalah satu istilah dalam agama Islam, yang merujuk khusus
kepada orang-orang yang melakukan perbuatan syirik seperti
menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain (seperti matahari, berhala dan
sebagainya) secara berterang-terangan. Orang yang menyembah syaitan termasuk
dalam kelompok orang musyrik. Bagaimanapun, orang musyrik berbeza
dengan orang murtad,
dari segi mereka masih mengaku Islam, walaupun melakukan perkara yang jelas
bertentangan dangan ajaran Islam. Mereka yang berpura-pura mengikut Islam
tetapi berlainan dalam hati, seperti bertindak melakukan perkara yang berbeza
secara bersembunyi, di belakang pandangan umum dikenali sebagai munafik.
Ciri-ciri golongan fasik adalah sama
dengan golongan munafik. Mereka merupakan golongan yang faham agama, dan dari
keturunan orang-orang beragama tapi dirinya terpesona dengan tipudaya dunia
akhirnya menjadikan agamanya di perdagangkan, agamanya dijadikan senda gurau
dan permainan, agamanya jadi bengkang-bengkok, agamanya jadi hina, agamanya
dijadikan platform politik palsu lagi munafik, agamanya tidak menjadikan
penganutnya mulia di sisi Allah dan hina pula pada pandangan penganut agama
lain, menjadikan agamanya hanya sebagai istiadat dan budaya untuk majlis-majlis
tertentu seperti kematian dan pernikahan sahaja. Menjadikan golongan yang
suam-suam kuku agamanya ( Pak Turut ) sebagai keldai tunggangan untuk menjerit
dan melalak tanpa ilmu , mengampu para pemimpin berkepentingan mereka.
Menyebabkan mereka semakin jauh tersesat. Oleh kerana masa lama berlalu dan
mereka terlalu menyibukkan hal-hal keduniaan menjadikan mereka jakun dan
terpesona dengan tipudayanya lalu mengabaikan Akhirat, akhirnya mereka menjadi
golongan Fasik, ciri mereka serupa orang munafik, Cuma mereka agak kasar dan
mudah dikesan kefasikannya, jika tidak bertaubat matinya adalah kafir : Ramai
dari golongan mereka yang kaya raya, miskin dan papa kedana, kebanyakan
bayangan wajahnya seperti berdebu hitam dan tidak bercahaya, berbeza dan tidak
sama seperti wajah orang mukmin yang papa kedana serta melarat yang sabar dan
redho.
Orang-orang munafik ini mempunyai
ilmu tingkat tinggi di dalam pelbagai bidang intelek. Golongan ini ramai yang
berharta dan kaya raya dan ramai juga yang miskin tapi kurang yang papa kedana.
Kebanyakan mereka juga mahir dalam ilmu agama termasuklah ilmu ayat mengayat
yang power rangers. Sifat serta perwatakan mereka memang sukar untuk dikesan
dan teramatlah sukar untuk dijangka. Keindahan mengawal wajah serta lengok
bahasa tubuhnya bak pelangi pagi di langit tinggi dilautan biru selepas hujan
dinihari. Kalau dalam Quran disebut kayu yang tersandar, tampak aman, kemas
tenang, damai tidak mengancam dan cukup meyakinkan terutama jika hendak
dijadikan tempat berlindung untuk mempertahankan diri dan bergantung harapan. Kebanyakan
mereka berhujah pakai akal, atau memutarbalikkan ayat-ayat Allah. Bila mereka
tahu sedikit ayat-ayat Allah mereka jadikan modal untuk berbahas dengan cara
yang tak adil walaupun susunan bahasanya tampak indah, halus berhias siap
dengan gurindam seloka menjerat jiwa. Tapi cukup memualkan, memalukan dan
menjijikan terutama bagi mereka yang rajin menghayati Al-Quraan.
Apabila
mendengar setiap ungkapan dan pidato mereka yang menghalalkan kebatilan. Buah tutur bicaranya cukup
indah, petah, kemas, teratur, lunak, mengasyikkan lagi menghayalkan kepada
sesiapa jua yang mendengarkannya adalah aset dan modal terhebat mereka. Sangat pakar
dalam ilmu jiwa sehingga pujuk rayu dalam bicara hatinya cukup memukau, cukup
menawan, cukup menggetarkan dan mencairkan kalbu sehingga jiwa bergurindam dan
berdondang sayang kerananya. Rasulullah sendiri pun terpesona kerananya, apatah
lagi kita yang tebal imannya tak sampaipun tiga suku kulit bawang , tentu dah
ramai dari kalangan kita yang menjadi patung lilin yang cair kepanasan tapi
buat-buat dingin kerananya. Mereka cukup kreatif dalam mencipta dan mereka-reka
cerita palsu syahdu lagi menyayat hati , lenggok bahasa tubuh yang dilonglaikan
beserta kolam mata yang bersemburan air mata bercahaya lampu limpah bak air terjun
Niagara (maklum orang munafik air matanya pun cantik berwarna warni juga) pun
dah menyebabkan air mata kita tergenang di kelopak mata. Belum lagi dipautnya
lengan kita lalu meleleh pula airmatanya di bahu kita, lagi hilang akal kita
dibuatnya terus rela jadi lantai air terjun Niagara lemas pun lemaslah takpa
asal si munafik bahagia.
Ada tips yang Allah ajarkan kepada
Rasulullah melalui Al-Quran yang wajib kita ikuti supaya kita tidak terjerumus
lalu terjun menjadi munafik seperti mereka, Sebagai syariat yang wajib untuk
mengajar golongan munafik yang sememangnya ramai dalam negara ini agar orang
lain tidak meniru ideologinya dan menyusahkan orang lain termasuklah mereka
yang suka mereka-reka cerita serta gossip fitnah tanpa bukti dan asas yang
kukuh serta mengubah suai wajah para pemimpin atau orang yang mereka benci,
mengorek-ngorek kisah silam yang sudahpun dilupakan , (kecualilah jika mereka
dan kerabatnya yang memuat naik kenyataan dan mereka pun berbangga kerananya
dan sememangnya nyata kesalahan dan perbuatannya di pandang mata wajib
dinyatakan), melaga-lagakan antara satu sama lain dengan apa yang mereka
sendiri tidak lakukan serta perkatakan dan sebagainya. Dengan niat untuk
menjatuhkan antara satu sama lain dan mengaibkan mereka, yang dewasa ini
sungguh melampauai batas, sehingga ada yang bercerai berai dan bermusuhan
kerananya.
Hukuman bagi mereka yang musyrik,
munafik, fasik dan zalim:
1. WAJIB BERPALING DAN MENINGGALKAN
MEREKA.
2. JANGAN DUDUK SEBUMBUNG DALAM
JABATAN ATAU SATU PARTI POLITIK ATAU KESATUAN DENGAN MEREKA .
3. JANGAN SEKALI-KALI DUDUK BERSAMA
MEREKA ATAU BERGAUL DAN BERURUSAN BERSAMA MEREKA .
4. JANGAN SEKALI-KALI MEMILIH MEREKA
SEBAGAI PEMIMPIN ( Allah memberi peringatan setiap pengikut akan dihimpunkan
bersama pemimpinnya di akhirat kelak, walau pelbagai alasan yang dikemukakan
mereka tetap mendapat bahagian yang sama. kewarakan, kealim, amal jariah dan
keilmuan yang mereka curahkan tidak berguna dan sia-sia di akhirat, selagi
mereka tidak mufarakah dan bertegas kepada yang hak. )
5. SOLAT JENAZAH KEATAS MAYATNYA
DIHARAMKAN ( termasuk mereka yang mengamalkan cara hidup, budaya, berpakaian
jahiliyah dan mendedahkan aurat, perundangan, peraturan pentadbiran fasik ).
6. BERDIRI ATAS KUBURNYA UNTUK DOA
KEAMPUNAN DAN BERTALKIN DIHARAMKAN.
7. MENDOAKAN KEAMPUNAN BAGI
DOSA-DOSA MEREKA JUGA DIHARAMKAN.
8. WAJIB MENGUBURKAN MEREKA SEPERTI
MENANAM BANGKAI HAIWAN TERNAKAN YANG MATI SAHAJA, KERANA AMALAN MEREKA LEBIH
NAJIS DARI BABI. ( kecuali jika mereka bertaubat dengan sebenar-benar taubat
dan memperbaiki diri serta tidak mengulangi perbuatan lalu serta berusaha dan
berfisabilillah dengan Al-Quran barsungguh-sungguh. )